Monday, August 11, 2008

Pertemuan Bertaut Kasih, Bersemai Sayang..

Entry saya pagi ini berkisar pertemuan pertama dengan keluarga idham/pakpayne yang menetap di dubai yang kini bercuti di tanahair dan kami bertemu di rumah maklang tengahari semalam.Tak sangka dapat juga kami bersua muka dan dapat mendengar suara pakpayne yang selama ini saya hanya kenal wajah dan tulisannya melalui alam blog. Teruja saya bertemu abe Id , kak Lil ,ibu kak Lil serta anak-anak yang pada saya salah satu contoh insan-insan kaya yang berjaya yang masih berpegang kepada resmi padi, makin berisi makin tunduk ke bumi.
Mereka sekeluarga terlalu baik dan walaupun ini pertemuan pertama kami, kami mengharapkan dapat bertemu lagi,berkongsi cerita dan bermesra sesama ahli keluarga. Anak-anak saya juga memuji sikap dan pekerti anak-anak pakpayne yang tidak sombong ( biasanya anak orang kaya muka pun dah nampak sombong ) . Alhamdulillah dan syabas buat pakpayne dan kak Lil yang mendidik anak-anak melalui teladan . ikhlas pujian dari kami sekeluarga.


Gembira nya semalam kerana selain dapat berjumpa pakpayne dan family saya juga dapat bertemu mulan , ibu sara, kak liza chef yang cukup peramah dan yang paling teruja bila dapat bertemu maklang yang sentiasa sudi menerima tetamu dan dihidangkan dengan pelbagai juadah sedap menjilat jari. Paklang yang berwajah awet muda ( kata anak-anak saya dan saya juga ) sentiasa tersenyum melayan tetamu .


Pertemuan semalam akan menjadi kenangan manis buat kami sekeluarga . Walaupun darling saya tidak dapat hadir bersama kerana telah pulang ke UAE , namun saya berharap kami semua dapat bertemu lagi di lain masa.


Buat pakpayne.... selama ni dalam gambar abe nampak muda tapi semalam saya terkejut pertama kami melihat wajah abe idham kerana nampak jauh lebih muda dari dalam gambar...sah awet muda dan hensem ( tengok amirul, haziq dan luqman pun dah tau yang makayah mereka cantik dan hensem ) .


Pada maklang dan family, semoga dimurah rezeki dan jutaan terimakasih dari kami sekeluarga.


Alam blogging semakin bermakna bila hati-hati manusia dapat bertaut , kasih sayang dapat dipupuk dalam dunia kini yang semakin pupus perasaan cinta dan hati budi murni penghuninya .



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Semakin lama saya semakin sibuk dan makin tak sempat menjengok atau mengupdate blog. Penyakit M untuk menaip pun dah semakin menebal dalam diri ini. Tak tau berapa lama blog ini dapat bertahan. Sekiranya blog ini sudah tidak dapat di access maknanya saya akan bercuti panjang dari dunia blogging buat jangkamasa yang lama..... itulah yang saya rasakan buat masa ini...

28 comments:

Kak Elle said...

Oh saya terkilan tak dpt bersama...byk nya makanan kalau meja maklnag panjang agak lagi byk yg terhidang ye?

Oh puan rina jgn lah berhenti berblogging saya akan rindu dgn cerita2 dari cukai nanti...sekali sekala buat lah entry ye?

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum,

Sarina,

Seronok sungguh kelihatan semua orang, ya?

Apapun, jangan berhenti menulis. Jika tidak sempat seminggu sekali, lakukan setiap dua minggu, jika tidakpun, paling-palingpun sebulan sekali, ya?

Sebab setiap sesuatu itu adalah sumbangan kita ke arah kebaikan...

Wallahualam..

Wasalam...

ummi365 said...

Oh jeles jeles,, tenguk semua dapat makan sedap2.. tak acilah..

kak rina nak stop blogging? biar betul ni.. sifu blog dah nak stop. janganlah..keep on writing tulis je apa2 yang merapu pun tak pe.. ummi pun kadang2 vit M tu datang jugak.. sekarang banyak post gambar makanan je hehehe biar orang terliur.. jahat kan!

blackpurple @ jowopinter said...

Indahnya pertemuan itu. Alhamdulillah.

Rehat sekejap-sekejap tak apa kak, jangan berhenti terus.. :)

FaRuHa said...

Salam,

Berrcuti tak pe Kak Rina tapi jgn berhenti ye.
Tentu saya akan rindukan triple S (safe&sound silversarina)

hanieliza said...

kakliza pun macam pendapat orang lain..
janganlah benti menulis..sebb kakliza mmg selalu masuk sini tapi kekdang tu tak sempat nak tulis atau just baca jer....
kalau cuti kejap2 tu biasalah..kita ni kan bizi tahap kayangan...hehehhehe

kkliza seronok ngan perjumpaan semalam..mmg mereka nampak so kind..payah nak jumpa insan begini...

ZLAA said...

Wah, meriahnya gathering!! Kak Rina, jangan-lah berhenti menulis. I like to read your blog.

zino said...

meriah meriah... nya...

Faizah said...

seronoknya dapat jumpa bloggers beramai2..bila la giliran saya dapat jumpa akak..

btw..en.idham kita mmg nampak muda dr usia la..

