Sunday, March 15, 2009

rezeki masing-masing

Pagi Ahad yang basah , hujan masih turun di luar sejak tengah malam tadi , Alhamdulillah .

Bagi kawan-kawan yang bercuti dengan melancong ke destinasi menarik , selamat bercuti saya ucapkan termasuklah gang bloggers saya di Kerteh , kedua-duanya sedang bercuti ...nak tau di mana dan ke mana mereka, kena tunggu sampai mereka balik tapi memang best destinasi percutian mereka.

Tak nak cakap pasal cuti dan melancong pagi ni sebab kami tak ke mana cuti ni , Kuantan jelah kalau berjalan pun .

Nak cerita kisah yang penuh nostalgia buat saya bila saya kenangkan kisah ini yang berlaku di pasar pagi Jumaat baru-baru ni .....

Semasa saya singgah di gerai sayuran untuk beli sayur peria ( itulah sayur harian saya kini ) di sebelah saya seorang kanak-kanak lebih kurang sebaya Mimi merengek pada ibunya untuk membeli ais blended yang ibunya juga sedang membeli sayur yang sebelum tu saya dengar ibunya minta kebenaran penjual untuk membeli hanya separuh dari ikatan sawi yang telah ditetapkan harganya . Saya bukan pasang telinga tapi memang ibu dan anak itu berdiri betul-betul sebelah saya . Ibunya bagitau anaknya yang dia tak de duit sebab bawak hanya RM10 dan nak beli barang2 lain lagi . Ais blended di sini RM1.50 untuk jus buahan dan RM2 untuk perisa coklat dan susu . Kesian saya dengar kanak-kanak tu merengek tapi takkan saya memandai nak belanja dia sebab saya memang tak kenal siapa mereka pun. Buatnya kena marah dengan ibunya . Saya diamkan saja dan terus bayar barangan yang dibeli dan terus berlalu.

Kenapa saya kata kisah ini penuh nostalgia ??

Kami juga pernah susah lebih dari itu . Semasa anak2 masih kecil dan saya pulak berhenti kerja kerana nak jaga anak2 , memang ekonomi kami masa tu amatlah kronik hingga terpaksa pecah segala tabung duit yang ada . Walaupun kira gaji seorang engineer masa tu kira lumayan jugak tapi sebab kami dah berkeluarga besar dengan 3 anak, dengan nak bayar sewa rumah, kereta second hand kami , belanja harian dan sedikit wang untuk ibu-ibu , memang kira langsai duit gaji . Pernah sekali orang TNB datang nak potong elektrik sebab tak bayar bil dan diberi masa sehingga tengahari untuk membereskan bayaran tertunggak, jika tidak kami akan bergelap mulai hari itu. Saya nangis dah masa tu, darling di tempat keje masa tu . Saya ambik tabung anak2 dan pecahkan dan kumpul duitnya , dapatlah dibayar bil elektrik hari itu . Bab makan kami tak kisah , apa yang ada kami makan, tak de yang mewah . Bukan tak boleh saya kembali bekerja , boleh sangat . Tapi saya yang mahu jadi surirumah dan sanggup bersusah agar saya dapat menjaga anak2 di rumah. Itu antara kepayahan yang kami tempuhi .... lama dulu.

Masa berlalu dan rezeki kami bertambah sehari ke sehari dan dalam beg duit memang kalau tak de sekurang-kurangnya RM50 memang saya takkan ke mana-mana , hanya RM10 alamatnya tak keluar rumah lah saya .

Saya pernah kenal seseorang ( kini arwah ) yang menurut kata isterinya yang dalam wallet suaminya sentiasa ada sekurang-kurangnya RM2000 pada setiap masa , tak guna credit card, bawa cash je .. tinggal di kampung je tu .

Itulah rezeki masing2 yang telah ditetapkan Allah swt . Syukur Alhamdulillah atas apa yang dikurniakanNYA.

16 comments:

PINATBATE said...

salam kakRina..
Entry ini jadi tazkirah di pagi hari buat saya..Yer lah, kadang-kadang kita selalu saja menyesali apa yang kita tak ada tapi terlupa mensyukuri apa yang kiti miliki..

