Saturday, June 7, 2008

Catatan Perjalanan Bahagian Akhir

Sebelum meyambung catatan perjalanan di Indonesia ingin saya catatkan satu dialog bersama seorang penjual di komplek membeli-belah Mangga Dua di Jakarta berkaitan Izzat yang buatkan Izzat terperasan ...hahaha .




Penjual : Anaknya ( dengan tunjuk pada Izzat ) , dakap wajahnya .




Saya dan Izzat tak faham maksudnya dan bila dia lihat kami tak de respon dia sambung lagi..




Penjual : Dakap wajahnya... gantang...




Kami masih tak dapat tangkap maksudnya dan dia pun kata semula...




Penjual : Gantang... hensem !!




Ha.. perasanlah Izzat dan mimi pulak sambung...




" Tulah mimi kata dah, kawan izzat pun kata Izzat hensem . "




'terkoyaklah' seluar Izzat di Mangga Dua dan Izzat 'terpaksa' beli seluar baru... sampai 4 helai .... hehehe.








++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++






Perjalanan kami bersambung seawal 7 pagi dan sempat singgah di Kartika Cake House yang famous dengan brownies kukus di bandung. Memang kedai kek ini hanya terdapat di bandung dan rakyat malaysia biasanya akan ke Kartika atau ke Amanda membeli brownies dan kek sebagai ole2 dibawa pulang. Kami sempat beli beberapa kotak brownies kukus , kerepek tempe dan dodol strawberry sebagai ole2 .




Perjalanan ke Puncak amat perlahan kerana telah hujung minggu dan terlalu ramai pelancong yang menuju ke sana. Puncak dan Bogor terkenal sebagai pusat pelancongan tanah tinggi yang amat cantik pemandangannya dengan ladang teh di lereng bukit dan tempat penggemar payung terjun yang terjun dari puncak gunung dan mendarat di lembah yang begitu cantik sekali. Van unser kami macet / jam selama lebih sejam sebelum dapat meneruskan perjalanan ke Indonesia Safari.




Dengan bayaran 250000 rupiah ~ RM 88 untuk 4 orang , kami bergembira menikmati alam safari dengan binatang2 yang boleh dilihat amat dekat dengan kenderaan kami dan dibenarkan memberi makan kepada binatang2 di situ. Kami sebelum itu singgah di gerai yang menjual pelbagai jenis sayuran segar dan kami memilih membeli carrot untuk diberi kepada haiwan di sana. Sungguh menakjubkan safari tu. Bayangkan zebra datang ke cermin kereta dan kami dapat menyentuh nya ... kami diingatkan agar tidak membuka cermin tingkap terlalu besar dikhuatiti kepala binatang itu akan terus masuk ke dalam kereta. Memasuki pagar binatang buas dan bahaya seperti singa, harimau , beruang pengunjung tidak dibenarkan membuka cermin tingkap. Sungguh teruja melihat singa dan harimau merayau berjalan di sebelah kereta kami . Usah khuatir kerana pegawai safari ada menjaga keselamatan pengunjung. Kami amat berpuas hati dengan lawatan ke safari ini. Best bangetttttttttt.




Kami terus ke Jakarta dan dalam hujan lebat kenderaan bergerak perlahan dan kami singgah makan nasi padang lagi di Bogor dan tempat pertama kami lawati di Jakarta adalah Senayan City Mall , pusat membeli belah yang amat besar dan mahal barangan seperti KLCC dan di sinilah golongan kaya Indonesia membeli-belah. Jangan terperanjat jika saya katakan parking space sukar ada yang kosong, memang ramai golongan atasan di Indonesia. Bayangkan penduduknya lebih dari 200 juta dan sudah pasti terlalu ramai yang kaya walaupun masih ramai lagi golongan miskin , namun sudah cukup membuatkan senayan city terus maju dengan limpahan wang ringgit dari golongan bangsawan indonesia. Kami cuma window shopping dan saya hanya membeli 2 helai baju mimi jenama oshkosh yang sedang obral/ sale ketika itu.memang murah sebab obral.




