Pagi kami bertiga beserta 3 lagi kawan Izzat ke Kuantan. Izzat dan gang nak main bowling dan saya ada temujanji dengan doktor . Izzat ke Megamall saya ke KMC yang hanya sebelah menyebelah je bangunannya .Dalam pada itu saya dah janji nak bertemu dengan sahabat lama saya N yang kini hidup bermadu yang ikut suaminya ada kerja di Kuantan . Dia duduk di Tembeling Resort Kuantan dan saya call dia nak jumpa di Megamall. Nurse suruh saya pergi ambil darah dulu bila result dah dapat (sejam kemudian sebab macam2 test dibuat ) baru masuk jumpa doktor. Jadi masa sejam tu saya dan N merayau-rayau di Megamall , sempat singgah di Popular je sebab melekat kat buku2 tu. Saya hanya beli buku " HAMAS Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis " tulisan Maszlee Malik , saya nak tau kisah Hamas yang kurang dalam pengetahuan saya. N borong macam2 novel dan juga buku Hamas tu .
Lepas tu kami kembali ke hospital dan sempat sembang dengan N semasa tunggu giliran saya masuk. Banyaklah jugak yang sempat diluahkan N , yelah hidup bermadu memang tak sama hidup kita sorang sahaja isteri tercinta . Saya nasihatkan N agar sabar sebab sekarang ini itulah kehidupannya , tak dapat nak dipatah balik . Apa yang sedang berlaku itulah yang perlu dilalui walau perit macamana sekalipun . Bersyukur kerana N masih punya suami dan anak2 yang masih sayang padanya . Tapi N memang tabah walaupun hati sering terluka namun dia memang tabah. Saya tabik pada N .
Masa masuk jumpa doktor, saya nampak doktor senyum meleret dan doktor kata pada saya ,
" You should be proud of yourself . " .
Ingat kan kenapa. Rupanya sebab hasil ujian darah menunjukkan semuanya sudah bertambah baik dan saya dapat sahut cabaran doktor untuk kurangkan bacaan gula saya daripada 20/24 kepada 8 (saya dapat capai hingga 7.3 tapi masih belum capai 6) . Doktor ingat saya kata impossible saya dapat lakukan tapi saya dah buktikan pada diri sendiri yang saya dapat lakukan . Saya rasa happy sangat bila doktor puji saya macam tu, tapi kalau saya tak buat apa yang doktor nasihatkan saya juga yang merana dan sakit. Saya sedikit kecewa bila doktor masih mahu saya kekalkan insulin dan ubat kencing manis buat beberapa bulan lagi sebab saya dah cadang nak minta doktor 'lepaskan' saya dari suntikan insulin . Doktor kata bila dah benar2 stabil baru tak payah insulin. Apapun saya bersyukur sebab penyakit ulcer perut dan kencing manis semakin baik , Alhamdulillah. Nesxt follow up sebulan dari sekarang.
Lepas tu kami termasuk gang Izzat pergi makan di Rasamas sebab ada sup dan juga nasi dan ayam yang tak keras sangat . After makan saya temankan N shopping di Parkson yang sale gila2 jugak. Kami ke bahagian pinggan mangkuk dan N borong banyak jugak barangan di situ. Saya memang dah tegaskan dalam hati saya tak nak beli apa2 sebab pinggan mangkuk yang ada di rumahpun tak terpakai . Saya lihat set sudu yang darling saya hadiahkan saya masa birthday saya di Parkson harganya RM1399 satu beg tapi darling kata dia beli di Abu Dhabi dapat murah dari tu . Sapa2 nak sewa set sudu tu bolehlah...heheh. Saya kata tunggu anak2 dara saya kawin baru nak guna set sudu tu ( bilalah tu agaknya ...huhu ) .
Hurrayyyyyyyyy, saya berjaya melawan nafsu shopping . Saya hanya tolong N bawak plastik barangnya yang banyak tu . Dia kata madu dia akan tiba di Kuantan pagi Jumaat dan dia akan keluar shopping lagi dengan madu dia pulak ( so sweettt kan ... ) . Selamat bershopping !!!!
