Saturday, March 29, 2008
NGAIL...best ke ????????
Friday, March 28, 2008
Let's compare .......
Thursday, March 27, 2008
Bila Rindu
Di pasar borong kemaman sebelum saya ke Jordan saya baisa membeli sayuran kampung dan ulam-ulam dari 2 buah gerai yang pada mulanya saya sangkakan penjualnya adalah anak beranak. Rupanya penjual yang lebih muda adalah warga Indonesia yang telah menetap di Malaysia selama 13 tahun . Bila saya bertanyakan adakah dia pernah pulang ke kampung halaman selama itu, dia nampak sedih dan katanya dia tidak pernah kembali ke sana kerana dia , suami dan anak-anaknya tidak mampu untuk kembali ke sana buat masa itu. Bila saya kembali ke pasar itu bulan lalu saya dapati hanya makcik yang lebih tua sahaja yang masih berniaga di situ. Saya tanyakan makcik tu di mana kakak Indonesia tu, makcik itu menjawab yang kakak itu telah pulang ke Indonesia bersama suami dan anak-anaknya.
Rakan saya juga dari Perak pelajar TKC telah tinggal di US sejak tahun kami melangkah kaki ke sana dahulu , 1983 .. bermakna 25 tahun telah berlalu dan dia masih lagi di sana, berkahwin dengan lelaki mat saleh dan bekerja di sana. dalam kes dia ni saya rasa memang dia sendiri yang tidak mahu kembali menetap di malaysia kerana memang cita-citanya sejak dari mula lagi mahu berboyfriendkan mat saleh ( dan dia dapat suami mat saleh ) dan mahu menetap di sana. Saya dengar dia ada kembali 3 kali sahaja ke kampungnya dan ketika saya ke DC tahun 2001 saya ada menaliponnya dari hotel di Alexandria yang keluarganya bagitau adalah tempat dia tinggal, namun voicemail yang saya tinggalkan tidak berjawab hingga akhir.
Saya paparkan 3 kisah di perantauan yang pada saya satu perasaan yang berbelah bagi..saya suka tinggal di luar negara namun untuk terus menetap hingga ke akhir hayat jawapannya adalah TIDAK... perasaan rindu bukan sahaja dengan manusianya, saya juga rindu pada alam semulajadinya ... Saya pasti dalam ketiga-tiga kisah di atas pasti ada terselit perasaan RINDU untuk kembali ke tanahair yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.....
Funny Picture Graphic Comments
Wednesday, March 26, 2008
Kasih melimpah .......
Rakan saya yang sama-sama kahwin pada majlis dan hari yang sama ( kami kahwin 3 pasang sekaligus ) baru-baru ini menyatakan suaminya yang juga rakan saya semasa anak dara akan berkahwin buat kali keduanya dan ini juga bermakna rakan saya ini akan bermadu .
Alasan yang diberikan oleh suaminya adalah kerana kasih sayang yang dicurahkannya kepada isteri dan anak-anaknya telah melimpah , jadi tidak salah jika dia alirkan limpahan kasih sayang itu kepada insan lain pula.... siap dia ambil contoh seperti air yang melimpah keluar dari cawan akibat air yang sentiasa mengalir tidak putus-putus....
Pertama kali dalam sejarah saya mendengar ada manusia yang mengaku kasih sayang yang diberikannya telah melimpah ruah... pada saya tak mungkin itu benar...
Wajar atau tidak setelah 23 tahun berumahtangga dan anak-anak juga telah ada yang ke IPT, si suami ingin kahwin lagi atas alasan kasih melimpah ?????
Sayang saya pada rakan bloggers telah melimpah ruah , so saya berikan kisses seperti di bawah..... ( tak keluar gambar cute tu.. ni tukar yang lain....... )

