Wednesday, July 2, 2008

' Pertemuan ' Tanpa Dirancang ...

Minggu yang terlalu sibuk buat saya dan memang tak sempat melihat pc dan blog . Hari kenduri semakin hampir dan rutin seharian banyak berubah dari kebiasaannya dengan bertambahnya ahli keluarga di rumah . Zaid serta isteri juga telah berada di rumah dan saya mengambil peluang ini menghabiskan sebanyak masa yang mungkin malakukan aktiviti bersama mereka . Baru sebentar tadi selepas mengambil mimi pulang dari sekolah kami terus berkelah di Pantai teluk Mak Nik . Berbekalkan nasi dan lauk yang dibawa serta kepok lekor yang dibeli kami menikmati makan-makan bersama yang telah terlalu lama tidak dilakukan bersama terutamanya bersama Zaid , lebih dari 6 tahun tidak berkelah di pantai bersama .



Ahad yang lalu sedang dalam kesibukan mengemas rumah dan menguruskan hal jemputan perkahwinan saya menerima sms dari encik zino yang telah mengubah mood letih saya kepada mood yang sangat ceria dan bertenaga . Sms dibalas beberapa kali yang akhirnya membawa kepada penemuan kembali kepada sahabat lama semasa belajar di US dan orang yang dimaksudkan adalah **man adik kepada encik zino . Abang **man dan isterinya Kak T** adalah rakan karib kami semasa berada di sana dan mereka berdua banyak membantu kami dari segi penjagaan anak kami Zaid semasa Zaid masih bayi . Jika kelas saya dan suami bertembung maka Zaid kami hantar ke rumah Kak T** untuk diasuh . Rumah Kak T** tak ubah seperti taska kerana kadangkala ada hingga 4 orang bayi yang dijaga pada satu-satu masa termasuk anak sulong Kak T** yang bernama Huda.



Bila diberikan no talipon Abang **man saya terus menalipon beliau yang tinggal di Bangi dan rasa amat teruja bila dapat berbual dengan Abang **man dan Kak T** yang telah lama terputus hubungan. Mereka berdua masih seperti dahulu bertutur dalam nada dan suara yang lembut dan terkenang jasa mereka berdua yang memang takkan dilupakan sehingga akhir hayat . Mereka berdua kami anggap seperti abang dan kakak sendiri , tempat kami mengadu masalah dan sebarang kesulitan merekalah menjadi penasihat . Sungguh besar jasa dan peranan mereka. Sungguh tak sangka perkenalan cyber bersama encik zino rupanya telah membawa pertemuan kembali kami kepada adik zino yang telah lama kami kenal di alam realiti dan yang lebih menarik baru kami ingat yang kami pernah ke rumah mak zino suatu masa lalu dan ibu mertua saya adalah sahabat yang sama-sama menghadiri kelas Al quran dengan mak zino di masjid berdekatan rumah mereka . Dengan kata lain keluarga zino kenal keluarga suami saya .



Sungguh tak sangka , sampai malam saya rasa macam mimpi dapat 'bertemu' kembali sahabat lama melalui sahabat baru , zino. Abang **man dan Kak T** InsyaAllah bersetuju mengikut rombongan kami ke rumah besan saya di Rembau 12 Julai nanti dan begitu juga Encik zino sekeluarga... happynya hati saya.



Kini saya makin mengenali zino dan pastinya saya lebih hormat padanya kerana pada saya jika adiknya berhati mulia sudah pasti ianya lahir dari didikan ibubapa dan abang dan kakak yang menjadi contoh teladan buat adik-adik .



Semalam saya beritahu zaid yang pengasuh nya masa di US InsyaAllah akan hadir bersama kelak meraikan majlis jamuan di Rembau kelak. Zaid juga rasa amat ceria bila mendengar berita gembira ini.



Itulah salah satu kebaikan blogging yang sukar dipertikaikan, blogging membawa persahabatan dan persaudaraan yang ssukar di cari di mana-mana.

24 comments:

mama said...

salam kak ina.
saya tumpang gumbira dengar cerita kak ina tu.bagus la sahabat lama dapat di kesan....
inilah keistimewaan alam blog kan. kalau kene caranya baiklah yg kita dapat... kalau tidak... sebaliknya lah.
amacam isteri zaid dah berapa bulan hamil? cucu boy ke gal?

silversarina said...

mama,

mana sangka dapat bertemu kawan lama.

oktober baru dapat timang cucu InsyaAllah..diaorang tak nak bagitau boy ke girl... nak kasi suspen katanya, akak nak beli pink or blue pun payah :P

Kak Elle said...

Alhamdulillah dari cyber ke alam nyata skg....sape kata dunia ni luas kan?

Mak pengantin sempat berpicnic lagi hebat betul ... haha

silversarina said...

kak elle,

nak release tension kena piknik jugak... hari2 jam 9.30 malam dah 'padam' ...letih sangat.. hehehe.

maklang said...

seronok kalau bertemu rakan lama kan...

relax2 mak pengantin...kang kot pengsan pulak dek terlalu penat...


hari ni maklang buat roti mix fruit pulak...tengah dibake ni..bau tak???

Anonymous said...

Seronok bila bertemu rakan lama kan.. Jasa, kenanagan semua buat kita rasa akrab nya persahabatan.