Ni beg set sudu stainless steel hadiah dari darling saya masa birthday saya baru2 ni , memang dah lama saya inginkan cutlery set ini. Alhamdulillah dapat jugak. Sja nak poyo sikit harini nak tunjuk hadiah dari darling . Thanks darling.
Tiba di rumah lepas asar . Letihnya badan sebab merayau dalam Parkson dan Megamall tu. Saya teringin nak makan popia sardin , so buatlah sekejap dan itulah dinner kami . Nasib baik Mimi dan Izzat pun memang dah kenyang makan siangnya. So diaorang tak kisah malam makan apa, popia pun dah ok.
24 comments:
I like your photos very much. I wish I could understand what you wrote.
wah beg sudu pun tu camn beg isi cash je..alangkah bagus kalau penuh dgn cash..hehehehe
cantinye set sudu tu..bilela piah nak kawin ni..leh guna sudu2 tu..:)
p/s : nak tumpang proud la jugakk..mak sape tu??!!>>^^
Kerry Kong,
thanks for dropping by !
Princess,
Tu lah , kena cari bakal menantu cepat 2 ni sebab nak guna set sudu tu... pegi cepat cari mat korea tu .. mat korea pandai ke guna sudu.... kena beli set chopsticks pulak lepas ni hehehe.
Alhamdulillah! Tahap gula Sarina sangat bagus. Boleh kawan dengan Pak hajilah dia pandai jaga tahap gula dia. Buah-buahan tropika selalunya dia tidak makan tertama watermelon, cempedak, rambutan, langsat dan pisang yang masak ranum lagi kena pantang. Minumannya tidak pernah bergula.
Sekarang kami berdua sedang usaha turunkan tahap cholesterol kami dengan makan oats.
take care akak, makan memang kena pantaukan.
alahai beg tu macam isi harta karun pulak, rupanya sudu, special betul.
wow mcm bag james bond aje...hehe
kalau budak 2 tu kawin lambat cam mana nak simpan aje ke cutleries tu...apa kata bila saya dtg kita testing dulu...hahaha
Makteh,
Saya kini suka sangat makan buah betik . lagipun ia baik untuk rawat ulcer perut saya , buah yang lain memang teringin ( durian nampak ada banayk dijual di pasar ) tapi memang tak berani nak makan . Kena jaga betul sampai saya dapat bacaan gula yang normal . Kolesterol saya dan yang lain2 ok semuanya , semalam baru test, Alhamdulillah.
zany,
makan memang kena jaga dan sebab tu kena kurangkan JJCM..huhuhu.
Aha dalam beg tu yang akak dah lama teringin , senang nak simpan lepas guna.
Kak elle,
James bond simpan pistol, wanmommy simpan sudu , garpu dan pisau, senjata jugak tu...heheeh.
Actually dah guna dah, mana tahan tengok je dalam beg tu . akak datang kita buat western food baru boleh guna pelbagai jenis alatan dalam beg tu...hehehehe.
Alhamdulillah dah sihat ye...nanti bawak sudu garpu datang rumah maklang..kita makan lontong..aci tak?
Salam kak
Congrats sebab akak berjaya tahan nafsu makan untuk kesihatan.
Kalau kita sendiri yang jaga badan kita, siapa lagi yang nk tolong kan.
Anyway, cantiknya cutlery set tu..senang nak simpan kan
maklang,
Waduh, ibu udah pulang ya .... bisa aja sudu tu dibawa ke kerteh untuk makan lontong dan ayam panggang... hihihi.
zarin,
Betul tu, kalau akak tak tahan nafsu makan akak juga yang merana bila sakit , sendiri punya body jaga sendiri jugak !
marilah datang kemaman boleh akak hidang nasi dagang makan guna sudi garpu baru...hehehe.
salam kak,
memula tgk gamabr, ingat nya petty cash box.. rupernya..
dengor citer kawan kak silversarina, N tu.. bertuah la dia.. walaupun bermadu, masih boleh shopping sakan.. pastu ade 2nd trip shopping dgn madu pulak.. huhu.. semoga sentiasa bahagia..
ade kwn saya bermadu juga, tp suami nak bg duit pun susah, jgn kata nak shopping.. berbelanja harian pun kena berjimat.. rezeki & dugaan setiap org sudah ditentukan Allah..
apa2 pun tahniah kak.. level diabetes sudah berkurang dgn sgt byk..
kak rina
syabas dan tahniah..