Kami terus ke rumah tumpangan milik sahabat suami saya yang sama semasa di bandung dan rumah ini lebih kurang besarnya di bandung , di jakarta rumah ini mempunyai 13 buah bilik, rumah yang 13 bilik ni dijadikan motel/ bilik 2 yang disewa jangka pendek, siap perabut dan air-cond.. kawan suami saya tinggal di rumah lain juga di jakarta. Kami makan malam di sebuah restoran " Mee Ceker Bandung " bandung tapi di jakarta. Tak de pun mee bandung yang ada semua jenis mee yang dihiaskan dengan ceker /kaki ayam yang digoreng rangup. Tapi bukan selera saya makanan di sini, tak sedap.




Keesokannya sepatutnya kami ke Dunia Fantasi dan Seaworld tapi kami membatalkannya kerana memandangkan inya adalah Ahad dan sudah pasti tempat itu jampacked dengan pengunjung dan peluang kami untuk membeli belah di terbatas disebabkan jam kelak. Lagipun theme park boleh dikunjungi di malaysia . nasib baik ' tom n jerry'/ izzat dan mimi setuju dengan perubahan aturcara kami hari terakhir ini.




Terus kami ke Mangga Dua shopping kompleks dan jalan pulak banyak tutup disebabkan beberapa acara sedang berlangsung... larian 10km bagi 10000 ribupeserta di sekitar astora senayan sports kompleks dan yang lebih besar adalah demonstrasi bantahan kenaikan harga BBM( bahan bakar minyak ) oleh lebih 100000 rakyat Indonesia.




Shopping di Mangga Dua dan kami tak ke mana dah lepas tu sebab kalau nak shopping ke tanah Abang kena lalui jalan macet banget, jadi kami kata cukuplah round ( tak habis pun sebab terlalu besar ) sekitar mangga dua.




Malam terakhir kami hanya dinner di bilik setelah membeli KFC sahaja dan KFC set di Jakarta adalah disertakan dengan nasi dan french fries tidak disertakan, kena tunggu 10 minit untuk digoreng khas atas permintaan.




Kami bertolak ke airport jam 4 pagi dan berlepas pulang ke LCCT jam 6.50pagi.




Kami terus ke Shah Alam rumah adik dan ambil kereta serta ibu dan terpaksa meninggalkan beberapa beg barangan yang dibeli kerana kereta dah tak muat nak tampung beg dan penumpangnya. Nanti adik datang dia bawa barangan kami.




Perjalanan yang amat memuaskan hati , walaupun hanya sebentar , namun budi bahasa dan sopan santun rakyat di sana pasti akan meninggalkan kenangan manis buat kami semua, InsyaAllah.




Satu perkara kelakar bagi saya... darling saya di sana cakap bahasa Indonesia, sunguh kelakar bila dia beberapa kali tersasul panggil "bapak" pada pelayan restoran yang perempuan dan bibik di rumah tumpangan... selamba je muka dia ... saya tergelak beberapa kali... lucu bangetttt sihhh .




Saya rekomen para bloggers yang belum ke Indonesia , ada peluang pergilah ziarah , tak kira which part of Indonesia , pasti ada keunikkannya , InsyaAllah.

Friday, June 6, 2008

Catatan Perjalanan 2

Salam hujung minggu buat semua. Aktiviti berblogging saya agak terhad kini kerana ibu saya kini ada bersama di kemaman buat beberapa waktu. Kami adik-beradik bergilir-gilir menjaga ibu kerana ibu saya kurang sihat dan tidak punya daya kendiri dalam menguruskan kehidupan beliau. Harap semua pembaca dapat bersama mendoakan agar ibu saya sihat dan saya tabah dan sabar dalam menjaga dan melayan segala kehendak ibu saya, InsyaAllah.

Pagi semalam saya sempat menziarahi maklang di kerteh dan Alhamduliilah maklang semakin bertambah sihat. Saya ingatkan maklang masih terbaring di atas katil tapi jangkaan saya silap. Maklang telah bangun dan berjalan namun semuanya dibuat dalam keadaan slow motion . Saya mendoakan agar maklang akan bertambah sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa , InsyaAllah. Tapikan maklang dengan bunga reben macam isi dengan kuku , tak dapat dipisahkan, siap jugak jahitan bunga reben pada beberapa beg... memang sifu jahit-menjahit maklang ni .



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Sambungan catatan perjalanan ............


