Wednesday, June 4, 2008

Catatan Perjalanan 1

Sebelum menulis kisah ziarah di tanah seberang Indonesia saya ingin blog tentang perjalanan dan percutian kami di malaysia.


Hari Jumaat kami ke Rembau ke rumah besan untuk menetapkan tarikh kenduri di kedua-dua belah pihak. 12 Julai dia Rembau dan 19 Julai di Kemaman.


rumah besan di rembau...saya suka binaan tradisional ini

Terus ke taman Tuanku Jaafar , Seremban ke rumah sepupu hubby yang mengahwinkan anak2nya semasa kami ke Indoensia, so siap belikan hadiah buat 2 pasang pengantin tersebut.

Bermalam di rumah kakak sulong saya di kem Sungai Besi dan esoknya sempat singgah sebentar di Taman Melati di rumah teman baik saya, kak ana , sekadar sebentar kerana terus ke rumah anak saudara suami berjumpa kakak ipar yang baru pulang dari umrah, waktu tu dah hampir 6 petang, perancangan awal terus ke ipoh tapi masing2 dah terlalu letih, so kami bermalam di situ sahaja somewhere di gombak setia .




2 malam di Ipoh dan 26 Mei sempat sambut birthday Izzat yang ke 14 bersama anak-anak saudara .




Happy Birthday Izzat !!





Sebelum bertolak ke KL, saya sempat ke kediaman rasmi MB Perak bertemu anak sulongnya yang akan melangsungkan perkahwinan Jun nanti dan menyampaikan hadiah kawin kerana memang saya tak dapat hadir nanti sebab hubby tiada masa tu. Berbual sekitar sejam lebih tanpa Datin Seri kerana YAB MB serta isteri ada urusan di Istana pagi tu. Sempat jugaklah bersembang dan berkongsi cerita kehidupan mereka sekeluarga, nak tau kena pergi ziarah sebab saya rasa tak patut saya dedahkan perbualan eksklusif saya dengan anak YB .





bersama anak sulong MB Perak di kediaman rasmi mereka di Ipoh...


Selasa terus ke Shah Alam ke rumah adik bongsu untuk tinggalkankan kereta di sana dan menumpangkan ibu saya buat seketika sementara kami ke Indonesia .




Malamnya kami berlepas ke Jakarta dan telah siap menanti kami di sana ialah Bapak Ali yang ditugaskan membawa kami ziarah di sana selama 5 hari . Kami terus dibawa ke Bandung, 2 jam perjalanan dari Sukarno Hatta Airport . Kami menginap di guest house yang dimiliki oleh sahabat suami saya yang sama bekerja di UAE dengan bayaran yang amat minima. Rumah binaan lama bekas binaan Belanda yang amat dingin dan nyaman walau tanpa kipas dan air-cond . Bertemu penjaga rumah bung afendi serta isteri cik Renee kami dihidangkan dengan nasi kuning sebagai sarapan . Rumah yang dikira antik dengan hiasan ala eropah , amat selesa sekali, hanya beberapa minit dari tengah bandar Bandung .




Terus kami menuju ke Puncak Gunung Tangkuban Perahu dan kami temui pemandangan yang amat cantik sepanjang perjalanan ke sana. Suasana yang nyaman dan pokok2 tirus di kiri kanan jalan terasa seolah-olah kami bukan berada di Indonesia. Terdapat jualan "kelinci" / arnab di sepanjang jalan menuju puncak dan juga gerai-gerai jualan sate kelinci . Kawasan pergunungan yang penuh dengan kebun-kebun sayuran dan buah-buahan memang satu pemandangan yang cantik.







jalan menuju puncak Gunung Tangkuban Perahu... cantik sekali....


Setiba di puncak gunung kami dapat melihat dengan jelas kawah-kawah gunung berapi terutama kawah gunung berapi Ratu yang jelas terbentuk akibat ledakan gunung berapi dan bau belerang yang cukup kuat dapat dihidu.



