Tuesday, March 10, 2009

Genap 14 hari...

14 hari saya menyepi .... merawat diri sendiri .... perit memang perit namun demi kesihatan saya sanggup 'menyiksa' diri saya .

14 hari satu jangkamasa yang diberi oleh doktor pakar peribadi saya untuk mengembalikan paras gula (diabetes) saya dari bacaan yang tinggi , 24 kepada 8 . Saya menggeleng kepala semasa doktor menyebut angka 8, memang bagi saya mustahil dapat saya capai . 3 hari pertama memang tak berganjak angka 20an .Puas saya berlapar dan hari ke empat dan seterusnya saya dikehendaki sms doktor saya bacaan gula itu setiap pagi .

Sms pertama saya kepada tuan doktor berbunyi :

" Assalamualaikum Dr. S . Bacaan gula kak raja pagi ni 18.9 and I'm starving ."

Dr S balas sms saya :

" Akak tak payahlah sampai starving, berpada-padalah. "

Lepas tu saya kurang sikit pantang tapi gula makin naik dan saya mula rasa putus asa, mengadu pada darling yang puas dah saya berlapar dan pantang ( pantang untuk diabetes dan juga ulcer ). Bayangkan pelbagai makanan saya tak boleh makan termasuklah santan, nasi paling banyak suku dari sukatan biasa , pedas, masam, manis semua yak boleh makan . Epal separuh juga buatkan gula saya naik bacaannya. Akhirnya saya hanya makan roti wholemeal dan makanan baby seperti nestum, susu dan oats . Hari2 lempeng nestum, cokodok oats dan nestum, minum susu dengan oats . Maya panggil saya babymama. Bacaan mula turun bawah 20 tapi masih tinggi di pagi hari ( puasa atau belum makan apa2 ) .

Doktor minta saya tambahkan unit insulin yang dicucuk sehari 2 kali ( cucuk kat perut pagi dan petang ) dan jugak makan ubat kencing manis sebab insulin saja tak berapa berkesan . Waktu tu saya baru je ambil batang /akar pokok patawali dari rumah kawan dan saya bagitau doktor yang saya nak minum air rebusan patawali. Tuan doktor mula2 melarang saya mengambil sebarang ubat yang bukan yang diarahkan . Bila saya kata patawali adalah pokok baru doktor kata kalau pokok hidup tak pe , kalau pil/capsul selain yang dia beri usahlah ambil .

3 hari terakhir (sebelum 14 hari tempoh yang diberi ) saya makan roti wholemeal disamping pantang makanan lain serta minum air rebusan patawali yang teramat pahit disamping cucuk insulin dan makan pil diabetes , nampak paras gula saya mulai turun .

Semalam genap 14 hari masa diberi, Ahamdulillah paras gula saya di awal pagi adalah 8.1 . Teramat gembira dan bersyukur saya . Target yang diberi oleh tuan doktor telah dapat saya capai . Walaupun belum berada di paras yang normal, namun bagi pengidap diabetes seperti saya 8 adalah bacaan yang amat sukar untuk dicapai melihat kepada bacaan 2 minggu lalu , 24 .

Walaupun jari-jemari ni dah susah nak pilih yang mana satu untuk dicucuk dan diambil sedikit darah untuk diambil bacaan gulanya ( sehari 2 kali yang saya cucuk sendiri di rumah ) dan perut yang tebal (nasib baik tebal, heheh ) juga sudah agak susah untuk dipilih spot yang mudah dicucuk insulin , saya akan tetap berusaha agar saya kembali sihat, InsyaAllah.

Kini saya hanya perlu pastikan paras gula saya tidak kembali tinggi dan dengan itu saya masih lagi berlapar tapi nafsu untuk makan makanan yang enak2 macam dah tak berapa ada, setakat lihat dan kata pada hati ia tak bagus untuk saya .

2 minggu yang dilalui juga buatkan saya banyak berkurung dalam rumah kerana saya tak nak bila keluar satunya nampak makanan yang sedap2 yang menggoda , satu lagi saya tak nak bila jumpa kawan akan ada yang cadangkan saya makan itu makan ini, makan ubat itu makan ubat ini yang buatkan saya bertambah tension dan keliru dan saya mahu hanya dengar nasihat doktor pakar di KMC yang sanggup bagi no hp peribadi kepada saya dan sanggup memberi khidmat nasihat melalui talipon . Terimakasih banyak2 Doktor S .

Kepada sahabat2 dan bloggers yang sentiasa bertanya khabar dan tak jemu memberi komen , jutaan terimakasih saya ucapkan. Kalian sememangnya sahabat2 yang benar2 ambil berat terhadap diri saya . Terimakasih sekali lagi.





