The King & I ..... I loveeee this pic so much, dapat berdiri sebelah King Hussein of Jordan ( dah mangkat dah dan sekarang Jordan dia bawah King Abdullah , anakanda King Hussein ) .
Wajah-wajah suci anak-anak jiran yang memang takkan dilupakan , Manal sebelah Izzat tu yang saya paling berkenan nak gu kan dengan Izzat , tapi makan kuah lemak lontong dah berasap kepala dia kata pedas macamana ni ......hahaha.
Anak bongsu saya di tangga sekolah Louq Louq Tariq School (bukan olok2 ye..louq2 ni batu permata ) ,Mimi survived walaupun hanya seorang saja Melayu di kalangan semua pelajar arab di sekolah , waktu tu dia 4 tahun dan tiap minggu dia hanya nak ke sekolah 4 hari sebab dia 4 tahun....so, kalau 5 tahun 5 hari, 6 tahun 6 hari, sekarang 7 tahun so 7 harilah ke sekolah...kelakarlah.
Woman in black, gelaran yang saya berikan buat makcik penjual rokok yang biasa terdapat di tengah bandar Amman yang memang kejenya menjual rokok dan lighter dengan cara duduk atas kakilima dan memang ramai makcik2 ni memang hisap rokok ( arab memang ramai hisap rokok tak kira lekai atau wanita ).
Loteri anyone ???? Haa jangan ingat negara arab tak de judi... di Jordan biasa je orang jual loteri di kakilima dan pakcik yang jual nya pakai jubah dan kopiah lagi ( pakcik gerai ni siap lari ke tepi masa Zaid nak tangkap gambar dia dekat dengan gerai loteri dia, tau pulak malu ) .
Saya di Kem Pasar Palestin di Irbid yang dah tak de nampak macam kem sebab dah ada bangunan batu. Di sini terdapat jualan pelbagai barang dengan harga yang agak murah ( membeli sambil menjana ekonomi pelarian Palestin , masih status pelarian walau dah berpuluh tahun menginap di sini ) .
Masjid bersebelahan gereja kristian yang terdapat di Abdali , Amman.Jangan taktau bangsa arab bukan semuanya muslim . Jiran saya di Amman ada yang Kristian tapi mereka hidup aman damai kerana mereka sebangsa , cuma berlainan agama. Kebanyakan mereka menganut agama kristian otodoks iaitu ajaran kristian lama . Jangan terkejut kalau nampak wanita berjubah hitam dan bertudung kepala tapi memakai rantai salib besar kerana jubah dan tudung tidak melambangkan Islam. Saya yang bertudung beberapa kali ditanya samada saya muslim atau tidak terutama di musim sejuk .

Selamat bercuti buat kakak kita di Singapore ( shopping lagi ke ? ) dan pada semua selamat bertugas .
18 comments:
kenangan manis semasa di Jordan ye?
hehe ingat nak jln2 cuci mata tapi hujan lebat pulak.....
kak elle,
Terlalu banyak kenangan di sana :)
Sini baru hari ni panas .. cuci mata ???? ...heheheh .
Cakap je nak pergi Jordan tapi tak tau bila. Nanti Lia convo kut.
Haritu dah nak pergi semasa berada di Mesir tetapi masa tu summer tidak ada flight available. Takde rezeki!
seronok kan bila terkenang kenangan lama..
cantik2 gamba
thanks for sharing, especially with us yg x pnh sampai ke sana :)
Betul sis...about the pakaian tu yg tak melambangkan identiti agama bila diMid east ni. Heran juga saya pada awalnya...but bila dah lama2 maka faham juga..org yg bernama Muslim/Ishaq pun ada yg bukan Muslim agamanya diME..dok cakap InsyaƔllah.. AllahuAkbar.. etc..biasa je dah sbb bahasa dia.. Pada kita diMsia bila pakai jubah,kopiah so identiti pegangan juga but disini..like u said pakai tudung pun org tanya lagi islam ke? Apalagi bila wajah iras Filipino... But I have made my peace in thinking it's just clothing..outerwear..it does not reflect the religious believe or status here in ME... Barulah kurang pening sikit..he..he..
wanmommy ye cuci mata tengok2 dan beli beli beli....hahaha
Ina pun selalu kena tanya yang kita ni Muslim ke tidak. Selalu kata dalam hati, diorang ni keliru betul.
Rupanya kita yang keliru tak sedar...tersalah bagi salam kat orang kristian, ingat diorang muslim.
kak rina
jauh berjalan lebih banyak pengalaman kan ...
suasana2 tu mmg x dapat kat tempat lain..
rindunya kat jordan...bilela dpt gi sana lagi.mesti dah besar budak2 jiran arab tu ek.
Rina banyak kenangan yang ditinggalkan di bumi Jordan ye...Insyaallah...satu hari nanti pasti rina akan dpt bertandang ke sana lagik...
makteh,
Bagus tu pergi masa convo Alia, tak lama jugak dah tu, dapat raikan dia dan jalan2 juga di bumi anbiya' .
drNO,
Memang seronok di sana walaupun arab ni banyak songelnya ...hehehe.
kak rozie,
Akak duduk saudi lama sure banyak yang akak pelajari dari budaya arab dan kenal mereka luar dalam. Kalau yang baik tu memang baik sangat macam jiran2 saya di Jordan, tapi kalau yang bias kat orang luar memang ingat kita ni orang gaji.
kak elle,
Dah teka dah, takkan cuci mata je, mesti cuci purse jugak ...hehehe.
suweileh family,
Lagi satu arab ni ingat muka asia macam kita ni bukan muslim tak macam muka arab, memang bila diaorang tanya muslim ke tak akak dulu pelik macam tak de mata ke , tak nampak ke akak pakai tudung . Orang kata arab suka bergaduh tapi nampak diaorang hidup aman damai je , paling tidak di sekeliling rumah di Amman baik je tak kira agama.
zareda,
Betul tu, bila jalan dapat tau budaya orang lain yang macam budaya kita mahukan hidup harmoni.
princess,
Maya yang duduk tak sampai setahun pun rindukan Jordan, mama memang takkan lupakan mereka di sana. sure budak2 tu dah besar2 sekarang.
aNIe,
Harapnya begitulah dapat ke sana lagi InsyaAllah.
salam kak silversarina
terima kasih berkongsi foto2 ni, seronok dpt mbaca pengalaman yg dah ke negara org ni..
kakyong,
Sekadar mengimbau kisah lama dan hilangkan rindu pada yang jauh di mata tapi dekat di hati.
lain jugak ye Jordan dengan Saudi.. di saudi takde pulak judi.. perempuan merokok tak pernah nampak sebab perempuan saudi semua tutup muka.. susah jugak nak merokok.. tak pasal terbakar niqab hehee..
neeza,
Jordan ni lebih kebaratan sebab sekutu US . ramai yang Islamic tapi ramai juga yang tak kisah agama , tak solat dan taktau baca quran memang ramai.
Post a Comment