Tuesday, March 25, 2008
Selamat Bertugas Datuk !!
Petang semalam selepas mengambil mimi dari kelas al quran saya ke farmasi di bandar untuk membeli ubat demam orang dewasa yang telah kehabisan sebab telah lama tiada orang demam di rumah. Sampai di lampu isyarat di bandar saya ternampak banner tergantung yang menyokong perlantikan YB Md Said sebagai MB dan banner itu adalah dari UMNO bahagian Kemaman yang Md Said sendiri adalah ketuanya. Kemudian tak jauh dari situ satu lagi banner yang menyokong perlantikan tersebut dan kali ini banner itu adalah dari MCA bahagian kemaman. Rugi saya tidak membawa kamera untuk merakam gambar-gambar banner tersebut. Dalam perjalanan pulang, mimi bagitau ada helikopter berlegar , helikopter polis di raja yang membuat rondaan.

Malamnya sewaktu menonton TV baru saya tau rupanya orangramai menyambut Md Said di sempadan Pahang/ Terengganu dan mengiringi beliau pulang ke rumahnya di Teluk Kalong. Saya cuma berada beberapa minit di hadapan 'perarakan' tersebut. Terlepas 'keseronokan' itu.
Penduduk Kemaman sememangnya telah lama menanti peluang untuk ber MB kan orang Kemaman sendiri dan saya dapat bayangkan betapa terujanya mereka kerana kini impian menjadi nyata. Tidak kira apa yang dilakukan oleh Md Said sebelum ini harapan mereka sekarang adalah agar MB baru ini akan membangunkan kemaman dan menjadikan negeri ini menjadi negeri yang aman dan makmur dan tiada lagi penyelewengan dan penindasan .
Hari ini YB Md Said dikatakan akan mula bertugas...
SELAMAT BERTUGAS DATUK !!!
Monday, March 24, 2008
Kelihatan tak berapa kena.....
Satu yang tidak berapa kena pada pandangan saya atau rasa tak sedap hati sebab tangan cikgu tersebut sentiasa diletakkan di atas tempat penyandar kerusi pemandu , maknanya tangannya betul-betul di atas kepala gadis itu dan kancil yang kecil sudah tentu tangan cikgu tersebut seolah-olah bergesel dengan bahu gadis tersebut. Semasa kereta berhenti di lampu isyarat jelas kelihatan tangan cikgu tersebut yang agak besar masih lagi diletakkan 'di atas ' kepala pelajar tersebut.
Saya musykil kenapa dia harus meletakkan tangannya di situ, nampak tidak sopan dan di dalam kereta yang hanya mereka berdua di dalamnya macam tak berapa kena. Saya tidak memandang serong kepada cikgu memandu kerana memang mereka mencari rezeki dengan mengajar, arwah ayah saya juga pernah menjadi guru memandu dan tidak pernah sekalipun pelajar perempuan komplen tentang sebarang salah laku arwah abah. Namun yang penting bagi saya adalah guru memandu perlu menjaga tingkah laku agar tidak nampak janggal dan tak kena pada pandangan umum.
Saya hormat sekolah memandu di Jordan yang dimestikan ada waris si perempuan duduk bersama di dalam kereta belajar memandu sekiranya yang belajar memandu adalah wanita. Tak kira waris itu samada ibu, kakak, abang, ayah atau sapa saja asalkan peneman adalah muhrim si wanita. Tak pernah pulak saya lihat ada gurunya yang wanita tak macam di negara kita yang sudah ramai wanita yang menjadi guru memandu.
Itulah sedikit renungan buat hari yang semakin serabut di negeri darul iman ini.......
Sunday, March 23, 2008
MBMBMBMBMBMB ??????????
" Kalau abang nuar tu orang teganu, memang dah layak dah ... kak ina kalau jadi mak datin tak singgah dah kat gerai ni, tak kenal dah kak long......hahahaha , " balas saya dan kami semua ketawa.
Itulah isu hangat ke mana saja orang di terengganu berjumpa dan berkumpul..... MBMBMBMBMBMBMBMB.
bakal Mb berbaju biru... macam tak jadi je....
Tup-tup malam tadi sewaktu menonton berita di TV3 suku , naik nama ADUN Kijal MAD Said diperkenan Tuanku Sultan menjadi MB yang baru ganti Pak Deris Jusoh . MAD Said yang saya sempat rakamkan gambarnya semasa melawat pusat undi yang saya bertugas pada hari mengundi tak pasal-pasal naik namanya. MAD Said terkenal dengan his bad reputation and behaviour......
Apapun pagi ni dia hanya diberikan surat /watikah pelantikan dan masih belum mengangkat sumpah dan dia telah dipecat dari UMNO........ oleh itu jawatan MB Terengganu masih kosong......
Saturday, March 22, 2008
Birthday & Kalut Etihad...........
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kisah perjalanan pulang dari Jordan ke tanahair September lalu adalah satu perjalanan yang penuh kekalutan yang menampakkan ketidakprofesionalnya syarikat penerbangan antarabangsa Etihad Airways , satu syarikat dari United Arab Emirates . Saya sempat menaiki pesawat sulung ini ke Malaysia pada bulan Januari 2007 semasa pulang di musim sejuk tahun lalu. Waltu itu semuanya nampak teratur walaupun saya terpaksa berkongsi kapalaterbang dengan sekumpulan remaja emirates yang 'jakun' yang menjadi tetamu kehormat tahun melawat malaysia 2007 . Sungguh meluat dengan kebisingan mereka di dalam pesawat sehingga pramugari terpaksa beberapa kali menyuruh mereka agar jangan membuat bising ... itu januari tahun lepas.

