Monday, July 7, 2008

Ahli bertambah , Happy berganda !!

Pagi yang indah dan segar buat diri saya yang agak letih kebelakangan ini dan semalam akhirnya terpaksa menelan sebiji painkiller buat meredakan sakit pinggang belakang . Persiapan kami ke rumah menantu telah 95% siap , tinggal nak merebus telur untuk dibuat bunga pahar sebagai adat buah tangan mengunjungi rumah besan bersama rombongan tengahari Sabtu nanti. Barang hantaran juga telah siap dimasukkan ke dalam bekas rotan yang dihias oleh sifu sulam maklang dan semalam baru saya mengambil gambar bekas-bekas itu , cantik ( nanti ye lepas majlis baru boleh letak gambar ) .

Semalam juga Maya dan Mimi mula membungkus gula-gula doorgift , ingat nak buat minggu depan tapi budak-budak berdua tu tak sabar-sabar nak bungkus ole-ole tu, baru siap 400 bungkus semalam. Saya beli beg gula-gula di Ipoh semasa balik bercuti bulan lalu kerana harganya jauh lebih murah dari yang terdapat di kemaman. Kedai bunga di Jalan Kuala Kangsar di Ipoh memang terkenal sebagai pusat bunga-bungaan dan alat perkahwinan yang boleh dibeli dengan harga yang begitu rendah . Alang-alang balik kampung kami sempat membeli beberapa barang yang diperlukan sempena majlis kenduri nanti. Bagi kami di kemaman ni memang tak de tempat barang murah yang berdekatan. Kebiasaannya kami bershopping nun jauh di Kelantan atau kalau ke selatan shopping di Nilai . Gula-gula dibeli di kedai borong di kemaman, baru tau banayk juga untung jualan gula-gula sebab ada yang gula-gula yang saya beli dengan harga RM12 sepaket jika dijual satu-satu isinya akan mendapat jualan RM30 , untung besarkan jika dibeli dari kedai borong. Saja saya tanya taukeh kedai kalu jual dapat berapa untung, baru tau ada pelbagai jenis makanan ringan rupanya dalam pasaran .



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Minggu lalu saya ke Al Amin ambik report card Izzat ... keputusan tak begitu memberansangkan .. 5A, 6B, 1C, 1D.... 13 subjects agama dan akademik diduduki buat pertama kali selepas balik dari Jordan. A dan B saya agak berpuas hati sebab B pun semua 70an markahnya , yang D tu amatlah tidak logik... subject Akhlak . Saya kata pada Izzat mungkin Allah mahu Izzat muhasabah akhlak sendiri. Baru saya tahu pelajaran akhlak adalah satu-satunya pelajaran yang tiada buku teks dan pelajar kena ambil nota semasa belajar dan soalan diberi berdasarkan nota di dalam kelas. Dah pulak tu Izzat dan kawan-kawan semuanya tidak menghantar buku nota akhlak yang menyebabkan 10 lagi markah ditolak , tinggal 48 markah yang memberi D . Akhlak berdasarkan ujian dalam exam namun bila guru kelas memberi komen dia menyatakan Izzat seorang pelajar yang baik pekerti dan rajin membantu dan bagi pelajar lelaki Izzat dapat nombor 1 mengikut perkiraan markah dan A ( Al Amin tiada sistem nombor bagi pencapaian pelajar , tidak dinyatakan dalam report card ! ) . Mula-mula ingat nak denda izzat tapi saya bagi peluang buatnya membaiki prestasi dalam peperiksaan akhir semester nanti dan dia pun telah bersetuju mengikuti kelas tuition untuk 5 subjects mulai minggu lepas . Semoga berjaya buat Izzat ku sayang !!




++++++++++++++++++++++++++++++++



Esok anak dara saya Sofie akan pulang ke tanahair dari Ukraine setelah 3 tahun tidak menjejakkan kaki di bumi Malaysia sebab 2 musim panas dia bercuti di Jordan . Sms darinya diterima tengah malam tadi yang bagitau dia baru lepas cek-in di Simferropol Airport dan akan berlepas ke Kiev dan terpaksa transit 16 jam di sana sebelum kembali memulakan penerbagan ke Dubai, Karachi dan barulah ke KLIA . Inilah gara-gara terlalu ramai penumpang yang bermusafir di musim panas yang menyebabkan hanya tiket Pakistan Airlines yang dapat diperolehi walaupun booking dibuat semenjak awal tahun. Apapun semoga selamat dalam perjalanan dan selamat tiba di rumah malam esok,InsyaAllah. Saya akan ke Kuantan Airport menjemput nya malam esok.

