Wednesday, August 6, 2008

Thailand holidays.....


Alhamdulillah badan dah cukup rehat seharian setelah tiba di rumah petang semalam . Setelah bercuti dari 1 - 4 Ogos di negara gajah putih, pagi semalam kami menghantar darling ke KLIA dan kemudian saya terus memandu pulang ke kemaman .Satu percutian yang sungguh menyeronokkan , pengalaman baru di negara jiran yang selama ini kami hanya mengetahui tentangnya dalam media.







Kami ke Chiangmai, Thailand bersama ahli rombongan yang lain berjumlah 39 orang ( satu bas ). Chiangmai sebuah bandar yang aman serta damai yang punya sejarah lama yang masih terpelihara bandar lamanya . Chiangmai tidak bukan sebuah bandar pelancongan yang berunsur keseronokan malam serta wanita (pelacuran adalah diharamkan di sini ) .






mehsa elephant camp





Hari pertama ke puncak tertinggi di Chiangmai ,Doi Suthep di mana kami dapat melihat seluruh bandar Chiangmai atas puncaknya yang juga terletaknya sebuah kuil Buddha yang terkenal bagi penganut agama Buddha .Terdapat banyak koleksi patung Buddha yang bersalut emas tulin di dalam dan di luar kuil tersebut.









sempadan Thai - Myanmar


Kemudian kami ke Mehsa Elephant Camp yang sungguh menakjubkan. Saya yang gayat pada tinggi tidak menaiki gajah dan hanya menunggu di pomdok menunggu sambil melihat bagaimana pekerja2 camp tersebut melayan gajah2 yang memang banyak dilatih semenjak kecil lagi. Pertunjukan gajah yang diadakan sungguh hebat dan amat memuaskan hati kami semua. Selepas pertunjukan selesai kami sempat 'beramah mesra' dengan gajah2 tersebut dan saya menjerit geli bila seekor gajah menepuk kepala saya dengan belalainya dan seekor gajah lagi memeluk maya dan izzat. seronok kerana dapat memebelai gajah dengan tangan kami sendiri.


thailand soil, golden triangle

win-win paradise, pusat judi di pinggir sungai meKong, golden triangle ,Myanmar








Kemudian kami juga dibawa melawat pelbagai kilang termasuk kilang silverware, batu permata dan kulit.

rendam kaki di hot spa



Hari ke 3 kami di bawa ke Chiangrai sebuah bandar di utara Thailand yang terletak 3 jam perjalanan dari Chiangmai. Kami singgah sebentar di Hot Spa untuk merendam kai dalam air panas yang lahir dari sumber air panas dari bawah tanah. Sempat sofie merebus telur puyuh sebelum bas kami meneruskan perjalanan ke sempadan Thai- Myanmar . Hanya sebuah sungai kecil yang memisahkan Thailand dengan Myamnar .Namun Myamnar tidak membuka sempadannya kepada pelancong luar. Kami kemudian ke kawasan Golden Triangle yang dulunya tertutup kepada dunia luar kerana 'dijajah' oleh raja dadah yang kini telah meninggal dunia dan sejak 20 tahun lampau dia diberi pelindungan oleh negara Myamnar. Kini semua tanaman poppy diganti dengan pokok jagung dan padi. Lebih dari 2500km kawasan segitiga emas kini dimajukan sebagai pusat pertanian dan Chaingrai semakin maju .



mimi di Don xao, golden triangle ,Laos.




Kami dibawa dengan bot menyusuri sungai mekong ke 3 buah negara yang betul3 berbentuk segitiga.Kami bergerak dari tebing sungai mekong di Thailand dan terus ke tebing sungai mekong di Myanmar yang terdapat pusat judi dan hotel .Kemudian ke tebing sungai mekong di Laos ,kampung Don Xao. Maknanya kami melawat 3 negara sekaligus ...Thailand, Myanmar dan Laos. Seronok tak terhingga kami . Kalau kami terus menyusuri sungai mekong kami akan tiba di negara China dan ini mengambil masa 18 jam perjalanan dengan bot laju... alangkah bestnya..



Itulah antara catatan percutian pendek kami ke Chiangmai yang telah kami booking 3 bulan lalu . Zaid dan isteri tidak ikut serta kerana kandungan azra kini melebihi 7 bulan yang tidak digalakkan untuk travel jauh melalui udara.


Pada semua rakan yang meninggalkan komen saya ucapkan jutaan terimakasih . Semoga kalian sihat dan ceria selalu.... Saya masih bersddih bila pulang dan dapat tau pc saya tidak boleh diguna dan pagi tadi dah dihantar repair kerana hard disc terbakar dan banyak lah juga 'harta' saya yang tuut sama hilang dan saya kena tunggu hard disc dibaiki yang mungkin mengambil masa yang lama. Saya tumpang laptop zaid untuk update blog dan kalau saya masih belum menjengok blog rakan-rakan harap maaf...

18 comments:

CikguZue said...

bestnyer jenjalan jauh...saya tak pernah sampai ke thailand lagi. balik uk nanti, masuk dalam wish list tempat2 pelancongan yg harus dijejaki...insya-Allahh...

cikMilah said...

kita baru dok berkira-kira nak pi Dec nanti, kakRina dah balik ya...nanti refer kat KakRina lah ya...minta tips!

