Salam 9 Ramadan buat semua .
NI cerita panjang yang berlaku semalam , bukan kisah panjang hari tu yang terdelete.
Pagi semalam selepas menghantar mimi ke sekolah saya singgah beli paper dan majalah Jelita September yang ada resipi sifu kakliza kerteh dan terus menuju pantai chendor . Tenangnya dan damainya di sana dengan air laut yang surut yang hanya kelihatan bot-bot nelayan berlabuh di tepian pantai. Di sebelah kereta saya , seorang mat saleh keluar dari BMW nya beserta kamera besar di tangannya berjalan menuju gigi air dan hilang dari pandangan saya. Saya mula membaca paper tapi masih duduk dalam kereta . Saya masih duduk dalam kereta kerana perlu berhati-hati sebab sunyi pantai ni di pagi hari . Tak lama lepas tu datang 3 buah keluarga yang turut sama berehat di pantai itu. Barulah saya berani keluar menghirup udara segar .Sudah lama saya tidak berpeluang duduk di tepi pantai bersendirian menatap keindahan ciptaan Ilahi sambil membelek akhbar.
Lepas tu jam 10 pagi saya ke perpustakaan daerah yang dulunya saya ke sana setiap hari rabui .Telah lebih 3 tahun saya tidak ke sana . Saya orang pertama hadir di sana semalam walaupun ia dibuka jam 9 pagi . Pustakawan melihat saya seperti kehairanan , agaknya pelik orang tua macam saya datang awal ke library dengan hanya bawak beg duit , tanpa fail atau lain-lain peralatan tulis . Saya terus ke tingkat atas yang hanya tempat buku rujukan dan majalah. Rupanya majalah tidak lagi di atas , tapi ada satu benda baru di atas, keratan akhbar di jilidkan mengikut topik tertentu . Rajin pustakawan di situ bekerja sebab bukan satu kerja mudah menggunting keratan akhbar dan menampalnya dalam buku skrap mengikut tajuk topik yang berkaitan. Saya sempat membaca 2 jilid Jenayah, 2 jilid Kebajikan, 2 jilid Kesenian dan 2 jilid Keluarga . Hati tersentuh bila membaca jilid jenayah mengenai kisah pesalah juvenil yang berada di henry gurney dengan kisah mereka yang rata-rata bersalah atas kesalahan merogol , semuanya berpunca dari menonton vcd lucah yang akhirnya mereka tewas kepada nafsu iblis, ada yang merogol adik sendiri, anak saudara, anak jiran , kakak angkat , malang sekali anak-anak muda ini. Semoga mereka kembali ke pangkal jalan .
Lepas tu saya masih tak nak pulang ke rumah dan bercadang akan terus ambil mimi pulang dari sekolah jam 12. Saya masih punya masa dan saya terus ke pantai marina ( semalam saya ke rumah mak neeza yang dalam perjalanan ke pantai marina dan kami berbual lama juga ) , saya sambung baca majalah jelita di pantai itu dan di situ lebih selamat sebab memang kalau bulan puasa ada saja pekerja industri berdekatan yang datang berbaring / tidur di pondok-pondok yang ada di situ. Jam 11.45 saya bergerak pulang setelah sebuah lori kecil datang parking sebelah saya dengan memasang radionya dengan kuat , memang tak patut sebab ramai yang ke pantai itu menikmati kedamaian pantai.
Lepas tu barulah saya ambil mimi yang masih gagah hingga hari ini masih belum tinggal puasa , bila saya tanya samada dia puasa ke tidak, terus dia jawab, , 6 tahun memanglah kena puasa , 4 tahun barulah tak puasa dan 5 tahun pun ada yang puasa ( merujuk kepada pelajar di sekolah tadika dia ) .
Haa.... itulah separuh hari saya melayan diri sendiri dan buat apa yang saya ingin lakukan sendirian ............. tak pe , esok darling nak balik dah wei.....