September 2007.... Pesawat kami delayed dari Amman ke Abu Dhabi dari jam 4 petang ke 11.30 malam dan saya hanya diberitahu tentang kelewatan pesawat ini setelah saya tiba di Alia international Airport. Nak tak nak saya terpaksa menunggu sahaja di airport dan ini juga bermakna saya terlepas kapalterbang dari abu dhabi ke klia yang berlepas jam 2.40am waktu uae. Kakitangan di alia airport telah memberi jaminan yang saya akan ditempatkan di hotel malam itu kerana pesawat saya adalah 2.40 pagi esok hari pula( lusa ). OKlah nak buat macamana. Saya terus menalipon suami yang sepatutnya akan menanti saya di abu dhabi dan kami akan sama-sama menaiki pesawat itu malam nanti ke klia. Alhamdulillah suami sempat menukar pesawatnya ke malam esok juga ( lusa). Ramai yang bersama yang terpaksa menaiki pesawat lain dari abu dhabi kerana terlepas malam itu.
Setiba di abu dhabi kekecohan berlaku kerana ground staff di sana tidak membuat sebarang persiapan untuk menempatkan kami di mana=mana hotel . Lebih parah bukan pesawat kami sahaja yang delayed, beberapa pesawat lain juga delayed , boleh kata hampir kesemua pesawat Etihad delayed. Dahlah dekat jam 2 pagi waktu , kebetulan semua hotel di bandar abu dhabi dikatakan fully booked.

