Monday, March 23, 2009

Kalaulah saya jadi PM................

Bila lihat pada senario politik tanahair masakini saya semakin senak perut dan makin tak tahan tonton atau baca berita sebab mulut mesti komen itu ini melepaskan geram.

Terfikir pulak saya , kalau lah saya yang hanya seorang rakyat biasa semakin meluat dengan karenah pelbagai parti politik yang semakin serabut , apa agaknya perasaan seorang yang menjadi ketua pemerintah negara , Perdana Menteri Malaysia.

Oleh itu saya senaraikan apa yang saya akan lakukan jika saya menjadi Perdana Menteri sekarang ( memang entry katun ni, saya memang takkan jadi PM ) .


Jika saya jadi PM sakarang ..............

1/ Saya akan kekal jadi PM sehingga pilihanraya umum yang akan datang.

2/ Saya pastikan TPM ambil cuti dan buktikan dia tiada kena mengena dalam kes mongolia itu kerana bila kisah ini dimuatkan dalam akhbar luar negara pastilah ia suatu isu yang amat besar.

3/ Saya pastikan KM Melaka sekarang letak jawatan atas kesalahan rasuah yang dilakukannya. Rasuah tetap rasuah tak kira di mana.

4/ Saya akan kembalikan tapuk pemerintahan negeri Perak kepada parti pembangkang kerana kaedah pertukaran /perampasan hak memerintah memang bukan cara yang waras untuk dilakukan.


( 2, 3, 4 nampak sangat saya PM pembangkang ...hihi )


5/ Saya akan ambil Samy Vellu kembali ke dalam kabinet kerana dia memang seorang yang rajin bekerja dan dibuktikan beliau walaupun kalah dalam pilihanraya hatinya masih sarat dengan daya juang dan dia masih mahu kekal sebagai Presiden MIC dan menang tanpa bertanding .



Akhir sekali jika saya jadi PM lebih baik saya angkat kaki dan pindah tinggal di Banjaran Alps dan menikmati alam semulajadi ciptaan Ilahi dan tak ambil pusing apa yang berlaku di mana-mana .........buat hal sendiri lagi baik . Hal negara buat gua makin cepat tua....... hehehehe.



Apa yang anda akan lakukan jika anda jadi PM sekarang ???


Thanks sebab sudi layan otak katun saya tengahari ni , sayang you all !!



19 comments:

Anonymous said...

tak dapat tidak..points kak Rina tu smua saya setuju. nak2 kita dlm kapal yg sama tp bkn kapal lanun yg suka merompak dan merampas harta org. ha ha :)

nak 'mencuci' bnda yg melekat 50 tahun mmg mencabar kak....buat masa ni kita sbg rakyat biasa kena tahan la dgn ni smua.

Anonymous said...

salam,
saya tak terasapun nak jadi PM cuma harap orang melayu/islam di Malaysia ni bersatu tak kira fahaman politi apa.dan hendaknya sesiapa yang dipilih oleh Allah jadi PM dekatkan diri dengan ulama,dan samada isteri Raja dan PM pakailah tudung yang sempurna.

zura aini said...

he, he.....bestnya berangankan.

kalau saya jadi PM, perkara pertama saya nak buat ialah halau keluar semua pendatang tanpa izin dan yang kerja setakat sapu sampah, tolak troley kat shopping mall bagai, kerana mereka ni mudah masuk negara, tanpa permit pun bolos. Kerana ramai sangat di sini, tokey2 tak nak ambil org kita, reason diberi org kita malas (betul ke semua malas atau suasana tempat kerja buruk dan sangat tak selamat?), bayar org asing murah. Tanpa difikir kerugian yang lebih besar ditanggung negara dan rakyat. Masalah sosial, jenayah,dll.(kat mahkamah jenayah berlambak muka Indon, Vietnam, Myanmar, Bangla). Kalau beri gaji berbaloi, takkan takde rakyat yang nak kerja sapu sampah, tolak troley. Kat pejabat saya ni semua makcik-makcik dari Sg Besar, Kuala Selangor, sanggup pun mereka bekerja asalkan ada transport hantar dan ambil dan bayaran setimpal. Kenapa dijaga rakyat asing? Ada MNC di Petaling Jaya, 2/3 orang Indon, kesian orang kita, alasan diberi orang kita tak boleh kerja shift sehari dari 7 pagi ke 7 malam, kerja 7 hari seminggu. Persoalannya hidup ni nak fokus kerja saja ke, kenduri, kematian dll tak perlu ikuti? Kalau kerajaan tegas, semua undang-undang memihak kepada kebajikan rakyat, takde masalahkan. Pelabur pun boleh accept & respect.

Maaf kak,tetiba saya emo bab ni. Saya tak tengok berita langsung sekarang, paper pun dah malas beli. lebih baik layan drama korea kan. he, he......

Kak Elle said...

saya tak bolih jadi PM sebab zany suruh orang asing keluar...hahaha

semoga the next PM akan menjalankan tugas dgn baik dan perhatin.

SoFie NuR said...

hahaha...ade ke patut nak pindah ke banjaran alps...lingkup la negara...;p

maklang said...

he..he...katun pun katun laa...jadik PM katun lah rina...macamana teruk pun kena accident boleh idup balik cam road runner tu...

maklang nak jadik tukang jait aje...

lama tak tengok berita TV katun tu..kalau tengok pun satu benda tak masuk otak..malas nak pk..cerita dia mengalah kan cerita katun...

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man memangpun dah jadi PM sekarang ni,tapi bukan Perdana Menteri lah ....cuma seorang Pak Man (PM).

rent.all850 said...

