Sunday, March 23, 2008

MBMBMBMBMBMB ??????????

"Tulah , cepat sangat Abang Nuar ( darling saya ) lari balik Abu Dhabi , kalau tak lantik dia je jadi MB dan kak Ina jadi mak datinlah , " kawan saya , kak long mengusik saya semasa saya singgah di sebuah gerai makan di Bakau Tinggi pagi semalam .





" Kalau abang nuar tu orang teganu, memang dah layak dah ... kak ina kalau jadi mak datin tak singgah dah kat gerai ni, tak kenal dah kak long......hahahaha , " balas saya dan kami semua ketawa.





Itulah isu hangat ke mana saja orang di terengganu berjumpa dan berkumpul..... MBMBMBMBMBMBMBMB.

bakal Mb berbaju biru... macam tak jadi je....



Tup-tup malam tadi sewaktu menonton berita di TV3 suku , naik nama ADUN Kijal MAD Said diperkenan Tuanku Sultan menjadi MB yang baru ganti Pak Deris Jusoh . MAD Said yang saya sempat rakamkan gambarnya semasa melawat pusat undi yang saya bertugas pada hari mengundi tak pasal-pasal naik namanya. MAD Said terkenal dengan his bad reputation and behaviour......





Apapun pagi ni dia hanya diberikan surat /watikah pelantikan dan masih belum mengangkat sumpah dan dia telah dipecat dari UMNO........ oleh itu jawatan MB Terengganu masih kosong......

25 comments:

Neeza Shahril said...

Baru neeza teringat yang neeza pernah jumpa dia kat Klinik Rajan. Eh.. betul ke nama klinik tu. Masa tu neeza teman adik neeza nak jumpa dentist. Then dia datang. Wahh.. sedap aje, dia di bagi treatment dulu. Lepas tu, siap senyum2. Padahal masa tu neeza tak kenal langsung dia. Adik neeza je bangun salam sebab dia kenal.

Kak Rina tahu cerita ke, rumah kat tepi jalan atas bukit di Jalan Kijal tu dia punya? Lepas tu orang yang bertanggung jawab roboh kan masjid..

Rasanya Sultan lantik dia sebab nak kena kan dia kot.. hehee.. Wallahu'alam...

silversarina said...

neeza,

Memang dia suka sengih perasan , betul lah tu klinik rajan, dentist tu orang kuat MIC tapi dia friendly.

Dia memang samseng utama, rumah tu akak tau ada 20 bilik, 10 setiap tingkat untuk setiap bini dia tapi tak siap sampai sekarang sebab tukang rumah tu kata lantai dia asyik kena tukar tile sebab air dari bukit tu asyik meresap naik atas lantai... entahlah bumi tak terima dia kot, dan kes masjid bujal tu akak sempat ke tapak masjid masa lepas baru roboh, nangis akak sebab memang itu adalah masjid sebab dari kesan tinggalan runtuhan lantainya memang siap dibuat saf dari tile..

akak dan ramai orang lagi memang anti dia... biar p/raya semula pun bagus jugak.

zlaa said...

Datin Ina..oopss sorry, Kak Silver,

Kami orang luar pun teringin nak tahu siapakah akhirnya MB Terengganu. Tapi, dilemma betul ya kalau jadi Ahmad Said tu. Stress, kalau terima, kena pecat. Kalau tak terima, perintah Sultan. Buntu..buntu..

Mak Teh said...

Sarina, Adakah ini menunjukkan Ganu dah ketandusan orang-orang yang berkarisma dan layak ke kerusi MB ? Mereka yang nak dilantik ni satu kapal atau same brand je!

