Sunday, March 22, 2009

23 tahun berlalu kini.....

Hari ini seorang lagi ahli keluarga kami menyambut harilahir dan kali ini orangnya juga tiada di sini . Dia berada di Jordan dan sedang berjuang untuk menamatkan pengajian semester akhir nya ketika ini dan InsyaAllah Jun ini dia akan bergelar siswazah dalam jurusan Syariah Islamiyah. Hari ini genap umurnya 23 tahun .

Hampir dua tahun dia menjadi ahli keluarga kami dan setakat ini saya masih lagi menjadi mother-in-law nya dan belum berpeluang lagi untuk menjadi monster-in-law sebab sifat lemah lembutnya yang buat saya kalau nak marah pun tak jadi marah . Nak bandingkan saya dengan dia , memang saya mertua yang agak 'brutal' , mana pandai nak lemah lembut , semuanya laju dan cepat ....hehehehe.



zwani.com myspace graphic comments
Happy Birthday Graphic Comments



Selamat hari jadi ke 23 buat menantu pertama saya Azra !!



gambar hari pertama menjadi ibu sempena kelahiran Umair .



Semoga menjadi isteri dan ibu yang kekal baik , lembut dan solehah, InsyaAllah.

17 comments:

cikMilah said...

Selamat hari Lahir Azra..bertuah tau jadi menantu Wanmommy, sporting! Wajah dia pun mendamaikan ya KakRina. Semuga terus menjadi wanita solehah yang sentiasa dalam rahmat dan kasihsayangNYa.

Ummi365 said...

bertuah kak rina dapat menantu yang lemah lembut.. Selamat Hari Jadi Azra..

Linda Fzalin said...

azra's besday ya k ina....salam utk dia n wish hpy besday for her too...mmg betul azra ni lemah lembut jer orgnyaaa....tgk luaran pun tau...xpe ok gak contrast tu...dpt mak metua brutal cam k ina...klu tak kang if sua muka diammmm jer...hehe...

Kak Elle said...

Selamat menyambut halir lahir yg 23 Azra semoga bahgia di sampaing keluarga tersayang dan brutal mother in law:)

aNIe said...

Selamat hari Lahir buat Azra...semoga tabah menghadapi alam rumahtangga dan sebagai ibu kepada Umair...

zino said...

selamat hari lahir buat menantu rina... belajar la dari kelemahlembut dia tu hehe

mommy said...

happy beday tu kak ara!

zarin said...

Selamat hari lahir to Azra.

Tengok muka Azra pun dah nampak yang dia ni lemah lembut. Bertuah akak dapat menantu mcm dia

Neeza Shahril said...

semoga panjang umur Azra.. memang lembut wajah dia..
nampaknya sampai bila-bila lah tak jumpa monster in law tu hahaha!!!

maklang said...

tahniah Azra..semuga hidup sentiasa diberkati Allah dan dapat menjadi seorang isteri, menantu, ibu yang dikasihi semua...:)

Selamat Hari Jadi..

Mak Teh said...

Saya dulu takut sikit dengan mertua. Sekarang tak naklah menantu takut pada saya.

Tentunya Sarina bukan jenis mak mertua brutal. Kalau awak brutal saya apa? Hehehe!

Unknown said...

salam kak rina

tengok wajah pun dah tergambar kelembutan.. Alhamdulillah, bertuah kak Rina dpt menantu lemah lembut.. cam saya ni,, huhu.. brutal..

takde la nak bantah terang2 dpn mertua.. tp memang ade bbrp perkara, teman ikut kepala teman..

Ajzie said...

Happy birthday Azra..

Tepi Sungai Batu said...

Selamat Hari Lahir Azra........dari Pak Man.

King5zal said...

Cuboy ucapkan Selamat Hari Lahir utk Menantu Anak Sedara (heheh pjgnya) cuboy.. semoga menjadi insan yang solehah dan penyayang...

Kirim salam kat Azra dan Zaid ya..

Sya said...

Selamat Hari Lahir Azra

silversarina said...

Pada semua yang tinggalkan komen,

Terimakasih atas ucapan harijadi buat Azra . Dia pun ucapan syukran buat semua . Dia tengah exam mid sem sekarang, doakan juga kejayaan dia ye.