Tuesday, March 17, 2009

Versi Baru Tom & Jerry....

Dulu pernah baca dalam blog kak aNIe kisah 'Tom & Jerry' yang ada kat rumah dia. Memang ramai di kalangan kita yang ada 'Tom & Jerry ' di rumah dan musim cuti sekolah ni pastinya aktiviti /muslihat Tom & Jerry menggamatkan rumah dari pagi hinggalah mereka masuk tido.



Saya pun tinggal dengan ' Tom & Jerry ' . Tom tahun ni berusia 15 tahun dan Jerry tahun masuk 7 tahun . Memang T & J ni pantang dekat , ada je yang si T nak sakat . J pun sama, pantang kena sikit jeritnya yang lebih dan akan bangun melawan , tak padan dengan kenit. Apapun pada saya kalau si T tak ganggu J takkan melenting dan naik angin. Selalunya T yang kena marah dengan 'makcik gemuk ' .



Itu dulu, tahun-tahun lalu.................




Semenjak Tom balik dari kursus motivasi semasa cuti CNY dia banyak berubah. Tom tak lagi sakat Jerry. Setakat cium yang kadangkala terlebih kuat yang buatkan Jerry mengamuk. Kalau dulu siap cubit dan tepuk kaki Jerry hingga nagis Jerry, kini Tom tak buat dah benda-benda nakal tu. Nampak Tom benar2 sayang pada Jerry . Tom nampak matang dari tahun lalu . 'Makcik gemuk ' juga lama dah tak marahkan Tom sebab usik Jerry.





Jadinya cuti sekolah ni walaupun ada Tom dan Jerry di rumah namun rumah saya damai dan sunyi, tak de suara jeritan Jerry sebab dikejar Tom dan tak de tangan kecik Jerry yang nakal suka usik barang2 Tom. Tom tak kisah kalau jerry main game dalam handset dia .



Itulah 'Tom & Jerry' saya........

Tom & Jerry anda bagaimana pula cuti sekolah ni ???????

25 comments:

PINATBATE said...

Alamak bestnya..baik jer diorang berdua ni...
Rasa nak ambik buat menantu jer dua beradik ni...
Kat rumah saya ni ada empat orang..sorang jer heronya tapi puaslah menangis adik kakak dibulinya..

Kak Elle said...

saya tarak tom or jerry yg ada saya sorang and sorang....hehe

kekadang telatah tom and jerry ni rina membuat suasana di rumah gembira kan kalau tak sunyi sekali.

mungkin izzat dah besar perangai pun dah tukar kan? dan jerry pun dah bersekolah betul so kena maintain cool ... hehe

zino said...

kat rumah zino masa alang dengan fizah dulu.. asyik bercekak je kerja dia org hehe

Anonymous said...

malaya border check point?. kt mana tuh.

Ummi365 said...

kak rina, ummi pun ada T & J. T ialah amal and J ialah Ilan. T suka marah J .. ada je yang nak disakat.. sampai terjerit2 si J. Tapi baru2 ni T dah pergi kem sunyi pulak J, sampai siap tanya bila T nak balik. Bila balik mulalah sekali lagi gaduh tom and jerry.

Neeza Shahril said...

neeza ada power rangers kat rumah ni.. (ramai sangat kan..)
cuti sekolah belum lagi..
tak tahulah camana nanti..

mimi kecik comel sebab tu izzat suka kacau.. bila mimi besar sikit, mesti izzat tak kacau. dah segan :)

Anonymous said...

Kka rina, kalau tak dak TnJ ni suram jer rumah.. makcik gebu pun asik terbongkang ajer zzz. Tom n Jerry zar cuti sekolah ni ok jer..

Jerry yang banyak mengada, tom tukang layan.. heheh cik hubby dan Ika ler tu

Unknown said...

salam kak,

tom & jerry teman baru nak berputik.. sikit2 gaduh ade ler.. rebut mainan, rebut nak dpt suapan dulu, rebut nak peluk2 ibu.. hihi..

effie said...

maksu..
tom & jerry maksu suda besar yer..
fifi merindui msia..
nyehnyehnyeh..

p/s:merindui saat2 bergado2 ngan eli..sangat best..tak semua org blh berkejaran satu rumah.amat rugi kalau tak de pengalaman tue.huhu.

silversarina said...

pinatbate,

Agaknya Tom akak tu dah puas usik Jerry, lagi pun tahun ni dia nak ambik PMR, baik dia baca buku dari menyakat ...hehehe.




kak elle,


Macam kata akak, Tom dan Jerry kat rumah ni memasing dah busy dengan studies, tak punya banyak masa nak bercakar , lega jugak tak payah nak marah2 budak2 tu :)

silversarina said...

zino,

Kira zaman Tom n Jerry kat rumah zino dah berakhir lah ye !



