Wednesday, March 31, 2010

salam buat semua ... buat masa ni busy dan tak sempat nak update blog ... see yoo later ...

Wednesday, March 24, 2010

ikan segar !!

Pagi semalam gang jogging saya ke jeti nelayan di Kuala Kemaman , saja nak mencari ikan segar yang baru tiba dari kapal nelayan . Tiba di jeti jam 815 pagi , kapal masih belum tiba, kami berlima lepak di warung kopi sambil minum2 dan menanti kapal tiba. Jam 9 pagi kapal baru tiba dan makin ramai orang berkerumun di jeti untuk membeli ikan , teramai adalah peraih2 ikan .




Kami pun apalagi, masing2 macam tak pernah jumpa ikan, mana tak nya ikan dan sotong nya amat-amat lah segar , isinya pun dah nampak kental . saya mencari ketam tapi malangnya ketam telah dibooking oleh peraih dan memang tak de seekor pun yang tinggal untuk dibeli secara runcit .



Alhamdulillah , sampai rumah terus saya siang sotong dan goreng celup tepung dan dicicah dengan cili sos ..... nikmatnya tak terkata .

Disebabkan tak de ketam di situ, petang semalam saya ke Pasar Binjai pulak untuk cari ketam dan dapatlah beli ketam walaupun tak berapa fresh tapi masih manis isinya bila dibuat sup untuk dinner malam tadi , Alhamdulillah .


Tengahari semalam pulak kami ke rumah Chef Hanieliza di Kerteh atas jemputan kakliza , katanya saja nak jamu sahabat2 sempena post-kenduri kawin baru2 ni ... masakannya memang tak usah ceritalah , 2 kali tambah saya , tak malu dah ...hihi . Sempat jugak sessi menyain otograp buku masakan Kakliza , memang Kakliza ni laju dan cekap buat kerja , bab masak memang dia amat pakar ( memang saya pasti tak terkejar kelajuan dan kepakaran kakliza bekerja !! ) .

lauk-pauk di rumah kakliza ...yummyyy .



Pagi ni anak , menantu dan cucu akan balik ke ' kampung ' mereka kembali .... sunyi lah pulak rasa , terimakasih kepada teman2 blog dan FB kerana sentiasa ada di sisi saya , pengubat rindu , syukur .


bye-bye Umair , nanti kita jumpa lagi ye .

Monday, March 22, 2010

menantu ku sayang

( Alhamdulillah , Mak saya telah keluar dari hospital dan kini berehat di rumah . terimakasih di atas doa kalian . )



Lambat sikit entry baru ni sebab tunggu nak letak gambar birthday kek .. pagi tadi ke SR MM niat nak beli kek , tapi habis licin semua kek , satu pun tak de dan pekerja SR siap kata pada saya agar anjak sambut harijadi ke esok hari kerana stok kek hanya akan tiba esok hari ... saya pun balik dan singgah ke satu kedai kek dan saya lihat ada satu kek yang kecil tapi nampak sedap dan harga pun lebih kurang harga SR kek, sure sedap punya , belilah kek kecik tu dan petang ni baru birthday girl dapat potong kek tu ....






Menantu pertama saya seorang yang amat baik dan lemah-lembut ( tak macam mak mertua nya ) . Dulu saya selalu bergurau yang jika saya dapat menantu yang macam ' hantu ' , saya pasti bertukar dari mother-in-law kepada monster-in-law .... pada pihak saya , saya masih belum lagi bertukar menjadi monster-in-law dan semoga ianya kekal begitu . Ada orang tanya apa perasaan jadi ibu mertua ...saya jawab , sayangilah menantu sebagaimana kita sayang anak sendiri dan bagaimana kita mahukan ibu mertua kita layan kita, begitulah juga perasaan menantu terhadap ibu mertua ... belajarlah dari pengalaman .


Syukur dapat menantu macam Adzra dan memang Zaid amat bertuah punya isteri sebaik Adzra .


SELAMAT HARIJADI KE 24 BUAT MENANTU KU ADZRA !!!

