Saturday, March 20, 2010

berita cuti ...

( TERIMAKASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TELAH MENINGGALKAN KOMEN DI ENTRY LALU . DOA SERTA UCAPAN KALIAN SEMPENA HARIJADI ZAID AMAT-AMATLAH KAMI HARGAI, TERIMAKASIH SEKALI LAGI ) .





Esok start balik sekolah .. seminggu cuti .. tak ke mana tapi jadual tetap padat .. di bawah ni berita tentang cuti kali ini , berita bergambar dan berita tanpa gambar .


Berita bergambar ...




Majlis perkahwinan anak Chef Hanieliza Kerteh .

Zaid serta family pulang bercuti ke Kemaman serta sahabat mereka Hazimin sempat singgah di rumah kami .


Cucu ceria bermain di laman rumah yang kering kontang akibat kemarau .... syukur kini dah mula hujan .




Outing di Mesra Mall







Seronoknya dapat bermain bersama Umair dan Insyirah ( anak Hazimin ) .



Bertemu Neeza sahabat blog dan fb yang pulang bercuti dari Jubail, Arab Saudi di rumah Mak Neeza di Kemaman .





Berita Tanpa Gambar ...

Pertengahan cuti dapat berita Mak di kampung jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital . Kami semua bergegas pulang ke kampung dan memang kesian lihat keadaan Mak , terbaring lesu tanpa dapat menggerakkan anggota tubuh serta terpaksa memakai wayar oksigen kerana sesak nafas . Keesokannya Mak terpaksa dialihkan ke hospital lain yang ada doktor pakar . Saya mengiringi Mak dalam ambulan sewaktu berpindah ke hospital lain . Ya Allah , melambung-lambung badan dibuatnya bila ambulan dipandu laju dan melanggar lubang , dengan bunyi siren serta brake emergency nya apabila kenderaan tidak membeli laluan . Saya dan 2 jururawat terpaksa memegang badan Mak kerana takut Mak terjatuh dari stretcher . Saya gerun bila terbayangkan bagaimana kalau pintu ambulan tiba2 terbuka, sudah pasti ada yang menggelongsor jatuh ke atas jalanraya . Memang satu pengalaman yang sungguh mendebarkan . Setelah dirawat di hospital itu Mak beransur pulih dan sudah boleh menggerakkan badan dan sudah ada selera makan. Saya terpaksa pulang ke Kemaman kerana cuti sekolah anak2 sudah sampai ke penghujung , walaupun Mak masih di wad namun keadaaan Mak semakin pulih , Alhamdulillah .


Itulah kisah bergambar dan tanpa gambar sempena cuti sekolah kali ini .



Selamat kembali ke sekolah buat semua anak pelajar .

14 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam sarina,

moga2 mak terus pulih. risau kita kan bila emak tersayang tak sihat...dan kita pulak tinggal berjauhan :(

rezeki said...

salam kak

doa saya agar ibu kakak sembuh dan sihat kembali

cuti mmg seronokkan heheeh

silversarina said...

kak nab ,

betul tu, memang jadi buntu dibuatnya , nak balik kemaman sian kan mak, tak balik kena balik juga sebab anak2 nak start sekolah dan suami pulak bukan waktu nya bercuti di tanahair .. kakak2 saya kata tak pe balik sebab mak dah nampak beransur pulih dan bibik mak pun ada juga untuk menjaga mak .




pak itam ,

Terimakasih atas doa itu .

Kalau boleh nak sambung cuti :(

Kak Elle said...

anak kak liza yg pompan ke lelaki?tahniah pada kak liza terima menantu..

cuti kali ni banyak terjadi kan?semoga mak rina sembuh tampa komplikasi.

silversarina said...

kak elle,

Anak kakliza yang lelaki, kira sambut menantulah tu .

Alhamdulillah cuti Mac ni memang tak plan ke mana-mana sebab Anuar tak de cuti , ada jugak hikmah sebaliknya .

aintsuperwoman said...

i pun mula terbayang2 kalau pintu ambulans terbuka, and....and....yang jatuh tu.....bukan pesakit, bukan nurse...tapi...tapi....oh..tidak!!

Memang setiap kali ambulans lalu dengan bunyi sirennya, hati kita akan tertanya2 bagaimana keadaan org di dalam... **sigh** :(

tajnur said...

Salam! Yong Ina,
Hoi, kalor langgor lubang besor mmg dan bawak laju mmgler berdentum terangkat lampu kekateh! ( Mmg lampu pusing2 tu paling ateh).
Habeh mak Yong Ina ler ni ada kat Hospital Ipoh ke? Harap2 sihat wal`afiat semuanya.

manzlie said...

salam kak sarina..

cl doakan semoga mak akan lekas sembuh hendaknyer..insyalah


wslam

zino said...

semuga mak rina kembali sembuh.. amin..

Kak anie said...

Salam rina...semoga mak rina sembuh sepenuhnya...

Umair dah pandai berlari ye...sekejap aje rasanya...

Alhamdulillah Kemaman dah ujan...

Rozali said...

Assalamualaikum kak sarina

saya doakan agar emak akak cepat sembuh dan dapat beribadat dengan sempurna

Wassalam

hanieliza said...

Salam..
terimakasih yang tak terhingga kerana sudi amenolong akak masa kenduri tu...dan juga sudi hadir masa majlis...

silversarina said...

asw,

memang suspen tau , bawak macam ke hape lajunya .







tajnur ,

jalanraya pulak memang banayk lubang , memang melambung dibuatnya .






CL,

Alhamdulillah Mak akak dah keluar hospital dan semakin sihat .

silversarina said...

zino,

syukur mak dah semakin sembuh .




kak anie,

Umair dah nak dapat adik ogos nanti , memang kejap saja masa berlalu .




rozali,

waalaikumusalam . Mak akak dah keluar hospital dan kini berehat di rumah .





kakliza,

ala kak tolong sikit aje , akak tu kena rehat juga sebab sure penat kenduri tak habis lagi .