Saya dan Ketua Tempat Mengundi
vest dan kad MAFREL
Saya kemudian bergerak menuju ke tempat saya bertugas sebagai pemerhati pilihanraya di bawah badan bebas ,NGO MAFREL ( malaysian for free and fair election ) . Pusat pengundian yang saya bertugas terletak dalam DUN Kijal , Parlimen Kemaman. Sebuah pusat yang hanya ada satu saluran dengan majoriti pengundinya adalah petani dan bekerja sendiri.
Surat tauliah yang saya terima dari MAFREL dan SPR ( sukarela memohon sendiri untuk menjadi pemerhati mafrel) saya tunjukkan kepada ketua polis yang bertugas dan ketua tempat mengundi (KTM) yang membolehkan saya bergerak bebas di sekitar tempat pembuangan undi dan boleh mengambil gambar di mana sahaja kerana saya perlu menyiapkan laporan pemerhatian untuk di hantar ke ibupejabat MAFREL.
suasana mengundi jam 9- 11 pagi
suasana mengundi jam 3 - 5 pm
calon PAS DUN KIJAL... YM Ustaz Hazri...
calon BN DUN KIJAL, YB Dato' Ahmad Said...
Dalam jam 11 pagi tiba wakil calon pembangkang melawat pusat undi dan dia memberitahu SPR gambar MB yang ada di banner di luar pagar sekolah sepatutnya ditanggal kerana MB kini adalah care taker dan juga calon. Kecoh seketika bila pihak parti MB /care taker marah dan tidak mahu menurunkan banner tersebut. Begitu juga pasukan RELA dan anggota polis tidak mahu menurunkan banner tersebut dan mengarahkan wakil calon tersebut yang menurunkan benner itu sendiri. Sebuah lagi kereta peronda polis tiba bagi mententeramkan keadaan. Pihak SPR sememangnya tidak dapat keluar dari pusat undi kerana pengundian sedang dijalankan dan kakitangan yang ada hanya cukup untuk bertugas di dalam pusat undi. Akhirmya 'kes' ini terbiar begitu sahaja dan ianya pada saya sebenarnya tidak salah kerana bukan banner yang mempunyai lambang parti dan banner tersebut telah berada di pagar sekolah sejak sekian lama ( banner gambar MB dan gambar pengarah pelajaran negeri Terengganu ).
bangsal panas BN
bangsal panas PAS
menanti ' kes' diselesaikan...
suasana di luar pagar sekolah.... RELA membantu
Majoriti pengundi adalah orang yang tinggal di kampung tersebut dan yang keluar mengundi adalah 87.7 % dan unit peti undi ini BN menang besar dan DUN juga dimenangi BN ( BN menang semua 4 DUN di Kemaman).
12 comments:
Ayooyoo! Tol sapa mau jaga ? Hehehe
Kak Rina, Mat Said menang lagi kan. Dengar kata pengaruh dia kuat di F*ld* Sr* B*n*i tu... :(
makteh,
itu tol kasi tutup lah, itu samy mau jaga itu estet juga.... sian lah dia...hehehe...
neeza,
dia datang senyum je , macam dah tau dia menang.. memang felda tu kuat dan padang kubu juga... semalam sembang dengan orang tempatan ,mereka terhutang budi dengan mat said sebab dapat jual hasil tani dengan laris di bawah mat said...
Wah! tengok pemerhati Mafrel tu pun naik gerun... Takut-takut tersilap pangkah!
ooo gitu ke? hmmm.. tapi rasanya orang kat pasar tak berapa suka dia. tak tahu lah kalau dia dah berubah.
Ustaz Hazsri tu kan Kak Rina, selalu datang rumah Mak Neeza.. dengan wife dia la.. Ustazah apa dah nama. Tak ingat la pulak. Tapi, Neeza tak pernah jumpa dia sebab selalu kalau dia datang, neeza mesti kat dalam bilik dengan anak2... Tak sangka dia masuk calon tahun ni..
zlaa,
hahaha...sapa berani lawanlah petugas mafrel...nak kena ni :P
neeza,
orang pasar memang nyampah kat mad said... ustaz hazri tu akak mula kenal di mekah tahun 1995 masa dia jadi presiden pelajar di cairo, kebetulan pergi umrah jumpa dia, isteri dia ustazah marsila pun rapat dengan akak dan keluarga . memang baik orangnya....tak de rezeki nakjadi YB.
Syukur. Segalanya berjalan dengan baik. Bagus juga ada Mafrel ni.... :)
wartawan kelip2 dengan lapuran dia hehe
wah puan rina wartawan kelip2 bertugas sempat mengambil gambar sekitar eh?
nice job...!bagus lah sis rina ni..rajin join kerja2 mcm nie kan..sy kalo takde anak susu cap gantung nak gak merasa pengalaman sebegitu..cayalah sis!
blackpurple,
ha ah betul tu. Bagus jugak ada yang menjadi pemerhati sebab nampak petugas spr dan semua yang di situ begitu berhati-hati sehingga hujan lebat pun dia tak bagi pengundi turun/naik depan pagar... akak pulak kata hujan oklah sebab memang kesian basah lencun datang mengundi... kena juga ada budibicara dalam kes=kes tertentu.
zino,
kini wartawan kelip-kelip dah naik pangkat ( belum keje dah naik pengkat ) dah bebas ke sana-ke mari jadi pemantau :)
kak elle,
tugas dan permit hanya untuk sehari dan bertugas kembali 4 tahun lagi atau bila ada pilihanraya lagi, ikut keadaan... wartawan tak bergaji....hehehe.
tulipurple,
memang seronok dapat pengalaman memantau ni, dapat jugak kenal masyarakat setempat, ada yang ingat akak dari KL dan dihantar oleh kerajaan untuk memantau, calon-calon tau ada mafrel dan kedua-duanya siap tanya akak semuanya adil ke tak... ADIL :)
Post a Comment