Restoran Daun/ Sapu Lidi di Bandung merupakan sebuah restoran tradisional Indonesia yang sangat cantik hiasannya . Dibina dalam kawasan taman /hutan semulajadi yang penuh dengan pokok dan tanaman dan setiap pondok makan dihias lain dari yang lain , unik setiap satu siap dengan kantung untuk dipukul sekiranya memerlukan servis dari pelayan di situ. Air terjun juga ada dalam kawasan restoran yang terbuka. Memang sungguh menawan. Cara persembahan makanan juga amat dititik beratkan dan saya dapati Indonesian amat berjiwa seni. Segala yang di buat mesti disertai dengan kesenian unik setiap tempat.

Entrance Restoran Daun/ Sapu Lidi


kantung diketuk untuk dapatkan servis dari pelayan


setiap pondok makan di hias berbeza...unik

Kaki saya pula semakin 'parah' , saya berjalan seperti robot atau orang baru lepas berkhatan dan mereka(izzat, mimi dan ayahnya ) hanya mentertawakan saya . Bayangkan saya solat hanya dengan duduk di ats bangku di pondok makan kami kerana jika solat cara orang sihat memang nahas saya.



makanan dihias cantik, penuh seni

Selesai makan kami terus ke ladang strawberry yang tidak jauh dari restoran daun. Uniknya kebun strawberry ni adalah ianya terletak dalam sebuah kampung yang di Sensan Bajuni Street yang dari hilir ke hulu kampung dipenuhi dengan pokok bunga -bungaan yang dijual .Setiap rumah menjual pokok bunga dan hanya diletakkan di bahu jalan hinggalah ke kawasan rumah masing2 yang tidak berpagar. Kenapalah saya tak ambil gamabr di kampung ni, saya pun tak tahu, mungin sebab sakit kaki tak minat dah pada pokok. Saya sempat kata pada suami kalau kami tinggal di sana mesti kena halau sebab kami tak pandai jaga dan jual pokok .

nasi padang, sedap-sedap lauknya




Kebun strawberry Kavling , cantik dan memang dibuka untuk awam untuk buahnya dipetik, dikenakan caj minimum , cuma pokoknya ditaman di dalam karung plastik bukan di atas tanah, tak begitu semulajadi, tapi buat mimi dan izzat sudah cukup buat mereka happy dan teruja memetik strawberry.



restoran raja melayu , ikan baung masak tempoyak amat sedap

Balik ke rumah , saya terus makan pil panadol extra yang dibawa dan solat dengan berlunjur kaki atas katil dan terus lelap macam robot, tiba2 kaki cramp, suami tolong hilangkan cramp dan saya terjaga tengah malam untuk ke tandas dan Alhamdulillah saya boleh melangkah dengan lebih baik dari masa sebelum tidur walaupun sakit masih terasa.

pokok strawberry ditaman dalam karung plastik




Hari berikutnya, aktiviti shopping, dari pagi, rehat seketika masa solat jumaat , sambung semula hingga Pasar Baru ditutup jam 5 petang dan terus ke Heritage House hingga malam . Pasar Baru memang syurga membeli-belah. Dengan harga yang begitu murah kita telah boleh membeli sepasang telekung / pakaian yang cantik siap dengan sulaman tangan yang halus. Saya pelik bagaimana mereka boleh menjual barangan yang murah tapi cantik . Heritage House sebuah gedung yang menjual barangan berjenama dengan harga yang juga tidak terlalu mahal.





Lunch kami di restoran nasi padang Sederhana yang menghidangkan menu nasi padang dengan 20 jenis lauk yang diletakkan di dalam piring kecil dan hanya bayar lauk yang dimakan. Makan malam kami dibawa ke restoran raja melayu yang menghidangkan pelbagai masakan melayu ala malaysia termasuk sambal ikan baung masak tempoyak, sambal belacan dan pelayan semuanya memakai baju melayu siap bersongkok dan bersampin . Masakan padang dan masakan melayu di bandung amat sedap sekali.








Kami akhiri hari ke tiga dengan mengemas barang-barang kami yang juga telah 'beranak' lagi.. kerana esoknya kami akan bertolak ke Puncak , Bogor dan terus ke Jakarta.





