Monday, September 1, 2008

Salam Ramadan....

Salam Ramadan buat semua.

Pagi ni jam yang dikunci 4.45am tak berbunyi sebab salah set .Alhamdulillah Zaid terjaga 5 am dan kejutkan saya . Pagi ni saya kejutkan mimi untuk mula berpuasa dan seperti biasa rumah kami sahur makan cereals dan susu saja. Saya dan darling juga dulu macam tu , susu dan cereal tapi sejak dah tua ni, saya kena jugak sekali sekala makan nasi /roti . Tahun lalu saya sorang je sahur makan nasi /roti sebab darling tak berpuasa di Malaysia . Tahun ini InsyaAllah 10 hari lagi darling balik dan saya akan ada gang makan nasi / roti semasa sahur. Anak-anak memang dah terbiasa sahur dengan cereals dan susu. saya juga beri mimi minum vitagen . Harap dia tahan berpuasa sebab anak-anak yang lain telah mula berpuasa semasa berusia 6 tahun.

Jam 2 pagi tadi saya terima satu panggilan yang mengubah status saya dari mak sedara kepada nenek sedara atau wanmommy sedara apabila saya mendapat cucu sedara yang pertama (sebelah adikberadik saya ) iaitu anak kakak sulung saya yang sama tarikh kawin dengan zaid telah selamat melahirkan anak perempuan jam 1.30 pagi tadi , dapat anak 1 Ramadan dan hanya 1.30jam melebihi tarikh merdeka. Sedikit masa lagi saya akan menimang cucu sendiri sebab ikutkan tarikh due azra hanya sebulan saja lagi . Minggu lepas zaid telah membeli katil baby dan saya yang terlebih excited bila lihat katil baby sekarang teramatlah comel dan canggih. Mula2 zaid pilih katil yang biasa tapi saya yang berkenan model terbaru yang siap ada tempat tukar lampin baby attach pada katil tu, saya kata saya belanja harga yang lebih dari katil pilihan pertama zaid , lepas tu tengok pulak stroller, berkenannya yang canggih jugak tapi zaid kata nanti dia nak balik Jordan baru nak beli , so kemudianlah pulak baru saya tolong belikan atau tokdaddy pulak belanja. Excited betul bila masuk kedai barangan baby tapi yang buat saya 'geram' sebab zaid tak nak bagitau baby apa, sebab saya tak tahan lihat baju-baju baby girl yang cute semuanya, nak beli kot bukan girl.... tunggu ajelah.... ggggrrrrrrrrr.......

Semalam semasa saya membelek akhbar metro ahad yang zaid beli ( saya jarang nak beli paper !! ) sampai mukasurat c27 dengan tajuk "Bangunkan Kreativiti " saya ingat saya silap lihat dan setelah beberapa kali saya kembali melihat gambar di situ saya terus teruja memanggil semua mereka ( zaid, azra, izat dan mimi ) agar segera kepada saya untuk melihat gambar yang tertera di akhbar tersebut....

Nak tau gambar apa ?????

Gambar mimi semasa hari sukan sekolah dia yang lalu. Saya taktau dari mana akhbar tu ambil foto tersebut sebab memang gambar tu saya sorang je yang tangkap dan saya letak dalam blog... seseorang telah grab dan copy gambar dari blog saya . Tak pasal2 mimi jadi famous semalam, kawan2 Izat pun ada yang perasan mimi masuk paper.. nanti lapang saya scan dan postkan article dan gambar mimi tu dalam blog.

Petang semalam saya ke Tunas Manja untuk membeli grocery... punyalah ramainya manusia kat sana, nasib baik dapat jugak parking space. Rasanya semua mahu membeli makanan buat persediaan menyambut Ramadan. Dalam perjalanan pulang di hypermarket nirwana saya lihat parking lotnya jugak padat dengan kenderaan pelanggan .Saya dapat rasakan Kemaman semakin ramai penghuninya dari 10 tahun lampau .

Lupa nak bagitau yang pagi semalam kami semua berkesempatan menyambut merdeka dengan pergi melihat perarakan dan perbarisan peringkat Terengganu yang diadakan di Kemaman .OKlah kiranya walaupun perbarisan beberapa kali terhenti kerana katanya 'bertembung' /jam di hadapan, pelik macamana perbarisan boleh jam ...... first time buatlah katakan , yang pelik tu banyak jugak kumpulan yang berarak dari cawangan umno dari sekitar kemaman yang saya rasa tak kena tempat, kalau setakat umno bahagian kira oklah , ini entah berapa cawangan umno dengan pakaian yang 'serebeh' dan tak marching' pun ,siap sembang-sembang lagi macam jalan makan angin . Pada saya mereka yang mencacatkan perbarisan semalam dan pulak tu pasukan JKKK entah berapa banyak , hampir setiap kawasan yang ada JKKK ikut berarak . .. terasa perarakan di kemaman semalam macam low class je... pakaian pun tak de yang unik pun .... anyhow pengalaman yang pertama kali buat mimi dan dia sampai petang asyik sebut " kiri, kiri, kiri kanan kiri " .....

Petang semalam lepas balik dari Tunas manja saya ambik majalah Anjung Seri yang saya tak habis baca lagi , sekotak kurma(makan 5 biji je , takut terlebih manis ) dan segelas jus oren dan duduk di bangku luar rumah , ambik angin sorang-sorang .... baru minggu lepas kami bergelak ketawa beramai-ramai makan durian , rambutan dan mata kucing.. semalam tinggal saya sorang ( kebetulan semalam tak de sapa nak duduk luar ) ....

