Friday, June 20, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU !!

Esok sahabat baik anak saya Zaid, brother Hazimin /penghunisahara akan melangsungkan perkahwinan dengan rakan sekolah Zaid semasa di al Imam International Institute, Kubang Kerian dan juga rakan University Mu'tah, Jordan, Fatihah atau lebih dikenali sebagai Yong yang juga anak kepada YAB MB Perak . Sejak dua hari ni saya sedih kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan mereka kerana beberapa sebab tak dapat dielakkan. Terimakasih tak terhingga atas jemputan untuk ke dua-dua majlis di kediaman rasmi MB dan kediaman Hazimin di Parit Buntar.


Sahabat seperjuangan , Hazimin dan Zaid semoga kekal bersahabat baik, InsyaAllah.

Saya mula mengenali anakanda Hazimin sejak tahun 2003 iaitu setelah zaid mula mengembara bersama hazimin di bumi anbiya dan saya sempat ke rumah hazimin di parit buntar dalam tahun 2003 semasa zaid pulang bercuti ke malaysia. Hazimin seorang yang rendah diri, bersifat pemimpin sejak dibangku sekolah dan bekas ketua pelajar di sekolah menengah dan pernah menjawat jawatan Presiden Pelajar Malaysia di Universiti Mu'tah , Jordan. Oleh kerana dia sahabat baik Zaid, secara tak langsung saya juga kenal hatibudi nya . dah anggap macam anak sendiri, dia seorang pandai dan rajin memasak . Paling ketara minatnya adalah tentang sejarah bumi anbiya bukan sahaja dari segi sejarahnya malah hingga ke batu-batuan semua dikenalinya hingga Eid, pemandu van yang glamour di Mu'tah menggelar hazimin sebagai " Abu Hajar" / bapa batu .

kenangan manis di khemah di Kota Syawbak , Jordan ..hazimin bersama suami saya , mimi dan penjaga kota.



Pagi tadi semasa berchatting sebentar dengannya , dia menyatakan rasa gementar melanda dirinya semenjak 2 hari lalu kerana terlalu hampir dengan saat pernikahannya ( nikah hari ini ) dan saya sekali lagi menyatakan betapa saya ingin berada di Ipoh dan Parit Buntar untuk sama-sama meraikan detik bersejarah 'anak' saya bergelar suami. Apakan daya saya hajat tak tercapai. Semasa Zaid bernikah di Jordan , hazimin adalah seorang dari saksi pernikahan tersebut namun di kala ini kami sekeluarga tidak dapat hadir . Maaf dipinta.


Summer 2006 di Wadi Rum , hazimin , yong ( bertudung biru di belakang ) serta maya , sofie, mimi dan juga menantu saya Azra ( waktu tu bakal menantu , sebelah Yong ) , satu percutian yang menyeronokkan !!

Bakal isteri Hazimin , Yong saya kenali sejak kecil semasa di Al Imam namun saya rapat sejak saya tinggal di Jordan. Oleh kerana Yong waktu itu telah bertunang dengan hazimin , saya makin mengenali Yong kerana kami pernah sama-sama keluar rehlah satu Jordan(Jelajah Jordan 2006 ) dan juga ke aqabah serta wadi rum di musim panas 2006. Perkenalan yang panjang membuat saya mengenali Yong sebagai seorang yang aktif, minat mengembara ,pandai mengambil hati kawan-kawan dan amat menghormati golongan lebih tua darinya dan juga berjiwa pemimpin sama seperti hazimin , mungkin kerana kedua-duanya adalah anak sulung. Saya sempat bertemu Yong sebagaimana yang saya telah nyatakan dalam entry yang lalu semasa cuti sekolah baru ni dan saya lihat Yong semakin matang dan lebih mencerminkan peribadi seorang srikandi muslimah sejati.





SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ANAKANDA HAZIMIN & FATIHAH /YONG. SEMOGA PERKAHWINAN YANG DIBINA ATAS DASAR IMAN DAN CINTA MEMBUAHKAN SEBUAH KELUARGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT, INSYAALLAH.






+++++++++++++++++++++++

Awal pagi esok saya mulakan perjalanan menghantar ibu saya ke KL ( saya tidak masuk KL, berjanji bertemu adik saya di tol temerloh sebab saya tak nak drive di karak highway) . Saya bertambah sibuk dan perlu mengemas rumah serta bilik tidur kerana mulai hujung minggu depan anak-anak saya akan mula pulang bercuti musim panas. Buat sementara waktu adik saya akan menjaga ibu saya sehingga urusan kenduri selesai .

Selamat berhujung minggu bersama keluarga.... sorry masa terhad untuk hopping-hopping sebab banyak lagi nak kena mopping-mopping .

20 comments:

cikMilah said...

Selamat Pengantin Baru pada mempelai. KakRina slow-slow ya masa moping-moping ni...Bestnya nak tunggu N3 cerita full house at Silversarina.