Kenangan di Bandung akan tetap bersama kerana ianya sebuah bandar yang nyaman dan sejuk dan penduduknya amat bertolak-ansur terutama di jalanraya yang sentiasa memberi laluan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya .Mungkin kerana mereka telah biasa tinggal dan hidup di dalam kawasan yang sentiasa padat , jadi mereka lebih faham erti perkongsian dan bertolak ansur , mereka tidak selfish, itu pandangan saya. Malah mereka bercakap lembut dan jarang berkasar. Satu lagi yang saya amati di sana, tandas2 awam termasuk tandas di masjid2 besar sentiasa bersih dan tidak berbau , dibayar dan dijaga kebersihannya tidak seperti di negara kita dan tempat solat amat mudah didapati di mana-mana hatta di kebun strawberry memang tersedia musolla nya. amat mudah sekali.





Hari berikutnya lebih menarik, Safari Indonesia menanti kami......

Wednesday, June 4, 2008

Catatan Perjalanan 1

Sebelum menulis kisah ziarah di tanah seberang Indonesia saya ingin blog tentang perjalanan dan percutian kami di malaysia.


Hari Jumaat kami ke Rembau ke rumah besan untuk menetapkan tarikh kenduri di kedua-dua belah pihak. 12 Julai dia Rembau dan 19 Julai di Kemaman.


rumah besan di rembau...saya suka binaan tradisional ini

Terus ke taman Tuanku Jaafar , Seremban ke rumah sepupu hubby yang mengahwinkan anak2nya semasa kami ke Indoensia, so siap belikan hadiah buat 2 pasang pengantin tersebut.

Bermalam di rumah kakak sulong saya di kem Sungai Besi dan esoknya sempat singgah sebentar di Taman Melati di rumah teman baik saya, kak ana , sekadar sebentar kerana terus ke rumah anak saudara suami berjumpa kakak ipar yang baru pulang dari umrah, waktu tu dah hampir 6 petang, perancangan awal terus ke ipoh tapi masing2 dah terlalu letih, so kami bermalam di situ sahaja somewhere di gombak setia .




2 malam di Ipoh dan 26 Mei sempat sambut birthday Izzat yang ke 14 bersama anak-anak saudara .




Happy Birthday Izzat !!





Sebelum bertolak ke KL, saya sempat ke kediaman rasmi MB Perak bertemu anak sulongnya yang akan melangsungkan perkahwinan Jun nanti dan menyampaikan hadiah kawin kerana memang saya tak dapat hadir nanti sebab hubby tiada masa tu. Berbual sekitar sejam lebih tanpa Datin Seri kerana YAB MB serta isteri ada urusan di Istana pagi tu. Sempat jugaklah bersembang dan berkongsi cerita kehidupan mereka sekeluarga, nak tau kena pergi ziarah sebab saya rasa tak patut saya dedahkan perbualan eksklusif saya dengan anak YB .





bersama anak sulong MB Perak di kediaman rasmi mereka di Ipoh...


Selasa terus ke Shah Alam ke rumah adik bongsu untuk tinggalkankan kereta di sana dan menumpangkan ibu saya buat seketika sementara kami ke Indonesia .




Malamnya kami berlepas ke Jakarta dan telah siap menanti kami di sana ialah Bapak Ali yang ditugaskan membawa kami ziarah di sana selama 5 hari . Kami terus dibawa ke Bandung, 2 jam perjalanan dari Sukarno Hatta Airport . Kami menginap di guest house yang dimiliki oleh sahabat suami saya yang sama bekerja di UAE dengan bayaran yang amat minima. Rumah binaan lama bekas binaan Belanda yang amat dingin dan nyaman walau tanpa kipas dan air-cond . Bertemu penjaga rumah bung afendi serta isteri cik Renee kami dihidangkan dengan nasi kuning sebagai sarapan . Rumah yang dikira antik dengan hiasan ala eropah , amat selesa sekali, hanya beberapa minit dari tengah bandar Bandung .




Terus kami menuju ke Puncak Gunung Tangkuban Perahu dan kami temui pemandangan yang amat cantik sepanjang perjalanan ke sana. Suasana yang nyaman dan pokok2 tirus di kiri kanan jalan terasa seolah-olah kami bukan berada di Indonesia. Terdapat jualan "kelinci" / arnab di sepanjang jalan menuju puncak dan juga gerai-gerai jualan sate kelinci . Kawasan pergunungan yang penuh dengan kebun-kebun sayuran dan buah-buahan memang satu pemandangan yang cantik.







jalan menuju puncak Gunung Tangkuban Perahu... cantik sekali....