Tumpang Advert ye. Terima kasih

mommy said...

ni mesti boring xtau nak wat ape..:P
kalau mama jadi PM, maknanya maya pun anak PM..wah glamor..hehe
tapi x nak ikut g banjaran alps..beku:P

Unknown said...

salam kak rina,

kalo saya berangan jadi PM.. huhuh, alamat nyer lepas ni seme kaum kerabat saya kaya-raya ler... projek sana-sini.. kroni-kroni..

Mak Teh said...

Kalau saya jadi PM, susahlah sebab Pak haji siap nak tadah tangan minta dan untuk sekolah tahfiz. Dia nak saya binakan sebuah Maahad Tahfiz ( fesyen yang dia dah buat tu ) di setiap negeri.

Pak haji suka pakai kopiah putih, nanti dia nak galakkan orang pakai kopiah putih jadi kita kena buat industi kopiah pulak.

Pak haji tak suka crony, nanti dia tak kasi saudara-mara datang rumah nak minta projek juta-juta plak.

Pak haji English speaking, tapi dia tak suka orang putar-belitkan isu Bahasa Melayu. Nanti dia akan suruh saya arahkan semua orang nyanyi 'Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita ' di majlis-majlis rasmi.

Pak Haji nak suruh saya round-up perasuah dan masukkan dalam camp khas untuk di pulihkan akhlak.

Pak haji akan suruh sya sebagai PM, kasi semua duit ynag milio-milon nak suntikkan ke ekonomi negara biberikan kepada rakyat miskin.

Pak haji nak suruh saya arah Jakim mengislamkan semula ramai orang-orang Melayu yang dah terpesong.

Pak haji akan suruh saya buat mitivasi mencelikkan orang-orang Melayu yang buta atau yang sedang lena dibuai impian kerana kekayaan yang mudah diperolehi.

Ah, penatlah ! Saya tak mahu jadi PM, biar Pak hajilah jadi PM. Kalau Pak haji yang jadi PM senanglah saya nak tidur lena biar dia yang terkebil fikir hal negara. Saya nak minta duit je nak pi roung bantu orang-orang susah. Hehehhe! Ada tanjak tak saya jadi bini PM?

Zareda Norman said...

kak rina, zar pun kalau dah start cakap pasal politik, banyak yang nak diperkatakan.

Kalau zar jadi PM, zar akan pastikan tak de rakyat Malaysia makan siput bab* lagi.. ehheh

silversarina said...

luna,

Selama mana dapat bertahan lihat apa yang berlaku... akak rasa memang nak lari aje , duk negara lain , beres !




anonymous,

Akak pun nak jadi PM dalam mimpi je :)

Betul tu, apa yang penting Islam di kembalikan kegemilangannya dengan dipraltikkan oleh pemimpin negara terlebih dahulu.



zany,

Bila bawak masuk pendatang asing datang ramai2 tak ingat pulak pasal masalah yang bakal tiba , sekarang ni memang dah jadi masalah besar pada negara.

Tapi kan kalau bab kerja jadi bibik tu akak rasa memang patut diimport sebab memang orang tempatan tak nak keje ni , kalau tak de orang luar ni alamatnya ramailah wanita yang kena berhenti keje jadi surirumah.

silversarina said...

kak elle,

Memang sah orang luar takleh jadi PM :)

Tapi pelancong luar amatlah dialu-alukan ..datang jangan tak datang ....hehehe .



sofie nur,

Raja sarinah jadi Pm , mana mungkin, tu yang baik lari duduk diam2 kat alps :)




maklang,

Mesti ada angan tau... rasa baik jadi Pm dari tukang jahit sebab saya akan jadi lagi serabut dengan benang yang pasti akan tersekat bila saya dekat...hahahah.

silversarina said...

manlaksa,

Hahahaha, awal2 lagi dah selamanya jadi PM ye .




rent,

Nanti lapang akak jengok ye .




princess,

Tak nak ikut sudah ...boleh main ski hari2 ..hehehe.

silversarina said...

kakyong,

Itu sudah semestinya...... kita ni kan senegeri, mana bahagian akak ni ..hahahaha.




makteh,


Haaaa tu dia banyaknya vision Pak Haji bila jadi PM, kena bertanding ni, nanti boleh makteh jadi 1st lady dan realisasikan semua yang Pak Haji nak lakukan, saya pun boleh bantu InsyaAllah.



zareda,

Bagus tu , boleh jadi calon PM ni :)

Ain Mardhiah said...

Salam makcik

erm.. saya takmau jadi PM.. Jadinya tak yah jawab la ye. Tapi kenapa pilih banjaran alps nak pindah.. ? Sakit ooo main ski tiap-tiap hari.. hehe..

Neeza Shahril said...

kahkahkahkahhh!!! gelak neeza baca komen kak elle.. kak elle tu kira pendatang asing lah ye.. hehee.. cam tu Sumeyyah anak neeza ni bakal jadi pendatang asing jugak la kan.. hahaha!!

kalau neeza jadi PM, neeza akan betul-betul gunakan sistem demokrasi tu. Kalau rakyat tak suka, kita blah aje lah. neeza nak laksanakan hukum hudud! huhuuuu....

silversarina said...

ainul arina,

Rugi tau tak nak jadi PM :)

Makcik pakar main ski tau..hahahah. Tapi kalau tak main ski pun tak kisah sebab dapat tengok 'wajah' salji yang putih suci jauh lebih baik dari tengok keadaan dunia yang serabut.



neeza,

Allahuakbar !! Hukum hudud wajib dijalankan. Neeza kena cepat balik malaysia sebelum p/raya nanti, calon parlimen kemaman dan seterusnya akan lebih mudah laluan ke kerusi PM.