Kak Elle said...

eh eh dah balik ada ole-ole...*menyanyi suka*....hehehe

best kan gi sana?hmm...pergi kat long neck village tak?

Neeza Shahril said...

ooo pergi Chiangmai rupanya.. neeza tak pernah pergi lagi. Nak jugak lah pergi. Tunggu lah budak2 ni besar sikit baru best nak jalan2. naik bas tu dari Kemaman ke kak Rina?

cendawanintim said...

tak pernah sampai lagik thailand nih...kalu pegi ramai2 best jugak kan..

maklang said...

tulaa..maklang tunggu lama nak sampaikan berita..ada orang nak singgah rumah awak hari ahad, minum pg kat rumah rina, then lunch at my place. rina and family serta mulan n family di jemput hadir!

ajzie said...

Selamat kembali..... patut pung lama tak updateeeee..

silversarina said...

cikguzue,

memang best pergi chiangmai, aman je tempat tu dan ramai jugak orang islam yang asal dari yunan china. pergilah melawat thailand.



cikmilah,

akak ikut pakej ,senang kira, semua dah tersedia dan beres.


kak elle,

thank you for sealing your lips...hehehe.. nanti dah berealik tengah malams keje basuh baju I poskan barangan akak ye, kami tak pergi long neck village sebab taks empat dan pilihan ramai nak ke laos, so kalau nak ke sana kena bayar RM50 sorang dan itu tk termasuk dalam pakej, pilihan kami nak ke laos dan sampai chiangmai balik tengah malam.

silversarina said...

neeza,

kami naik flight ke chiangmai dari klia dan kat sana baru jalan2 naik bas, kalau naik bas kena 2 minggu lah baru puas sebab perjalanan ke chiangmai naik bas dari sempadan malaysia 20 jam sehala sebab ia di utara thailand, memang best tapi macam kata neeza tungu anak2 dah besar sikit baru lah seronok jalan sebab baru dapat rasa cuti sebenar:P



cendawanintim,

kami daftar je dengan agen dan dah kat airport baru tau ramai yang pergi sekali dan ada yang dari kemaman yang kami tak kenal pun sebelum ini...actually akak tak suka sangat kalau ramai2 sebab susah jaga masa tapi baru ni Alhamdulillah diaorang sume ok.


maklang,

ok,nanti I contact semula sebab nak bereskan beberapa perkara masa ni dan masih busy sebab masih ramai anak2 di rumah. thanks for the invitation.



ajzie,

lepas ni kena simpan duit lah , takleh jalan doh tahun ni , kena jahit poket yang dah bocor ..hehehe.

MULAN said...

patut la lama diam.. dah lama kami ngidam nak pi sana..

U.Lee said...

Hi Sarina, wow! You in Thailand? I have always love Thailand, so exotic, so beautiful and the friendly, smiling people. Not to mention the gorgeous Thai ladies, ha ha.
Love the Thai food too.
Hey, I love your pictures...beautiful, and that hot spa looks nice and good for tired legs too.
Sawatdee, Lee.

YuszTieY said...

wahhh..jalan sakan yer wanmomy..pasni cucu kuar kena pantang sama ummi nya jugak yer...
lama saya dok ngidam ank pi thailand yg atas2 tu..ader kawan belajar kat sini dia byk tunjuk2 gambo dia n family jalan2 kat taman gajah tu..best jer...mesti best kan wanmomy..

Hazimin Sulaiman Abdullah said...

salam makcik ina,

wah bestnya jalan2 kat sana..siap sampai sempadan Laos dan Myanmar lagi.. ceritalah lagi pengalaman di sana..

Zareda said...

ohh kauh jugak berjalan ek.. bes kan negara gajah putih ni, makanan dia unik..

ZLAA said...

Makannya macam mana Kak Rina? Senang tak cari makanan halal?

Shais said...

salam perkenalan,

seronoknya dapat pi bercuti...

silversarina said...

mulan,

jalan dekat je,nak pegi jauh kena banyak modal :P


uncle lee,

Thailand is indeed a wonderful country to visit and the muslim food is superb .



yuzstiey,

memang menarik gajah-gajah tu dan thailand memangdah lama terkenal sebagai pusat pelancongan dan mereka jauh lebih advance dari kita dalam bab pelancongan.


hazimin,

best sangat sebab dapat tambah koleksi negara walaupun dapat jejak kaki kat hujung negara laos ..hehehe.

silversarina said...

zareda,

banayk makanan yang unik tapi banayk yang tak halal yang tak dapat nak cuba, tapi memang best dapat melawat negara jiran kita ni.


zlaz,

kami iku muslim tour, so makanan halal tak susah nak dapat, arab restoran dan pakistan restoran pun banayk, belakang hotel je . pelancong arab ramai datang ke chiangmai.


shais,

salam perkenalan, kalau dapat berjalan seumur hidup pun akak larat dan seronok, tapi poket kosng lah jawabnya :P