Saturday, June 28, 2008

Gembira rasa di hati..anak-anak ku kini kembali....

Pagi ni nak pantun sebab happy sangat....


Gembira rasa di hati,
Anak-anak mama kini kembali ,
Rindu mama terubat kini,
Dapat bertemu sekali lagi.



Alhamdulillah Maya kini dah pun ada di rumah dan bercuti selama 2 bulan, badannya susut sikit saya nampak, tension belajar katanya sebab pelajar Korea semuanya bijak pandai dan cara mereka belajar boleh buat kita jadi pengsan nak mengikutnya. Bayangkan mereka hanya target A+ setiap mata pelajaran yang diambil dan sekiranya dapat A- atau B+ mereka mencebik dan muram lah wajah mereka. Mereka rata-rata hanya tidur 4 jam sehari sebab menurut mereka jika tidur 4 jam mereka akan lulus tapi bila tidur 5 jam atau lebih memang pada mereka itu tanda akan menemui kegagalan. Mereka telah diasuh bekerja keras sedemikian semenjak di bangku sekolah lagi. Pulang dari sekolah jam 10 malam adalah kebiasaan dan biasanya mereka tiba di rumah sekitar jam 1 pagi kerana selepas pulang dari sekolah mereka akan ke tuition kelas pulak sehingga jam 1 pagi. Patutlah kalau dalam drama korea saya pernah lihat pelajar sekolahnya masih di sekolah waktu malam .

Semoga percutian maya akan dapat memberi kelapangan kepadanya dan mengecas tenaga sebelum kembali memerah otak dan tenaga di bumi kimbap itu.

Anak saya Zaid dan menantu Azra juga tiba di KLIA hari yang sama dengan Maya tapi keduanya pulang ke Rembau ke rumah besan saya sebelum kembali ke Kemaman dalam masa beberapa hari lagi . Besan yang menyambut mereka di KLIA Khamis lepas dan saya hanya menanti Maya di Kuantan airport kerana tak berdaya memandu sendirian ke KLIA . Saya cuma pesan pada Zaid jangan lupa kirimkan buah-buahan dari Jordan terutamanya ceri yang amat saya rindukan. Jadi Zaid menanti maya sebentar kerana Zaid tiba jam 3 petang dan maya tiba 4.30 petang hari yang sama dan zaid juga amat ingin bertemu maya kerana telah 2 tahun tidak bertemu iaitu semenjak maya ke Korea dari Jordan dahulu. Dapatlah juga merasa buah ceri serta peach dan nectarine dari Jordan. ( yu huu ... sofie dan ina sweileh, mama dan kakraja dah dapat merasa ceri jugak tau, tak jeles dah tengok u all makan ceri... hehehe )

Sofie dan ayahnya sahaja yang hanya akan pulang dalam Julai nanti. Doakan kejayaan Sofie kerana awal julai nanti dia kena menghadapi satu peperiksaan peringkat national di Ukraine yang menentukan samada dia boleh naik ke tahun 4 atau tidak. Jadi semua pelajar medic tahun 3 wajib menduduki exam itu nanti. Dia akan pulang 8 julai dan my darling akan tiba dari UAE 9 julai dan 12 Julai kami serta rombongan akan ke kenduri di rumah besan di rembau . Maknanya semasa darling balik, semuanya dah mesti dibereskan.... tolong kami, bantu kami.... tak pe, tak pe dah nak siap semuanya... ..afterall I'm the Supermommy ... huhuhuhu.

Saya selesai mengemas bilik pengantin 'lama' kerana menyambut mereka pulang nanti dan bila mimi kata cantiknya bilik ( buat ala-ala bilik sang putera-puteri di raja !! ) dia pun kata nanti dia nak kawin juga dan dia nak tema warna putih dan merah. Kelakarlah budak kecik 6 tahun dah siap ada tema warna bilik pengantin sebab jeles tengok bilik abang cantik.

Mungkin bagi bloggers yang baru mengenali silversarina , saya ingin bagitau yang anak saya zaid telah berumahtangga hampir setahun lalu ( 26 julai 07 ) di Amman , Jordan iaitu sebelum kami pulang ke Malaysia dan majlis kenduri juga telah dibuat di sana dan diraikan oleh lebih 200 jemputan yang terdiri dari palajar malaysia dan pegawai serta malsyaian yang menetap di sana.

Oleh itu majlis yang diadakan di rumah kami Julai ini nanti adalah sempena meraikan pengantin bersama jiran tetangga , rakan taulan kami yang tidak berkesempatan menghadirinya semasa di Jordan . Sebab itu saya nyatakan kenduri itu nanti adalah amat sederhana kerana melibatkan jamuan sahaja . Menantu saya juga kini berbadan dua dan sebab tu saya selalu kata tak lama lagi saya kan jadi wanmommy..hehehe.