Tiba-tiba ada this one Jordanian menjerkah petugas Etihad sebab marah dengan apa yang berlaku....
" Hey look !! Because of this f**king etihad, I lost 4000 US dollars... now you don't even get me into my hotel . "
" Please don't shout sir, " jawab ground hostess etihad yang bebangsa India dan hampir kesemua staffnya Indian dan seorang filipino.
" Who are you telling me not to shout , F*c* you , " balas this guy..I tau namanya sebab dia ada bagi business kad dia pada I masa kami berborak di Alia airport dan dia jugak akan ke KLIA esoknya.
" Look, if you don't stop shouting and yelling I'll call the security to get you out of here , " ugut staff etihad lagi.
" I don't care. You can call your f*cking president or king , I'm not scared. I will never fly with this airline anymore, " balas that pakcik again. Saya yang berdiri sebelah pakcik ni naik kecut dibuatnya.
"Mind your words please!! I'm trying my best to get you into one of these hotels !! " jawab staff itu kembali dan that jordanian senyap seketika.Tak lama leaps tu dia dapat bilik di hotel.
" Madam, can you fly with Emirates from Dubai and it will be this morning, you don't have to stay overnight here in Abu dhabi. We'll take you to Dubai ( lebih kurang 150km from Abu Dhabi ) ," staff etihad menawarkan itu kepada saya.
" NO, I don't want. My husband is waiting for me here and we'll take etihad from here to malaysia. I promise to meet him here and my baggages are all in etihad airways , not emirates ." balas saya dan saya dapat bayangkan betapa kalutnya nanti nak cari beg saya 9 buah semuanya dan tak logik dia sempat membawa beg saya dari amman ke abu dhabi ke dubai dalam masa singkat..tak logik.
" Please, I just need a room for me and my 2 kids, that's all. You know that we're delayed , you should've ready with the room, " saya dah mula nak panas tapi taklah sampai nak guna that F word.
Dulu saya ditempatkan di Golden Tulip Hotel di tengah-tengah bandar abu dhabi , sekejap saja urusannya, kali ni kalut sekali, orangramai dah mula panas.
Akhirnya saya dapat juga hotel dan kami menaiki coaster bersama sekumpulam pelancong kaya dari Indonesia dan juga pakcik jordan tu. Di pertengahan jalan baru saya sedar hotel yang diberikan kepada kami bukanlah dekat bandar abu dhabi tapi di Grand Continental Resort ( tengah padang pasir ) di Al Ain, dekat 2 jam lebih perjalanan dari airport. Dalam hati saya habislah plan saya nak jumpa suami yang tinggal di hotel di abu dhabi. Tak kira badan dah letih, kami solat, sarapan dan tidur sehingga jam 10 pagi dan saya ke lobi hotel untuk meminta limo etihad airways hantar saya dan anak-anak ke abu dhabi sebab saya tak nak duduk di hotel ni sampai tengah malam baru dibawa ke airport. Saya bagitau ini semua bukan salah saya, flight etihad yang lewat dan segalanya adalah berpunca dari etihad. Alasan saya diterima. Kami bertiga dihantar dengan limo mercedes ke hotel suami di abu dhabi dan di sebelah malam sekali lagi dihantar ke airport didalam limo merz free of charge kerana hubby fly business class. Kalau saya tau dari awal lagi saya dah mintak etihad hantar saya ke hotel suami di abu dhabi sebab saya ingatkan hotel saya juga di abdu dhabi..kalutnya.
Jadinya kami tiba di KLIA lewat sehari dari plan asalnya......
Pelik sebab dengan IT terkini digunapakai urusan transit yang mudah pun tak dapat diselesaikan , padahal tau dah flights banyak yang delay dan pastinya ramai penumpang yang terpaksa bermalam..... kami pulak yang kena lalui itu semua.... kebaikannya ... dapat kami berjalan pusing-pusing bandar abu dhabi walaupun dalam kepanasan yang melampau....
Friday, March 21, 2008
Panas oh panasnya.......


