Saturday, June 7, 2008

Catatan Perjalanan Bahagian Akhir

Sebelum meyambung catatan perjalanan di Indonesia ingin saya catatkan satu dialog bersama seorang penjual di komplek membeli-belah Mangga Dua di Jakarta berkaitan Izzat yang buatkan Izzat terperasan ...hahaha .




Penjual : Anaknya ( dengan tunjuk pada Izzat ) , dakap wajahnya .




Saya dan Izzat tak faham maksudnya dan bila dia lihat kami tak de respon dia sambung lagi..




Penjual : Dakap wajahnya... gantang...




Kami masih tak dapat tangkap maksudnya dan dia pun kata semula...




Penjual : Gantang... hensem !!




Ha.. perasanlah Izzat dan mimi pulak sambung...




" Tulah mimi kata dah, kawan izzat pun kata Izzat hensem . "




'terkoyaklah' seluar Izzat di Mangga Dua dan Izzat 'terpaksa' beli seluar baru... sampai 4 helai .... hehehe.








++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++






Perjalanan kami bersambung seawal 7 pagi dan sempat singgah di Kartika Cake House yang famous dengan brownies kukus di bandung. Memang kedai kek ini hanya terdapat di bandung dan rakyat malaysia biasanya akan ke Kartika atau ke Amanda membeli brownies dan kek sebagai ole2 dibawa pulang. Kami sempat beli beberapa kotak brownies kukus , kerepek tempe dan dodol strawberry sebagai ole2 .




Perjalanan ke Puncak amat perlahan kerana telah hujung minggu dan terlalu ramai pelancong yang menuju ke sana. Puncak dan Bogor terkenal sebagai pusat pelancongan tanah tinggi yang amat cantik pemandangannya dengan ladang teh di lereng bukit dan tempat penggemar payung terjun yang terjun dari puncak gunung dan mendarat di lembah yang begitu cantik sekali. Van unser kami macet / jam selama lebih sejam sebelum dapat meneruskan perjalanan ke Indonesia Safari.




Dengan bayaran 250000 rupiah ~ RM 88 untuk 4 orang , kami bergembira menikmati alam safari dengan binatang2 yang boleh dilihat amat dekat dengan kenderaan kami dan dibenarkan memberi makan kepada binatang2 di situ. Kami sebelum itu singgah di gerai yang menjual pelbagai jenis sayuran segar dan kami memilih membeli carrot untuk diberi kepada haiwan di sana. Sungguh menakjubkan safari tu. Bayangkan zebra datang ke cermin kereta dan kami dapat menyentuh nya ... kami diingatkan agar tidak membuka cermin tingkap terlalu besar dikhuatiti kepala binatang itu akan terus masuk ke dalam kereta. Memasuki pagar binatang buas dan bahaya seperti singa, harimau , beruang pengunjung tidak dibenarkan membuka cermin tingkap. Sungguh teruja melihat singa dan harimau merayau berjalan di sebelah kereta kami . Usah khuatir kerana pegawai safari ada menjaga keselamatan pengunjung. Kami amat berpuas hati dengan lawatan ke safari ini. Best bangetttttttttt.




Kami terus ke Jakarta dan dalam hujan lebat kenderaan bergerak perlahan dan kami singgah makan nasi padang lagi di Bogor dan tempat pertama kami lawati di Jakarta adalah Senayan City Mall , pusat membeli belah yang amat besar dan mahal barangan seperti KLCC dan di sinilah golongan kaya Indonesia membeli-belah. Jangan terperanjat jika saya katakan parking space sukar ada yang kosong, memang ramai golongan atasan di Indonesia. Bayangkan penduduknya lebih dari 200 juta dan sudah pasti terlalu ramai yang kaya walaupun masih ramai lagi golongan miskin , namun sudah cukup membuatkan senayan city terus maju dengan limpahan wang ringgit dari golongan bangsawan indonesia. Kami cuma window shopping dan saya hanya membeli 2 helai baju mimi jenama oshkosh yang sedang obral/ sale ketika itu.memang murah sebab obral.




Kami terus ke rumah tumpangan milik sahabat suami saya yang sama semasa di bandung dan rumah ini lebih kurang besarnya di bandung , di jakarta rumah ini mempunyai 13 buah bilik, rumah yang 13 bilik ni dijadikan motel/ bilik 2 yang disewa jangka pendek, siap perabut dan air-cond.. kawan suami saya tinggal di rumah lain juga di jakarta. Kami makan malam di sebuah restoran " Mee Ceker Bandung " bandung tapi di jakarta. Tak de pun mee bandung yang ada semua jenis mee yang dihiaskan dengan ceker /kaki ayam yang digoreng rangup. Tapi bukan selera saya makanan di sini, tak sedap.




Keesokannya sepatutnya kami ke Dunia Fantasi dan Seaworld tapi kami membatalkannya kerana memandangkan inya adalah Ahad dan sudah pasti tempat itu jampacked dengan pengunjung dan peluang kami untuk membeli belah di terbatas disebabkan jam kelak. Lagipun theme park boleh dikunjungi di malaysia . nasib baik ' tom n jerry'/ izzat dan mimi setuju dengan perubahan aturcara kami hari terakhir ini.




