Wednesday, June 18, 2008

Terimakasih sayang ku semua.

Malam tadi masa tengah nak ready untuk tido ( 10 malam baru ) dapat sms dari jelitawan mulan di kerteh tanya khabar . Terus bagitau dia keadaan saya dan bagitau dia pagi esoknya ( pagi tadi ) dah plan nak ke rumah maklang untuk ambil gubahan bekas hantaran dan kami pun berjanji nak bertemu di mahligai maklang .

Lepas hantar mimi dan siapkan breakfast mak saya bagitau mak saya keluar lama jugak pagi ni, mak kata okay je. Terus saya ke mahligai maklang dan dalam tengah ding dong rumah maklang, mulan juga tiba.

Mahligai maklang dah macam resort dengan bunyi air terjun , terasa macam bersantai di tepi sungai je, bestnya. Kami dijemput ke atas dan maklang tu cadang nak duduk kat tepi air terjun tapi kami kata tak pelah kat atas je sebab tak nak bagi maklang banyak bergerak dan turun tangga.

Seronok bersembang bertiga , kalaulah punya masa yang panjang alangkah bagusnya namun seperti biasa masa amat cemburu sebab saya ada temujanji dengan 2 orang lagi sahabat saya di kerteh ( nak pergi kutip hutang ... along mali mau kutip utang maaa ) .


Bekas gubahan saya dihias begitu indah oleh datin maklang, memang citarasa maklang menepati citarasa Raja Sarinah . Terima kasih maklang ku sayang.

Mulan pulak hadiahkan saya telekung dan purse dari Vietnam, sukanya dapat telekung tu sebab memang saya dah pakai telekung vietnam buat tahun ke 4 dah dan memang sedap diapakai, so ni dah ada yang baru , mesti lagi sedap dipakai. Terimakasih mulan ku sayang.

Mulan jugak serahkan hadiah dari queen Elle di singapore yang dikirim melalui mulan semasa mulan ke singapore cuti sekolah baru ni. Barangan dalam dari M&S buat saya dan t-shirt kungfu panda buat mimi sungguh menceriakan hati saya walaupun barangan M&S tu nak kena repair sikit tapi mimi terus pakai baju comel tu. Terima kasih kak elle ku sayang.

Gambar gubahan tak leh ditunjukkan sekarang ,nanti basilah... nanti menantu I baca blog dan nampak gambar tu,tak bestlah ... gambar yang lain belum masuk dalam pc lagi... anyhow, semuanya cantik belaka.


Lepas rumah maklang saya terus pergi jumpa kawan-kawan yang ada membeli sedikit barang dari saya lama dulu... selesai hutang dibayar dan ada sedikit lagi akan dibayar hujung bulan. Terimakasih kawan-kawan ku sayang.

Sempat juga saya singgah bertemu rakan saya yang bertugas sebagai pengetua sebuah sekolah tahfiz quran dan kasihan saya dengar yang pelajar -pelajar sekolah tu sekarang diganggu makhluk halus, hampir tiap hari mereka diganggu. Pagi tadi pun awal lagi seorang pelajar telah terkena histeria. Pernah pelajar tersebut semasa tidak sedar menyebut nama tuan pada jin yang mengganggu dan orang dinyatakan adalah orang di situ juga. Kawan saya bersikap terbuka dengan tidak mengiyakan apa yang 'jin' itu kata sebab menurut kawan saya jin /syaitan memang jahat , takkan kita nak percaya apa yang jin cakap, sengaja syaitan nak melagakan sesama jiran di situ. Saya hormat pada pegangan sahabat saya itu. Mereka sedang berusaha memulihkan pelajar dan sekolah tersebut agar bebas dari gangguan makhluk halus.

Doa saya agar dipermudahkan urusan tersebut kerana kasihan pada pelajar tahfiz yang belajar di situ. Harap mereka terus tabah mengharungi cabaran dalam menimba ilmu Allah.

20 comments:

SoFie NuR said...

wah..dapat hadiah...
OKB la ni...leh la hulur2 ckit kat cni...hehehhehee...

tulipurple said...

alahai...meremang bulu roma den baco last paragerap tu pg2 ni..hehe,terus naik atas kui kui.
amboiii..sggh bertuah dan murah rezki sis arinie ek.
p/s:tak sabar nak tgk hantaran tu nnt :)

alaf21fc said...

Salam hormat, minat membaca novel ?

Abang Long said...

Masih lagi berlaku peristiwa rasuk ?

