Wednesday, March 18, 2009

85% siap, Alhamdulillah.

Pagi ni rasa segar , dah sebulan saya tak breakfast di luar atau lebih tepat lagi di padang astaka . Jadi pagi tadi saya dan Mimi makan roti canai di gerai faveret kami dan lepas tu saya bawak mimi main di padang permainan juga di situ.

Balik dari padang astaka, saya singgah beli barang2 untuk saya masak mee soto, yang penting kena ada sup , tak kisah makan dengan nasi atau roti atau mee atau bihun . Hantar barang2 ke rumah , terus hantar Izzat ke perpustakaan dan saya dan mimi terus ke Kg Kubang Ikan , Cerating nak ziarah Ustazah Aslina ( rumah terbakar tempoh hari ) .

mimi dan anak ustazah aslina di depan rumah baru .......


Ustazah dan anak2 masih lagi menumpang rumah ibunya tapi Alhamdulillah rumah yang terbakar telah digantikan dengan sebuah rumah batu 4 bilik tido dan sudah 85% siap . Rumah baru telah mula dibina sebulan lau dan dilakukan secara gotong-royong oleh rakan-rakan yang datang hari2 membantu . Janji satu pihak elit untuk memberi bantuan tenaga askar bagi membantu membina rumah tersebut hanya tinggal janji, hingga ke hari ini tiada pun mereka hadir. Alhamdulillah semua kos membina rumah tersebut ( setakat ini kosnya RM40 ribu ) adalah hasil sumbangan derma dari pelbagai pihak termasuk rakan2 bloggers silversarina juga. Terimakasih kepada kalian yang sudi menderma. RM40 ribu itu hanya kos barang-barang binaan sebab tenaga pekerja adalah percuma , derma tenaga dari pelbagai pihak dan individu, Alhamdulillah.




Pagi tadi terdapat 6 orang termasuk Mat tuan rumah yang bekerja shif malam menggunakan masa siangnya dengan membantu membina rumah yang tinggal sikit saja lagi untuk siap , plaster dinding dan bilik air .




Masa nak balik ada tetamu lain pula tiba dan syukur sebab masih ada lagi individu yang datang bagi menghulurkan bantuan walaupun bencana kebakaran ini berlaku lebih 2 bulan lalu. Alhamdulillah .








Saya balik rumah terus masak soto dan terasa nikmatnya bila sedikit demi sedikit saya telah mula dapat merasai keenakan makanan walalupun masih pantang makanan pedas dan yang sewaktu dengannya.

13 comments:

Neeza Shahril said...

Alhamdulillah.. semoga murah rezeki semua penderma.. kepada yang berjanji tapi tak tepati tu, tak payahlah canang satu dunia nak buat kebaikan.. tapi habis pun tarak..

Alhamdulillah juga kak Rina dah dapat makan sikit2... sedapnya soto ;)

Kak Elle said...

wanmommy go slow dgn roti canai tu ye...

alhamdulillah rumah batu dah naik dan hampir siap ... semoga mereka2 yg bersedekah untuk uztaza dan family akan menerima dari Nya...

NURAZZAH8 said...

Alhamdulillah silversarina dah dapat makan sedikit demi sedikit... hurm...kalau kenang kembali...agaknya itu baru Allah tarik sedikit nikmat makanan...agaknya bgmn pula orang yang sakit lebih kronik hanya boleh makan melalui saluran sahaja...sebab itu kita kena sentiasa bersyukur kan Ina?
sebab itu bila baca surah Ar-Rahman dan baca ayat berikut berulang-ulang kali, mesti bercucuran air-mata...

"Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?" : Ar-Rahman

Syukur Alhamdulillah kita masih dikurniakan Allah cukup segala sifat dan dapat menikmati apa yang Allah berikan kpd kita...

Sesungguhnya sangat tidak beruntungnya orang-orang yang sombong dan tidak mahu mensyukuri nikmatNya.


Alhamdulillah juga buat cikgu Aslina dan keluarga.Mudah2an murah rezeki dan ada lebih ramai orang-orang yang bermurah hati untuk berkongsi kemewahan yang Allah berikan kpd mereka.

Zareda Norman said...

syukur alhamdullillah... masih ramai yang prihatin..

masak mee soto kak rina ingat ler orang di KL ni yer

zino said...

tak lama lagi siap le rumah tu syukur alhamdulillah..

tak lama lagi semua pantang larang akan berakhir... tapi masih perlu berhati2 dengan apa yg di makan..

Unknown said...

Salam..

Alhamdulillah, tangan yg memberi lebih baik dari yg menerima..

kak.. wah dah mula mengorak selera tu..

Ummi365 said...

alhamdulillah ... untuk kak rina dan juga ustazah.

King5zal said...

Wahh sedap tu soto ...pos laju ke shah alam 5 mangkuk hehehe...

Semoga Kak Ina sihat sihat hendaknya..

Cuti sekolah ni Tom, Jerry & Jerry Kids ada kat Rumah..main, gaduh, main , gaduh...pening di buatnya

Unknown said...

Kumpulan Eilte memang kuat berjanji...tai dalam rumah mereka sendiri nampak kacau bilau...huru hara!

syabas keepada Rina dan kawan2 yang perihatin dan membantu!

silversarina said...

neeza,

Beria-ia berjanji, bila balik habuk pun tarak, orang gotong royong langsung tak nampak batang hidung , itlah pemimpin yang ada masakini.




kak elle,

Roti canai ok sikit dari nasi sebab makan nasi kena makan dengan lauk pauk dan roti canai makan oun sekeping je, tapi tak boleh makan hari2 ..hehe




nurazzah,

Memang nikmat makan adalah salah satu nikmat yang besar, bila ditarik keinginan untuk makan samapi nangis tak boleh nak jawab teringin nak makan apa sebab memang zero nafsu makan .


Ustazah siap cakap dia tak de duit nak bina rumah kalau tak dengan bantuan yang diberikan, Alhamdulillah ramai yang tampil membantu.

silversarina said...

zareda,

soto jelah yang menyelerakan, sup tu yang paling utama, makan yang keras2 kena dikurangkan sebab ulcer perut tu masih dalam rawatan.





zino,


Dijangka dalam masa sebulan InsyaAllah Ustazah dapat duduk rumah baru, InsyaAllah.

Sekarang pun dah mula makan-makan sikit2 , Alhamdulilah.

silversarina said...

kak yong,

Wassalam. Syukur ramai yang menderma dan membantu mempercepatkan prosess membina rumah ustazah.

Yeap, akak dah masuk gear 2 ni... hehehe.





ummi365,

Thanks ummi . Semoga bantuan yang diberikan menjadi bekalan kita diakhirat , InsyaAllah.

silversarina said...

King5zal,

Nak soto mai lah sini , atpi cicli tak main ekk...hehehe.


Jenuhlah pakcik gemuk mengamuk kejo Tom n Jerry kat rumah ye :)




Pp,

Tulah masa berjanji bukan main lagi , macam esok nak datang siapkan rumah, sampai la ni tak nampak batang hidung . Patutlah konflik dalaman makin parah, rakyat dibuat macam sampah.

Thanks for dropping by .