Terus kami ke Mangga Dua shopping kompleks dan jalan pulak banyak tutup disebabkan beberapa acara sedang berlangsung... larian 10km bagi 10000 ribupeserta di sekitar astora senayan sports kompleks dan yang lebih besar adalah demonstrasi bantahan kenaikan harga BBM( bahan bakar minyak ) oleh lebih 100000 rakyat Indonesia.




Shopping di Mangga Dua dan kami tak ke mana dah lepas tu sebab kalau nak shopping ke tanah Abang kena lalui jalan macet banget, jadi kami kata cukuplah round ( tak habis pun sebab terlalu besar ) sekitar mangga dua.




Malam terakhir kami hanya dinner di bilik setelah membeli KFC sahaja dan KFC set di Jakarta adalah disertakan dengan nasi dan french fries tidak disertakan, kena tunggu 10 minit untuk digoreng khas atas permintaan.




Kami bertolak ke airport jam 4 pagi dan berlepas pulang ke LCCT jam 6.50pagi.




Kami terus ke Shah Alam rumah adik dan ambil kereta serta ibu dan terpaksa meninggalkan beberapa beg barangan yang dibeli kerana kereta dah tak muat nak tampung beg dan penumpangnya. Nanti adik datang dia bawa barangan kami.




Perjalanan yang amat memuaskan hati , walaupun hanya sebentar , namun budi bahasa dan sopan santun rakyat di sana pasti akan meninggalkan kenangan manis buat kami semua, InsyaAllah.




Satu perkara kelakar bagi saya... darling saya di sana cakap bahasa Indonesia, sunguh kelakar bila dia beberapa kali tersasul panggil "bapak" pada pelayan restoran yang perempuan dan bibik di rumah tumpangan... selamba je muka dia ... saya tergelak beberapa kali... lucu bangetttt sihhh .




Saya rekomen para bloggers yang belum ke Indonesia , ada peluang pergilah ziarah , tak kira which part of Indonesia , pasti ada keunikkannya , InsyaAllah.

20 comments:

cikMilah said...

Wah, berbaloi Izat sekali kembang dapat 4 helai seluar...:)))
Shopping sampai tak muat kereta...bahagia...bahagia...
Semuga kakRina sihat dlm sibuk nak bekwoh dan jaga ibu...

Neeza Shahril said...

atlet Izzat bakal dikelilingi gf la kak Rina.. make sure Izzat dapat approval wanmommy dulu tauuu... hehee..

seronok sekali kedengarannyaaa... pasti ku titip angan2 untuk kesana juaaaa (hahaa!!! belu sampai dah nak cakap Indon..)

nanti, kalau nak pergi, neeza akan mintak tips tempat penginapan dan tourist guide dengan kak Rina... boleh???

suealeen said...

amboi... suka le tu orang kate dia hensem...

best eikk ke safari ni... boleh tengok macam2 jenis binatang liar...

suweileh family said...

izzar macho plus hensem..nk tergelak bila tau abg nuar cakap indon...plak tu selamber jer bila tersasul

SoFie NuR said...

kembang tul izzat...uhhh...lum dgr lg kwn2 ana kat cni kate die pun hensem...terus koyak suar yg baru beli tu kot...hahaha...

bestnye shopping...jeles2...

Zakiah said...

wahhh bestnyer...mmg teringin nak ker indonesia...tapi dah ter'pi' bangkok cmano? hahha....tahund epan le gayanya...tak excess baggage ker kak?

KAMATO said...

RM88 untuk 4 orang kat safari tu, kira boleh sangat la....insyaalah akan kesitu nanti

tulipurple said...

serunutsnye tgk sis berjalan2 sekeluarga...moga sy diberi peluang dan rezki olehNya utk ke sana jua satu hari nnt.
yg paling sy suka tgk umah besan sis tu...sy mmg suka umah2 tradisionl nie.
nak dkt dah ek majlis menyambut menantu...lepas ni majlis menyambut cucu lak ek :)

Jingga Studies said...

nice travel logs..keep them coming!!! more photos please..hehe request la pulak!

silversarina said...

cikmilah,

Tak muat kereta pasal kereta kecik dan barang2 untuk majlis kawin ada yang dibeli di Ipoh juga , tu yang memang dah tak muat nak bawak balik semua barang :P



neeza,

izzat muda lagi takkan dapat approval wanmommy nak bergf dah...sorry ekkk :P

kalau nak ke sana, bagitau, boleh je akak bagi guide kat sana senang urusannya dan memang cukup murah pakej yang ditawarkan dan untuk family yang ada anak kecik elok ambik pakej yang macam akak buat sebab kita aje yang sewa kijang /unser tu dan terpulang kita nak ke mana dulu, tempat tinggal pun selesa, murah .kawan hubby akak memang buat servis pelancong ni kat sana.semua sedara mara dia yang uruskan.