Kak Elle said...

oh masih kosong lagi ke jawatan tu?ok nanti saya suruh atok apply nanti saya akan jadi anak datok lak....hahaha

silversarina said...

salam zlaa,


Makin bertambah parah kes MB ni...tunggu je nak jadi apa.



mak teh,

dah tiba masanya kejahatan itu akan terkubur dan kebaikan akan menjelma, InsyaAllah... dengan kuasaNYA jua.


kak elle,


hahahahahhaha..kelakar betul.. kalau atok orang terengganu boleh jugak dicalonkan...baru hebat kak ella jadi anak MB :P

Anonymous said...

huh.. org lebih jahat menggantikan org jahat jadi MB.

elok le pilihanraya semula. pastu bagi PAS ambik balik ganu. abes cerita.

maklang said...

Tonggang langgang betul...biar ada pilihanraya semula...baru tau!

NURAZZAH8 said...

Allahu Akbar (3X)

tunggu saja masanya...

cikMilah said...

Roboh mesjid? Astaghfirullahal Azim...memang lah kemenangan yang tak di berkati! Janji Allah kian hampir!

KakRina, saya calonkan PakLang ; cik Abang MakLang jadi MB, boleh?....

Anonymous said...

em mcm2 cite psl politik nih...
pening da kpale kite pk kan...
nmpak sgt skrg ni di sane sini org gile kuasa, kan kak...

elok jgk pilihanraya balik...huhu

Neeza Shahril said...

mak neeza pun suka doctor tu.. tapi tak suka muka perasan tu. hehee..

pasal rumah tu, cam tu lah yang neeza dengar. Allah tak benarkan dia buat rumah atas tangisan orang misking. Tanah2 kat Kijal tu semuanya di rampas kan.. ramai yang dah dapat TOL (temporary CF. ye ke TOL hehee.. memandai aje neeza ni) hanya disebabkan yang dapat tu semuanya orang Pas. Dengarnya pokok2 cempedak yang subur kat situ, semua dia tebang. sekarang tanah tu tak tahu apa jadi.. senyap aje..

Kak Rina, dia ada ramai wife ke? yang tu takde sape cerita kat neeza.. tapi sayang, rumah buat juta juta (entah entah dah masuk billion kalaua asyik kena renovate aje..) tapi takleh duduk. Tak ingat ke dia Allah Maha berkuasa.. Nauzubillah...

Unknown said...

silversarina...:-)

bila saya nonton satu you-tube aksi yb mat perasan ni, terkejut sotong saya! bahasa yang dia guna di dalam dewan kalahkan bahasa samseng di belakang chow kit road. saya doakan anak2 saya tidak terjumpalah you tube itu, sbb tu juga saya tidak namakan link untuk klip video itu. sungguh kurang ajarannya....

pak deris tu pun terlalu banyak menyimpan rahsia penyalah gunaan wang petronas. patrick lim + kj + paklah menjadikan pak deris boneka dalam menuai duit petornas untuk mereka sendiri.
kisah mesjid kristal yg 10kali over-charged, dan kisah monsoon cup antara dua pembaziran dan salah guna kuasa. pihak istana mengetahui, sebab itulah tuanku menolak beliau sebagai mb.

semoga krisis ini terlerai dengan cepat.

buat pilihan raya baru - ok jugak.
semoga bulan yang terus terang di sana.

idham

Sue.Aleen said...

kalo mad said ni cerdik, dia pi angkat sumpah, pastu bubarkan dun.. silap2 mao ada by-election lagi sekali kat t'ganu ni.. masa penamaan calon kecoh, masa election kecoh (tragedi marang contohnya..), dah post election pun kecoh... what a shame!

silversarina said...

cikgu jawe,

saya pun suka kalau pilihanraya diadakan semula, biar masing-masing lihat pulak apa akan berlaku, kalut je kisahnya.



maklang,

macam tak sayang negeri je orang gannu ni, dah menang pun nak bergaduh rebut kuasa lagi :(



nurazzah,

Takbir !!! Semoga angin perubahan kembali bertiup ke sini.InsyaAllah.

silversarina said...

cikmilah,

Masjid Bujal dekat dengan kijal dalam DUN mad said, dalam youtube ada kalau you nak tengok , ramai yang kena tangkap jugak masa tu.memang tak de hati perut.