Ummi365 said...

kak rina,

thanks for sharing. at least boleh mengingati diri kita jugak. ada kala kita susah dan ada kala kita senang. memang rezeki tu di tangan allah tapi kita kena usaha. kadang2 rezeki tu diberi oleh Allah dengan macam2 cara.

Kak Elle said...

saya pun masa kecik2 dulu cuma arwah bapak yg bekerja saya faham macam mana hidup susah..apa yg saya lihat anak2 sedara skg tak melalui apa yg kami adik beradik lalui...rezeki masing2 wanmommy tapi saya bersyukur kepada Nya kerena memberi kami membuka mata melihat keadaan yg lain.

zura aini said...

syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah limpahkan, walaupun tidak bermewah namun dimurahkan rezeki, dicukupkan apa yang patut. Selepas kepayahan ada kesenangan. InsyaAllah.

zino said...

yg penting kita kena besyukur dengan apa yg kita ada sama ada banyak atau sedikit..

bersedia menghulurkan bantuan kepada yg memerlukan nya...

rozie yusof-azlan said...

Salaam sis...this story is very close to my heart and hubby too. It serves as reminder everytime we are faced with something to put problems in perspective. Syukur we are now blessed with much more moga terus bertambah and moga we all kekal ingat...

My favorite case was when we decided to pawn my only gold necklace to get a few hundred so that my husband have some money for his first job ever.Blh beli boot,hardhard,few clothes and boots plus a flight ticket. This was our turning point.... Wow..thinking abt those years..I use to tell my ex-staffs dulu... when money were hardly any..we never fight abt money..Count yr blessings..how lucky they are.. grad je ada kerja and I told them my story..they turn out to become excellent staffs..syukur.. So masa2 gawat gini..I dok terkenang adik2,kawan yg kerja kilang etc..yg gaji sebulan abt my weekly groceries..how people survive...

Anonymous said...

Kka rina

bak kata kak rina.. rezeki manusia ni berbeza beza..

ada rezeki $$, sihat, anak anak bijak dan comel, suami baik dan hidup bahagia..

semuanya kehendak Allah SWT jua.. Apa yang harus kita buat, doa, kemudian usaha dan barulah tawakal.. InsyaAllah, Allah Maha Adil...

Mak Teh said...

Sarina,

Mak teh rasa ramai orang pernah melalui zaman-zaman susah seperti itu. Mak tehpun pernah!

Mak teh orang yang lebih berumur, jadi kalau bertemu anak-anak yang merengak nak beli benda macam sarina ceritakan tu pasti mak teh dah hulurkan. Sarina teragak-agak hendak melakukannya kerana anda masih muda.

Mak teh pernah bertemu seorang tua cina, sedang membeli seekor ikan dan membayarnya dengan wang sen. Selepas dia bayar mak teh hulurkan padanya rm 1. Betapa dia berkali-kali mengucapkan terima kasih pada mak teh sehingga rasa terlalu sedikit pula wang yang telah dihulurkan itu.

Jangan rasa malu, permudahkanlah menghulur wang kepada orang susah walaupun sedikit. Insya-Allah anda akan rasa senang hati berbuat demikian.

Unknown said...

salam,

masa sek men hidup kami sekeluarga memang sgt susah, mak niaga kuih tp org fitnah mcm2.. btw, makan nasi bubur & garam tu biasa.. & kesusahan itu lah motivasi kakyong utk terus belajar.. ALhamdulillah, habis U dpt kerja.. slowly hidup kami sekeluarga bertambah baik.. pindah hidup ke bandar (Ipoh).. kakyong tak nyesal habiskan 10 thn utk makayah & adik2, tak pk pasal nak kahwin..
then skrg ni.. WAHM.. ade yg kata, sajer nak menempah susah.. tapi rasanya tak rela anak2 dibesarkan oleh tgn org lain.. memang lah sukar sikit skrg, byk juga bil2/ansuran yg tertangguh 1,2 bulan.. memang runsing bila bankers call/& mcm2 pihak la call, dok remind itu ini terhutang.. dlm rungsing tu masih terasa segala2nya cukup.. mungkin anak2 mjadi pemangkin..