Wednesday, March 19, 2008
Salam Maulidur Rasul....
Sebelum kelahiran Baginda saw lagi sudah terdapat tanda-tanda kenabiannya. Semasa ibunya Aminah binti Wahab mengandungkannya, beliau bermimpi melihat cahaya keluar daripada dirinya lalu menerangi jarak antara timur dan barat. Sehinggakan beliau dapat melihat mahligai-mahligai di negeri Syam begitu terangnya cahaya itu.
Pada saat semasa kelahiran baginda saw yakni semasa kelahiran baginda , di negeri parsi, api sembahan orang majusi yang telah menyala tanpa padam selama seribu tahun telah padam dengan tiba-tiba.
Kelahiran nabi Muhammad saw telah membawa kebenaran ke seluruh alam . Al Quran dan sunnah nabi merupakan ajaran yang ditinggalkan buat umatnya agar segala urusan kehidupan tersusun atur mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah Rabbul Alamin.
Sama-samalah kita berusaha ke arah mendapat keberkatan dalam kehidupan dengan berpandukan kepada sirah rasulullah saw dan mengamalkannya hanya kerana Allah taala.
Sempat lagi tu..........
Setelah membeli nasi minyak untuk Izzat dan kuehteow goreng untuk saya , terus saya ke gerai ayam percik yang terletak paling akhir dan paling dekat dengan parking lot. Selain ayam percik gerai ini juga menjual satay, ayam tandoori dan ayam goreng . Si bapa sedang menggoreng ayam, si emaknya pula sedang membakar ayam percik dan ayam tandoori manakala 2 orang adik lelakinya sedang membakar satay. Ketika itu hanya anak perempuannya , seorang gadis yang agak manis menjadi pelayan pelanggan. Kebetulan hanya saya dan seorang pemuda yang menjadi pelanggan ketika itu dan si gadis sedang mengisikan satay yang dibeli oleh pemuda itu. Saya lihat si gadis tersenyum sambil mulutnya menuturkan kata-kata yang agak perlahan menjawab beberapa soalan yang ditanya oleh pemuda itu. Saya yang berdiri di s ebelah pemuda itu 'terpaksa' juga mendengar perbualan mereka . Rupanya pemuda itu sedang mengorat si gadis penjual.
Antara soalannya dan kata-kata pemuda itu yang saya dengar.....
" Saya kerja di KSB, tau ke KSB tu kat mana? "
" Tau lah , " kata si gadis.
" Rumah awak kat mana ? " tanya pemuda itu lagi.
" Taktaulah..." jawab gadis itu cuba mengelak untuk memberi jawapan dengan senyuman yang meleret serta tangan yang ketika itu mengisikan kuah satay di dalam plastik, sedikit tertumpah, mungkin panik atau malu atau teruja...
" Boleh bagi nombor telefon .... bolehlah ye ..saya selalu datang beli kat sini " kata pemuda itu lagi..
" No telefon...yelah... (*&^%^&*() , " gadis itu memberikan nombor hp nya kepada pemuda itu...
"Bagi saya ayam percik 4 ye, " saya memotong perbualan mengorat pemuda dan gadis penjual kerana saya lihat perbualan dan perlakuan membungkus satay seolah-olah takkan tamat dalam masa singkat .
" Oo0 berapa akak nak, 4 ye... " gadis tu macam baru tersedar dari lamunan indah di orat oleh pemuda dari KSB itu.
Saya terus beredar setelah membeli ayam percik dan pemuda KSB yang berpakaian coverall masih lagi di gerai itu .....
Itulah , dalam pada ibu, bapa dan adik-beradik ada di sekeliling dan berhampiran pun masih lagi sempat si gadis berkenalan dengan pelanggan...... atau... pelangan masih lagi berani mengambil kesempatan berkenalan dengan si gadis..... macam-macam cara nak mengorat....
Tuesday, March 18, 2008
Syahdunya tiada bandingan.....
Bukit Uhud....
Bukit Rahmah
Izzat dari atas Jabal Rahmah...
Di Jamrah..tempat melontar...
hadapan Makam syuhada' perang Uhud
sofie bersama opahnya....tengah jalan masa tayar pancit si salah satu bas ....
Hairan pun ada kerana di sana kerajinan beribadat melampaui kemampuan saya sendiri, amat rugi jika tidak berjemaah di masjidil haram dan masjid nabawi.Setiap detik ketika di sana hanya khusus kerana Allah swt.
masjid Qibalatain/dua kiblat
zaid dan rakan-rakan... dalam ihram semasa perjalanan dari madinah ke mekah