Ajzie said...

Selamat Pengantin Baru pada bakal pengantin.. Moga berbahagia

KAMATO said...

Semoga perkahwinan mereka diberkati dan berkekalan sehingga keakhir hayat

silversarina said...

cikmilah,

Terimakasih . Fullhouse starts esok, Ahad dan memang kena slow-slow, ada lagi 5 hari sebelum maya , zaid dan azra balik , kalau tak sempat kemas habis , maya lah sambung ..hehehe.

silversarina said...

ajzie,

Kami pun doakan semoga mereka bahagia .

silversarina said...

kamato,

Dah lama jugak mereka bertunang, tak sangka akhirnya kawin di rumah MB dan dapat anak MB dan bapa mertua MB , harap segalanya berjalan lancar .

Kak Elle said...

Selamat pemgantin baru untuk mempelai semoga istana yg di-bina akan kekal ke akhir hayat..insya'allah.

Maklum lah lagi 3 minggu kan Rina kena lah mengemas apa yg patut.Saya tak dapat hadzir bersama di saat bahgia ni sebab pada 20th July akan membuat tahlil hari ke 40 untuk arwah bapak.

maklang said...

semuga selamat semuanya...

mopping2 tu baik2..licinkan..hati2 ye buk..

Neeza Shahril said...

Selamat Pengantin Baru Hazimin dan Yong. Semoga jodoh ini berpanjangan sehingga ke akhir hayat...

Kak Rin dah sibuk nak mopping mopping ye.. Takpe, bila anak dara dan teruna balik nanti, Kak Rina boleh la relax.. hehehh..

suealeen said...

hazimin tu asal parit buntar di area mana? manalah tahu kami pun saling mengenal. tak kenal dia mungkin family dia insyaAllah...

kakak saya jadi s/u muslimat satu masa dulu, & suami dia sekarang ni YDP. kakak saya tu tinggal di taman kerian.

parit buntar tu tempat saya 'bermain' kak... banyak nostalgia!

zino said...

selamat pengantin baru kepada ke dua pempelai..

MAMAMIA said...

Perempuan yg baik utk lelaki yg baik. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai.

Selamat Mopping Kak Rina. Seronoknya dapat berkumpul balik ramai2...

Cat Cat said...

Congratulations to the newly-wed. May they live happily after ever.

Selamat ber'moping'... Don't work too hard...

silversarina said...

kak elle,

Semoga mereka bahagia selamanya.

Akak doakan saja agar segala persiapan majlis saya nanti berjalan lancar .



maklang,

tak start lagi mop dah letih .. hahaha.



neeza,

nak siapkan bilik mereka sebab barang masih banyak dalam kotak, nak kena simpan tempat lainlah jawabnya.. taulah rumah akak sepah nya kan :P



suealeen,

gmin duk titi serong, rumah dia dekat sawah dan taliair , memang damai suasana kampung di situ.

Dia mungkin kejap je duduk kampung sebab sekolah menengah dia di Idrisiah, KK , sekolah yang akak buat praktikal mengajar dulu .

silversarina said...

zino,

Terimakasih atas ucapan itu.





mamamia,

mereka berdua memang padan ,sama aktif sama hobi .

hari ni baru start mopping sikit, pastu dah mula sakit pinggang :P



cath,

Thanks dear.... busy dan tambah busy akak ni .

suealeen said...

kak rina,
sepupu saya 2 orang sekolah di idrisiah dulu. macam tu jugak kawan sekolah rendah saya. akak praktikal dulu tahun bila?

titi serong tu besar jugak. kebanyakan kampung kat sebelah dalam tu memang dekat dengan sawah. di pekan titi serong simpang di tepi terusan. in fact salah satu jalan tu dinamakan jalan terusan. at the end of the road akan jumpa simpang 5, yang satu lagi akan tembus di sungai kota.

adun titi serong yang baru ni namanya idham lim, seorang muallaf.

memang saya tak sangkal, orang yang dok asrama tak banyak tinggal di kampung. kalo gmin muda pada saya, maknanya kawan2 saya di idrisiah tu senior dia la.

silversarina said...

suealeen,

gimin ketua pelajar idrisiah hujung 90an , tak ingat tahun berapa , akak praktikal tahun 89 , berzaman tok kadok dulu , kalau students form 4 masa tu sekarang ni dah umur 34/35 :P

Cikliah said...

SueA & Akak Silversarina...

Hazimin tu orang Kg Tebuk Haji Musa, Titi Serong. Majlis kenduri di Titi Serong ada disebut oleh YB IdhamLim dalam blognya itu.

suealeen said...

ha no... lupa plak.. selalu pi surf blog dia pun tak perasan... apa daaa...

silversarina said...

cl dan suealeen ,

akak pun tak tengok alamat dalam kad, cuma akak tau rumah dia dekat sawah dan taliair .

jemput hadir ye majlis akak nanti .