Dah berjaya lakukan sekali, lepas ni tiada yang mustahil kan...
Besnyer set sudu tu.. zar pun kena berhati hati dah memebeli pinggan mangkuk piuk ni.. dah tak de tempat nak letak dah..
Bravo!! Kak Rina lepas dah 1 ujian... teruskan ya Kak Rina.. bila dah stabil, boleh la kot akak makan makanan pantang tu sikit2..
tabah betul Kak N tu kan. Insyaallah, payung emas lah esok dia dapat.. bestnya la. Tapi, neeza... tak sanggup la rasanya.. payung emas nak tapi tak nak bermadu.. :D
berat tak cutlery set tu Kak Rina? tak pernah lagi nampak sini.. ke Neeza yang kurang shopping heheh..
congrats..pasni kena jaga kesihatan tul2 ni kalo xnak kene leter ngan doctor kenit..hehe..
alaa..lambat la lagi leh guna set sudu garfu tu..prince charming tak muncul2 lagi ni...
Alhamdulillah kesihatan kak Rina improved!
Maszee Malik, adik kawan saya dulu pun sama nama jugak belajar di jordan sama-sama (sekarang dah ada title DR. kalau tak silap), ingat lagi mula2 balik dari jordan mereka dtg rumah bujang saya makan mee goreng! hehehehe...entah2 orang yang sama!!
amboiiiiiiiiiii cantik nya.. saya lama juga dok memerhati masa di germany dulu....... errrrrrrrhmmmmm.. selera yg sama kita yea? hihiihi
alhamdullilah dah bertambah sihat..
kakyong,
Kisah N ni memang akak tabik kat dia, ada dalam blog akak ni , masa kawin pun dia sama2 hadir , tabah betul dia. Akak dulu bengang jugak bila tau laki dia nak kawin lain tapi bila dia sendiri dah restu, sekarang kenalah laluinya walau pun pahit bak hempedu, kene take it easy .
zar,
makan tetap kena pantang jugak sebab ulcer akak teruk haritu so lama sikit baru baik.
Set pinggan kalau ikutkan memang takkan habis nak dibeli , geram kan tengok yang cantik2 .
neeza,
Kalau N terus tabah memang dia akan dapat payung emas tu , layak betul . Kita yang tak bermadu pun adakala rasa hati atas perbuatan suami , nikan pulak orang hidup bermadu , lagilah teruk kena diuji.
Cutlery set tu biasanya ada dijual di pasaraya yang besar2 , beratnya dekat nak 8 kg sebab 3 lapis set sudu dan pelbagainya dalam beg tu , ada juga yang selapis dan 2 lapis bergantung kepada berapa pieces dalamnya.Berbaloi beli di sana sebab kat sini memang teramat mahal .
sofie,
Doktor kenit pesakit tak takut , tu yang melawan je, bila dah sakit padan muka I...hehehe.
Carilah yang bukan prince charming , tak delah lama sangat nak rasmikan beg sudu tu :)
OO,
Memang ustaz maszlee tu lah, memang dia belajar di Jordan , baru baca separuh buku tu, hari ni nak sambung balik.
ajzie,
Actually dah bertahun akak megidam set sudu tu, hubby akak kata berat nak bawak balik, so baru ni beg dia kosong dapatlah merasa set sudu idaman.
zino,
Alhamdulillah, mulalah nak merayau rasa makanan yang tak pedas, jemu sangat dah asyik makan bubur dan sup je.
hehe..
Assalamualaikum..
mcm kenal je N tu..
saya nak cari isteri mcm N gak la...
hehe
~~~~
IMJ,
Memang N wanita , isteri dan ibu yang hebat , satu dalam 10 juta pun susah nak jumpa , bertuah suami dan anak2 nya , Alhamdulillah.
Hai, dahlah muka ikut ayah, jejak langkah pun nak copycat ekkk... hehehe.
Post a Comment