Bila kembali ke tanahair, sifat rajin itu semakin pudar dan pudar. Pernah saya memberi alasan bahawa semasa berkunjung ke tanah suci , tumpuan boleh diberikan sepenuhnya kepada ibadat khusus kerana segala keperluan harian yang lain tidak perlu dilakukan , semuanya telah tersedia.
Sebenarnya apa sahaja yang dilakukan di mana sahaja sekiranya dengan niat ikhlas hanya kerana NYA, semuanya dikira sebagai ibadah.
Walaupun darling saya telah lama digelar Haji oleh rakan sekerjanya (??? ) namun hakikatnya hati saya masih mengharapkan agar kami semua berpeluang mengerjakan haji ke baitullah satu hari nanti, InsyaAllah.
(semua gambar diambil semasa umrah 1997 )
Monday, March 17, 2008
Tapak Generasi Berkulat.....
Saya masih ingat mula-mula tinggal di Kerteh, hampir setiap minggu kami akan keluar ke Kemaman/Cukai atau ke Kuantan kerana Kerteh adalah sebuah bandar mati yang tidak punya apa- apa selain kilang minyak / gas dan yang sealiran dengannya. Kerteh hingga kini masih lagi tidak punya apa-apa dan sekiranya sesiapa lalu di bahagian belakang pusat bandar baru kerteh pasti akan hanya dapat melihat deretan bangunan yang kosong yang kelihatan semakin usang. Kerteh merupakan lubuk 'orang kaya/elit ' dari syarikat minyak namun yang banyak hanyalah kedai dan restoran makan .
Cukai atau lebih dikenali Kemaman pula semakin maju degan bertambahnya bangunan walaupun saya juga tidak betah berjalan dan bershopping di sini dan lebih kerap ke Kuantan ( 45 minit dari kemaman ) . Kemaman juga merupakan lubuk golongan elit yang datang dari pelusuk tanahair dan hampir habis tanah-tanah penduduk tempatan terjual kepada golongan profesioanl dari negeri lain dan golongan ini membina istana dan mahligai di tanah yang dulunya adalah paya dan berair.
Centre Point kemaman yang juga merupakan bangunan yang berwarna oren bertapuk hitam yang amat memualkan mata memandang merupakan komplek shopping yang utama di sini . Namun begitu tingkat atas yang kosong tidak disewa sering menjadi tempat remaja lepak dan melakukan maksiat.Pernah sewaktu lepas cuti hariraya rakan saya memberitahu bahawa dia dapat laporan remaja melayu sedang aktif melakukan maksiat di situ dan apabila di laporkan kepada kakitangan pejabat agama, kaitangan itu mengatakan mereka semua masih bercuti dan tiada kakitangan yang dapat ke sana untuk menyelesaikan masalah maksiat itu. Rakan saya serta beberapa orang pemuda lagi terus bergegas ke sana dengan membawa kayu rotan dan menyuraikan remaja-remaja yang sedang kemaruk melakukan maksiat. Lintang pukang mereka melarikan diri sehingga 'pasukan pencegah maksiat' ini terjumpa beberapa helai seluar dalam yang tertinggal dek kerana terpaksa melarikan diri disergah ... saya sungguh meluat untuk ke komplek ini.....
Selain Centre Point, Casa Limbung adalah sebuah lagi komplek perniagaan yang baru dibuka semasa saya di luar negara dan sewaktu maya balik baru ni baru pertama kali saya round di situ dan kami tiba di tingkat atas yang masih kosong dan tiada/ kurang sekali pengunjung/ pelanggan. Setiba di sebuah kedai pakaian seorang makcik yang dulunya menjual di sebuah kedai kayu di tepi sungai kemaman , menawarkan harga yang murah untuk produk batik sutera dengan mengatakan.." mek, ambiklah , mokcik beri mek harga rendah... mokcik jual kat sini tak dok orang naik atas ni, sewa 900(RM) sebulang, hok dulu dok sampai 300(RM), kena pindah sini sebab kena roboh hok kayu dulu...mek ambiklah sutera ni , mokcik beri RM180 sepasang, sekala(biasanya ) RM220-250 "..... kesian saya mendengar keluhan makcik ni , belilah jugak baju batik dan kain sutera tu ....
JIka dikaji agaknya di mana silapnya... bagi saya... bangunan sudah terlebih.... tidak dirancang dengan baik dan akhirnya yang tinggal hanyalah bangunan yang berkulat menjadi tapak penggemar maksiat yang juga bakal menjadi generasi berkulat...
Sunday, March 16, 2008
Ahad pertama....

