Friday, March 21, 2008

Panas oh panasnya.......

Dua tiga hari ni terasa panas labih dari biasa,mungkin dah di penghujung musim winter (tengkujuh) kat pantai timur ni. Langsir tingkap yang biasanya berbuai ditiup angin, saya lihat tidak bergerak lagi..emmm tiada angin bertiup , patutlah makin panas dibuatnya.


Saya baru lepas membaca entry baru sifu sulam yang kata Jakarta begitu panas dan humid yang menjadikan badan cepat letih. Agaknya memang global warming semakin memamah bumi dan usia bumi ini pun dah semakin hampir kepada penghujungnya .


Cakap pasal panas memang terdapat perbezaan di antara pantai barat dan pantai timur.Di pantai timur panasnya masih lagi kurang melekit. Kalau saya ke KL dan balik Ipoh memang sekejap sahaja badan dah melekit dengan peluh dan cepat letih . Mungkin kerana kedua-daunya adalah terletak di lembah yang menyebabkan haba panas tidak beredar dari persekitarannya dan ditambah lagi dengan kepadatan penduduknya serta banyaknya kenderaan yang menambahkan pencemaran udaranya ( KL terutamanya). Suami saya serta anak-anak yang mengikut gene bapanya yang resdung pasti akan bersin setiap kali masuk sahaja Kuala Lumpur , itulah tandanya udara di KL sudah teruk tercemar dan panas tak terkata.




Semasa dalam perjalanan pulang dari Jordan ke Malaysia September tahun lalu saya, mimi dan izzat transit bermalam di Abu Dhabi . Untuk ke hotel transit ( macam-macam terjadi nanti kalau lapang saya ceritakan kekalutan perjalanan itu !! ) , kami kena ambil bas di luar terminal . September di Jordans udah agak nyaman dan musim panas di Jordan pun tidaklah panas tahap ekstrim sebab ianya negara 4 musim . Apa yang saya alami di Abu Dhabi sesuatu yang di luar jangkaan.




Sambil menarik hand luggage saya bertanya kepada security arab yang bertugas di dalam terminal di mana patut saya tunggu bas untuk ke transit hotel. Dia sambil memegang slip info bas menuju ke arah pintu automatik terminal dan saya mengikutnya dari belakang dan sebaik pintu itu terbuka.....




" Wahhhhhhh , " saya secara spontan menyebut perkataan wah dengan kuatnya dan serta-merta spek mata saya berasap dan saya tak nampak apa-apa .




" What's wrong , Madam ? " pak arab itu seolah-olah terkejut dengan 'jeritan' saya.




" It's so hot !! , " jawab saya terkejut dengan tahap kepanasan yang melampau .




" Okay, you can wait inside ," pak arab tu berkata kepada saya dengan wajahnya yang agak kehairanan.




Memang saya begitu terkejut dengan betapa panasnya Abu Dhabi yang pada ketika itu baru jam 2 pagi . T-shirt yang saya pakai di dalam jubah pada ketika saya sampai di dalam bas ( satu minit berjalan je ) basah lencun dengan peluh dan muka usah kiralah punyalah berminyak. Begitulah panasnya di bulan September dan suami pernah bagitau musim panas di Abu Dhabi suhu sampai 50 darjah celcius atau lebih lagi ( kalau declare lebih dari itu kilang terpaksa ditutup sebab dikira darurat panas !! ) .




Saya pernah berkata kepada suami kenapalah agaknya masih ada manusia yang nak menghuni kawasan yang begitu panas .... manusia akan tinggal di mana sahaja asalkan boleh menampung kehidupan dan manusia adalah species yang boleh adapt dengan persekitaran walau di mana... sejuk atau panas......

26 comments:

Mak Teh said...