Tuesday, September 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
relex jer wan momy yer tanpa gangguan sesapa....best tu sehari sampai 2 pantai dok layan jiwa...
bagus la mimi tak tinggal lagi pose....ni mesti kes nak dapat duit calor hijau byk ni...
kak rina
bestnye..dapat berehat2 kat tepi pantai awal2 pagi macam tu and nak pi libraru pun senang..pengisian masa yang sangat beruntung..
kak KL ni..kat mana ya nak lepak cari ketenangan pun tak tau lah..kat masjid sajala kot..nak pi taman2 pun kena meredah traffic jam..
Gunakan masa senang sebelum susah, masa lapang sebelum sibuk...kan...
yusztiey,
tulah sekali-sekala layan diri sendiri syok jugak, rasa tenang sangat dan bila lihat air laut selalu rasa betapa hidup kita ni hanyalah teramaat kecil berbanding air laut yang banyak .
dia nak duit tapi taktau nak beli apa, memang kuat semangat dia , batuk pun nak posa jugak, cuma solat tarawikh dia memang tak larat, lepas solat Isyak terus tidur, kesian tengok dia keletihan .
ummu asiah,
tu yang saya suka tentang kemaman ni, semuanya ada dekat saya , kena rajin je drive sikit dalam 10 mint sampai pantai, library 4 minit je , tapi kadangkala masa yang tak mengizinkan walaupun tak bekerja tapi sentiasa sibuk jugak , semalam tu memang nak pergi jugak 3 tempat tu sebab lama dah tak ke sana.
Relaxnya....jeles tau..:))
bagus utk refleksi minda.
Ooo, tok daddy nak balik ya, happy berhappy....
Bestnya dpt bersantai kat tepi pantai..
ni bikin kita semua jeles bersantai sendiri...hehhe...say pun bersantai juga kat sickbay hari ni...tak gitu busy cuma teachers banyak masuk nak tengok video mereka masa concert ....
salam ramadhan kak ina.
sihat...ramadhan ni masa saya terlalu suntuk nk mengadap internet...
anak2 semua ok?
salam ramadhan kak ina.
sihat...ramadhan ni masa saya terlalu suntuk nk mengadap internet...
anak2 semua ok?
wahh.. seronok kan jalan2 sorang2 kadang2... tenangkan fikiran..
akak gi rumah neeza ya.. mak neeza tak berapa sihat..risau rasanya. neeza cuma mampu berdoa yang terbaik untuk dia buat masa ni..
besok bawak kain basahan..boleh mandi manda kat laut..keh keh..
Santainya hidup kak Rina ni.. Jealous. Boleh pilih tempat mana nak santai pulak tu.. Saya dah lama tak santai di pantai.
Wah..relax tul nampak..hehe..
kakliza pun kalau ada masa suka ppantai..tapi pantai kemasik tu..
tenang jer tenguk ombak menghempas pantai...
kalau maklang lom kerja, boleh kita ke sana bersama kan..
cikmilah,
pantai dekat tapi tak selalu jugak pergi.... malam nanti baru tokdaddy tiba :)
sya,
ada peluang bersantai memang seronok.
kak elle,
ooo akak pun keje santai ye hari ni , nanti kena serbu budak2 tu sakit baru tau :P
mama,
semoga ramadan diberkato segala apa yang kita lakukan .. akak ni nama je surirumah tapi jarang duk rumah , ada je keje kat luar, tu yang jarang jugak dapat bersantai macam semalam..anak2 ok je.
neeza,
singgah rumah neeza sebab nak melawat masa kat hospital hari tu , mak neeza dah nak discharge . dapat sembang dengan mak neeza, dia okay cuma medu/angin je lagi, mungkin sebab puasa dan masih kena makan makan ubat , tapi usah risau, InsyaAllah kita doakan dia bertambah sihat.
adiejin,
ha ah ye,habis nelayan tak jadi ke laut sebab nak tengok mak dugong swimming..hahahaha.
zlaa,
memang relaz sikit sekarang ni , tapi jarang jugak akak pergi pantai sorang2 :)
sofie nur,
mestilah , mak datinlah katakan...jangan jeles...
kakliza,
kita yang duduk dekat pantai ni senang nak cari tempat berehat cuma masa je yang tak mengizinkan... masak apa hari ni ????
maklang,
ha ah , kita lepak sama-sama sampai petang ,hehehe.
Post a Comment