mana taknya.............
Saturday, March 15, 2008
15 Mac....salji & kanak-kanak
Kanak-kanak yang paling gembira..... sekolah ditutup awal kerana dikhuatiri salji makin lebat dan boleh mengakibatkan jalanraya ditutup. Kesempatan itu diambil oleh mereka untuk bermain salji.
Saya rindukan saat itu dan saya juga rindukan anak-anak jiran yang sentiasa memenuhi laman rumah kami yang kecil itu untuk bermain dan bergembira.....
kanak-kanak memang gemarkan keseronokan dan keceriaan...
Friday, March 14, 2008
Belaian Keluarga Paling Istimewa.
kasih ibu... gambar hiasan....
gambar hiasan... alat ini yang Qusai gunakan semasa terapi
Saya kembali teringat kepada Qusai , anak jiran arab saya di Amman yang kembar tapi hanya dia yang OKU dan dengan berkat ketabahan dan kerajinan ibunya yang menjalankan terapi saban hari ( melatihnya berjalan) semasa saya pulang ke tanahair Qusai sudah boleh berjalan tanpa roda sokongan walaupun masih lembik , Alhamdulillah. Saya masih ingat setiap petang bila kanak-kanak arab lain datang bermain dengan mimi, kadangkala Qusai datang sambil merangkak menuruni tangga dari rumahnya turut sama ingin bermain walaupun percakapannya pelat sukar difahami. Jika ingin kembali ke rumah dengan pantas, kadangkala ibu saudaranya mendukung Qusai pulang. Saya lihat kasih dan sayang keluarga itu kepada Qusai tidak pernah berbelah bagi.
Qusai, 2 dari kanan di sebelah kembarnya Sobah, kanan sekali....
Bagi ibubapa yang punya anak istimewa , berilah perhatian sewajarnya kerana mereka juga seperti anak-anak yang lain malah mereka lebih memerlukan lebih perhatian penjagaan dan semuanya itu adalah dugaan dari Tuhan yang kita hambaNYA tidak dapat menidakkan nya.
Bagi ibibapa yang punya anak-anak yang sempurna sifat fizikal dan mental belailah mereka dengan penuh kasih sayang kerana mereka adalah amanah yang wajib kita jaga dengan sesempurna mungkin.
Iktibar buat kita semua di hari Jumaat yang mulia ini.....
Thursday, March 13, 2008
Projek Cuti....