MULAN said...

maaakkk aaaiii.. kak rina ni. dah tuo ni, malu eh.. glad u like the cenderahati..

silversarina said...

sofie,

tengah pokai ni, tu yang pergi kutip hutang, masa ada duit tak kisah ke hutang..hehehe.



tulipurple,

kesian pulak budak2 pelajar tu, kecik lagi dah kena rasuk.

kena tunggu majlis kat rembau baru dapat tengok gambar hantaran tu :)



alaf21fc,

minat tu minat tapi masa tak mengizinkan buat masa ni , terimakasih.



abang long,

ha ah masih lagi, diaorang tengah berubat sebab susah jugk sebab ianya mengganggu sessi persekolahan.



mulan,

Betul pun , you memang muda jelita , ikhlas pujian dari akak.

nanti kita berkelah depan kolam ikan maklang pulak , masa tulah yang susah setkan biar lapang :P

maklang said...

kalau nak berkelah tepi kolam tu, kena buat sebelum maklang start kerja...ataupun masa wiken, lagi meriah..kita ajak chef liza and ibu sara..mesti lagi meriah!

silversarina said...

maklang,

nantilah tunggu masa betul-betul lapang ,baru best nak berkelah... memandai je I ni nak menumpang berkelah kat kolam orang ..hehehe.

Sastri said...

isk isk... bab gangguan tu memang seram... semoga mereka tabah mengharungi dugaan itu...

nak tengok la hasil tangan kak rina... :D

Kak Elle said...

Glad you suka pemberian tu tapi sori ek kena repair sikit....hehehe

dah ku duga mimi mesti suka:)yg pink my niece dah pilih so kena bagi mimi colour lain.

nak berkelah ye kat depan kolam nak bersama?.....hahaha

suealeen said...

boleh cipta satu program baru - jalan-jalan cari kawan. hehehe...

cikMilah said...

buah tangan penanda kasih..nikmat ukhuwah yang manis...
Aii.. lemas dengan kes histeria ni.. kesian anak2 tu.
Semuga mereka akan pulih spt sediakala

Pondok Al Imran said...

Salam Rina, bestnya U berdua pegi rumah Mak Lang, sembang2 sambil mendengar desiran air terjun, Rina, Mulan memang muda jelita orangnya

zino said...

masa zino datang rumah maklang dulu air belum ada.. boleh bayangkan deruan air tu.. dah ambik gambar dengan ikan2 tu ke? hehe

Zareda said...

wah tak sabar nak tengok hantaran tu.. ehheheh

telekung vietnam cam ne pulak ek?

mama said...

salam.
aktif semula lepas balik dari indon akak ni rupanya...
lama saya x join blog akak cz bz sgt2..
sekarang pun kursus x habis lg. apa2 hal pun selamat menulis saya ucapkan.

Neeza Shahril said...

bestnya dapat hadiah.. dari Vietnam lagi tu...

ada lagi ye Kak Rina orang dengki cara cam tu.. nape lah ye. Macam tak ingat mati lah pulak kan...

silversarina said...

sastri,

kesian akak tengok kanak-kanak lagi dah dirasuk . kadangkala ada orang tak suka tengok anak-anak ni menghafal quran.

akak tak pandai gubah , maklang kerteh yang buat gubahan tu.



kak elle,

memang mimi suka sangat t shirt tu .

belum sempat nak repair M&S tu, nanti lapang I cuba buat, semalam dah try , rasanya boleh direpair :)



suealeen,

memang ramai jumpa kawan masa ke kerteh tu, tempat lama akak lah katakan, tambah pulak kenalan bloggers baru.

silversarina said...

cikmilah,

kawan-kawan bloggers ni ramai yang sporting, tu yang tambah best :)




ibusara,

nanti kita set tarikh berkelah tepi air terjun ye , tak payahn pergi air menderu sebab kat rumah maklang pun dah ada bunyi air menderu .



zino,

tak sempat bergambar pun lagi , ikan pun tak sempat nak tengok lagi, kena buat lawatan yang panjang baru dapat lepak kat kolam maklang.



zareda,

sabar, takkan lari gubahan dikejar :P

telekung vietnam , sulaman nya halus dan kainnya sedap dipakai, sejuk je .

silversarina said...

mama,

sian lah tak habis kursus lagi ye, akak pun makin busy tapi sempat lagi update blog, kurang laju je :P


neeza,

agaknya kalau ada kawan serata dunia boleh buat koleksi hadiah.. hehee.

entahlah, ada je yang tak suka ilmu Allah ditimba, mula nak mengganggu.