Neeza Shahril said...

neeza mungkin bernasib baik sikit dari tu, Alhamdulillah.. (tapi neeza tak lah berjalan dengan 2000 dalam poket.. ). tapi kisah ayah neeza dan husband neeza betul2 menginsafkan neeza... lepas kawin, baru lah neeza belajar menyimpan. kalau tidak, dapat gaji je habis.. macam2 yang neeza beli..

memang sedih bila tengok anak2 merengek nak beli something tapi parents nya tak belikan.. especially kalau benda tu murah aje kan..

DrSam said...

bila baca perkongsian cerita begini, saya rasa terharu dan insaf. Saya rasa ramai yang melalui pengalaman dan perjalana yang hampir sama. Saya pun begitu juga.

Memang betul. Bersyukur dengan apa yang ada. Rezeki kita ketentuan Ilahi. Nak senang pun senang, nak susah pun senang. Sentiasa beringat. TQ.

silversarina said...

pinatbate,

Terimakasih sudi baca dan sama-samalah kita berkongsi pengalaman agar dijadikan pedoman dalam kehidupan, InsyaAllah.




ummi365,


Tak dapat lari dari ketentuan Ilahi dan sememangnya rezeki itu semua dibawah kuasaNYA jua.

silversarina said...

kak elle,

Kami masa kecil tak pernah hidup susah , semua cukup walaupun tak mewah, tapi itulah kehendak saya menjaga anak2 dengan tangan sendiri saya sanggup bersusah dahulu dan Alhamdulillah usaha saya diganjari dengan rezeki yang lebih walaupun bukan datang sekelip mata.




zany,

Bila lihat ramai lagi orang yang miskin dan susah memang rasa amat bersyukur atas apa yang kita ada.

silversarina said...

zino,

betul tu , dalam kes saya ni mula2 rasa nak bagi je duit kat budak tu tapi saya takut mak dia sergah pulak dan rasa malu sebab saya bagi duit pada anaknya, mungkin kena tebalkan muka bagi je duit pada sesiapa yang memang kita tau kesempitan wang, lebih mudah kalau bagi pada peminta sedekah .






rozie,

I pulak yang rasa sebak baca kisah you ni, tapi itulah rezeki dari Allah tak siapa duga akan datang , yang penting usaha dan berdoa agar dimurahkan rezeki dan diberkati.

Thanks for dropping by .




zareda,

Betul kata zar tu, kadang2 kita je yang tak nampak betapa besarnya rezeki yang telah dikurniakan NYA iaitulah rezeki hidup dan berjaya dalam kehidupan.

silversarina said...

mak teh,

Entahlah betul kata makteh saya patutnya bagi je duit pada budak yang merengek tu tapi saya takut dikatakan pandang rendah pada maknya pulak sebab tak dapat bagi apa yang anak dia mahu, kena belajar dari makteh banyak lagi ni . terimakasih beri saya motivasi untuk menjadi pemurah InsyaAllah .






kakyong,

Kadang2 bila kita mahu lakukan sesuatu yang betul2 kita dah lama mahu lakukan memang kita ambil ridiko nak-nak dari sudut rezeki wang ringgit, itu jugak yang akak lakukan masa berhenti keje tapi tak lama lepas 'merana' rezei suami makin bertambah Alhamdulillah.

Harap bersabar dan semoga apa yang dilakukan diberkatiNYA. Amin.

silversarina said...

neeza,

Agaknya bagi anak2 yang sukar mendapat apa yang dihajati , sure mereka sedih dan hampa sedangkan anak2 kita sebut je terus dapat , itulah dugaan jugak, dugaan harta yang jika disalahguna akan binasa jugak.





DrSam,

Sekali sekala pandang ke belakang dan lihat sejarah hidup yang telah ditinggalkan akan dapat memberi peringatan agar kita tak terlalai . Thanks sudi singgah blog akak.