Wednesday, July 30, 2008

Birthday lagi......

1 Ogos ini genap usia Sofie 21 tahun... SELAMAT HARI JADI !!





Cerita alahan seperti biasa... dah lazim saya 'tewas'.....



Nak cerita kisah selepas kelahirannya....





Sewaktu melahirkannya kami terpaksa menjadi homeless gara-gara tertipu dengan tuan rumah baru yang berjanji menyiapkan rumah yang kami telahpun membayar deposit tapi penantian kami berakhir dengan kami menyamannya di mahkamah. Sempat saya dan suami ke mahkamah dan kes kecil kami dikendali oleh seorang pelajar undang-undang di GWU dan belum sempat perbicaraan kami berjaya mendapatkan kembali wang deposit kami serta sedikit wang ganti-rugi yang diakibatkan oleh si black yang tidak berhati perut walaupun perwatakannya persis tycoon yang hensem dan macho.




sofie dan asma' ( anak nurazzah8 ) semasa kenduri kawin Zaid di Jordan 2007 ... InsyaAllah mereka berdua akan menjadi doktor 3 tahun lagi..... walaupun belajar di negara berlainan.


Kami sempat menumpang selama seminggu di rumah N , terimakasih banyak-banyak buat N yang sanggup membantu.





Akhirnya selepas 10 hari kami homeless kami dapat menyewa sebuah apartment 2 bilik ( bila ada anak wajib ada minimum dua bilik menurut undang-undang di sana), dengan kewangan yang terhad kami menyewa di South East of DC , penempatan blacks yang tidak brutal, mereka humble dan menghormati warga asing seperti kami. Makcik dan pakcik blacks di sekitar perumahan sentiasa memberi senyuman manis kepada kami . Kami mula mengenali hati budi mereka yang sentiasa hidup dalam penindasan dan kami pernah menghadiahkan meja belajar kepada salah seorang anak jiran yang masih di high school dan dia menerimanya dengan penuh gembira.





Saya sedih sewaktu meninggalkan kawasan itu buat kali terakhir bila kami kembali ke tanahair selepas menamatkan pengajian di sana.





Mereka agak pelik pada mulanya melihat kami sentiasa membawa Zaid dan safiyyah berulang-alik ke Universiti dari pagi hingga malam yang pada ketika musim sejuk safiyyah yang masih kecil kami gendong dalam kesejukan kerana saya bekerja dari jam 8 pagi ke 12 tengahari sebelum ke kuliah dari jam 12.45 hingga 10.45 malam.





Syukur saya kerana walaupun hidup kami semasa kelahiran safiyyah serba kekurangan namun kami masih bertuah kerana ditemukan dengan insan-insan yang selama ini dipandang rendah dan hina , namun dalam pada ramainya blacks yang dikatakan jahat ada di kalangan mereka seperti kita juga, manusia biasa yang punya perasaan dan wawasan serta impian hidup cemerlang.





Pada safiyyah kami harapkan agar melihat kepada kehidupan jiran-jiran blacks di sana ( walaupun memang dia tidak ingat apa-apa ) dan menjadikan kegigihan mereka sebagai motivasi membaiki diri dan mempertingkatkan diri sendiri menjadi insan berjaya dalam hidup.





InsyaAllah 3 tahun lagi segulung ijazah dapat digenggam dan semoga menjadi seorang doktor yang berdedikasi serta sabar menghadapi karenah pesakit.





SELAMAT HARI JADI SOFIE KU SAYANG !!!!








+++++++++++++++++++++++





Saya akan bercuti bersama keluarga selama 4 hari mulai Jumaat ini dan esok saya pasti busy mempacking bagasi kami . Destinasinya .... nanti balik baru saya bagitau... doakan percutian keluarga kami buat tahun ini berjalan dengan lancar, InsyaAllah.

25 comments:

Kak Elle said...

Selamat hari jadi pada sofie sama ngan my niece Adriana yg akan menyambut 5th birthday...party on saturday.

Wanmommy nak pergi mana ? nak mikutttttttt padan tak nak mai sini...sob..sob..sob.

Have a good holiday.

silversarina said...

Thank you .. kali ni party atas awan..... oopppsss rahsia... jalan dekat je kali ni, ekonomoney... hehehe.

Ajzie said...

Happy Birthday Sofie..
Moga dirahmati dan diberkati.. dan berjaya dalam usaha.


Hugs
Ajzie

cikMilah said...

Happy birthday Sofie...selamat berjaya dunia akhirat.
Bestnya vacation satu family besar....

maklang said...

happy birthday sofie..moga menjadi seorang doktor tidak lama lagi...

Neeza Shahril said...

Happy Birthday Sofie.. semoga berjaya dunia akhirat..

nak jalan2 lagi Kak Rina?? bestnya jalan2 1 family. Naik flight lagi tu.. kemana ya?? haaa.. Langkawi je?? hehehh..

sya said...

Selamat Hari Lahir Sofie..

cikliah said...

Selamat Hari Jadi Sofie Nur...
Kagum dengan kejayaan didikan Kak Rina kepada anak-anak. Kena belajar dengan akak nie...;)

cendawanintim said...

Hepi besday buat sofie...moga dipanjangkan dan dimurahkan rezeki..amin.

sedih plak baca n3 nih..

mama said...

selamat hari lahir buat sofie.
selamat pergi dan pulang semula ke tanahair buat kak ina n family yg akan bercuti....
rahsia lg ke mau ke mana? hahhhah

Pp said...

selamat hari jadi sofie...:-)
21 - significant tu!!
dah boleh mengundi....
hehehe.

dan selamt bercuti bersama kelurga ye sarina!!

arsaili said...

salam..enjoy ur hols and safe journey

Zareda said...

Selamat ulantahun kelahiran buat Sofie dan happy belated birthday to mimi

kak rina, selamat bercuti.. jangan nakal nakal..

Sastri said...

selamat harijadi Sofie... semoga sukses dalam apa jua yang bidang...

Aiyah Nonya said...

Happy belated greetings to Sofie.

We were cheated once the first time my room mate and I rented a flat. Before that we were staying a in a hostel. So we were real green horns when it comes to renting a place of our own.
We never got our money back but we learnt a very big lesson that day. And that experince had stuck with us until now. Especially so for my room mate who is still single.

zino said...

selamat hari lahir utk sofie.. semuga panjang umur murah rezeki dan di permudah segala urusan..

Kak Lady said...

Selamat Hari Jadi buat Sofie...semoga sentiasa menjadi anak kebanggaan ibu...

Selamat jalan pada Rina & family...

MULAN said...

happy besday sofie..!!!

selamat bercuti kak rina..!!!

suealeen said...

happy birthday to both of your daughters. saya juga dilahirkan berzodiak leo (tak percaya pun tapi sama tempoh macam anak² akak jugak).. hehehe.. saje kasi hint!

kc said...

fuhh, 21 tu kira dapat kunci kebebasan la ek?

hepi besday!!

AZWA said...

Hepi belated besday kepada Sofie...

Gi mana agaknya holiday tu ek??

Abang Long said...

Selamat hari jadi buat anakanda Sofie. Cuba bayangkan saat sukar sewaktu dia baru melihat dunia, akhirnya menjadi seorang Doktor...

ZLAA said...

Happy Birthday Sofie. Muga mendapat jodoh orang yang beriman.

Cuti ke mana tu kak Rina??

Pp said...

salam....knock knock...dah balek ka??

kita nak ke rumah awak ni....hehehe.

Pp

NBK466 said...

Happy b'day jugak Sofieku .. eh sasul KU ler pulaks..he.he..he.