Saturday, March 20, 2010

berita cuti ...

( TERIMAKASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TELAH MENINGGALKAN KOMEN DI ENTRY LALU . DOA SERTA UCAPAN KALIAN SEMPENA HARIJADI ZAID AMAT-AMATLAH KAMI HARGAI, TERIMAKASIH SEKALI LAGI ) .





Esok start balik sekolah .. seminggu cuti .. tak ke mana tapi jadual tetap padat .. di bawah ni berita tentang cuti kali ini , berita bergambar dan berita tanpa gambar .


Berita bergambar ...




Majlis perkahwinan anak Chef Hanieliza Kerteh .

Zaid serta family pulang bercuti ke Kemaman serta sahabat mereka Hazimin sempat singgah di rumah kami .


Cucu ceria bermain di laman rumah yang kering kontang akibat kemarau .... syukur kini dah mula hujan .




Outing di Mesra Mall







Seronoknya dapat bermain bersama Umair dan Insyirah ( anak Hazimin ) .



Bertemu Neeza sahabat blog dan fb yang pulang bercuti dari Jubail, Arab Saudi di rumah Mak Neeza di Kemaman .





Berita Tanpa Gambar ...

Pertengahan cuti dapat berita Mak di kampung jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital . Kami semua bergegas pulang ke kampung dan memang kesian lihat keadaan Mak , terbaring lesu tanpa dapat menggerakkan anggota tubuh serta terpaksa memakai wayar oksigen kerana sesak nafas . Keesokannya Mak terpaksa dialihkan ke hospital lain yang ada doktor pakar . Saya mengiringi Mak dalam ambulan sewaktu berpindah ke hospital lain . Ya Allah , melambung-lambung badan dibuatnya bila ambulan dipandu laju dan melanggar lubang , dengan bunyi siren serta brake emergency nya apabila kenderaan tidak membeli laluan . Saya dan 2 jururawat terpaksa memegang badan Mak kerana takut Mak terjatuh dari stretcher . Saya gerun bila terbayangkan bagaimana kalau pintu ambulan tiba2 terbuka, sudah pasti ada yang menggelongsor jatuh ke atas jalanraya . Memang satu pengalaman yang sungguh mendebarkan . Setelah dirawat di hospital itu Mak beransur pulih dan sudah boleh menggerakkan badan dan sudah ada selera makan. Saya terpaksa pulang ke Kemaman kerana cuti sekolah anak2 sudah sampai ke penghujung , walaupun Mak masih di wad namun keadaaan Mak semakin pulih , Alhamdulillah .


Itulah kisah bergambar dan tanpa gambar sempena cuti sekolah kali ini .



Selamat kembali ke sekolah buat semua anak pelajar .

Thursday, March 11, 2010

11 Mac 1986 ... 24 tahun kini .



11 MAC 1986 ..... baby pertama yang kukandung selamat dilahirkan . Walaupun tidak cukup bulan namun itu tidak menjadi halangan buat kami suami-isteri untuk mengasihi dan membelai zuriat pertama kami .



Catatan tentang pengalaman menanti dan menyambut kelahiran Zaid boleh dibaca di sini .





SELAMAT HARI LAHIR KE 24 BUAT ANAKANDA ZAID !!



Pelbagai pengalaman pahit manis membesarkan Zaid tetap kekal dalam ingatan .

Pahitnya kerana hobi Zaid adalah menangis .... memang anak yang paling kuat menangis . Dia boleh menangis non-stop sepanjang malam , dia boleh menangis non-stop 8 jam . Dia boleh menangis tanpa sebab musabab . Sudahnya kami hanya biarkan aje dia , kalau dia menangis , biar dia berhenti sendiri . Tahankan telinga aje . Pendek kata selama 6 tahun dia mempunyai hobi menangis ini . Selepas sudah masuk sekolah dia tidak lagi menangis tanpa sebab . Saya pernah kata pada darling , agaknya airmata Zaid dah habis kering sebab dia kuat menangis semasa bayi dan peringkat awal kanak-kanak . Itu aje kisah pahit yang paling ketara buat kami .