YuszTieY said...

wanmomy jgn ler berhenti blogging..saya cuka baca ini blog laaaa....jarang22 pon tak per time ader penyakit rajin tulis la yer...

pertemuan penuh makna..semoga ikatan persaudaraan akan perpanjangan..

kc said...

amboi amboi, makin kembang semangkuk la hidung pak payne tuh...hehehe

cikMilah said...

Assalamualaikum KakRina
jarang update tak pa, asal jangan berhenti menulis ya...
Sedap nampak kimbap Maya kat umah maklang tu...:)

Sastri said...

sedapnye makanan yang terhidang... bila la saya berpeluang merasa masakan kak rina agaknya... :D

ajzie said...

seronok nyaaaaa kalian berkumpul.

Murah rezeki Mak Lang.

umie@kakyong said...

Rina,
tenguk gambar pun tau....memang seronok berjumpa kawan2 blog yg belum pernah jumpa...

umie tgk gambar makan2 pun kenyang hehehe...

Abang Long said...

Bertaut. Dari alam siber ke alam nyata. Syukur Alhamdulillah.

# Menulis juga perlukan kekuatan dalaman.

Queen Of The House said...

Meriah macam hari raya nampaknya! Syukurlah nampaknya berblogging dapat membina silaturrahim seperti yang ceritakan ... agaknya it comes from sincerely sharing our lives with cyber friends ...

MULAN said...

takpe kak rina, rasa nak update blog, update je la.. rasa malas, tak payah update.. he he macam saya ni.. nanti ajar buat puding tu yek, marsha pun suka..

maklang said...

terimakaseh kerana sudi datang...

alamak...maklang ni awet tua kot...sebab tu paklang nampak muder sangat!

U.Lee said...

Hi Sarina, love the lovely photos, and the food dishes really look fantastic, boleh dapat the aroma disini, ha ha.
Everyone looks great in the pics...
Have a great week and keep well, Lee.

Pp said...

sarina :-)

lovely - meeting you and your children. salam kasih dari kami skeluarga. jika ke abu dhabi - please telepon kami dan datang bertamu ke rumah kami di dubai. you and family are invited at anytime.

semoga teruskan berblogging...biarkan sesekali.

u hv a wonderful family!!! saya tumpang mendoakan kejayaan anak2...

idham

KAMATO said...

sibuk sekali pun jgn la sampai kak rina berhenti menulis

silversarina said...

kak elle,

makanan memang terlebih panjang meja, maklang kena beli meja 20 seaters..hehehe, bila akak nak datang kemaman , boleh makan besar lagi.



umi kalthum ngah,

saya ni tak pandai nak tulis sedap2 macam kak umi ... masa balik Ipoh cuti lalu saya ditunjukkan rumah kak umi oleh ipar saya yang juga tinggal di meru height ,may be lain masa kita dapat bertemu .



ummi365,

nanti datanglah ke terengganu, dapat buat food feast lagi..take care !!



bp,

bp je bila boleh jumpa ni ... hehehe.

lepas anak2 dah balik nanti baru boleh aktif blogging semula.

silversarina said...

faruha,

nak update blog agak terbatas ,busy sokmo dengan anak2 dara akak... thanks for dropping by.


kak liza,

best jumpa akak sebab akak peramah dan terasa macam dah lama kenal... ada masa kita jumpa lagi :P



zlaa,

tulis tapi tak kerap buat masa ni .



zino,

kalau jumpa zino n family mesti meriah sakan :P


faizah,

nanti faizah dah ada kat malaysia mungkin kita boleh jumpa dan makan-makan dan sembang-sembang,dan cubit pipi si comel tu :P

silversarina said...

yusztiey,

baiklah, wanmommy tak jadi berenti tapi low produktiviti..hehehe.



kc,

hahahaha.. memang muda nampak pp tu .


cikmilah,

kimbap hari tu tabak menjadi sangat sebab tjak guna beras dia betul .



sastri,

datang kemaman bolehlah rasa masakan aka yang tak pandai masak ni :P



ajzie,

memang murah rezeki, mahligai pun hebat, berkat suka layan tetamu, alhamdulillah.

silversarina said...

umie,

seronok dapat jumpa rakan bloggers, ada yang memang peramah sangat , rasa macam lama dah kenal :P



abang long,

betul tu , kena betul2 rajin baru boleh terus menulis :(



qoth,

dari kisah di alam cyber, kenal watak2 yang dinyatakan secara live, memang best sekali.




mulan,

buat masa ni memang masa terhad untuk blogging.

puding tu simple je, 10 minit siap dah, nanti akak bagitau camne nak buat.



maklang,

paklang awet muda tapi maklang memang muda dan cute ... terimakasih sudi jemput kami hadir sekali.



uncle lee,

it's a wonderful blogers gathering, wish to meet you in the real world , someday, somewhere..plenty of food to taste of course :P

silversarina said...

pp,

Seronok dapat kenal your family, memang I pun teringin sangat nak singgah rumah kak Lil kalau ke sana satu hari nanti InsyaAllah.



kamato,

tak stop kut tapi kurang sikit masa blogging. Thanks for dropping by.

Mak Teh said...

Seronok ye dapat jumpa member-member tu! Harap sarina masih boleh bertahan memblog. Kalau tak ada sarina maka akan sunyilah alam blog ! Hehehe