CJ,

Ni kat War Museum Batu Maung, Penang, kem askar British zaman sebelum merdeka .

silversarina said...

ummi365,

Memang camtu, kalau sorang tak de mula lah gelisah , 'benci tapi rindu' , rindu nak bergaduh...memang kelakar anak2 ni.




neeza,

Ha ah kalau dah ramai jadi power rangers lah pulak .... itulah pengalaman manis buat kita sebagai ibu walaupun payah menahan sabar..hehehe.

Anonymous said...

Salam ziarah Silversarina,
Menarik cerita T&J ni. Saya suka suka juga menonton nya di TV (walaupun dan jadi warga emas.
Di rumah saya ada Jerry je. Tom sedang menuntut di UKM. Bila dia balik hujung minggu ada jugalah drama usik mengusikm tu...

Mak Teh said...

Dirumah mak teh semasa anak-anak kecil dahulu kurang adengan Tom & Jerry. Mungkin kerana terlalu ramai. Kalau buat adengan Tom & Jerry runtuhlah rumah.

Tambahan pula Pak haji sangat strict. Silap-silap kena sergah! Anak-anak tak berani buat perangai. Tapi sebenarnya Pak haji sangat sayang anak-anaknya.

Linda Fzalin said...

hehe...k ina...t & J lin tak lain tak bukan daniel n dania lahhhh....tasha takda lagilah hyper diorang....huhuhu...

SoFie NuR said...

New version of tom & jerry kat umah tu,tak sunyi ckit...old version tom & jerry will be back during summer holiday nanti..hehehe..mesti makcik gemuk rindu kat old version tom & jerry kan =P

effie said...

sofie...
kamu bukan tom & jerry..
tuu oggy n the cockroaches..
yeah..nanti kan kepulangan kamu..
abes laaa...

silversarina said...

zareda,

Itu Tom yang tersangatlah baik, kalau dalam katun Tom hanya layan baik si Jerry bila dia in love ...hehehe.





kakyong,

Baru T & J pelatih tu, banyak lagi kena belajar ...hehehe.






effie,

memang dah beso tom n jerry kat rumah ni .

kejo eli je si tom ni ye, sekarang agaknya sapa kejo sapa, rasa macam effie je kena kejo dengan eli ...haaaaaa balik ni siaplah :)

silversarina said...

Zabs,

Terimakasih sudi singgah blog saya .

Saya anak-beranak suka tonton tom n jerry , memang menghiburkan walaupun diulang2 tonton .

Sekarang bila anak2 dah besar memang ramai Tom dan jugak Jerry yang dah masuk U , sure bila balik sekali sekala mereka rindu nak lakonkan watak2 lama tu ..hehehe.




makteh,

OO kira Pak haji lah yang jerkah Toms and Jerries kat rumah makteh dulu-dulu ye atau kata neeza power rangers ..hahahah...sure rindu kat suasana riuh masa anak2 kecik dulu , tunggu cucu-cucu pulak riuhkan rumah atok/ nenek nanti.

silversarina said...

linda,

Memanglah riuh tu, nak2 si jerry tu mestila ada je yang dicuit buat tom marah tu ...hihi.





sofie,

version lama ni lebih ganas, memang naik hangin je makcik gemuk .hahaha.




effie,


hahahahah.....gang oggy akan balik ke malaysia, kena buat persediaan rapi ni :)

mommy said...

alamak tom dah jadi baik la..dah x bes sbb x leh dgr makcik gemuk marah..hehehehe
p/s : tadi makcik gemuk kata tom selalunya baik pada jerry bila in love..tom di bukit mentok pun in love keee?????? curious ni!!!..^^

silversarina said...

princess,

Entahlah pulak, kot2 ye sama macam dalam katun...he's in loveeeeee with books je kot ...barasap kepala nak kena baca banayk buku tahun ni ....hehehe.

mommy said...
This comment has been removed by the author.
mommy said...

dah besarkan gambar baru nampak make-up mimi..
mak ai! mata biru mulut merah..bukan main lagi..dahla gincu comot..hehehehhehe

silversarina said...

princess,

custom mede make up tu, dia yang bergaya sendiri..hehehe.