Moga Kak Rina gembira selalu.

silversarina said...

maklang,

alahai bau roti mix fruit sampai dalam rumah dah ni ... baru balik distribute cards kat kawasan sekeliling... letih sebab jalan satu rumah ke satu rumah, jiran kena jaga hati mereka :)



ajzie,

jarang bertemu buat yng masa tak boleh dibuang begitu saja, mesti kena isi dengan pelbagai aktiviti dan sembang2 , perasaan ibu memang mahukan semua anak ada bersama.

zino said...

terima kasih dengan kata alu2an tu.. hehe

lepas ni boleh jumpa zino dan mem in person pulak..kami adik beradik pun rapat..

kalau tak ada aral melintang .. dan ada keizinan Nya.. kita jumpa nanti..

inshaAllah..

mama said...

hehheehe
kesian kak ina.. mereka nk rahsia pukan kan.

takpe...
akak belikan la ikut firasat akak sendiri. mana tahu betul. tengok bentuk perut tak kan akak tak tau kot hahhahh

saya doakan semuanya selamat.

Abang Long said...

Seronok ya bila bertemu bloggers ?

Dari alam siber ke alam maya ...

blackpurple @ jowopinter said...

Saya memilih-milih orang juga kalau nak berjumpa kawan-kawan blogger. Saya kan pemalu. He he he!

Tapi Zino saya dah jumpa. Dia memang baik orangnya. :)

Mama Rock said...

kak rina, memang blog world boleh buat kita jumpa kengkawan lama...
hopefully kak rina have the strength to manage prep kenduri sengsorang. mama baca entires pun terasa letihnya :) take care

Sastri said...

salam kak... bertemu semula tanpa disangka ek... alhamdulillah, dapat la dieratkan semula silaturrahim tu... :D

Neeza Shahril said...

hehe.. syoknya dengar.. nanti masa datang majlis tu, mesti Kak T** tu akan cakap, 'dulu Zaid kecik kecik, makcik la yang jaga.. Zaid nangis, makcik dodoikan..' Zaid mesti merah2 muka malu depan Azra.. hehee..

kecik aje dunia ni kan Kak Rina.. dunia blogging ni ada baiknya.. menghubungkan silaturrahim.. dapat jejak kasih tu..

Pondok Al Imran said...

Salam, memang patut pun sibuk mak pengantin, dah nak dekat dgn date kenduri. Mesti seronok dapat keep in touch lagi dgn sahabat lama, bagus juga blog ni, saya pun diperkenalkan oleh alam ber"blogging" pun thru Mak Lang, belajar pun dgn Mak Lang, melalui Mak Lang jugaklah, saya dapat kenal Sarina & Mulan

zino said...

blackpurple..

nanti zino belanja ya hehe

KAMATO said...

Macam tu kalau datang bangi nanti bagi tau la... saya dok bangi juga.

p/s Bro zino memang baik, lama dah kenal dia

aNIe said...

Salam rina...rasanya bukan rina aje yang merasa gembira dan terharu dengan pertemuan ini...ala-ala Jejak Kasih pulak...

Alhamdulillah...siapa sangkakan...dalam dunia blogging kita dpt bertemu dgn insan yang dah lama terputus hubungan...

Semoga kali ini ikatan itu akan lebih teguh dan bertambah mesra bila ada zino dan keluarga yg lain untuk memeriahkannya...

Sue.Aleen said...

bebaru ni pun saya jumpa balik kawan baik yang lama tak jumpak. juga melalui alam blog.

entah2 kak rina kenal apa kakak saya kan... manalah tahu... umur pun baya2 akak je. suami dia dulu study kat tucson, dia di connecticut.

Zareda Norman said...

kecilnya bumi Allah ni kan...

apapun selamat berkenduri kak rina... semoga semuanya berjalan lancar

baju baby tu beli jer hijau putih dan kuning.. hehheheh

silversarina said...

zino,

Ikhlas dari saya sebab saya kenal abang man memang seorang yang sangat baik.




mama,

beli warna hitam and merah jelah baju baby tu..hehehe.



abang long,

setakat ni bloggers yang akak jumpa memang baik semua, tu lah kebaikan berkawan walau di alam cyber.



bp,

dengan akak pemalu jugak ke ????

akak tau bp tentu seorang yang baik dan peminat tentu ramai yang nak bertemu.



mama rock,

kenduri tu nasib baik tak melibatkan majlis akad nikah sebab dah nikah, tu yang mudah sikit hanya concentrate majlis kenduri je dan persiapan pun dah hampir selesai.

silversarina said...

sastri,

ini memang tak disangka betul :)



neeza,

mesti kak tu cakap .." nilah zaid yang cememeh masa kecik tu " ...hehehe.



ibusara,

ha ah ye, kita dari tak pernah kenal terus kenal di rumah maklang , hebat kuasa blogging.



zino,

kena belanja kami juga sebab kami 'bodek' dulu...heehe.



kamato,

ooo kawan zino jugak, sure baik juga ni. InsyaAllah ada masa kita berjumpa .

silversarina said...

kak lady,

bila pulak nak jumpa kak lady dan sya ....

tak sabar nak bertemu adik zino yang lama ami tidak bersua muka.




suealeen,

ooo ye ke.... palajar connecticut ada dayang DC dan ke rumah kami , kalau diimbas kembali mungkin kenal sebab masa akak kat sana memang terlalu ramai pelajar malaysia di US, Rancangan Bersama.



zareda,

kecik je dunia kan ... bila nak jumpa zareda pulak.

senang2 tak yah beli, lagi jimat.. hehehe.

Sue.Aleen said...

kakak saya tu pernah masuk rancangan malam raya tu.. tahun bila ntah dah tak ingat.. dia tu gayanya macam kak rina jugak....