Lusa pula darling akan tiba di Malaysia melengkapkan ahli rumah yang akhirnya dapat kembali berkumpul setelah 2 tahun tidak pernah cukup ahli . Kali ini bukan setakat cukup ahlinya malah bertambah 1 1/2 ahli.. menantu dan bakal cucu ... .. Zaid saja tak nak bagitau anak lelaki /perempuan pada kami semua, nak buat suspen katanya dan akhirnya maksu mimi kata tak kiralah lelaki atau perempuan, janji tembam anak abang . Tak sabar menantui semua hadir di rumah... happy berganda !!


Semoga minggu ini memberi keceriaan berganda buat semua.... Saya nak bersiap menghantar mimi dan terus ke Cherating bersama maya , breakfast dan order telur itik untuk melengkapkan bunga pahar yang dibawa ke Rembau Sabtu nanti, saja nak telur itik sebab nak warna putih tu ...... jalan dulu ye teman-temanku sayang......

22 comments:

YuszTieY said...

saya pon tumpang gembira baca n3 kak rina..
habis la bakal cucu wanmomy tak lama lagi...semua pakat nak cubit pipi baby...

maklang said...

maklang taulah nak dapat menantu ( dah dapat pun!)..takkan menanti pun jadik menantui...he..he..

doa maklang agar semuanya berjalan lancar, badan tetap sihat dan mantap untuk semua ahli rombongan ke sana...

Maklang pun tumpang seronok...kegembiraannya terpancar sampai ke Kerteh!

Cat Cat said...

Wah Kak Rina, tak lama lagi nak timang cucu lah ya... Congrats... I'm happy for you too...

Ummi said...

wah best best.. ummi tumpang ke-happy-an kak rina jugak. seronok kan bila semua ahli keluarga bersama, lagi2 pulak anak2 dah besar. semoga allah permudahkan segalanya untuk kak rina sekeluarga menjelang dan juga di hari kenduri..

sya said...

wah happynya Rina sume nak balik dah and bakal terimah ahli baru.. tumpang gembira dr kejauhan

Neeza Shahril said...

bukan sampai Kerteh aje Maklang, sampai ke Jubail, Saudi ni haaa...
neeza dapat rasa betapa gembiranya Kak Rina, bila semuanya berkumpul..
Bukan senang nak jumpa semua sekali kan.. dulu kalau masa kecik, riuh rendah dengan jerit pekik anak2 kecil, kali ni mesti penuh dengan hilai tawa.. alhamdulillah...

waaa.. first time dengar orang guna telur itik nak buat bunga pahar.. menarik tu Kak Rina..

suealeen said...

amat terasa sekali kegembiraan itu.. i'm happy for you too... nak tambah happy karang ada blogger yang hadiri majlis.. tak gitu kak rina? :-)

Zareda said...

semakin sibuk dalam bersiap siap ek kak rina..

zar baca derita kerana akta gila tu.. memang zalim sungguhlah.. Allah SWT aje Maha Mengetahui dan memberi petunjuk dan hidayah pada mereka mereka yang berhati zalim dan kejam ni

Jingga Studies said...

banyak nye subjects ....

uih hantar anak blajar sampai ke ukraine!..bagus jgn manjakan sangat..biar berdikari ..sure deorg appreciate home better!

ps global nye family silversarina, middle east/ korea/ ukraine....ade lagi?

Abang Long said...

Anak, menantu dan cucu bertemu. Rasa macam hari raya pula, eh, sudah bulan Rejab.

Kak Lady said...

Salam Rina...nampaknya rumah rina akan bertambah meriah dengan anak2 & suami yang akan pulang...mesti hati tak terkata seronoknya...

Semoga segala persiapan dan majlis berjalan lancar...itu doa dari akak...Insyaallah

Mama Rock said...

kak rina, selamat ber-re-union :)

cikMilah said...

