Friday, June 6, 2008

Catatan Perjalanan 2

Salam hujung minggu buat semua. Aktiviti berblogging saya agak terhad kini kerana ibu saya kini ada bersama di kemaman buat beberapa waktu. Kami adik-beradik bergilir-gilir menjaga ibu kerana ibu saya kurang sihat dan tidak punya daya kendiri dalam menguruskan kehidupan beliau. Harap semua pembaca dapat bersama mendoakan agar ibu saya sihat dan saya tabah dan sabar dalam menjaga dan melayan segala kehendak ibu saya, InsyaAllah.

Pagi semalam saya sempat menziarahi maklang di kerteh dan Alhamduliilah maklang semakin bertambah sihat. Saya ingatkan maklang masih terbaring di atas katil tapi jangkaan saya silap. Maklang telah bangun dan berjalan namun semuanya dibuat dalam keadaan slow motion . Saya mendoakan agar maklang akan bertambah sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa , InsyaAllah. Tapikan maklang dengan bunga reben macam isi dengan kuku , tak dapat dipisahkan, siap jugak jahitan bunga reben pada beberapa beg... memang sifu jahit-menjahit maklang ni .



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Sambungan catatan perjalanan ............


Restoran Daun/ Sapu Lidi di Bandung merupakan sebuah restoran tradisional Indonesia yang sangat cantik hiasannya . Dibina dalam kawasan taman /hutan semulajadi yang penuh dengan pokok dan tanaman dan setiap pondok makan dihias lain dari yang lain , unik setiap satu siap dengan kantung untuk dipukul sekiranya memerlukan servis dari pelayan di situ. Air terjun juga ada dalam kawasan restoran yang terbuka. Memang sungguh menawan. Cara persembahan makanan juga amat dititik beratkan dan saya dapati Indonesian amat berjiwa seni. Segala yang di buat mesti disertai dengan kesenian unik setiap tempat.

Entrance Restoran Daun/ Sapu Lidi


kantung diketuk untuk dapatkan servis dari pelayan


setiap pondok makan di hias berbeza...unik

Kaki saya pula semakin 'parah' , saya berjalan seperti robot atau orang baru lepas berkhatan dan mereka(izzat, mimi dan ayahnya ) hanya mentertawakan saya . Bayangkan saya solat hanya dengan duduk di ats bangku di pondok makan kami kerana jika solat cara orang sihat memang nahas saya.



makanan dihias cantik, penuh seni

Selesai makan kami terus ke ladang strawberry yang tidak jauh dari restoran daun. Uniknya kebun strawberry ni adalah ianya terletak dalam sebuah kampung yang di Sensan Bajuni Street yang dari hilir ke hulu kampung dipenuhi dengan pokok bunga -bungaan yang dijual .Setiap rumah menjual pokok bunga dan hanya diletakkan di bahu jalan hinggalah ke kawasan rumah masing2 yang tidak berpagar. Kenapalah saya tak ambil gamabr di kampung ni, saya pun tak tahu, mungin sebab sakit kaki tak minat dah pada pokok. Saya sempat kata pada suami kalau kami tinggal di sana mesti kena halau sebab kami tak pandai jaga dan jual pokok .

nasi padang, sedap-sedap lauknya




Kebun strawberry Kavling , cantik dan memang dibuka untuk awam untuk buahnya dipetik, dikenakan caj minimum , cuma pokoknya ditaman di dalam karung plastik bukan di atas tanah, tak begitu semulajadi, tapi buat mimi dan izzat sudah cukup buat mereka happy dan teruja memetik strawberry.



restoran raja melayu , ikan baung masak tempoyak amat sedap

Balik ke rumah , saya terus makan pil panadol extra yang dibawa dan solat dengan berlunjur kaki atas katil dan terus lelap macam robot, tiba2 kaki cramp, suami tolong hilangkan cramp dan saya terjaga tengah malam untuk ke tandas dan Alhamdulillah saya boleh melangkah dengan lebih baik dari masa sebelum tidur walaupun sakit masih terasa.

pokok strawberry ditaman dalam karung plastik




Hari berikutnya, aktiviti shopping, dari pagi, rehat seketika masa solat jumaat , sambung semula hingga Pasar Baru ditutup jam 5 petang dan terus ke Heritage House hingga malam . Pasar Baru memang syurga membeli-belah. Dengan harga yang begitu murah kita telah boleh membeli sepasang telekung / pakaian yang cantik siap dengan sulaman tangan yang halus. Saya pelik bagaimana mereka boleh menjual barangan yang murah tapi cantik . Heritage House sebuah gedung yang menjual barangan berjenama dengan harga yang juga tidak terlalu mahal.





