Tuesday, September 30, 2008

30 Ramadan .... last dah puasa

Salam 30 Ramadan buat semua.

Hari terakhir umat Islam di Malaysia berpuasa. Kemenangan buat semua yang berjaya mendidik diri menjadi hambaNYA yang bertaqwa di bulan yang mulia ini.


Get Hari Raya Graphics Here



Tahun ini kami sekeluarga beraya di 3 negara, Malaysia, Ukraine dan Korea . Alhamdulillah berkurang sedikit negara dari tahun lalu , 5 buah termasuk hubby yang beraya di UAE dan Zaid serta Azra di Jordan .

Sofie di Ukraine beraya hari ini , mereka di sana memang puasa hanya 29 hari sahaja .Malam tadi dia called yang dia tengah buat kuih raya selepas pulang dari kelas . Masuk tahun ni dah 5 kali dia beraya di Ukraine iaitu sejak dari pre-medic .

Maya di Korea raya sama Malaysia, esok baru raya. Kali ni adalah kali ke 3 dia beraya di sana dan kali ni dia hanya akan ke Seoul pada hujung minggu ini kerana Embassy buat majlis raya pada hari Ahad . Tiada sambutan pada hari raya kerana semua pelajar ada kuliah pada hari tersebut.

Mengimbau kembali zaman masa belajar di US dulu-dulu , sekali beraya di Malaysia ( balik free cuti tahun dua ) , 2 kali beraya di Washington DC ( kampung saya bak kata nbk466 ) dan sekali beraya di Madison, Wisconsin ( travel masa summer lepas habis summer school ) yang semuanya puasa dan raya musim panas. Waduh memang sungguh mencabar, panas sekali dan imsak awal maghribnya lewat . Mana yang ada kelas masa maghrib, kami siap masuk kelas bawak minuman ringan dan coklat , masuk saja maghrib ( 8.45 pm biasanya ) terus berbuka dengan air gas dan kalau kelasnya panjang kami akan keluar sebentar solat dan kembali ke kelas. Balik baru menjamah apa yang ada ,biasanya roti atau kalau masa hujung minggu adalah makan nasi dengan kari ayam ke, telur goreng ke , lauk yang sangat simple sebab kena jaga perbelanjaan , biasiswa sikit memang tak cukup buat kami yang tinggal dia bandar besar. Raya pulak sebelah pagi kami biasanya solat raya di taman dan lepas solat adalah jamuan ringan dan lepas tu kami segera ke kelas yang biasanya musim exam akhir musim panas .Tak de lah rasa raya mana pun. Tak pernah saya buat kuih raya masa raya ( taktau buat dan tak de duit nak buat !! ) . Memang raya macam tak raya aje, majlis raya yang dianjurkan MSD pun saya tak pernah hadir sebab masa tu MSD sombong , tak students friendly tambah2 pada kami yang dekat dengan MSD ( hari2 lalu MSD nak ke U ) , saya tak kuasa nak beraya bersama .

Apapun Syawal memang memberi kepuasan dalam diri bila dapat menyempurnakan ibadah puasa ( mak oiii tahun ni kena ganti puasa banyakkkkk ) . Pada semua lelaki yang berjaya berpuasa sebulan TAHNIAH diucapkan dan pada semua wanita , syabas juga dan mari kita pakat ramai-ramai mengganti puasa seberapa segera selepas raya .

Salam ceria buat semua.

12 comments:

Kak Elle said...

Selamat hari raya...kesian maya and sofie berjauhan tak pernah bersama...

tapi darling ngan zaid and azra and cucu to be pun ada sama tu yg best kan?

kalau senang dtg ler kerumah ye?...hehe

Cat Cat said...

Kak Rina,
Seronok baca pengalaman raya Kak Rina di US... Memang kalau di perantauan orang, raya ke, cina new year ke, semua cam tak meriah kat sini... Time gini lah rindu sesangat kat kampung kan..??

Anyway, Cath nak ucapkan Selamat Hari Raya to Kak Rina & Sekeluarga.

Hazia said...

Wah, Kak Rina, betul la keluarga antarabangsa:)

Bukan kat US aje yg bulan puasa waktu Maghrib ada kelas. Masa I kat UUM from 1992 to 1996 pun macam tu. English class yang 7pm tu semua Melayu sebab dia letak student matrik, tak ke kerja bodohnya. Hari biasa nak solat pun susah, jgn cakap bulan puasa. Satu hal nak berbuka:(

I balik kampung seminggu. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

mommy said...

tahun ni ramaila kat umah beraya bersama ek..zaid, kak ara..ayah de skali..

esok kitorang semayang raya kat masjid..& ptg tu makan2 ckit..

p/s: awal sofie raya..^_^

NorAiniJ said...

Salam Kak Rina,

Wishing you and family Selamat Hari Raya Aidil Fitri too!

Thanks for the lovely friendship.

SoFie NuR said...

salam aidilfitri
maaf zahir batin

kite raya dulu
jangan JELES

mad redo1 said...

mad redo1 cetek pengalaman beraya di tempat orang, mungkin sudah ketentuan-NYA, namun menghargai peluang beraya di tempat sendiri bersama keluarga setiap kali hari raya.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI.

Lee said...

Hello Sarina, here's wishing you and all at home SELAMAT HARI RAYA and all best wishes.
Have a wonderful Raya and keep well.
Best regards, Lee.

Anonymous said...

salam
saya ni silent reader akak...suka baca blog akak....thn ni 1st time raye kat dubai...sedihhh

silversarina said...

kak elle,

Alhamdulillah semua nya ceria di hari raya... salam buat semua ahli keluarga kak elle.



cat cat,

Betul tu cath, bila masa raya Malaysia jugak yang best :)

Terimakasih dan semoag cath dan family sentiasa ceria di sana.



hazia,

Ooo ada jugak kelas masa maghrib kat sini , ingatkan tak de , memang ramailah agaknya yang ponteng solat maghrib kalau macam tu.

Raya sakan seminggu di kampung ye.. bila lagi nak bermesra bersama keluarga kalau tak masa ni.

silversarina said...

princess,

Pagi raya meriah sebab bergambar dan mimi sorang yang beraya kumpul angpow, yang lain dah besar panjnag, tak merasalah..hehehe.




nj,

Selamat raya buat nj kembali... akak gembira dapat kenal nj walaupun di alam maya ... take care !!



sofie,

tak heran raya dulu, habis dulu ....kami masih raya lagi...hehehe.

silversarina said...

madredo1,

Ha ah memang bseest raya di tanahair ,cuma pengalaman beraya di luar negara bersama pelbagai bangsa embuatkan suasana raya nya agak berbeza , meriah tapi rindu pada keluarga dan sanak sedara.

Salam lebaran buat madredo1 dan family.



uncle lee,

Thanks for the raya wishes.... have a wonderful weekend .



nurul,

selamat hari raya...raya di dubai , satu pengalaman manis yang tentu akan jadi kenangan bila kembali ke tanahair nanti.

Terimakasih kerana sudi bertandang ke blog akak.

Take care.