Setiba di puncak gunung kami dapat melihat dengan jelas kawah-kawah gunung berapi terutama kawah gunung berapi Ratu yang jelas terbentuk akibat ledakan gunung berapi dan bau belerang yang cukup kuat dapat dihidu.



Darling dan Izzat buat keputusan untuk turun ke kawah Domas yang masih aktif yang terletak nun jauh di bawah dan kena menuruni gunung. Mimi pulak cepat-cepat kata nak ikut serta. Saya berbelah bagi, nak ikut tapi rasa macam tak larat. Hubby kata tinggal aja di puncak dan ikut bapak Ali turun bukit nanti. Takkan saya nak tinggal kat situ yang penuh dengan penjual yang cukup menyiksakan diri, serbaneka barangan dijual dari topi bulu arnab , telur batu berukir, batu magnet hinggalah ke lumpur gunung berapi yang harganya mencekik darah.


setelah menuruni bukit sejauh 900 m... lihat kawah Domas di bawah.. lagi 300 m... huhuhu.






Saya pun kata saya nak ikut.... huhuhuhu...



Mula-mula okay.. tak lama kenudian mimi terjatuh sebab tersangkut kaki di batu yang banyak, berdarah bibir dan hidung sebab dia tak mahu dipegang tangannya... hubby pegang mimi lepas tu... sampai 900 m ke bawah, kaki saya dah mulai sakit. kira macam jungle trekking...saya terpaksa gunakan kaki kanan untuk melangkan satu anak tangga ke anak tangga yang lain , bak kata pakpayne jalan macam ketam, menyenget . Ada lagi 300 m untuk tiba di kawah yang penuh lumpur panas yang jelas kelihatan asap nya dari atas. saya gagahkan jugak walaupun sakit tambah terasa. Kini tour guide memimpin mimi dan hubby memimpin saya takut terpeliot/ tersilap langkah . Sampai 30 m terakhir saya dah tak mampu lagi melangkah...sakit sangat...saya duduk di anak tangga kayu dan tak semena-mena saya sebak dan sedih serta kecewa..kaki saya sakit sangat dan buatkan saya frust memikirkan nanti lepas 'main' lumpur saya terpaksa mendaki semula bukit walaupun tidak setinggi tadi kerana kenderaan menunggu di parkir yang lebih ke bawah tapi kena mendaki 1 km juga nanti. Saya tak segan terus mencurah-curah airmata depan hubby dan seorang lagi tour guide di situ...izzat dan mimi telah tiba di lumpur bersama seorang lagi tour guide. Saya benar2 menangis sebab saya fikirkan kalau saya tak mampu berjalan lagi, bukannya ada helikopter yang dapat menyelamatkan saya dalam hutan dan kawah tu dan takkan larat orang nak mengendong saya dengan saiz badan yang XXL... saya terus menangis... saya tak sangka saya begitu kecewa. Saya suruh hubby dan tour guide agar teruskan perjalanan ke lumpur panas dan saya akan cool myself down before sambung perjalanan. memang saya pun tak sangka yang saya menangis . Dalam 7 minit camtu, saya kuatkan semangat kembali menapak dengan memegang kayu-kayu pagar yang ada dan saya tiba jua di kawasan kawah gunung berapi Domas dan terus rendam kaki dalam lumpur panas. Sempat bergambar dan sempat mengumpul kembali tenaga dan semangat untuk perjalanan pulang ke parkir kerete nanti. Terdapat beberapa kumpulan pelancong termasuk dari malaysia di situ dan pemandangan yang tidak pernah saya lihat sebelum ini, kawah yang masih lagi aktif ... Subhanallah, sungguh menakjubkan.





setiba di bawah di kawah domas ....





Kami mula mendaki semula ke parkir , pendakian 1 km yang amat menyesakkan nafas dan menyakitkan lutut dan kaki dan saya tak dapat menahan diri dari memberitahu hubby yang " This is the most stupid thing I've ever done in my life .." takkan diulangi lagi...geram ada sedih ada bila hubby kata " Siapa suruh ikut, kan I kata tunggu kat atas ." .. lagi geram jadinya. Izzat kata muka mama masam mencuka dan mama tak adventurous langsung... geramnyaaaaa....




