Wednesday, June 11, 2008

Minyak dan Madu ..........

Buat kak elle di singapura , kami di kemaman sentiasa mendoakan agar akak dan family tabah dalam menghadapi segala ujian dariNYA dan semoga atok dipermudahkan segala urusan di saat ini. Amin.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++



Semalam adalah kali pertama saya mengisi minyak kereta dengan harga baru . Minggu lalu petang sebelum malamnya dinaikkan harga minyak kenderaan adik saya di KL telah menghantar sms bagitau harga minyak akan naik 78 sen seliter dan nnasihatkan saya mengisi minyak full seberapa segera. Saya balas sms dengan mangatakan minyak kereta saya baru saja diisi full oleh darling saya sebelum berlepas pulang ke UAE pagi sebelumnya .

Semalam cuti Terengganu johan Sukma jadi kami ke Kuantan sebentar semalam dan RM30 petrol yang diisi cukup untuk pergi balik , itu kereta kecil saya yang kalau duluuuuuuuuuuu RM15 /20 cukup dah pergi balik Kuantan Kemaman. Nampak gayanya kena kurangkan merayap ke Kuantan tapi macam satu ketagihan, saya memang akan kerap 'melawat' kuantan , for me kemaman ni has nothing yang menarik .

Itu kisah minyak, kenaikan harga barang belum saya rasai lagi..... tunggu dan lihat.....




+++++++++++++++++++++++++++++++++


Pagi Selasa lalu semasa darling saya menalipon saya dari KLIA untuk pulang ke UAE, dia minta saya hold on kejap sebab dia nak menegur kawannya yang lalu hampir dengannya dan kawan itu adalah MJ yang berkahwin kali ke 2 , April lalu ( ingat lagi tak kisah kasih melimpah !! ) dan dia bersama N ketika itu. Lepas tu darling saya kata dia akan call saya semula sebab dia dah begitu lama tidak bersua MJ. Saya pun bila tau N ada di situ saya called N bertanya kabar dan N bagitau dia, suami , anak bongsu berusia setahun lebih dan juga 'Dia' ( madunya dan N yang gunakan perkataan Dia ) akan makan angin ke London selama 6 hari dan N dan anaknya akan pulang ke Malaysia hari Ahadnya manakala suami dan madunya akan menyambung cuti berhoneymoon ke Cape Town, South Africa pula.

Sekali lagi saya terkesima dan terdiam buat beberapa saat . Dari manakah datangnya kekuatan dalaman sahabat saya N sehingga melancong pun pergi bersama madunya dan juga apakah perasaan dalam hatinya bila suaminya akan pergi berbulan madu bersama isteri baru nun jauh di Afrika Selatan.... tak tercapai jiwa saya mencari jawapannya . Sungguh kental dan mantap iman dan kekuatan yang dikurniakan Allah pada N .

Saya mengakhiri perbualan talipon dengan mengucapkan selamat bercuti buat N . Saya yang 'berhati jahat' juga kata pada N agar biar si MJ yang jaga anak bongsu semasa dalam flight dan N tergelak dengan cadangan 'jahat' saya ( yelah kalau tak nanti MJ akan bermanja2 dengan di isteri baru dan N busy jaga anak... dah lah lama pulak perjalanan ke London tu... ish ish ish jahatnya hati wanmommy......

Tak lama sebelum darling saya berlepas terbang saya sempat berbual dalam talipon sekali lagi dan saya tanya pada suami cantik ke isteri baru MJ tu dan bila selesai suami memberi jawapan saya pun kata ...... tak jadi nak tulis dalam blog sebab nampak sangat wanmommy ni jahat sangat... hehehe..... kesimpulannya MJ berkahwin bukan sebab kecantikan sebab N jauh lebih cantik dari ' Dia ' tu .

Itulah secebis kisah masyarakat yang sedang berlaku dan semoga segalanya berjalan dengn baik agar apa yang dilakukan mendapat pahala dan ganjaran syurga di akhirat kelak. Saya mohon ampun pada Allah atas kejahatan hati saya yang masih lagi sukar menerima hidup madu-bermadu ini . Astaghfirullah al azim .

27 comments:

maklang said...

biasalah tu....kita perempuan kalau boleh mahu suami tu milik kita dan anak2 kita aje kan...

sungguh besar pengorbanan N..moga2 diberi ganjaran pahala dan syurga...tabah betul hati dia...

teringat kat Mr H pulak bila Rina tulis N3 ni..

silversarina said...