Salam sarina, Alhamdulillah! Lembah Kelang sedang mengalami rahmat yang di beri oleh Allah. Sejak kawasan ini beraleh angin keadaan cuacanya seumpama autum, sejuk dan nyaman. Angin yang bertiuppun sepoi-sepoi bahasa. Hujan ada juga pada waktu petang dan malam. Alhamdulillah Allah memberi Rahmatnya pada kami !

NURAZZAH8 said...

Ya, saya sokong Mak Teh (kami duduk satu bandar, dekat aja..)
Mmg betul spt kata MakTeh, di bandar kami spt mendapat Rahmat dari Allah. Setiap hari sebelah petang atau malam akan hujan, seakan-akan hendak mencuci segala perkara yg sebelumnya. cuaca pun tak panas sangat dan tak sejuk sangat...(yang sejuk nya kalau saya duduk kat office lah...apataknya pasang air-cond)
agaknya di Tganu cuacanya pun mengikut keadaan yg berlaku di sana...hehehe...merebut kerusi MB yang panas!

Ummi said...

Kak Rina,
Dad kata memang september panas sangat, keluar rumah je rasa macam duduk tepi aircond compressor panasnya. lagilah pulak ramadan di musim panas. memang mencabar betul. dad kata musim panas construction site diwajibkan tutup waktu tengahari sebab takut pekerja mati kepanasan.

Cat Cat said...

Kak Rina,
Betul ke Abu Dhabi tu panas gitu...??? Adik lelaki Cath baru bertolak ke Abu Dhabi two nights ago. He is being sent to work in this country by his company for 1 year. Big project dapat tender... But he's going back to Malaysia for his 2nd baby to arrive in May...

Sue.Aleen said...

jangan tak sangka.. kat malaysia ni pun ada tempat panas sampai cecah lebih 40 degree. kita pernah tengok kat grik...

Anonymous said...

Lina...sekarang ni kat tempat akak musim ujan...tiap2 petang hujan ...kadang sampai malam...sejuk...sedap tidur...

Hubby akak ada cakap jugak...kalau kat Dubai memang panasnya teramat lah melampau...sampai dia asyik duduk dlm hotel je...tak tahan...

silversarina said...

makteh,

wassalam makteh ,

Tak jerebulah kalau hujan setiap hari, itulah rahmat NYA .... sure nyaman..bestnya.Sini pagi pun dah panas .


nurazzah,

Betul jugak tu kan, smuanya kuasa Allah. Tapi pelik kat sini terus je panas yang melekit, pagi tadi keluar kejap , huhhh berpeluh dibuatnya , mungkin badan I ni banayk lemak kot...

apalah terengganu ni, dah 2 minggu pun tak de MB lagi.. masing-masing taknak mengalah, kalau hubby I orang Terengganu, boleh lantik dia je jadi MB...hehehe.

silversarina said...

ummi,

memang 'unsangkarable' kepanasannya... terkejut I ....

yelah kalau terus keje masa tengah panas terik memang boleh mati.. tempat panas macam tu pun pesat membangun..pelik :P


cat cat,

masa ni tak berapa panas lag, tunggulah start Mei tu dah panas dah... tapi don't worry memang orang luar saja kat situ, arab tak ramai mana , maknanya panas-panas pun masih jadi tumpuan manusia dari seluruh dunia.

silversarina said...

suealeen,

wah.. grik...lama betul tak pergi...panasnya ... kalau tak kena gaya memang demam dibuatnya bila panas sangat.



ladys,


hujan ni bawa rahmat sebab bagi sejuk jugak kalau hari panas.. I suka hujan tapi kalau banyak sangat takut kawasan rumah banjir pulak...

thanks for dropping by... cantik kristal2 yang kat your blog...nanti nak intai...hehehe.

cikMilah said...

Salam,
saya pun nak cakap macam Nurazzah8,cuaca T'ganu ikut panas macam isu Idris-Istana kot!he he he.
Kat Penang, 40 degree memang biasa lah kalau waktu panas. Tapi la sejak dua minggu ni,pagi cerah, hujan menjelang malam. Nyaman!Alhamdulillah.