Eeeemmmmm .... pagi tadi dah makan nestum, petang ni nak minum oats panas lah pulak....sabo jelahhhhhhh ............

26 comments:

maklang said...

Alhamdulillah..syukur paras gula dah kembali rendah...

Jaga diri baik2 ye..kalau dah sihat betul nanti barulah boleh makan yang teringin, InsyaAllah..

NURAZZAH8 said...

Alhamdulillah, apabila mengetahui Silversarina sudah beransur sihat dan kembali berblogging...
sunyi-sepi dunia blog tanpa silversarina!

Nampaknya tak boleh lah lagi JJCM serata Malaysia .... boleh makan tapi kena control... nampaknya oatslah menjadi sajian utama ...

saya pun kena berhati-hati dlm bab makanan ni...sebab mak saya juga ada diabetes...last sekali check...tahun lepas... glukos level dah dekat border doktor kata... so, kena berhati-hati makan..

Semoga kembali sihat dan ceria ...

SoFie NuR said...

alhamdulillah dah makin ok..mama leh join umair ni makan makanan baby..hehe

mommy said...

alhamdulillah babymama dah beransur sihat..
congrats sbb berjaya smpai target..
nanti balik mesia x leh dahla JJCM..T.T

p/s : kalau kitela,mau hari2 nangis..dahla kne cucuk jari,pastu kne cucuk perut..bukan nangis sbb sakit tapi nangis sbb takut.hehe

Zareda Norman said...

Kak rina
pesakit diabetes memang kena berpada pada mankan.. sentiasa alert dan berhati hati

berat turun tak??

Hazia said...

semoga sembuh, Kak Rina:)

Mak Teh said...

Alhamdulillah! Bagus bacaan tu. Try to mantain at that level.

Sarina dah pernah cuba makan daun pokok hempedu bumi? Kalau nak nanti mak teh kirimkan. Pak haji kes kencing manis juga tetapi terkawal. Dia kurang makan nasi dan rajin makan herba yang dia tanam sendiri. Antaranya pokoh hempedu bumi yang sangat pahit.

Mak teh dengar ada juga orang minum rebusan daun manggis. Tapi yang ini mak teh tak pasti.

Mak Teh said...

Alhamdulillah! Bagus bacaan tu. Try to mantain at that level.

Sarina dah pernah cuba makan daun pokok hempedu bumi? Kalau nak nanti mak teh kirimkan. Pak haji kes kencing manis juga tetapi terkawal. Dia kurang makan nasi dan rajin makan herba yang dia tanam sendiri. Antaranya pokoh hempedu bumi yang sangat pahit.

Mak teh dengar ada juga orang minum rebusan daun manggis. Tapi yang ini mak teh tak pasti.

CikguZue said...

salam kak Rina,
semuga sentiasa sihat wal afiat. kesian dgn akak. tapi sabar dan tabahla dgn ujian drpd Allah ini. keluarga sebelah husband pun ramai yg sakit kencing manis. kalau dah turun paras 8 tu,alhamdulillah...maknanya segala usaha akak tak sia2 selama 2 minggu ini, ada yg lagi lama utk maintain balik paras gula tu...take care,k.

silversarina said...

MAKLANG,

Bila sihat nak claim lontong , hehehe.





nurazzah,

Baik jugak check paras gula tu, tapi rasanya kalau tahun lepas tak de, memang you tak de diabetes sebab usia dah 40an kalau ada tu memang dah boleh kesan .

JJ jelah, CM tu kena simpan sikit ..huhuhu.

silversarina said...

sofienur,


Kalau ada Umair bolehlah jadi gang, nyum, nyum :)



princess,

makin lama makin lali keje cucuk menyucuk ni, kadan2 je rasa sedikit seriau bila cucuk perut ..hehehe.

Kak Elle said...

tahniah kerena dapat ke bacaan 8mmol/g...tapikan kalau bolih turun 6mmol/g ye insya'allah bolih tapi jgn sampai hypo pulak.

Pelan2 nak tambah makanan tu Rina...kurangkan mana yg tak bolih makan.

Skg ni berapa kilo agak dah kurang?

silversarina said...

zareda,

Kena hati2 sebab diabetes tu satu hal, ulcer perut tu yang lagi banyak kena pantang , memang berat dah banyak turun , suka jugak tapi lapo tau perut :)




hazia,

Thanks dear ,makin sihat dah akak ni .

silversarina said...

makteh,

Setakat ni saya nak maintain dengan patawali sebab memang berkesan , terimakasih atas cadangan makteh.Harap makteh dan pak Haji sihat, lama saya tak menjengok blog makteh.




cikguzue,

Memang akak ingat takkan dapat capai target dalam masa 2 minggu sebab gula tu dah sebati dalam darah akak, hampir give up dibuatnya , Alhamdulillah dapat capai. Sekarang nak maintain dan turunkan lagi tanpa insulin pulak, berlapar lah lagi :(

Anonymous said...