Manisnya kerana banyak sebab .... Zaid seorang anak yang mendengar kata , penyayang , lemah lembut , sopan , bijak dalam ilmu al quran , bijak juga dalam kemahiran teknikal , punya keazaman yang tinggi untuk berjaya . Pendek kata saya amat senang dan selesa dengan pencapaian Zaid selama ini , Alhamdulillah .





Semoga menjadi seorang anak, abang, suami, bapa , usahawan dan businessman yang berjaya InsyaAllah .

Doa Mama juga agar agar Zaid terus diberi petunjuk oleh Yang Maha Esa dalam menempuh kehidupan serta dianugerahkan ketenangan dan kejayaan di dunia dan di akhirat InsyaAllah . AMIN .


Happy Birthday To You !!!!!

Monday, March 8, 2010

kenapa dia bengkeng ???

Alhamdulillah lega hari ni dapat mencelah sebentar di blogsphere .



Warning : entry orang dah kawin .... budak2 main jauh2 ye !!



Berita pendek aje .. info benar ... rasanya bukan dia sorang yang begini :

Seorang lelaki /suami yang bertubuh katang , bersuara garau dan agak bengkeng dengan isteri .... tapi rupanya dia selalu GAGAL di ranjang, tak mampu dalam bab batin ... sekarang katanya sedang berubat untuk kembalikan kejantanannya yang dah lama hilang .. .. agaknya mungkin sebab itu dia jadi bengkeng ... itu aje .. nak cari sebab kenapa dia bengkeng .... ini pendapat saya ...

Thursday, March 4, 2010

kawan di kala riang dan tangis

Minggu ni tak sempat nak jengok blog sebab busy sangat , usahkan blog orang lain , blog sendiri pun tak sempat nak dijengok . Pagi ni ada ruang sikit untuk mengupdate blog ni .

Dalam hidup selama 45 tahun saya ada jugak membilang orang yang pernah kita bersua dan kenal tapi akhirnya tak terbilang sebab terlalu ramai . Itu yang kita pernah kenal . Apa lagi yang kita berselisih tapi tak kenal, lagilah mungkin ratusan ribu atau berjuta manusia .

Apa yang saya rasa sekali-sekala .... kenapalah saya kenal orang2 ini yang pada saya hanya menyerabutkan kepala saya dan kenapalah pulak saya tak kenal orang2 itu yang saya benar2 ingin mengenali mereka tapi mereka tidak pula mahu berkenalan dengan saya . Bukan apa, dalam hidup ini adakala kita rasa seronok dan amat gembira bila dapat bertemu dengan orang2 yang kita benar2 mahu bersama dalam susah dan senang . Ada ketikanya juga kita kalau boleh tak mahu bersama orang2 yang pada kita kalau mereka tak ujud dalam hidup kita lagi bagus .

Itulah yang saya rasakan ketika ini , bagi sesiapa yang faham entri ini baguslah kalau tak faham .. buat2 faham ajelah . Apa yang pasti seboleh-bolehnya saya hanya mahu berkawan dengan orang2 yang dapat bersama saya di kala riang dan tangis .

Monday, March 1, 2010

Prestasi HM yang kurang baik !!

Salam ceria buat semua ... sebagai Home Manager ( HM ) banyak lagi kerja rumah yang perlu dibereskan namun saya ambik kesempatan ini untuk berkongsi perasaan dan pengalaman dan ia ada juga kaitan dengan tugas saya sebagai HM .

Kata orang dulu-dulu " Walau setinggi mana seorang anak perempuan belajar nanti ke dapur jugak " .. itu memang benar , tak sah kalau wanita itu tidak ke dapur sebab setiap rumah pasti ada ruang dapur , kalau tak masak pun setakat nak minum air dari peti ais pasti akan ke dapur jugak , bukan setakat wanita , kaum lelaki juga tak sah jugak kalau tak ke dapur , paling tidak untuk ambik cawan untuk minum atau letak cawan di sinki untuk dibasuh oleh orang lain ( ?? ) .