Tak pasti paklang asal mana, rasanya bukan terengganu..kalau ganu memang teramatlah layaknya , jadi isteri MB lah pulak maklang !!



manje,

orang gila kuasa ni bukan kisah apa jadi pada rakyat,kira dia dapat apa yang dihajati baru puas hati dia.



neeza,

isteri dai 2 , seorang yang jual perabut jati kat bawah the store tu , sorang lagi taktau keje apa, tu yang dia buat banglo besar sebab kira ada 2 rumah di situ.

Tanah tu sekarang ni masih belum tukar tangan lagi dan empunya tanah bina semula rumah yang dirobohkan tu dan dah ada yang tinggal di sana , katanya baru ni letrik pulak dipotong oleh TNB... memang macam-macam berlaku yang tak masuk akal..

silversarina said...

idham,

Kalau you tube yang semasa persidangan DUN tu, memang biadap dan samseng bakal mb terserlah, sikap dia memang macam ni, kalau makcik kat pasar kemaman ni kalau dulu biasa je dia datang dan sepak bakul sayur sapa yang tak de permit menjual.. pelik tu masih jadi pilihan ramai orang , dia menang banyak jugak di DUN kijal.

Rakyat Terngganu ramai yang tak gemar dengan sikap bekas MB yang suka menunjuk dan membazir sedangkan rakyatnya masih ramai yang miskin dan sejak dia jadi MB besut sahaja yang dimajukannya Pernah orang bagitau saya kalau nak kemaman maju cepat, kena tunggu MB dari kemaman, ha kini bakal MB dari kemaman, majulah kemaman nanti :P



suealeen,

Kekecohan yang dibuat sendiri oleh UMNO , sengaja cari pasal, sekarang bergocoh sesama sendiri, bala dari Allah.

Makcik Runner said...

kesimpulannya - kebanyakan politicians kat parti dacing tu banyak yg rosak akhlak dan tak leh pakai...isy isy isy

silversarina said...

kc,

taktaulah ramai mana yang korup tapi yang dah ada depan mata ni memang korup.

IKHWANI said...

subhanallah!
saya jer yang jadi katak bawah tempurung kisah md said ni...kalau macam ni lah perangainya, eloklah kita sama2 berdoa agar Allah tolak orang2 yang macam ni ataupun yang dulu - sama jugak sebab habiskan duit rakyat bukan untuk rakyat tapi utk kepentingan diri sendiri.

like masjid kristal tu 10x overcharged! mesti yang lebih tu di beri oleh "broker" contract!kalau tak silap the cost for that masjid is rm250 Million! berapa banyak kemajuan dah boleh buat dengan duit rm250-25 = rm225 mil!

kisah tanah yang mat tempe beli dgn harga rm2 sqft and jual balik rm22 sqft (bought by pkns) tu satu hal lagi!

betul cakap kak rina, kejahatan dan kezaliman tak akan lama!

silversarina said...

ondeonde,

Sejak akak balik dari Jordan memang nampak pembaziran di negeri ini , masjid kristal memang cantik tapi tidak boleh digunakan untuk solat jumaat sebab tiada mukim berpenghuni di situ. Memang dia mendabik dada kata dia banyak bina masjid tapi bertutup dan sekat macam-macam sedangkan masjid yang dibina hasil derma orang ramai dirobohkan atas dasar dibina di atas tanah haram, walhal dia yang ambik balik tanah tu yang telah diberi semasa kerajaan pas dulu. zalim nya mereka!!!

Zareda Norman said...

ohhh gitu ker attitude mat said ni, tak banyak info tentang dia.. tu pasal ler susah beno nak dapat pangkat dan kuasa.. Allah Tak izinkan kot..

silversarina said...

zareda,

orang ganu ramai yang tau perangai dia ni, memang samseng terkenal.

Lollies said...

saya nak hantar cv lah camni.

silversarina said...

lollies,

kalau terengganu mari... apply lah... I akan sokong paling utama :)