Darling dan Izzat buat keputusan untuk turun ke kawah Domas yang masih aktif yang terletak nun jauh di bawah dan kena menuruni gunung. Mimi pulak cepat-cepat kata nak ikut serta. Saya berbelah bagi, nak ikut tapi rasa macam tak larat. Hubby kata tinggal aja di puncak dan ikut bapak Ali turun bukit nanti. Takkan saya nak tinggal kat situ yang penuh dengan penjual yang cukup menyiksakan diri, serbaneka barangan dijual dari topi bulu arnab , telur batu berukir, batu magnet hinggalah ke lumpur gunung berapi yang harganya mencekik darah.


setelah menuruni bukit sejauh 900 m... lihat kawah Domas di bawah.. lagi 300 m... huhuhu.






Saya pun kata saya nak ikut.... huhuhuhu...



Mula-mula okay.. tak lama kenudian mimi terjatuh sebab tersangkut kaki di batu yang banyak, berdarah bibir dan hidung sebab dia tak mahu dipegang tangannya... hubby pegang mimi lepas tu... sampai 900 m ke bawah, kaki saya dah mulai sakit. kira macam jungle trekking...saya terpaksa gunakan kaki kanan untuk melangkan satu anak tangga ke anak tangga yang lain , bak kata pakpayne jalan macam ketam, menyenget . Ada lagi 300 m untuk tiba di kawah yang penuh lumpur panas yang jelas kelihatan asap nya dari atas. saya gagahkan jugak walaupun sakit tambah terasa. Kini tour guide memimpin mimi dan hubby memimpin saya takut terpeliot/ tersilap langkah . Sampai 30 m terakhir saya dah tak mampu lagi melangkah...sakit sangat...saya duduk di anak tangga kayu dan tak semena-mena saya sebak dan sedih serta kecewa..kaki saya sakit sangat dan buatkan saya frust memikirkan nanti lepas 'main' lumpur saya terpaksa mendaki semula bukit walaupun tidak setinggi tadi kerana kenderaan menunggu di parkir yang lebih ke bawah tapi kena mendaki 1 km juga nanti. Saya tak segan terus mencurah-curah airmata depan hubby dan seorang lagi tour guide di situ...izzat dan mimi telah tiba di lumpur bersama seorang lagi tour guide. Saya benar2 menangis sebab saya fikirkan kalau saya tak mampu berjalan lagi, bukannya ada helikopter yang dapat menyelamatkan saya dalam hutan dan kawah tu dan takkan larat orang nak mengendong saya dengan saiz badan yang XXL... saya terus menangis... saya tak sangka saya begitu kecewa. Saya suruh hubby dan tour guide agar teruskan perjalanan ke lumpur panas dan saya akan cool myself down before sambung perjalanan. memang saya pun tak sangka yang saya menangis . Dalam 7 minit camtu, saya kuatkan semangat kembali menapak dengan memegang kayu-kayu pagar yang ada dan saya tiba jua di kawasan kawah gunung berapi Domas dan terus rendam kaki dalam lumpur panas. Sempat bergambar dan sempat mengumpul kembali tenaga dan semangat untuk perjalanan pulang ke parkir kerete nanti. Terdapat beberapa kumpulan pelancong termasuk dari malaysia di situ dan pemandangan yang tidak pernah saya lihat sebelum ini, kawah yang masih lagi aktif ... Subhanallah, sungguh menakjubkan.





setiba di bawah di kawah domas ....





Kami mula mendaki semula ke parkir , pendakian 1 km yang amat menyesakkan nafas dan menyakitkan lutut dan kaki dan saya tak dapat menahan diri dari memberitahu hubby yang " This is the most stupid thing I've ever done in my life .." takkan diulangi lagi...geram ada sedih ada bila hubby kata " Siapa suruh ikut, kan I kata tunggu kat atas ." .. lagi geram jadinya. Izzat kata muka mama masam mencuka dan mama tak adventurous langsung... geramnyaaaaa....




Tengah jalan landai ada servis motosikal yang boleh dibonceng, hubby kata naiklah... mana saya nak, buat tergolek jatuh gaung lagi teruk sebab dalam hutan nak naik motosikal.. dan saya dah berzaman tak naik motosikal, takkan saya nak peluk pinggang budak muda menunggang motosikal pulak... terhencot-hencot saya teruskan jugak perjalanan hingga selamat sampai ke kereta yang sedia menanti, alhamdulillah.




Hati masih sedih dan geram. Sedih kerana rasa sangat yang diri ini dah semakin tua, tak mampu menghabiskan challenge 'amazing race' dengan cepat. Geram sebab gagal mengawal rasa berputus asa tapi saya puas sebab dapat juga sampai ke bawah walaupun lambat .