Tengah jalan landai ada servis motosikal yang boleh dibonceng, hubby kata naiklah... mana saya nak, buat tergolek jatuh gaung lagi teruk sebab dalam hutan nak naik motosikal.. dan saya dah berzaman tak naik motosikal, takkan saya nak peluk pinggang budak muda menunggang motosikal pulak... terhencot-hencot saya teruskan jugak perjalanan hingga selamat sampai ke kereta yang sedia menanti, alhamdulillah.




Hati masih sedih dan geram. Sedih kerana rasa sangat yang diri ini dah semakin tua, tak mampu menghabiskan challenge 'amazing race' dengan cepat. Geram sebab gagal mengawal rasa berputus asa tapi saya puas sebab dapat juga sampai ke bawah walaupun lambat .




Lepas tu kami menuju ke Restoran Daun / Sapu Lidi yang sungguh tradisional dan begitu cantik hiasannya.... kaki makin terasa sakitnya... nantikan sambungannya .......

Tuesday, June 3, 2008

Ole-Ole dari Tanah Seberang...

Percutian kami berakhir semalam, kami tiba di kemaman jam 6 petang setelah 11 hari JJCM , 6 hari di Malaysia dan 5 hari di Indonesia .. pagi tadi jam 6.50 pagi darling saya terbang ke KL dan jam 10 pagi terus terbang pulang ke UAE menyambung tugasnya , saya pasti dia akan lena sebaik pesawat berlepas terbang dek keletihan maksima... selamat jalan darling, thank you for the wonderful holidays , see you again in July, InsyaAllah .

Entry ini saya tujukan khas buat rakan bloggers yang meninggalkan komen di entry terakhir mei saya... terimalah ole-ole berupa gambar-gambar kenangan di Indonesia dari kami sekeluarga....


Antara tempat yang kami sempat lawati adalah :

* Tangkuban perahu... puncak gunung yang tidak jauh dari Bandung yang terdapat 3 kawah gunung berapi yang besar dan kawah Domas adalah gunung berapi yang masih aktif... dapat juga rendam kaki dalam lumpur panas walaupun keletihan dan kesakitan kaki kerana terpaksa menuruni bukit sajauh 1.2 km dan naik semula 1 km , suguh mencabar.. saya akan buat entry pasal adventure ini.. sungguh tak sangka apa yang saya alami.

* Safari Indonesia di Bogor... safari yang sungguh berbaloi dilawati.. merentasi safari dengan kenderaan sendiri dan dapat memberi makan binatang2 yang ada di sekitar safari ... so amazing.

* Shopping..tak de dalam gambar tapi amatlah berbaloi..Pasar baru dan Heritage House di Bandung, Senayan City, Mangga Dua , ITC di Jakarta.

* Makan-makan termasuk di Kampung Daun/ Sapu Lidi , Restoran Melayu , Restoran masakan Padang di Bandung dan pelbagai makanan lagi di Mangga Dua dan Rumah Makan Ayam Ceker , soto, gado-gado, nasi ayam,mee ceker soto .
















saya jumpa nama saya terpampang di bandung... famous...hehe.



setinggan di belakang Mangga Dua shopping komplek



nasi ayam tapi dimakan tanpa sup...



nasi kuning..terkenal sebagai sarapan pagi









ice-cream goreng di Restoran Daun, Bandung

nasi padang... pelbagai lauk, bayar mana yang disentuh/makan



nasi goreng special kampung daun


bersama Bapak Ali, tour guide / driver sepanjang kami disana di Restoran Daun






perjalanan menuruni bukit menuju kawah domas yang masih aktif

kawah ratu yang terbesar di puncak Tengkuban Perahu



rendam kaki dalam lumpur panas di kawah domas












Buat rakan-rakan bloggers yang meninggalkan komen saya ucapkan jutaan terimakasih dan saya pasti kalian juga bergembira bersama insan tersayang sempena cuti persekolahan yang masih ada lagi seminggu untuk dinikmati bersama .



Kisah perjalanan akan saya ceritakan dalam beberapa entries yang akan datang. Perjalanan yang membuka minda serta hati saya terutama mengenai sosio budaya sahabat serumpun di negara jiran Indonesia yang selalunya di warwarkan tentang kisah negatif kehidupan mereka.. nantikan pandangan umum saya mengenai perkara ini.