Neeza Shahril said...

takut nak imagine kepanasan macam tu. Husband neeza datang sini in June and dia kata, panas sangat dalam bulan July and August.. sampai 50 C jugak kot.. Tapi, of course lah, tak declare macam Kak Rina cakap la.. nanti sebulan la nampaknya cuti hehee..

Tapi, kami pun mungkin akan hadapi benda yang sama. Neeza cuma harap, biarlah kami anak beranak dapat tahan... Insyaallah...

Zareda Norman said...

semasa zar buat umrah.. mekah dalam musim panas. ada sekali mececah 50 darjah celcius.. hidung berdarah, baju basah kering basah kering di simbah peluh dan kering semula kerana terlalu panas...

Sekarang ni di KL, setiap petang hujan, cuaca berkuap..

Kak Elle said...

kalau I di Abu Dhabi agak dah dapat heat stroke that I am prone to...bab tu I selalu balik naik cab after a bad experience macam takut nak naik train lagi masa pulang kerja.Tapi kebelakang ni kerja tempat baru I take choice but to take the train.

FabulouswithAs said...

hehe..aunty ina.nih mesti naek ettihd nih..transit abu zobi..hak3..terigt sye blk bln 9 rituh pon trnsit situ gak..mak oi panasnye..extreme hot giler1000...!sye mmg lgsg xkua hotel...!tgu bas dalam airport(ade aircond)bas smpai tros masok bas(ade aircond)..smpai hotel tros masok hotel(ade aircond)fuh!...pg besok tuh igt nkjln2 kan kt lua..adoi xlaratnye bukak tingkap jek bahang giler..lagi sanggop dok dlm hotel aircond!tapi abu zobi moden la..bgnn cantek2..terpukau gitu(yela nk banding ngn joden)...kete pon mhl2 jek..wuhuuu

zlaa said...

Kak Silver, I pernah tinggal di utara, I pernah tinggal di Pantai Timur, I pernah tinggal di KL. Yang I dapat simpulkan, tinggal di KL cuaca ok sikit compared to Utara dan Pantai Timur. Nak tahu kenapa?, bila KL panas, panas..tetapi, insyaAllah akan turun hujan sebelah petang. Tapi, udara memang kurang eloklah. Tak bersih macam tempat-tempat lain. Lain-lain tempat pulak, Panas..panas..panas.., hujan entah bila nak turun kecuali musim hujan. Tetapi semua tu kurniaan Tuhan.

Rumah Kuning said...

Sekarang ni,Kat Kelantan pun panas.Apa pun, pasti ada rahmat.Seronok baca blog ni...TQ

zino said...

kalau panas melampau tu kira dapat sauna free la..

kat KL sekarang ni selalu hujan .. petang hujan tapi sekejap je.. tak le sampai banjir dan jem..

blackpurple @ jowopinter said...

Dalam situasi sekarang, banyak tafsiran tentang 'panas' itu sendiri..:)

Nenek saya dulu-dulu, masa saya kecik-kecik, bila saya mengeluh panas, cepat-cepat dia kata, 'neraka lagi panas...!'

Anonymous said...

Ya, I gi Qatar 6 years ago bulan Ogos, summer.. memang, keluar aje dari bangunan... bahang kepala.. patutla org Arab rehat lunch time..

Anonymous said...

sama le kt kuala selangor nih. angin sejuk bertiup dari awal zuhur hingga senja. nyaman sungguh. kdg2 hujan juga awal pagi.

cuma hari ni agak panas waktu tghri tadi. tapi petang angin sejuk dtg lagi..

moga2 ni rahmat Allah kpd kami..

sekian laporan cuaca.

kembali ke sri pentas.. :)

Kaklong Syikin said...

salam,

eh, saya pun nak sokong kata2 makteh dan nurazzah, mmg sejak lepas pilihanraya lain mcm cuacanya..mcm yg makteh n kak nurazzah terangkan tulah, kt gombak ni sama keadaannya.

