Thursday, March 4, 2010

kawan di kala riang dan tangis

Minggu ni tak sempat nak jengok blog sebab busy sangat , usahkan blog orang lain , blog sendiri pun tak sempat nak dijengok . Pagi ni ada ruang sikit untuk mengupdate blog ni .

Dalam hidup selama 45 tahun saya ada jugak membilang orang yang pernah kita bersua dan kenal tapi akhirnya tak terbilang sebab terlalu ramai . Itu yang kita pernah kenal . Apa lagi yang kita berselisih tapi tak kenal, lagilah mungkin ratusan ribu atau berjuta manusia .

Apa yang saya rasa sekali-sekala .... kenapalah saya kenal orang2 ini yang pada saya hanya menyerabutkan kepala saya dan kenapalah pulak saya tak kenal orang2 itu yang saya benar2 ingin mengenali mereka tapi mereka tidak pula mahu berkenalan dengan saya . Bukan apa, dalam hidup ini adakala kita rasa seronok dan amat gembira bila dapat bertemu dengan orang2 yang kita benar2 mahu bersama dalam susah dan senang . Ada ketikanya juga kita kalau boleh tak mahu bersama orang2 yang pada kita kalau mereka tak ujud dalam hidup kita lagi bagus .

Itulah yang saya rasakan ketika ini , bagi sesiapa yang faham entri ini baguslah kalau tak faham .. buat2 faham ajelah . Apa yang pasti seboleh-bolehnya saya hanya mahu berkawan dengan orang2 yang dapat bersama saya di kala riang dan tangis .

26 comments:

nurazzah8 said...

Salam sejahtera wahai sahabatku Rina, harap2 saya termasuk dalam golongan mereka yang you nak bersama dalam susah dan senang...
maaflah ..Azzah pun terrrrsangat lah sibuk sehingga tidak sempat hendak meninggalkan jejak di blog rakan2.. baca juga tapi tak sempat nak tinggal komen..namun walau apapun you sentiasa di hati..ewahh
Teringin sangat nak jumpa bloggers dari Pantai Timur ni...maklang, Mulan, you ..chef Liza. tapi bila masanya hanya Allah yang menentukan..

Salam dari SHah Alam,
Azzah

rezeki said...

salam kak ina

itulah realiti kehidupan hari ini,
itu semua ujian dr Allah dan segalanya diatur sedemikian rupa dan tak terjangkau akal pemikiran kita, insan yg kerdil ni

semoga kawan dan sahabat disekeliling kita sentiasa ada dikala riang dan tangis jua

kawan ketawa senang dicari, kawan menangis ...

zareda said...

kak rina

sebab itulah Allah SWT jadikan syurga dan neraka.. sebab manusia ni bermacam ragam.. baik buruk...

Ummi365 said...

dah laaaaaaaaaaammmmmaaaaaaaaaaaaaaa sangat tak jejak kat blog kak rina. entah kenapa hari ini terjejak. aduhai dalam maksud entri kali ini.

apa pun.. take care kak!

maklang said...

biasalah tu..kawan ketawa ketika senang melambak, kawan dikala susah boleh dikira...

Apa2 pun berdoa jelah, moga selalu jumpa orang yang sama2 senang dan sama2 susah...

eh...tak pergi berendam lagi ke?

have fun ye...:)

tajnur said...

Salam! Yong Ina,
Sebut saja bab kawan, biyorle kita cari dulu dlm hidup mrk yg Allah gelarkan `bithonah` spt dlm Surah AliImran:118 `Wahai orrg2 beriman, jgnlah kamu mengambil teman kepercayaan (bithonah)org yg luar dikalanganmu krn mrk tidak henti2nya menimbulkan kemudharatan bagimu`Mrk suka apa yg menyusahkanmu.
Bila kite dah tua rente ni, sepatutnya kita dah ada kwn spt itu dlm byk tujuan hidup dan lebih2 lagi bila kita berada dlm kesusahan. Kita tak tahu masa susah kita dan destinasi hidup kita bukan disini sahaja... Wallahualam

zino said...

seperti senikata lagu sape tah...

"teman ketawa senang di dapat"
"teman menangis sukar di cari"

Kak Elle said...

Rina banyak orang banyak ragam kan?mmg selalu masa senang ramai yg dtg kalau kita susah jauh nya mereka lari...tapi alhamdulillah ada keluarga yg perhatin:)

dEeWaN said...

betul kak,kata orang kawan ketawa ramai tapi kawan menangis sukar dicari.........

Zaitun said...

Kalau kita nak jadikan dia sahabat kita tengok masa kita dalam kesusahan.Adakah dia mendekati atau menjauhkan diri.

Harap Rina dapat jadikan kak Zai salah seorang sahabat.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

sabar ya sarina...manusia ni tak sama perangai mereka..apatah lagi zaman sekarang, rambut pun dah tak sama hitam!

Neeza Shahril said...

Selalu jugak neeza rasa macam Kak Rina rasa.. rasa macam, kalau tak kenal langsung pun takpe.. dan orang yang neeza nak kenal tapi susah benor nak kenal pun ramai gak.. tu kira belum rezeki la kan..

part yang memula tu, neeza kena anggap, kalau neeza tak kenal dia.. mesti neeza rasa nak kenal sesangat.. tapi bila dah kenal, rasa frust.. jadi sebelum cempedak menjadi nangka, jom kita masak gulai cempedak tu hehehe..

aintsuperwoman said...

I nak jadi kawan dikala mengekek2 gelak okay tak? boleh laaaa.....

and at the same time, kawan dikala sedih ni, kadang2 you sendiri tak nangis lagi I dah teroyak duluuuu!!!! tu yang leceh tu..hehehe....

silversarina said...

nurazzah,

Salam sejahtera buat you jugak .you'll always my friend walaupun kita jauh terpisah (jiwang2 ) . kalau datang ke pantai timur , call aje ye, boleh kita jumpa dan sembang2 , bestnya .

silversarina said...

rezeki,

kekadang memang rasa tak nak jumpa orang yang jahat , tapi macam kata you kita tak dapat menentukannya .

silversarina said...

zareda,

betul tu zar, harap pengakhiran kita adalah ke tempat yang baik Insyaallah .

silversarina said...

ummi,

akak pun sama , amatlah jarang melawat blog orang lain termasuk blog ummi , sori ye , namun begitu kau tetap di hatiku :)

silversarina said...

maklang,

adat dunia dah macam tu kan ...huhu.

silversarina said...

tajnur,

makin usia meningkat makin ramai orang 'sakit jiwa' yang kita jumpa dan memang kalau boleh nak lari mereka smeua ni .

silversarina said...

zino,

tepats ekali lagu tu.. kalaulah dapat dengar suara zino nyanyi ..hehehe.

silversarina said...

kak elle,

Betul tu kak , ada adik-beradik yang dapat berkongsi pendapat .

silversarina said...

deewan,

kalau nak tau siapa kawan, tunggu masa kita susah , kenal lah siapa .

silversarina said...

kak zaitun,

pertama kenal mimi dah tau mesti maknya baik sebab anaknya baik, kak zai memang salah sorang rakan yang saya boleh rapat .

silversarina said...

kak nab,

ha ah , rambut sama je kaler tapi hati entahlah beribu warna kot sebab itu manusia beribu ragam .

silversarina said...

neeza,

jom masak gulai nangka ,,,hehehe.

silversarina said...

asw,

kome tu aje ngan ye , baru nak sedih kome dah teghoyak ... teringat lagi masa zaid baru pegi jordan dulu i penah nangis masa you and atip datang rumah ..kelakar pulak rasa ..hehehe.