Monday, September 8, 2008

Cerita pendek.....

Salam 8 Ramadan buat semua.


Tadi taip panjang dah tapi terdelete lah pulak...........waaaaaaaaaaaaaaaa .... merajuk dah.... tak nak cerita panjang dah.... nak pendek je.....

Semalam pergi bandar nak ke farmasi saya parking je kat mana saya suka ....sebabnya..... geramnyaaa..... MPK dengan 'pandainya' menjadikan parking space di tengah bandar sebagai tapak bazar ramadan.... so kalau mpk saman memang saya akan lawan , jadinya semalam bukan saya je yang parking merata, banyak lagi kenderaan yang juga parking merata , dah macam bandar koboi je nampaknya, bersepah kenderaan di merata-rata. Selesai urusan tak pulak saya nampak surat saman di kereta saya.......... memang kuranglah income MPK bulan ni , ke memang nak buat kebajikan di bulan mulia .... bazar ramadan di tempat parking memang sesuatu yang kurang bijak, dahlah nak parking kereta susah, dah tu sebelah petang bandar jam dan nak beli makanan pun susah sebab nak cari parking susah. Hairan macamana idea ini boleh diterima pakai oleh MPK .....

Itu ajelah nak bagitau , cerita pendek... cerita panjang dah terdelete .... simpan dalam memori sendiri jelah cerita panjang tu.....

15 comments:

Kak Elle said...

lah kan bolih type balik nak juga dengar cerita panjang tu...

nasib baik di sini bazaar ramadhan di beri tanah lapang,ingat causeway point?rina shopping kat sana naik train tu...ha sebelah mall tu di buat ramadhan bazaar sehebat geylang.

silversarina said...

kak elle,

nantilah kalau rajin saya taip semula .. hehehe.

kat sini selalunya memang bazar ramadan tu di tapak lapang di sekitar padang bandaran , tapak pasar malam juga , tapi entah apa kenanya tahun ni dia ubah lokasi yang menyakitkan hati.

Ingat lagi causeway point tu , sure ramai pengunjung bazar ramadan kat situ, very strategic venue.

bye, nak hantar mimi sekolah dan 'merayap'..hehehe.

maklang said...

sabar..sabar....

NURAZZAH8 said...

saya kempen Pasar Ramadhan Sifar! so far tak pernah beli lagi... hehehe
bukan saya yang masak...tapi bibik yang masak (dah train bibik masak mcm org melayu)
selalu dpt kuih-muih dari jiran sebelah -menyebelah rumah..

Sya said...

Memang tension kalau dah taip panjang2 pastu hilang..

Anonymous said...

orang kata, saman PBT kita boleh buat dekk aje. tak kacau pun nak buat road tax. saya ada 1 DBKL n 2 MPSJ. alhamdulillah setakat ni takde hal lagi. tak tahu lah kalau Majlis Daerah Kemaman ada link dengan JPJ. payah jugak.

Mulan said...

saya pi pasar ramadhan before org balik keje.. before 5pm, parking pun senang, aman damai nak membeli.

Neeza Shahril said...

nak jugak tahu cerita tu... nanti type ye.. hehe.. sibuk aje..

neeza pun bengang ni.. bengang dengan blogspot.. ari ni 4 5 kali dia buat hal.. buka boleh, nak comment tak boleh.. sakit betul ati.. sampai petang neeza masih blogging sambil masak huhuuuu...

MPK tu letih sebab bulan puasa Kak Rina.. tu yang dia tak saman hehee...

aNIe said...

Laarrr...betul kata rina...dah tempat parking dibuat bazaar ramadhan orang nak parking mana kan?

Kene tulis surat protes tu...heheheh

Selamat berpuasa rina...

Mama Rock said...

kak rina, i just got THREE parking tickets within 24hours!

zino said...

income dia org tak berkurangan .. yg berniaga bazaar ramadan tu yg bayar hehe

YuszTieY said...

SABO22222..

silversarina said...

maklang,

geram sebab tak fikir keperluan parking space tu kepada pengguna .



nurazzah,

I pun tahun ni lebih masak dari beli sebabnya jam kat pasar ramadan, parking pun memang tak jumpa , beli pun di gerai yang dah dikenali sedap dan bersih sebab banyak makanan terdedah je.



sya,

selalunya blogspot save auto tapi semalam tak pulak tu , habis cerita panjang , agaknya dia tak bagi cerita tu disiarkan :P



babazahra',

akak jarang kena saman, tu yang kalau kena saman memang nak kena bayar ... sama jelah tu , kemaman pun tak de link dengan JPJ .

silversarina said...

mulan,

I memang malas dah bak ke bazar ramadan sebab serabut , gerai rapat2 dan tukang masak ramainya amateur , menjual musim ni aje, kalau beli pun I beli yang dah kenal . Kuih kat kerteh rasanya lagi banyak pilihan sebab boleh juga dapat kuih pantai barat, kat sini kurang sikit.




neeza,

kisah panjang tu termasuk lah berbual panjang denagn mak neza masa akak pergi ziarah dia di rumah :)

kalau guna internet explorer memang ada blog yang takleh nak komen. akak pun kena jugak camtu . sekarang akak guna mozilla yang dulunya akak tak berapa suka .



anie,

makcik penjual pun komplen sebab diaorang pun dah bagitau MPK yang diaorang tak suka jual di bandar sebab kereta diaorang nak bawak makanan ke tenpat jualan pun payah, tapi kata mereka MPK buat taktau je .

Selamat berpuasa buat anie juga.

silversarina said...

mama rock,

wah, memang buat kerja betul penguatkuasa parking tu ...tak de chan nak lari macam tu.



zino,

MPK memang dah kaya , memang nak kurangkan kerja di bulan yang mulia ini :P



yusztiey,

memang kena sabo jelah., nak buat camne .