tak de khabar2 ke kak bila mb ganu nak dilantik? panas betul kerusi tu. harap2 depa hormati sapa juga pilihan Istana.

silversarina said...

cikmilah,

alahai ramainya cakap macam tu, akak jugakalah sedih sebab dahlah tak tukar gomen, MB pun tak de lagi :(



neeza,

InsyaAllah nanti boleh tahan panasnya cuma memang kena kurangkan aktiviti outdoor masa musim panas tu dan kena minum air banyak.Apapun ianya adalah pengalaman berguna untuk jadikan diri lebih tahan lasak.



zareda,

macamana lah buat umrah musim panas ye... tak pernah rasa lagi... samapi berdarah hidung , yelah sebab kita tak kat malaysia taklah sampai panas macam tu....

silversarina said...

kak elle,

kalau panas macam negara arab tu ,memang taxi laku lah, tapi kan kat jordan drebar taxi loghat sikit , air cond kedekut, jarang yang pasangkan air cond, bila suruh buka dia kata sayang gas habis nak ganti mahal, kalau musim sejuk pasang heater dalam taxi macam nak berasap ok pulak..memang pelik arab ni.



asma,

ha ah etihad yang pelik tulah sebb masa balik janji dengan pakcik jumpa di abu dhabi dan balik sekali ke malaysia , bulan januari 2007 makcik ada juga balik malaysia tapi masa tu abu dhabi sejuk , so, tak jangka pulak september tu panas teramat sangat , really shocked dibuatnya.. yelah kita di jordan yang panas sangat pun hanya di aqabah di musim panas , rasanya panas yang lain sekitar 40 an . itupun jarang jugak.... tapikan panas2 pun kat uae, berjalan and shopping jugak lepas tu, naik taxi dari hotel merayau habis, pakcik bawak...hehehe.

selamat petik bunga di musim spring ni... teringat bunga-bungaan kat abu nuseir tu :)

silversarina said...

zlaa,

mungkin dah terbiasa kat sini ikut musim I tak terasa panasnya sangat, tapi kangar setiap kali pergi memang rasa panasnya lebih dari kemaman.... sekarang ni you mesti best duduk negara 4 musim yang panasnya pun nyaman.... bestnya ..rindu.



cikgu panji,

tulah macam I cakap musim tengkujuh dah habis... rindu hujan dan sejuknya ... tapikan kelantan panas ke tak, aktiviti shopping berjalan seperti biasa , kalau I ke sana lah ..hihihi.



zino,

sauna free....berasap dibuatnya dalam baju dan jubah... nak pengsan dibuatnya.. ha ah ye kalau kerap dapat sauna free boleh kurus dibuatnya...hehehe.

MAMAMIA said...

Selalu dengar bila salji lebat, negara2 tu dapat cuti. 1st time dapat tahu kalau panas melampau pun, ada cuti darurat...

Alhamdulillah, pagi ni cuaca kat sini nyaman...

silversarina said...

bp,

'panas ' nya tak habis lagi di sini...manakan kucari MB yang entah di mana....

"neraka lagi panas " ..lama dah akak tak dengar ungkapan ni.. memang betul pun , kita mengeluh panas , takut pulak rasa... tq 4 the reminder.



hazia,


qatar samalah panas nya tu dengan uae, rasa letih sebab bahang nya macam you kata sampai ke kepala , rasa macam serba tak kena dibuatnya.


cikgu jawe,

Itu tadi laporan cuaca kuala selangor dari wartawan sambilan , cikgu jawe ..... kita teruskan dengan laporan cuaca di gombak bersama kak long syikin....



kak long,


laporan yang sama macam nurazah dan makteh buat akak sedih lagi, sianlah orang terengganu ni, serba lembap dibuatnya, MB pun tak de , nak lantik suami akak dia bukan orang terengganu....panas, panas, panas....hihi.