Mood gumbira kakRina terpancar ke mana-mana...tumppanh happy. Semuga semuanya selamat.

Kak Elle said...

syukur alhamdulillah satu persatu dah pulang saya pulak yg gembira ni...haha

MAMAMIA said...

Memang dapat feel ke-happy-an berganda K.Rina.

Semoga semua acara berjalan lancar.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam.

Cerita ini bernada ceria semacam. Patutlah. Alhamdulillah.

Selamat menerima orang baru dalam keluarga. Selamat berjaya juga untuk adik Izzat.

:)

zino said...

semakin sibuk nampak nya mak pengantin ni hehe...

suealeen said...

saya wonder, kalo zaman anak akak ni belajar sebegitu banyak subjek (mine too.. masa tu saya ambik 11 subjek.. that was about 12 years ago!)... anak2 saya & cucu2 akak nanti entah berapa la subjeknya. jangan2 nanti bebudak ni stress dari kecil lagi kan... tu belum masuk ilmu akhirat yang deme kena absorb jugak untuk jadi insan berjaya... moga Allah swt bantu anak cucu kita nanti..

silversarina said...

yusztiey,

kalau dapat cucu yang tembam , bestnya... nangis je passing pada maknya...hehehe.



maklang,

typo lah tu, hepi sangat...hehehe.

harap maklang bertambah sembuh dan dapat hadir majlis kenduri nanti.




cat cat,

thanks a lot .. memang excited sangat nak dapat cucu, dah lama tak de suara baby kecik di rumah :)


ummi,

macam raya je sebab raya tak dapat bersama, masa nilah semua nak dibuat bersama.

silversarina said...

sya,

terimakasih . Tiba waktu bersua muka dengan semua ahli keluarga.


neeza,

seantaro dunia tumpang akak happy, thanks.

tlur itik untuk buat hantaran bunga pahar je, doorgifts tak beri telur. kat negara arab telur ayam pun putih senang nak cari, kalau kat malsyia telur itik je putih.




suealeen,

InsyaAllah ada juga beberapa bloggers yang akan hadir, sure happy dapat bersua nanti.

silversarina said...

zareda,

akta gila tu memnag amat kejam,, di luar batasan manusia, geramnya rasa.



jinggastudies,

tulis sekali borong , jimat masa dan tenaga..hehe.

setakat ni 7 orang ahli keluarga tinggal di 5 buah negara, Izzat kalau ada rezeki nak ke UK dan mimi katanya nak ke US bila masuk IPT .. lambat lagi punya cerita :)



abang long,

memang tahun ni amat bermakna buat kami kerana bukan mudah dapat berkumpul, nanti anak2 abang long dah dewasa memang akan rasa macamana yang akak rasa.



kak lady,

terimakasih . Kaklady pun bila dapat bersama semua ahli keluarga termasuk cik abang sure seronok berganda.



mamarock,

thanks a lot !!


cikmilah,

hari ni mimi pun ponteng sebab happy sangat sofie balik dan dia pun nak bersama kami semua di rumah, bagi chance lah pada dia nak manjs dengan kakak2nya...itulah happy berganda namanya:)

silversarina said...

kak elle,

memang happy sangat.. akak tak aci tak singgah kemaman tau, kalau tak sure triple happy saya..hehe.





mamamia,


feel yang amat jarang dapat dirasa bila semua duduk berjauhan . thanks.



blackpurple,


nada yang amat ceria :)

izat kena usaha berganda untuk pastikan kejayaan yang cemerlang menjelang akhir tahun ini.

thanks for the wishes.



zino,

zino lebih mengetahuinya sebab dah laluinya 2 kali .


suealeen,

kalau ikutkan subjeck sampai 17 belas , tapi subjek agama di bahagikan kepada dua semester dan digilir2kan kalau tak alamatnya tak balik rumah izzat untuk belajar smeuanya.. tapi puas hati sebab semua dapat dipelajari lagi walaupun di sekolah menengah sebab kalau sekolah kerajaan biasa memang tak dapat belajar dah pelajaran agama secara lebih mendalam , memang meletihkan namun demia kabaikan izzat pun tak pernah mengeluh sebab dia sukakan Al Amin.