Lepas tu kami menuju ke Restoran Daun / Sapu Lidi yang sungguh tradisional dan begitu cantik hiasannya.... kaki makin terasa sakitnya... nantikan sambungannya .......

30 comments:

Neeza Shahril said...

hehehe... seronok ada.. gelihati pun ada baca cerita kak Rina ni.. betul la semangat adventurous Kak Rina.. takpe, nest time mungkin Kak Rina akan lebih kuat. At least Kak Rina dah merasa kan. Kalau tidak, sure balik dok teringat, ruginya la tak turun...
seram tengok kawah tu macam berasap-asap.. dia tak menggelegak lagi ke Kak Rina?

silversarina said...

neeza,

memang rasa gerun jugak sebab kalau akak betul2 dah tak larat jalan , duk fikir macamana nak naik atas gunung tu semula sedangkan pukul 5 petang tempat tu ditutup sebab gas beracun akan keluar menjelang matahari terbenam... tak ke naya :P

memang menggelegak lumpurnya, rebus telur kejap je masak .. pengalaman yang sungguh menakjubkan , tak de di negara kita.

Kak Elle said...

wow wow very interesting lah ... tapi saya tak minat pulak nak kesana lagi mungkin satu hari nanti:)

Hebat you turun kebawah kalau saya seram kang jatuh ... hehehe

silversarina said...

kak elle,

dulu memang tak teringin nak ke Indonesia, bila tengok maklang berulang kesana, saya curious nak tau apa yang menarik di sana, dan memang tak silap, ianya satu perjalanan yang berbaloi .

ummi365 said...

cun lah kak rina. sporting gitu. tak pe pengalaman kan. gelihati baca entry kak rina kali ni. ummi pun sama kalau rasa macam frust sangat nangis je depan hubby.. mana tau ada nak dipujuk ke? cik abang pujuk tak?

CikguZue said...

itula pengalaman yang amat bernilai,kan...kak Rina. Kadang kita tengok kat tv, nampak best je orang lain naik gunung turun gunung, pergi kawasan atlantik la...dan macam2 lagi. tapi rupanye, untuk mencapai semua itu ada banyak cobaan dan halangannye....
di sana tu, ada rasa panas ke...atau ada bau sulfur ke tidak?

maklang said...

maklang ke tangkuban perahu masa umur 14 tahun...dekat 30 tahun yang lampau....

sekarang kalau kebandung, pi sopping jer....he..he..

suealeen said...

kak rina,
bravo for the young heart ok...
semangat tu kena ada...
sekali-sekala challenge diri sendiri ok apa...

jangan sedih, kak rina.. semua orang akan alami perkara yang sama. fitrah manusia tu untuk alami penuaan. tidak boleh tidak pasti akan merasa. takkan merasa kecuali mati muda... betul tak?

mama said...

selamat pulang ke dunia blogs kak ina...
bwk ole2 ape dari seberang?

ummu asiah said...

Dapat tumpang excitementnye...nak pegi tak tau lah..ada rezeki ke tak..

Berbesan orang rembau ye...suami saya pun asalnya dari rembau jugak..ada rumah kampung di Pilin.

KAMATO said...

Terhibur baca tulisan Kak Rina ni, pengalaman itu yang paling penting

zino said...

nampak macam best je holiday tu..

k-riey said...

patut lame menyepi. bercuti upenye.
joyeux anniversaire untuk izzat!
smart pakai baju Man U.. hehehe
MB Perak antara idola saye.
engineer yang serba boleh.

mama ranggie said...

oic...kak rina pon nak terima menantu ya 12 julai ni...

nyway,tahniah ya!

rembau ya?kg eira gak tu!

cikMilah said...

Sakit pun tak pe lah kan.. nanti sembuh tapi pengalaman tu yang mahal...Interesting...Thanks for sharing..so tau lah nanti kena siapkan kaki kalau nak turun kawah tu..azab jugak ya. Patiently waiting for yr next entri.
Happy Belated Birthday Izat.

OndeOnde said...

Kak Rina, pengalaman tu mahal sekali.

Walau macamana sekalipun, kak Rina dah merasanya..