21 comments:

Pi Bani said...

Salam Ramadhan... semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna untuk kita semua.

silversarina said...

pi bani,

InsyaAllah , itulah yang kami semua harapkan... terimakasih.

Ummi365 said...

Selamat menyambut ramadan dan selamat berpuasa untuk kak rina, zaid, azra dan mimi. Chewah cik abang nak balik berpuasa di msia ya? Raya sekali ke? Jeles jeles nih!

Kak Rina syoknya dapat beli barang baby..ummi pun suka tenguk tapi taklah nak sampai ada baby lagi.. cukup2lah tu dah tak larat nak bangun malam..

silversarina said...

ummi,

Tahun ni darling cuti lama sampai 15 syawal, dapat raya sekali :)

Akak pun kalau sendiri memang taknak dah, tapi tengok barang baby memang teruja dibuatnya.

Abahnajwa said...

Salam Ramadhan..

Kunjung balas dari abah...

minta izin untuk linkkan blog ni di pondok abah ya..

Moga ukhuwwah berpanjangan...

zino said...

selamat berpuasa.. selamat bersahur dan selamat sembahyang tarawih..

Kak Elle said...

yeah wanmommy dah buka blog lagi:)

selamat berpuasa untuk Rina and family ...

mmg grrrrrrrrrr tentang cucu yg akan lahir tu bab tak tau sex susah nak knitkan juga takut tersalah warna pulak...hahaha

maklang said...

selamat berpuasa...I dah masuk kerja ni...hu..hu..

Neeza Shahril said...

Selamat berpuasa kak Rina.. 1st Ramadhan tak best utk mak neeza sebab dia masuk wad... :(

Mimi masuk paper? wahhh.. blog Kak Rina ni famous.. ada reporter baca lah maknanya.. nanti post gambar tu ye.. :)

mata kucing Kak Rina dah berbuah ke? mesti best kan makan mata kucing hari2..

cikMilah said...

Ramadhan Mubarak! Semuga kita dapat mengisinya dengan baik.
Saspen tau , tengok nota 'This blog is open for invited readers only...."
Happy nya dah open for public!
Hai CikMimi dah popular ya..
Selamat berpuasa utk KakRina sekeluarga

Anonymous said...

salam ramadhan,
haha ingatkan blog ni exclusive untuk invited readers aje. semalam bukak tak boleh. selamat berpuasa. kali terahir sebelum jadi nenek:)

mommy said...

patutla waktu call semalam mimi sebut 'kiri kanan kiri'...comel jek..
aik nenek baby yang lebih2 nie...hehe

Anonymous said...

hehe.. tu kalau artis barat. mau saman paper tu. minta gantirugi juta2. langgar privasi dn ambil gambar anak tanpa izin.. hehe

nasib baik kak rina org baik kann.. :)

sahur dgn cereals? hmmmm.. pernah cuba dulu. tak tahannn.. :P. aku nk kena nasi juga.. hehe

silversarina said...

abahnajwa,

nanti saya juga akan link kan blog abah.tq.



zino,

selamat semuanya juga buat zino. semoga dirahmati.



kak elle,

semalam tu tak invite mana-mana readers pun, saja nak tutup kononnya.

kena tunggu baby kuar baru wanmommy nak beli baju untuk cucu ku :P



maklang,

selamat berpuasa dan selamat bekerja , kerja rajin-rajin tau :P

silversarina said...

neeza,

salam ramadan. Semalam tak baca komen ni, hari ni akak akan ziarah Ma neeza, semoga dia segera sembuh.

Gambar mimi tu memang sah hanya ada dalam blog akak sebab akak yang tangkap, ada jugak orang nak ambik gambar tu , tak pelah boleh simpan paper buat kenangan :P



cikmilah,

akak tutup je blog tak invite sapa-sapa pun , pastu rasa macam dah sunyilah pulak ...hehehe.

salam ramadan buat cikmilah juga.

silversarina said...

babazahra',

selamat berpuasa buat baba dan family ... tahun depan tunggu cucu balik rayalah jawabnya :P



princess,

ha ah tak henti dia kawad :P

nenek mestilah lebihkan cucunya, tak sabarnya nak tengok si comel tu lahir .



cikgu jawe,

nak saman apa, gambar tak de copyright, open buat sesiapa saja nak copy , kalau ada domain sendiri bolehlah akak saman ...hehe .


memang dari dulu kami sahur makan cereals , anak-anak masih betahan, akak yang dah tua ni nak jugak kena makan nasi walaupun sikit.

salam ranmdan buat cikgu dan family.

Cat Cat said...

Kak Rina,
Selamat Berpuasa... Tak lama lagi beraya lah ya... Rindu Cath pada juadah berbuka... HUHU!

NURAZZAH8 said...

Ramadhan Kareem.

Anonymous said...

Selamat berpuasa, Kak Rina.
I baik kampung seminggu:)

silversarina said...

cat cat,

memang macam2 juadah 'keluar' masa bulan puasa ...

take care !



nurazzah,

salam ramadan juga buat nurazzah n family,


hazia,

salam ramadan , lama dah akak tak dengar kabar hazia, semoga bahagia bercuti di kampung .

Unknown said...

bagus bagus tu ur darling balek berpuasa dan beraya!!

selamat berpuasa...

raya haji kunjung balas ke uae??