Sabar kak Rina..
jgn lupa makan ubat..

silversarina said...

kak elle,

Memang doktor pun target 6 sebab memang diabetes saya tinggi dan sekarang kena maintain bacaan 8 tu dengan kurangkan insulin dan sampai tak payah cucuk insulin dah nanti, panjang lagi prosesnya . Saya mula ada diabetes semasa pregnant Mimi dan masa tu 600 kali cucuk insulin kat perut dari 2 bulan hingga sampai bersalin , sekarang start balik. Badan dah banyak turun, semua yang jumpa tegur nampak kurus , memanglah kurus sebab amat kurang makan .

silversarina said...

pinatbate,

Thanks... sekarang akaklah orang yang paling rajin makan ubat dan jugak cucuk2 badan..hehehe.

Anonymous said...

perghhh berani gile cucuk sendiri ya kak? kalau saya lah...ya ampunnn. baru baca aje dah takut nie. belum tengok atau pun rasa lagi. :) meremang bulu tengkuk.

cikMilah said...

Kesiannya dengar tapi happy dah improve banyak tu. Nak maintain tu memamng dugaan paling besar tu..InsyALLAH you can do it.

pst.. coklat boleh makan tau.. nanti saya kirim coklat diabetic, tapi tak boleh lebih dari 38g in a day..

Anonymous said...

isk, sedih juga baca cerita akak. jaga diri ye. didoakan moga cepat sembuh. amin :)

Neeza Shahril said...

sabar Kak Rina.. makan macam tu untuk kesihatan akak jugak kan..

semoga kak Rina segera sembuh. Nanti tak payah jadi doctor lagi (sebab kena inject tu hehe..). Insyaallah..

silversarina said...

babazahra,

Cucuk tu bukan macam cucuk yang biasa, jarumnya pendek je, nanti akak letak gambo jarumnya dalam entry akan datang . Kalau nak pergi klinik sehari 2 kali lagi rumit, baik cucuk sendiri.

Harap happy di sana :)




cikmilah,

Eemmm ni berita baik, coklat yang saya boleh makan, nak order lah .





CJ,

Kawan akak kata tak pe dah 40tahun makan macam2, apa salahnya pantang pulak sebulan dua demi kesihatan.



neeza,

Bertahan jelah jawabnya.

Kalau ada yang nak kena cucuk boleh datang klinik wanmommy :)

tulipurple said...

alhamdulillah,sis dah bertambah sihat.sy amat memahami situasi sis coz i had the exact situatn masa 1st peknensi..maklumler ada keturunan.i got it as early as at 3mth.org lain peknen leh enjoy eating,sy totally control..gi mana2 bw ler glukos reader n insulin tu.yg tak tahan bila nk kene amik darah 4 hbnc,etc sbb urat sy susah nak jumpa..aiyoo kene ler cucuk kat penumbuk,instead kat lengan.2nd peknensi,awal2 sy ctrl diet..alhamdulillah sugar level normal.
wpun,byk yg kene jaga,diet...tp,towards the end sy bersyukur dgn ujianNya ini...takyah gi slimming center...hehe,mkn pun tak kisah sgt...dah x terliur sgt..hehe.semoga sis tabah dan sabar...ceria selalu yer wanbaby :).

silversarina said...

tulipurple,

Hari ni rasa dah tak lalu nak telan wholemeal bread tu tapi hubby kata itu kira syukur sebab ada makanan yang masih boleh dimakan . Bila sihat makan tak beringat, main ikut suka, sekarang baru tau nikmatnya makanan .Bab cucuk tu dah 7 tahun akak tak buat ( masa pregnant Mimi dari kandungan 2 bulan memang dah start cucuk insulin ) , tu yang ada masa seriau jugak time nak cucuk walaupun pennya cantik dan tak mengerikan :)

Unknown said...

salam

Alhamdulillah, kakyong doakan kesihatan kak silversarina semakin pulih. MakNgah saya pun ade diabetes, yg lucu tu, ikutdan dia jer nak cucuk kat mana, kdg kat bahu, kadg kat perut. Kalo bab makan, Masya Allah.. takut saya dibuatnyer.. sebab bila paras gula turun sikit, dia mulalah makan selagi mahu..

tak silap saya patawali juga dikenali sebagai akar seruntun.. memang sangat pahit, tapi ubat yang bagus. semoga cepat sembuh kak.

Ahmad Eisa said...

Alhamdulillah. Makin sihat dah. Mesti nostalgia zaman kanak2 datang kembali. Makan nestum....