Ada khasiat tertentu ke berendam dalam air lumpur panas tu?

blackpurple @ jowopinter said...

Salam kak.

Catatan perjalanan yang menarik. Gambar-gambar yang berjiwa.

Alhamdulillah. Mana ole-ole untuk saya [hehehe...gurau...]

Queen Of The House said...

Rina, I rasa I yang tak sampai size XXL pun tak larat lah nak naik turun gunung tu. Pasti lutut kaki dan badan semua megeluh sakit. Dok bayangkan pendakian naik 1km tu ... aduh, sure mengah! But it was quite an experience for you and memang memorable, kan? So, janganlah rasa sedih sangat because you did make it out of the area safely. At least lain kali, you know where your limits are.

Kolam lumpur tu sepanas mana? Boleh mandi mud bath ke?

FaRuHa said...

Salam Kak Rina,
Jauhnya berjalan, kalau ada rezeki pergi gunung tu nak bawa telurlah. Picnic telur rebus kat situ ok jugakkan Kak Rina.

Happy belated birthday to Izat. Semoga membesar jadi anak yg soleh.

ummu al hanafi said...

seronok I baca perjalanan kak rina.
Jauh perjalanan Luas pandangan Bertambah pengetahuan Bertambah Iman! kan? hehehe...
I dulu kak rina, sempat juga merasa Setahun tinggal di Jakarta, merata juga merayap kat Tanah Indon...Tgk gunung berapi-api mmg pengalaman yg menakjubkan!sungguh!
Happy Besday to Izat,*Hugs*
:)

SoFie NuR said...

haaa...ni nk kne berleter ni...=P

nurazzah8 said...

Salam Rina,
Alhamdulillah dah selmat sampai ke Kemaman semula setelah lama bercuti ya...
tumpang seronok baca pengalaman you bercuti ke sana. Azzah teringin nak pergi sana, sebab maid Azzah mmg kampung dia adalah lebih kurang 1+jam ke Bandung tu... dah cakap dgn maid nanti boleh bercuti ke sana dan pergi jalan2 rumah dia.

Oppss pan
Hurm...baru plan nak tanya you pergi ke kenduri Hazimin..sbb nak jumpa you kat sana, rupa-rupanya you dah pergi dulu..mmg Hazimin ada jemput ke kenduri dia...mula2 tak lah tau bakal isteri dia anak MB Perak... bila dapat kad jemputan tu baru tahu...bolehlah saya berkenalan dgn MB Perak nanti hehehe...dah blok dalam diari hari tu nak pergi Perak, InsyaAllah...
I cakap dgn Hazimin, kebetulan hari kenduri dia tu hari special we all...!!! kenduri dia pada 22hb which is MY wedding anniversary yang ke-22!!! cantik kan nombor tu...

alaaa..cik Ina..jangan lah sedih ... tapi sekarang kalau you fikirkan, tentu you rasa berbaloi you turun ke bawah tu walaupun kaki you sakit kan... kalau you tak turun mesti sampai sekarang you mungkin rasa menyesal ke..
"kenapalah aku tak turun tadi" ...
I pun pernah turun naik bukit semasa nak turun ke Tasik Dayang Bunting di Langkawi dulu... dah lah nak pergi ke Pulau Dayang Bunting tu kena naik bot yg bila kita duduk hanya sejengkal aja airnya, lepas tu dari pantainya kena panjat bukit dahulu kemudian turun bukit lagi... memang masa tu jalan perlahan-lahan aje ...

ok lah panjang pulak lah komen I, tak lupa "Happy Belated Birthday to Izzat"

Abang Long said...

Paling suka tengok gambar posing dengan anak MB Perak. Teringin nak masuk rumah dia.

ZLAA said...