I ni kot yang jahatnya.... MJ memang dah ajak Mr H join the club..wife H kata kalau dia lah, memang dia takkan nak jumpa madu dia sampai bila2, tak sanggup.... H kata tak ke temu lagi ...hehehe.

ummi365 said...

eeeh... sakitnya hati .. hati ummi yang melodak2 bila baca entri kak rina... tapi dah suratan takdir kan.. ummi salute N sebab tabah dengan segala dugaan.

mama ranggie said...

respek betul pada kak N tu..hanya allah saja yg mampu balas pengorbanan beliau!

silversarina said...

ummi,

Samalah akak pun macam tak percaya je apa yang dengar , tak sempat lagi nak jumpa N dan selami hatinya lebh mendalam setelah bergelar isteri pertama.



mama ranggie,

sungguh pun memang N seorang amat tabah . Semoga syurga buat nya di akhirat kelak. Amin.

Kak Elle said...

Rina lain kayoh basikal kalau nak ronda2 ye .. hehehe

kalau tak cari yg lebih cantik dan lebih muda apa lagi kan?kesian N...tapi tuhan tu kaya akan di tunjukkan satu hari nanti insya'allah.

TQ juga dgn entry kali ni kerena masih ada org yg sayang pada kami sekeluarga di sini....

cikliah said...

Salam perkenalan...
Akak...
Kemaman ada sata dan otak-otak yang sedap. Saya missed sata dan otak2 masa lalu Kemaman otw to KT during my trip to East Coast tempohari. Adehhh....

Cat Cat said...

Kak Rina,
Madu bermadu ini memang not in my book too... Hubby Cath kalau nak bermadu (kalau dibenarkan lah), ni kena langkah mayat Cath dulu... No chance at all... And I salute N.. She's one tough woman...

silversarina said...

kak elle,

tulah nanti I jumpa N I nak tanya apa agaknya yang buatkan suami dia kawin lain...sibuknya I ni...hehehe.

kami hanya dapat berdoa buat atok, nak ziarah tak sampai sebab jauh... akak jaga kesihatan jugak ye.


cikliah ,

terimakasih singgah blog akak,biar pun kemaman pekan kecil namun ianya aman dan tenteram, akak suka.

silversarina said...

cat cat,

Bila bab berkongsi hati dan jiwa, memang akak harap takkan berlaku dalam hidup akak, InsyaAllah.

harap takkan berlaku jugak pada cath, Robert tu penyayang nampak nya.

Mak Teh said...

Salam sarina, Lia dah balik dia tanya bila boleh jumpa anti rina? Kami akan ke utara weekend ni dan akan ke kelantan weekend depan. Flight pulang ke Amman 27 jun.

Neeza Shahril said...

ada juga orang mcm Kak N tu ye... kalau neeza lah, neeza nak ikut.. Cape Town ke.. Antartik ke, biar la.. nak ikut jugak... heheee.. ye ke? nak pandang muka pun rasa menyampah aje..

kalau bukan sebab cantik, sebab apa ye?? agaknya pompuan tu yang menggoda sebab nak kan poket yang berisi kot?? hehee.. neeza pun jahat hati ni ;)

cikMilah said...

"dia" tu ikut gi London nape? gi Capetown cukuplah! Baru adil!
Salute N. Kuat betul iman dia.

kc said...

dah lah bermadu pastu pi jenjalan makan angin pun bersama. dan yg best tuh, lepas 1st wife balik ngan anak, si suami sambung honeymoon ngan wife baru...wow! memang tabik spring kat N...susah nak carik isteri seumpama dia...subhanallah! hanya Allah Taala aje yg maha mengetahui isi hati dia....

cuma, chek takut satu hari nanti bile si MJ nak tambah bini lagi satu (manalah tahu kan...hehe) agak-agak madu si N tu boleh terima macam si N tu tak? bukan apa, org laki ni bila dah sedap berbini 2 tak mustahil nak berbini 3 lepas tuh...huhuhu!

kc said...

lupa nak tambah lagi. dan org pempuan ni (mana yg tak sedar diri) bila ambik hak orang boleh tapi bila orang lain ambik hak dia balik, dia mengamuk...hahaha!

jingga studies said...

kuantan - kemaman rm30 on kancil???? WOOOOO!!!!

cik liah! yea i'm a regular here too..this blog is good!

silversarina said...

makteh,

rindunya kat Lia, kalau pulang dari kelantan jemputlah singgah rumah, dapat jugak jumpa sebab bulan ni i takleh jalan ke mana , hubby tak de.



neeza,

adalah agaknya yang menarik pada dia tu yang tak de pada N, kalau dah jatuh hati tak kira apa, semuanya boleh dijadikan alasan untuk kawin lain .



cikmilah,

tulah yang fikir dalam hati , tapi extra sebab honeymoon mereka :)

silversarina said...