Pada semua yang sudi menerima jemputan saya ucapkan jutaan terimakasih kerana kehadiran kalian memang amat-amat dialu-alukan .

Selamat berhujung minggu...pagi ni saya akan ke Al Amin mengambil report kad Izzat ... siaplah Izzat nak disiasat perangai dan pencapaiannya di sekolah..hari tu saya kata satu B seminggu grounded keluar dan bermain ... tengoklah nanti berapa minggu dia takleh keluar rumah...dia minta dikecualikan hukuman grounded itu kerana ini adalah exam pertama dia semenjak balik Malaysia... tengoklah macamana nanti .....hehehe.

26 comments:

Cat Cat said...

Aisey Kak Rina, ingatkan boleh tengok gambar bilik pengantin... Ah, kasik tunjuk gambar lah Kak Rina.. Cath tunggu ya... Muuuuaaah!

Neeza Shahril said...

seronokkan Kak Rina dapat berkumpul dengan anak-anak semula.. terubat rindu tu.. lepas kenduri, boleh lah JJCM dengan anak-anak... ke, anak2 nak makan masakan mommy hari-hari?? nampaknya kena duduk aje lah kak Rina.. bakal cucu yang dalam perut tu mesti nak makan macam-macam juga hehee..

CikguZue said...

kumpul ramai2 memang best....

lamanya tak dapat buat camtu. Lagi la sekarang dah jauh beribu batu...huhu...

SoFie NuR said...

haa...xyah la i bawak blk ceri nti...hehehe....=P

zino said...

boleh bayangkan kesibukan silversarina menguruskan segalanya sendiri.. tapi superwomen boleh melakukan nya semua..

kami doakan majlis di kedua2 belah pihak berjalan lancar.. amin..

maklang said...

tak lama dah tu semuanya nak berkumpul...seronokkan..

semuga semuanya berjalan lancar...ada rezeki , maklang akan hadir, InsyaAllah...

yusztiey said...

salam...
laama tak tinggal komen...entah a per la yg saya bizi sekarang ni...
aper pun moga kak rina ceria disamping anak2 yg telah pulang ...dan yg akan pulang tak lama lagi,yg pastinya cik hubby sayang lerrrrrr...

Kak Elle said...

nak ceri tu jugakkkkkkkk.....haha

syukur lah semua rina dah beres menyiapkan tanpa pertolongan.

anak2 tercinta akan berkumpul tak lama lagi dan juga big boss...semoga hari yg di nanti akan berjalan sebagai mana ug di idamkan.

Jingga Studies said...

mesti panjang wishlish anak2 tu: roti canai, nasik lemak, ABC, tomyam etc...feed them .!

mama said...

wow seronoknya baca cerita kak ina hari ni. selamat berbahagia dan melepaskan rindu pada anak2 saya ucapkan pada kak ina.
insyaAllah ade rezaki saya akan ke sana .... dapat lah kita jumpa nnti kan. kirim salam maya.

Pondok Al Imran said...

Salam, seronoknya dapat berkumpul dgn semua anak2, maklumlah dah lama tak berjumpa ya, nanti kat rumah mesti riuh rendah dgn gelagat anak2 tersayang

zino said...

silversarina..
lepas ni boleh tulis satu lagi story gembira.. atau nak zino mulakan dulu hehe

k-riey said...

orang asia memang keje gile2..
tapi orang europe agak sempoi.
teori saye ;
sebab asia ni baru lagi maju. momentum dan semangat bekerja masih kuat. tapi orang eropah dah maju lame, so mereka dah bosan nak bekerja keras gile-gile. hehehe.

ni teori saye je..
sbab orang France ni malas.
keje 35jam je sminggu.
pastuh cuti berlambak2..
kalu khamis ade cuti umum, diorang akan ponteng jumaat.
supaye weekend jadi panjang.

silversarina said...

cath,

Sabar... takleh ditonton lagi, tunggu hari kenduri baru reveal gambarnya ..hehehe.



neeza,

Setakat ni ada yang masak ada yang beli ( satar, otak2 ) , kalau maya 'mengidam' makanan yang berdaging ayam sebab sana tak de KFC halal.


cikguzue,

nanti bila cikgu balik sure dilayan bagai puteri, sebut je nak apa pasti dapat :)



sofie,

kalau masih ingatkan kita, bawaklah juga ceri tu , nak lagiii :P

silversarina said...