apron baru yang colourful, yang lama hitam plain...
Mimi pulak balik je terus buat projek topeng devil yang dibantu oleh ayahnya hingga tidur malam tadi dia pakai topeng.

maskgirl........ tido pun pakai topeng..... nak yang custom made, taknak yang ready made.
Izzat bersama rakan-rakan bolanya pulak projek besi buruk untuk kumpul dana membeli bolasepak baru. Penuh besi buruk di belakang rumah. Ada ibu rakan Izzat yang dermakan 6 buah basikal lama dan yang lainnya dikutip dari sekitar perumahan kami. Nasib baik kereta ptoton buruk di sebelah rumah yang ditinggalkan oleh penyewa yang pindah awal Mac baru ni tidak diangkut oleh gang Izzat.Macam-macam projek budak-budak lelaki ni....

gang besi buruk cuti sekolah.... jangan cabut pagar rumah orang dah lah...
Petang tadi cucu saya yang terbaru datang rumah.... sayang opah.... anak kepada anak murid saya yang singgah di rumah yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu baru berusia 24 hari Mohd Mabrur namanya... Kalau nak kira memang ramai dah cucu saya... cucu sendiri pun kalau ada rezeki akan muncul sebelum hujung tahun ini, InsyaAllah.

cucu terbaru..mohd mabrur...semoga mabrur hidup dan hajinya, InsyaAllah.

buku baru beli semalam..baru start baca...
buku yang dibeli darling untuk dibaca dalam flight esok.... balik kampung arab..
Salam cuti lagi buat semua.................. nak sambung baca dari beirut ke jerusalem....
Wednesday, March 12, 2008
MB Perak...Alhamdulillah.
Pasir Panjang state assemblyperson and Perak PAS secretary Mohamad Nizar Jamaludin was today confirmed as the new menteri besar of the state.The decision was reached after the Regent of Perak Raja Nazrin Shah met with the three nominees for the post this evening.
The other two candidates for the post were state DAP chairperson and Sitiawan state assemblyperson Ngeh Khoo Ham and PKR’s Behrang assemblyperson Jamaluddin Mohd Radzi.
Also decided today is that Ngeh would be made the deputy menteri besar (1) while an Indian candidate would be made deputy menteri besar (2).Earlier, the Penang state government has announced a similar multiracial arrangement for its top leadership.
Nizar will be sworn in as the new menteri besar at 4pm tomorrow.Under the state constitution, the menteri besar has to be a Malay Muslim, but there is a provision that allows the sultan to waive the requirement.
Of a total of 59 state seats, DAP controls 18 seats while PKR has seven and PAS six, making a total of 31. The remaining 28 are in the hands of BN.
Nizar apologised for causing some anxiety among the public in the late announcement of the post.“I would also like to give my assurance that all state decisions will be made collectively,” he told reporters.
mimi dan anak beliau yang bongsu di Amman...
saya dan isteri beliau.... terlalu lemah lembut orangnya...
Tuesday, March 11, 2008
Birthday, Kelab & Kelas





Monday, March 10, 2008
The Citizens Have Spoken......
Ditulis Oleh Kyodo
Sunday, 09 March 2008
KUALA LUMPUR, March 9 KYODO -
Malaysia's Abdullah posts worst gov't election showing in 40 yrs
Malaysians handed Saturday Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's ruling coalition its worst election showing in nearly 40 years, putting his personal political future in doubt and leaving his National Front coalition with only a simple majority in Parliament.
Before Parliament was dissolved Feb. 13, BN, the popular Malay acronym for the National Front coalition, held 90 percent of the seats in Parliament and control all but one of the 12 state legislative assemblies.
The results have stunned politicians and analysts alike as besides the opposition breaking the National Front's two-thirds majority in Parliament, it also will control the state legislative assemblies in Penang, Kedah, Perak and Selangor and continue its hold over the Kelantan state assembly.
Parlimen/ DUN

140 /305

23 /83

31/ 40
"Pada pendapat saya, beliau telah merosakkan Umno, memusnahkan BN dan beliau mesti bertanggungjawab," Malaysiakini memetik Dr Mahathir sebagai berkata dalam sidang akhbar selepas keputusan terburuk BN dalam sejarah - empat negeri jatuh di tangan parti-parti pembangkang, tidak termasuk gagal mengambil Kelantan.
Beliau menuntut Abdullah meletakkan jawatan sambil mengakui beliau telah tersilap melantik Abdullah sebagai penggantinya.
"Saya fikir beliau harus menerima tanggungjawab atas (kekalahan) ini. Beliau mesti menerima tanggungjawab 100 peratus," kata bekas Perdana Menteri.
"Saya minta maaf tetapi saya memang telah membuat pilihan yang salah (melantik Abdullah menggantikannya sebagai Perdana Menteri)."
( sorry, lambang BEBAS tu tak nak duduk kat tempat dia , puas dah alihkan supaya sebaris berbaris...maklumlah Bebas buat apa saja...hihihi !! )