kc,

I pun macam rasa nanti MJ kawin kali ke 3 pulak dan masa tu I memang nak tengok isteri ke2 ni nak kata apa, sanggup berkorban macam N ke tak , senang ambik suami orang nanti tengok senang tak nak terima suami diambil orang pulak....bukan nak padankan muka tapi just sebagai pengajaran dan beringat sebelum ambil hak orang..dalam pada tu akak memang harap yang akak takkan lalui smeua ini, InsyaAllah.



jingga studies,

akak badan besar memang tak sesuai naik kancil , akak guna kereta kia rio 1.3 yang besar sikit dari kancil ... hehehe.

blog encik jingga juga bagus, akak ni kisah campur2 ikut mood :P

CikguZue said...

waa...depa pergi london berhanimun. kot2 terjumpa....hehhehe...jumpa saje ye, asal tak terjangkit sudah....ermmm

ZLAA said...

Kak Rina,

Tak semua orang macam kita... Kalau kita, mahunya terbalik dunia kalau kena bercuti dgn .... Salah satu faktor, mungkin daya imaginasi kita tinggi sikit.

Kalau ikut kes ini, suami N memang layak berpoligami sebab berkemampuan. Ye lah.. bawa semua isteri cuti ke London tu extra mampu-lah tu...

Abang Long said...

Nikmat yang Allah berikan di dunia ini terlalu sedikit, berbanding dengan nikmat di akhirat yang Maha Banyak hingga tidak terhitung. Tetapi nikmat di dunia inilah yang sering menjadi rebutan.

blackpurple @ jowopinter said...

Tentang minyak itu. Saya dah malas nak ulas. Buat sakit hati dan jiwa sahaja. :D

Tentang yang satu lagi itu. Saya tak pandai nak ulas. Tapi saya kagum dengan kak N itu. :)

Takziah buat Kak Elle sekeluarga.

OndeOnde said...

Kak Rina,

saya ni pun tak reti nak pujuk hati dan terima dengan redha pasal madu-madu ni..tapi saya ada kawan rapat yang menjadi second wife..dia dan "kakak" tinggal berhampiran - SemiD town house (dia tinggal di atas)..kelihatan aman damai..semua dibuat bersama..suaminya pun nampak okay jer..tapi tak tahulah detail macam mana tapi saya percaya semua baik2 saja..dan saya yang menengok ni sangat kagum. Sekarang anak2 mereka (tak dibezakan anak isteri pertama/kedua, semua sama je) ada 10 orang dan adik-beradik ni pun MasyaAllah sangat close! Respect betul saya! Memang keluarga beriman betul ni.

D said...

ish.. tabik spring kat N. Semoga jannah miliknya. Suaminya pulak? Kenalah sensitif lebih sikit..Tak boleh take things for granted. Hopefully, 'Dia' pun sensitif juga. Poligami tak salah tapi tak semua orang boleh mengharunginya dengan tabah dan adil! (saya hot jugak dengan husband dia ni..)

YuszTieY said...

KALAU SAYA PUN MESTI PESAN KAT N MACAM TU JUGAK...HEHEHEHEEHE..ADER JER PERASAAN JAHAT TU YER..MOGA KAK N TABAH HADAPI KEHIDUPAN BERMADU...

silversarina said...

cikguzue,

ada kot jumpa dalam eye of London... kena letak gam , manatau melekat..hehehe.



zlaa,

ikut dari segi wang, memang mampu dan dua-dua isteri pun eksekutif , memang hidup mewah jugak, tapi bab hati berkongsi yang nampak pada kita ni kes yang susah untuk difahami..namun N seorang muslimah terpilih, alhamdulillah.



abang long,

bagi insan beriman yang terpilih , memang syurgalah ganjarannya , bukanmudah memilih jalan yang penuh cabaran dan melibatkan soal emosi .

silversarina said...

bp,

kata julai naik tarif letrik pulak, yang ni memang parahlah akak ..huhuhu.



ondeonde,


akak pun kenal satu family yang suaminya beristeri 3 dan hidup harmoni anak-beranak, sungguh akak kagum dengan mereka , tulah mereka diberi kemanisan iman yang merasai kebahagiaan yang dijanjikan buat mereka yang redha dan tabah harungi segala cabaran.



d,

akak kenal husband N , memang seorang yang cool dan berwajah muda walaupun dah berusai 43 , tak sangka pulak dia pun kawin jugak 2... akak harap dia dapat berlaku adil pada N, itu yang dia juga janjikan sebelum berkahwin.



yusztiey,

ingat akak aja yang jahat, bab perkara jahat ada je pengikut... hehehe.