Wednesday, July 9, 2008

Masa ceria...

Pagi tadi mimi ponteng sekolah sebab terlalu gembira bila sofie tiba tengah malam tadi dan dia tidur lewat malam . Pagi lagi kami semua keluar dan seronok bila dapat bersama tiga anak dara saya . Tak sangka dah besar-besar mereka semua ( mimi je masih kenit ) dan masa bergambar yang mimi snap saya minta maya dan sofie kepit saya supaya saya nampak kurus.. nampaknya menjadi jugak teknik dan taktik saya. Sempat lagi maya dan sofie menumpang mimi main gelongsor di pantai teluk mak nik, nasib baik tak de orang kat situ .

baju biru sofie, tengah tu wanmommy dan berbaju kurung tu maya....



Balik morning outing masing-masing letih , maya sambung tidur , saya mula memasak untuk lunch , sofie jengok pc dan mimi tonton kartun . Lepas zohor saya pulak 'tumbang' akibat tak cukup tido malam tadi .



Sambil tu lepas maya bangun tido dan menghabiskan membalut doorgifts pengantin dia buat template baru untuk silversarina yang telah lama saya ingin lakukan . Saya tak kisah apa warnanya asalkan bertukar. Kamsahamnida / terimakasih maya cayang.

Buat masa ni darling masih belum tiba di KLIA kerana masih di Changi Airport dan akan tiba di Kuantan Airport lewat malam nanti bagi melengkapkan kehadiran ahli keluarga di Kemaman.

21 comments:

arsaili said...

salam...telah menjadi routine bagi my mum, kalau we all pulang dgn flight malam, pasti malam tu akan tidur sampai 2-3 pagi..bersembang apa saja..mengutip cerita apa yg tertinggal...my dad cuma menemani dengan melodi dengkurannya..ahaks

Neeza Shahril said...

wow!! cantik rumah baru kak rina.. purple color lagi..
muka sofie (yang pakai glasses kan) tu kan.. macam budak sekolah rendah.. tak macam dah masuk U.. awet muda ni...

bestnya outing dengan family kan kak rina.. esok darling kak rina balik.. boleh lah outing lagi...

silversarina said...

arsaili,

salam, memang rasa macam tak nak tido, dah nak lelap mata masih nak sembang .. hehehe.



neeza,

pakai glasses tu maya, sofie pakai contact lense sekarang....

sedang menanti ketibaan darling tersayang :)

Kak Elle said...

happy happy happy ... dan saya lagi happy tengok org tu happy:)

bagus ler anak2 dara di samping wanmommy yg dah kurus di kepit mereka....hehehe

nape tak cakap carling di changi airport bolih pass kan benda2 tu untuk cucu wanmommy.

silversarina said...

kak elle,

Maaf, tak sempat nak contact akak sebab busy sangat .

Anyhow memang kami happy hari ni, budak2 ni suka buat jokes kisah orang2 di tempat masing2 di sana :)

CikguZue said...

salam.
cantik...cantik...laman baru ni cantik. gambo mak dan anak2 pun cantik dan jelita2....hehehe...

ntahsapentahni said...

alamak, dh tukar warna la. warna feveret plak tu

PrinCeSS said...

sama2..
upah..............?
hehe

cikMilah said...

Woow, cantik rumah baru! suka tengok Sofie senyum dam pipi Maya...cubit skit boleh! Mata Mimi menawan.. mak mana tak happy berganda bila semua di depan mata.
Alhamdulillah.

maklang said...

Seronok jugak kita kat sini...

InsyaAllah tak ada apa aral, kami datang nanti...

Enjoy yourself..

Ummi said...

cantiknya rumah baru.. terkejut ummi buka pagi ni.. ingatkan dah salah masuk rumah..

i am happy for you kak rina. by the time ummi tulis ni cik abang darling mesti dah sampai malam tadikan.. semoga bergumbira bersama semua ahli keluarga.

kak rina nak hp no..email me ya!

YuszTieY said...

maya cam muka kak rina la...

ROFI said...

Salam Kak Rina,

Ingatkan silap masuk rumah tadi.. hehehehe maklum la, nak sambut menantu, cat rumah baru la ye. Take care!

cikliah said...

Segak2 belaka anak-anak dara Kak Rina ni... best ek dapat berkumpul ramai2 camgini... ni la bestnya kalau keluarga besar...

ummu asiah said...

berbeza sekali cat baru ni..

happy betul ye mummy..tumpang senyum n happy...suka tengok gambar semua pun sengeh happy...

silversarina said...

cikguzue,

Thank you, thank you... harap isi rumah pun cantik , takut rumah je cantik, dalam sepah ( macam rumah akak yang benar ) ...hehehe .



entahsapentahni,

oo faberet kaler lah ye... jemput datang kenduri zaid nanti ye, baru ni ada pesan kat Nain minta jemput semua yang kenal zaid .



princess,

ikut jalan-jalan pagi-pagi dan lepak -lepak...upah lah tu :P




cikmilah,

budak bertiga ni memang selalu kena 'pau' pipi.. geram tengok pipi diaorang ... memang diaorang ni rapat dengan akak, macam gang je tu yang gembiranya dapat bertemu.

silversarina said...

maklang,

semua happy dan semoga bertemu nanti :)



ummi,

darling tiba tengah malam tadi, hari ni pagi lagi dah kuar . thanks sebab contact akak tadi .



yusztiey,

orang selalu kata muka sofie muka akak dan ada yang kata muka mereka berdua serupa... dah anak-beranak mestilah muka sama ekkk :)



rofi,

rumah theme colour kenduri..heheh. Thanks for dropping by.



cikliah,

segak macam mak nya...heheheh... jemputlah datang selalu rumah baru akak :)



ummu asiah,


lama dah nak tukar warna rumah, sekarang tengah gila purple :)


memang dah besar anak-anak akak , best bila jumpa semua orang.

suealeen said...

lawo2 aihhh anak2 dara akak ni...

Cat Cat said...

Molek sungguh anak-anak Kak Rina... Cun cam ibunya... Hehe.

Ajzie said...

Kak Rina
Cantik rumah baru kak rina.. Purple gitu...

Saya baca blog kak rina dan saya tahu kak rina sedang happy di samping mereka yg tersayang...

CIKGU PANJI said...

kak Rina, mesti hati tengah berbunga2 diapit oleh dua dara kesayangan.hehe