Saya bukan nak cakap pasal ke dapur , ke ruang dapur ... saya nak cakap pasal kemahiran MEMASAK yang saya sebagai HM GAGAL memahirkan diri bila masuk bab masak-memasak ini . Setakat anak-beranak makan masakan biasa seperti nasi putih, nasi tomato, nasi arab (maklubah ) dan lauk-pauk biasa seperti ayam masak merah, ayam kicap, ayam goreng berempah , ayam panggang .. boleh dikatakan ayam meng ayam ni saya ok jugaklah sebab anak2 ramai yang terlalu gemar ayam , kalau bab ikan pulak, macam biasa ajelah tiada yang istimewa yang saya tahu memasaknya . Pendek kata kalau nak dibandingkan dengan HM yang lain saya jauh ketinggalan dalam bab masak ni . Mungkin sebab saya anak perempuan bongsu dan ada dua kakak yang pandai memasak (masak apapun sedap ) saya jadi segan nak masak kalau kami berkumpul ramai-ramai . Saya masih ingat 6 bulan sebelum abah meninggal dunia abah datang ke rumah kami di Kemaman dan saya pun kenalah masak untuk ibubapa yang datang ziarah ,.. tak sangka abah memuji masakan saya , kari ayam yang saya tambah kerisik untuk pekatkan kuahnya dan dia minta saya masakkan sekali lagi menu yang sama dan saya turutkan permintaan abah dan itulah masakan terakhir saya yang abah sempat jamah sebelum abah pergi meninggalkan kami semua pada Januari 1996 .




Nak ceritanya ... saya ada juga perasaan nak mencuba sesuatu masakan yang baru , namun bila dicuba rasanya tak sama dengan tukang masak aslinya ... saya pernah cuba masak mee bandung mak yang memang special tapi yang saya masak masih ada kurang rasanya , saya pernah cuba masak rendang minang nogoghi 9 resipi arwah mertua saya namun rasanya amat jauh berbeza dengan hasil tangan arwah mak , saya pernah cuba buat karipap mengikut garis panduan kakak ke 2 saya yang memang terer masak , tapi tak menjadi , yang saya tak pernah cuba ialah resipi asli popia basah kakak sulong saya yang saya tahu tiada siapa dapat menandingi kesedapannya , kalau saya cuba pun memang takkan jadi .

Cuma dua masakan yang saya konfiden memasaknya iaitulah soto dan nasi tomato .

Kisah terbaru .... Khamis lalu bersemangat betul saya nak mencuba buat carrot kek dan siap catatkan semua bahannya dan ke kedai membeli semua bahan dan terus buat bila sampai rumah, hajat di hati nak jamu darling sebelum dia berangkat pulang ke kampung arab dia .... bila dah masak, happy sangat sebab rupa dah ada , gebu dan elok texture nya .... bila rasa ... Ya Allah pahit dan tawo hebeo kata oghang Peghak . saya makan sepotong , mimi sikit, darling cuit sikit , (tak pasti izzat makan ke tak ) , itupun makan macam terpaksa (sayalah ) bersama topping cream cheese yang manis yang saya buat untuk tutup rasa tak sedapnya kek tu ..... lepas tu semua kek tu tong sampah yang makan.... rasa frust sangat .

Semalam sempat bersembang dengan Chef Kakliza (duduk di kerteh ) saya ceritakan pengalaman pahit saya tu, dia kata memang bukan mudah nak dapatkan masakan yang sempurna, kena rajin mencuba dan mencuba dan mencuba ... saya ni bukan jenis yang suka mencuba sangat , kalau dah habis banyak RM dan luangkan masa masih tak jadi sedap bagi saya baiklah saya ke kedai kek aje dan beli , lagi mudah ...

Ke macamana ???????

Itulah kisahnya .......... Saya adalah seorang HM yang prestasi kurang baik !!!