zino,

Makin hari makin rasa macam tak cukup masa 24jam sehari, entahlah kejap je dah petang .

bab cerita baru yang hepi sangat tu, nanti nak buat tapi dua hari ni takleh lagi sebab hari ni zaid dan menantu tiba, so busy lagi..zino nak buat dulu pun ok jugak..memang tak sangka betul , sampai sekarang macam tak percaya .. hehehe.



maklang,

semoga maklang cepat sembuh dan dapat hadir ke majlis kami.

semalam tu masih rasa bersalah tapi apakan daya kena bergegas je kemaman nak ambik mimi balik sekolah.



yusztiey,


Gembira sangat dan itulah perasaan family yusztiey bila kalian pulang bercuti.


kak elle,

habis dah ceri kejap je nyap nyap dah habis sebab semua hantu ceri :P

semoga akak pun sentiasa sihat di samping pelajar-pelajar di sekolah.



jinggastudies,

hari ke 2 dah ke kuala kemaman makan satar , otak2, pais, sotong goreng celup tepung, hari ke 3 akak masak soto dan jiran bagi laksa penang.. rezeki banayk makanana, maya kata gemuklah dia nanti...ni petang ni zaid dan menantu tiba dari rembau, siaplah makanan yang diidam sedia menanti , menantu mengidam nak kepok lekor :P

silversarina said...

mama,

best, best... InsyaAllah dapat jugak kita jumpa nanti .Maya kirim salam kembali.



pondok al imran,

ha ah bila lama tak bertemu memang gamatlah nanti rumah nak-nak zaid sure menyakat mimi sebab dah hampir setahun tak jumpa ..



zino,

rasanya tak sempat nak menulis lagi, zino lah start dulu :)



k-riey,

mungkin betul mungkin tidak teori khairi tu.

betul sebab memang europe memang dah lama maju hingga sekarang digelar 'lembu tua' sebab dah tak de ruang lagi untuk dimajukan, ada segala-galanya .

mungkin tidak sebab orang timur terutama KOrea dan Jepun walaupun negara dah terlebih maju mereka masih berpegang pada budaya terlebih rajin bekerja, hidup untuk bekerja dan sentiasa mengecapi yang terbaik, they always want the best, budaya mereka.

ini semua pun teori makcik .. hehehe .

ajzie said...

Seronok nya kak rina..
Semoga segala yg dirancang di permudahkan.. Selamat menerima menantu..

Hugs
Ajzie

Kak Lady said...

Salam rina...wah...seronoknya orang tu...semua akan berkumpul bulan Julai ni...mesti tak sabar2kan...

Akak terlihat jemputan rina kat entry lepas...mesti banyak persiapan yang harus dilakukan.

Tahniah buat menantu rina & rina sendiri kerana bakal menerima orang baru...

Queen Of The House said...

Rina, dapat sangat rasa keseronokan you ..... nak menyambut anak2, menantu dan juga suami pulang. Dan juga menanti cucu baru! Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang diterima..... I tumpang gembira :D

Semoga kenduri-kendara nanti meriah dan diberkati.

umie@kakyong said...

Salam RIna,
terima kasih atas jemputan Rina tu... maf tak dpt nak hadirkan diri.. hanya umie doakan semua akan berjalan dgn lancar dg apa yg di h arapkan....

nnti post la gambar2 kenduri yer... tumpang gembira.

ZLAA said...

Wow, anak-anak semua ada di sekeliling? Tentu happy Kak Rina tu. Blog pun dah lama tak update.

sya said...

wah mesti meriah rumah...

mama said...

hari ni cerita apa?
saya baru selesai exam induksi tadi. huh lega sangat rasanya.

KAMATO said...

seronok kan semua keluarga berkumpul kenduri minggu depan ni

silversarina said...

ajzie,

terimakasih... tak datang ke???



kak lady,

memang tambah busy masa ni... jemputan pada kak lady saya attach dalam emel , jemputlah hadir jika kelapangan.



qoth,

Terimaksih dan semoga segalanya menceriakan hari bahagia ni nanti.



kakyong,

InsyaAllah nanti saya letak gambar2 di majlis ini nanti. Terimakasih.

silversarina said...

zlaa,

tengah happy hari-hari ni... hehehe.



sya,

ha ah, minggu depan baru full house...

akak ada jemput sya sekali melalui emel kak lady, jemputlah hadir ke majlis kami di kemaman nanti.



mama,

baru hari ni dapat lega sikit masuk blog... wah, tentuya dah happy bila dah selesai exam... take care...datang ye !!



kamato,

hari rabu depan baru penuh dan riuh rumah InsyaAllah .