Kak Rina, menarik sekali catatan perjalanan cuti you kali ini. Harap-harap satu hari nanti I juga dapat bercuti ke Indonesia.

silversarina said...

ummi365,

Tak pujuk pun, diaorang gelakkan I je , malu pulak nangis depan orang ..hehehe.



cikguzue,

tak panas mana pun kat bawah tu,lumpur tu kalau kat tempat ada buih yang mendidih memang panas ,bau sulfur memang kuat , menjelang malam memnag takleh berada di sekitar gunung berapi sebab gas beracun dari kawah akan keluar.



maklang,

wah...lama betul dah tu . I pun kalau pergi lagi shopping ajelah :P



suealeen,

thank you. Tak sanggup lah nak buat daki-mendaki lagi... first and the last, serik !



mama,

tak cukup rasa cuti , nak cuti lagi. beli jugak apa yang berkenan di hati sebab murah.



ummu asiah,

Hubby I pun asal kat area rembau jugak, tak sangka menantu pun orang situ .

silversarina said...

kamato,

berjalan memang dapat banyak pengalaman baru , teringin nak ke eropah...bila lah peluang itu akan tiba .


zino,


sakit kaki pun best jugak sebab bila masuk bab shopping, makin baik kaki..hehehe.




k-riey,

terimakasih... kejap je dah besar izzat dan sekarang ni dia duk kumpul barang MU yang warna hitam pulak, borong giler di jakarta barang MU. MB Perak seorang yang berkarisma dan berhemah tinggi. Siapa sangka dari orang biasa dia jadi orang no 1 di Perak .




mama ranggie,

anak akak dah nikah setahun lalu di Jordan, ni nak buat kenduri sambut menantu je .

rembau dokek kg batu , hubby akak kek tigo nenek, kota.



cikmilah,

kalau pergi , turun ikut parkir kawah domas, tak jauh sangat turun dan naik , kami terlebih excited turun dari puncak tertinggi, padan muka sakit kaki..hehehe.



ondeonde,

ha ah dapat jugak rasa rendam kaki dalam lumpur panas tu, katanya boleh hilangkan sakit sengal badan , akak rendam tak lama tak rasa beza pun, kaki tetap jugak sakit :)

silversarina said...

bp,

Seronok sebab dapat pengalaman baru .

gambar berjiwa tu lah ole2 nya... hihi.



qoth,

Yes, I did it... I sendiri tak sangka dapat complete the task walaupun terpaksa menanggung kesakitan selama 4 hari.

panas bila rendam kaki di tempat yang tiada buih tapi kalau kena di punca buihnya mau lecur, tak nampak pulak orang rendam badan /mandi .. setakat rendam kaki aje.Orang lumur lumpur pada badan adalah.



faruha,

memang ada di jual telur sepanjang denai menuju ke kawah tu, izat tak nak rebus, akak memang tak masuk campur dah, duk kira sakit kaki :)



ummu al hanafi,

wah, sure best dapat duduk jakarta, banyak tempat menarik di sana . Tourism kat sana jauh lebih maju dari malaysia, dah well established . patutlah orang putih boleh kata semua kenal Indonesia berbanding Malaysia.



sofie nur,

tak leter dah, masam muka je, nak bercakap pun dah tak larat..padan muka I..hehe.

silversarina said...

nurazzah,

I memang tak dapat pergi kawin gimin tu sebab my hubby tak de , pastu mak I dah duduk dengan I sekarang, so tak boleh nak tinggalkan.. apapun I wish them a happy wedding day, nanti you all boleh sambut wedding anniversary bersama .. ni jeles ni..hehe.


tak nak dah daki bukit sebab memang tersiksa kaki ni, yang gunanya kaki kanan, yang sakit menahan kaki kiri, macam kayu jadinya...serik betul I . pengalaman pahit manis betul jadinya.




abang long,

rumahnya dah kosong , perabut dan barang2 lain habis kena kebas dengan 'penyewa ' lama ... ada peluang pergilah melawat, tiap hari beratus2 pelawat yang dah booking dan datang ziarah dari seluruh pelusuk negara. Mereka sekeluarga memang jenis merendah diri .akak kebetulan kenal keluarga ni dan mereka juga pernah singgah rumah akak di jordan dulu dan dengan anak sulong MB ni memang rapat sebab dia belajar di jordan dulu.




zlaa,

lain negara lain benda yang ada, ada peluang berjalanlah walau ke mana.

Cat Cat said...

Kak Rina,
Tak sangka Kak Rina pun adventurous jugak ya... Cath pun seram tengah kawah yang berasap-asap tu..

silversarina said...

cat cat,

akak sebenarnya tak suka, tapi dalam hati nak jugak tengok yang berasap tu, sakit kaki dan sakit hati jugak...hehehe. puas dapat jejak kaki dalam lumpur gunung berapi.