suealeen,

perasan lah sangat si izzat tu, biasalah budak2 nak suka2 usik dia.


sebelah safari tu ada zoo pulak tapi kami ambik pakej safari , lebih seronok.



suweileh,

macho ke izzat ??? jaga body sekarang ni dia , macam2 alat exercise dibelinya .

tulah abang nuar saja buat 'malu' kami, cakap indon, bila orang indon jawab laju udah tak faham , akak pulak yang bagitau dia apa orang indon tu kata..hahahahaha.

silversarina said...

sofie nur,

hensem sangat ke, kita tengok hari2 nampak macam biasa je , perasan betul si mamat ru..hehehe.



zakiah,

bangkok juga unik, akak tak kisah, janji dapat jalan, happy lah muka.

tak lebih pun baggage sebab banyak yang dibeli barangan berupa textile , so tak berat mana , airasia kalau lebih tak mahal mana se kg.kereta tak muat sebab campur barang yang dibeli di Ipoh sebelum peri indon, tu yang sampai tak muat dah nak bawak balik.



kamato,

memang amat berbaloi safari tu berbanding safari A Famosa di melaka tu, amat jauh beza fun nya. seronok sangat .




tulipurple,

kalau dapat jalan, macam tak nak balik, lepas balik kena 'ikat perut' lah pulak , nak kumpul dana nak berjalan lagi...hehehe.

rumah besan tu ada 2 bahagian, yang tradisional dan yang moden (tak nampak dalam gambar ). akak tak pernah naik lagi bahagian yang tradisional ni, asyik duduk kat yang moden je , nanti kemudian nak duduk kat yang tradisional pulak, biarpun besan tak ajak..hehehe.



jinggastudies,


ni part akhir kisah trip habis dah, gambar masih ada banyak lagi... btw, akak suka tengok gambar your Bali trip, cantik betul Bali.ada peluang teringan nak ke sana pulak...nak pergi berdua aje , tinggal tom n jerry kalau ke sana...hehehe.

maklang said...

safari tu memang bestkan...seronok tengok cam tu...kat sini ada gak, tapi binatang tak sebanyak kat sana...

maklang pun tak pernah pergi yang di Malaysia ni...

zino said...

ni yg buat teruja nak melancong jugak ni hehe tapi apo kan dayo hehe

MULAN said...

saya dah pi dulu.. tapi teruja nak pi lagi la.. masyaAllah cantiknya kawasan gunung2 tu..

YuszTieY said...

keret cicah colek belacan...kena plok keret yg baru ambik kat kebun...sedap tullll...yummmmm...mabelosss

kito sapa pase ange2 tu dok baca perjalanan akak kat sana...cik abe kater...byk la duit ummi..duit nok baik mesia pon tak cukup gi...hehehheee..sapa terlupa nok komen...syok baca citer kak rina.

risau jer tgk muka pak lion tu...semacam jer..lapo kot..

Ajzie said...

Kak Rina..
Kalau Izzat gantang.. Mimi pula lucu..

Lucu=cute tau...hihihiih( Bukan lucu kelakar)..


saya ada ramai kawan2 Indon semasa di Jerman.. kelakar juga kedang2 bila berbahasa dengan mereka..saya pula yg terikut2 cakap seperti gaya mereka..hihihi

OndeOnde said...

hehehehe..kak rina! kan dah cakap? hehehehe.....jenuh la sat lagi wanmommy nak "menepis" hehehehe..


waaaa...rm88 for 4 persons???? murah bangetttt! pulak tu close encounter! bila agaknya kami ada rezeki nak kenal negara orang??

Ummi said...

Kak rina,

vacation ni memang cukup bagus. seronok tenguk gambar2 kat safari tu. mesti budak2 excited kan. bilalah ada rezeki ya. nak plan pun susah sebab dad selalu balik tak tentu.. suka sangat surprise kan orang.. sabar jelah kan.

silversarina said...

maklang,

safari yang kami pernah pergi di A Famosa, Alor Gajah, Melaka tapi taklah se best macam di Puncak .

rehat .... jangan bamyak bergerak :P



zino,

ado maso poiii lah ke sano, mesti suko anak-anak tu haaa...




mulan,

nanti pergilah lagi , sure banyak perubahan dah dapat dilihat.




yusztiey ,

carrot tu teramatlah murah, 2 ikat tu, seringgit lebih je duit , memang fresh betul.


tak pe, kelik dulu ke kelate, kumpul dana , cukup dana boleh jalan-jalan ke Indonesia ya buk .

silversarina said...

ajzie,

waduh lucunya mimi persis ibunya... hehehe .


ondeonde,

takleh puji sangat, akak selalu kata pada dia akhlak yang paling penting, bukan hensem ke tak ...

nanti ada peluang dan rezeki, boleh je pergi melancong ke sana, InsyaAllah.


ummi,

ha ah kalau nak pergi kena rancang awal jugak.. tapi nak pergi berdua, 'bawak' je lari abang tu ke sana.... honeymoon di Bali... waduh..romantiknya siihhh .