Monday, July 21, 2008

Alhamdulillah , selesai sudah kenduri....

Syukur tak terhingga kerana majlis kenduri menyambut menantu telah pun berlangsung dalam suasana ceria dan meriah .






Terimakasih kepada semua tetamu jemputan yang telah hadir ke majlis kami .






Terimakasih juga buat keluarga besan yang sudi bertandang dari Rembau ke Kemaman bagi mengeratkan lagi pertalian persaudaraan kita bersama.






Terimakasih juga buat suami, anak-anak , keluarga serta sahabat-sahabat yang telah banyak membantu menjayakan majlis tersebut yang dapat berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.






Walau letih dan lesu dalam sehari dua ini , namun segala pengalaman semasa majlis kenduri berlangsung tetap menjadi kenangan manis buat kami semua.






Alhamdulillah.






Nanti update lagi..... still busy mengemas .....

15 comments:

ummu asiah said...

Alhamdulillah...kak rina..

hah lega tak kegha la kan..lama tak tinggal jejak sbb tau kak rina amat bz..

lepas ni bnyk la update..saya lately almost everyweek balik rembau..musim buah durian di sana..

patutla..kaler blog pun purple..

YuszTieY said...

alhamdulillah...dah pon selosaiiii majlisnya...
siap di apit oleh pengantin baru lagi yer...pengantin baru apit pengantin lama....sama2 naik seri..
tapi ari ni tak ado plok gambo k.rina yer...esok22 update agi yer kak rina...

Faizah said...

kak sarina..nanti update lagi k..tahniah dan selamat berkemas..

Abang Long said...

Teringat usai kenduri abang long, mak terus demam... hahahaha

nurazzah8 said...

Rina, Alhamdulillah...
tapi sedih Azzah tak dapat nak datang..terpaksa mengajar pd hari yg sama... anyway, tak pe...InsyaAllah ada rezeki ke Pantai Timur I mesti singgah rumah you...

tak lama lagi lepas kenduri nak jadi wanmommy pulak... hai, tak menang tangan nampaknya...

ROFI said...

Kak Rina,

Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Seronoknya tengok gambar majlis ni. Lepas ni boleh la kak Rina tidur lena, mengenangkan majlis yang dah selesai dengan jayanya...

Kak Elle said...

What can I say mak mertua alhamdulillah semua nya selamat...wah wah purple semua nya ye? hahaha ... eh botties purple ada juga kan?

ummi365 said...

alhamdulillah semuanya selesai.. legakan.. boleh tidur lena lepas ni.. nanti upload gambar lagi tau.. tak puas kalau tak tenguk yang lain..

cikMilah said...

Cantik , ringkas , anggun. Saya suka dan pun dah jatuh hati kat purple ni...
Dayang-dayang tu pun kena tempias seri pengantin dan mak pengantin. Tengok Izat tu...loving betul ngan adik dia....

cikliah said...

Alhamdulillah... selesai sudah majlisnya...
Comei pengantinnyer....

Neeza Shahril said...

alhamdulillah.. selesai dah 1 bab.. boleh jadi pengalaman berguna untuk kak Rina selesai beberapa bab lagi hehee.. Sofie dan Maya tu menunggu masa aje tu.. tak setahun, 2 tahun.. tapi mesti kak RIna nak suruh diorang habis belajar dulu kan hehee..
menariknya door gift... takde gambar close up ke?

silversarina said...

ummu asiah,

memang lega teramat sangat dan lepas maj;lis terus cramp kaki... dahsyat penangan majlis kenduri kawin.



yusztiey,


pengapit pun masih dalam honeymoon mood .. hari ni dua pasang pengantin berjalan makan angin di kuantan :)



faizah,

marilah tolong kemas...hehehe.



abang long,

akak pun lepas je majlis kenduri terus makan panadol extra sebab rasa dah lain macam , hari ni pun macam demam urat :(

silversarina said...

nurazzah,

bila2 ke mari jemput singgah rumah ye... cucu oh cucu , memang tak sabar nak tunggu :P




rofi,

hajat hati nak tido lena tapi banayk barang lagi yang belum dikemas, tak berapa lena nak tido :P




kak elle,

hadiah nanti satu entry lagi, comel betul hadiah akak :)




ummi365,

thanks for the sms dan call yang tak sempat akak nak jawab, memang busy bila semua tetamu yang hadir nak jumpa dengan wanmommy , dapat 'lari' kejap masa solat je :P

silversarina said...

cikmilah,

akak suka yang simple , nasb baik pembantu semua sporting ikut kepala akak, mudah kerja :)




cikliah,

mak mertua pengantin tak comel ke..hehehe. TQ.




neeza,

akak kata pada budak erdua tu kalau boleh buat majlis kawin sekali gus sebab mudah dan banyak jimatnya, dan berangan nak buat yang canggih... maknya yang sibuk lebih , diaorang memang takank berpunya lagi..hehehe.

Mak Teh said...

Alhamdulillah sudah selesai! Mak teh ni belum bermula lagi. Baru step 1 ia-itu dapatkan caterer. Dah dapatpun harap perkhidmatannya akan memuaskan.