Lunch kami di restoran nasi padang Sederhana yang menghidangkan menu nasi padang dengan 20 jenis lauk yang diletakkan di dalam piring kecil dan hanya bayar lauk yang dimakan. Makan malam kami dibawa ke restoran raja melayu yang menghidangkan pelbagai masakan melayu ala malaysia termasuk sambal ikan baung masak tempoyak, sambal belacan dan pelayan semuanya memakai baju melayu siap bersongkok dan bersampin . Masakan padang dan masakan melayu di bandung amat sedap sekali.








Kami akhiri hari ke tiga dengan mengemas barang-barang kami yang juga telah 'beranak' lagi.. kerana esoknya kami akan bertolak ke Puncak , Bogor dan terus ke Jakarta.





Kenangan di Bandung akan tetap bersama kerana ianya sebuah bandar yang nyaman dan sejuk dan penduduknya amat bertolak-ansur terutama di jalanraya yang sentiasa memberi laluan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya .Mungkin kerana mereka telah biasa tinggal dan hidup di dalam kawasan yang sentiasa padat , jadi mereka lebih faham erti perkongsian dan bertolak ansur , mereka tidak selfish, itu pandangan saya. Malah mereka bercakap lembut dan jarang berkasar. Satu lagi yang saya amati di sana, tandas2 awam termasuk tandas di masjid2 besar sentiasa bersih dan tidak berbau , dibayar dan dijaga kebersihannya tidak seperti di negara kita dan tempat solat amat mudah didapati di mana-mana hatta di kebun strawberry memang tersedia musolla nya. amat mudah sekali.





Hari berikutnya lebih menarik, Safari Indonesia menanti kami......

23 comments:

Kak Elle said...

macam interesting gitu...ok nak pergi lah..tapi bila agak nya..hahaha

makoi nasi padang satu meja penuh..yg dlm pink ceramic tu mcm saya punya chocolate fondue set lah..

alhamdulillah maklang dah sihat ye:)

untuk ibu rina dan juga atok yg masih tak sihat semoga mereka berdua diberi kesihatan tanpa komplikasi hendak nya.

suealeen said...

best la rasanya makan kat restoran daun tu.. macam dok kat kampung2 dedolu.. beratap rumbia...

OndeOnde said...

bestnyaaaaa nampak! cantik sekali!

ish, anak bujang kak rina makin lama tenung makin hensem pulak dia..heheheheh..jangan mareee..boleh chop buat menantu?? heheheh

Alhamdulillah maklang dah makin baik tu..dalam sakit kaki tu, mau jugak akak jalan-jalan..

Zareda said...

seronoknya percutian kak rina...

kalau tak kerana kenduri kawin, zar pun dah sampai bukit tinggi/ padang ikut mak..

apapun berjalan dengan family memang kenangan paling bes kan..

kak ilya said...

Akak
Bestnya bercuti ke Indon tuh.. kecur air liur tengok NAsi Padang tuh .. Teringat masa percutian saya ke Bandung last year bersama kawan2.. seronok sungguh .. makan dan shopping sampai semput budget lah kak ..
Akak tinggal kat mana yer?? saya ni org Trg .. so bila balik ke kg selalu ikut jalan tuh..
bolehlah singgah kan akak kan ..
he he gurau jer
semoga ibu akak bertambah sihat ..insyallah

take care kak

SoFie NuR said...

yummy...makan2...x nmpak bayang strawberry pun...hihi

CikguZue said...

semoga semuanye diberikan kesihatan yg baik2 belaka...

wa...best jenjalan kat sana,kan.

Neeza Shahril said...

semoga mak kak Rina akan segera sembuh dan memudahkan kak Rina untuk menjaga dia..
maklang dan riben memang macam isi dengan kuku kan... :)
seronoknya petik strawberry.. manis tak strawberry tu?
banyaknya lauk nasi padang.. habis ke tu kak RIna?

ummi365 said...

wah bestnya.. nak tau, keliling ummi ni semuanya ke bandung, lepas sorang2 bercerita pasal bandung.. ah jeles betul.. nak je pergi tapi kena tunggu orang jauh tu balik dulu yang tak pasti bila.. uhuk uhuk ... nak pergi ngan kawan2 tak pulak di lepaskan.. agaknya takut orang curi ummi kut..hehehe

suweileh family said...

Best lah ke Indonesia ni....bila dah ada duit lebih, dah balik Mesia, bolehlah pergi.

cikMilah said...

banyak2 cerita orang pasal Bandung, yang ini paling best...jack sikit...he he..tapi ia benar buk!

silversarina said...

kak elle,

pergilah , best buk !!

my mom dah bertmabah baik dari dulu tapi masih kena ingatkan selalu bab kebersihan .



suealeen,

tengok pondok dan makanan di restoran daun tu memang menyelerakan walaupun agak mahl sikit tapi masih murah dari makanan hotel 5 bintang.


onde-onde,

nanti I tulis dialog penjual wanita tentang izzat... nak gelak pun ada .


zareda,

lain kali boleh pergi, kenangan manis banyak .



kak ilya,

akak memang bajet shopping di jakarta jugak, kat bandung beli barang yang utama sebab dah tanya kawan2 yang dah pergi mana worth buying di bandung, memang 'giler' dibuatnya.

akak di kemaman, kalau lalu singgahlah teratak kecik akak ni.

silversarina said...

sofie nur,

banyak 'rumah' strawberry, yang kosong tu disimpan untuk dipetik di hari lain bila dah tumbuh semula buahnya , siap ada jugak yang dah dibooking untuk dipetik ketika hujung minggu.mimi petik je makannya tidak ...hehe.

maklang said...

kalau ada rezeki ke Bandung, nanti nak jugak ke ladang strawberry tu...tapi entah bila lah agaknya...

Terimakaseh kerana datang melawat semalam...terhibur hati dinda...he..he..

Aiyah Nonya said...

Wish your mother well. And you take care of your self too.

The nasi padang looks appetizing...
I have never been to Bandung or to any part of Indonesia. Must put it down on my "to visit" list. :)

This weekend we will be going to Siem Reap, to see the famous Angkor Wat. Looking forward to it.

k-riey said...

sronok bace catatan perjalanan dengan family ni.
family blah mama saye sempena cuti skolah ni, ade gathering kat Langkawi.
dari nenek, family saye, mak cik dan pak cik saye 9 beradik bersame suami isteri masing2 dan sepupu2 saye merangkap anak mereka semua ade.
KECUALI saye.. huhuhu

Next time nak ajak parents dan adik2 jalan2 kat bandung gak.
hehe.

Abang Long said...

BERSYUKRLAH. Seronok bila baca entri disini. Semoga bertambah rezeki. AMIN. Lebih seronok bila berjalan bersama keluarga tersayang.

KAMATO said...

Macam ni kena booking tiket la...cuti situ pulak

silversarina said...

cikguzue,

Mak akak kena pantau kebersihan diri sebab kadang2 dia lupa , akak insaf lihat dia sebab kita tua nanti taktau macamana pulak.


bab jenjalan memang best :)



neeza,

mak tambah okay dari dulu , alhamdulillah.

strawberry tu campur2. ada yang manis ada yang masam. nasi padang lauknya memang sedap, tapi macam otak sapi memang kami tak sentuh...hehehe.



ummi,

kalau berdua baik pergi bali , romantik katanya di situ. kalau nak shopping memang ke bandung lah best.



suweleh family,

sekarang ni air asia murah sangat , senang je nak ke sana... nanti balik boleh round ke mana saja ..miss you all lah.

silversarina said...

cikmilah,

ooo jack akak ye, kerepek tempe ada lagi kalau nak ole-ole... heheh .




maklang,

you dah mahir indonesia, banayk tempat dah pergi , maybe next trip just singgah bandung lagi , soping buk !

I pun happy tengok you dah semakin sihat... nak tau apa Mr H cakap pasal you ???

jeng jeng jeng !!

dia kata maklang pandai masak dan rajin jahit reben.. perasan pulak dia kehebatan maklang :P



aiyah nonya,

wow..Siem Reap , a place I want to go one day. Make sure you snap lots and lots of pics , dear.

Have a wonderful holiday in Siem Reap !!

silversarina said...

k-riey,

alahai siannya dia sorang yang tak de... tak pe next family gathering mintak diaorang sume buat masa you ada.

bagus tu, cuti ke bandung dan jakarta bersama family memang best.



abang long,

jalan dekat2 bolehlah, kalau jauh kena bajet besar payah jugak, kalau macam ni siap boleh jugak shopping-shopping sebab murah dan duit dia murah .


kamato,

memang best dan berbaloi. Tak mahal mana . kami guna flite airasia , amat murah .

wah tak lama dah kat sana ye,balik boleh bawak family makan angin ke Indonesia pulak.

kak teh said...

kak sarinah,
the photos looked familiar to me..taman safari tuu...i was there with family last April...tee hee.. anyway, very interesting this site! :)

silversarina said...

kak teh,

thanks for dropping by... safari tu memang best banget :)