Pagi tadi semasa di dalam kereta menanti Izzat membeli peralatan sekolah di Tumas Manja, mata tertumpu kepada sepasang suami isteri yang keluar dari pasaraya itu dan isterinya menolak troli barangan yang dibeli dan suaminya pula menolak kerusi roda yang di naiki oleh seorang kanak-kanak perempuan yang rasanya seusia dengan mimi, 5/6 tahun. Kemudian si suami mendukung kanak-kanak itu dan meletakkannya di tempat duduk belakang di dalam toyota unser . Sementara itu si isteri memasukkan barangan yang dibeli dan kemudian melipat kerusi roda dan dibantu oleh suaminya meletakkan kerusi roda itu di tempat barang. Si suami terus ke kerusi pemandu dan si isteri duduk di kerusi belakang bersama kanak-kanak tersebut.
kasih ibu... gambar hiasan....
gambar hiasan... alat ini yang Qusai gunakan semasa terapi
Saya kembali teringat kepada Qusai , anak jiran arab saya di Amman yang kembar tapi hanya dia yang OKU dan dengan berkat ketabahan dan kerajinan ibunya yang menjalankan terapi saban hari ( melatihnya berjalan) semasa saya pulang ke tanahair Qusai sudah boleh berjalan tanpa roda sokongan walaupun masih lembik , Alhamdulillah. Saya masih ingat setiap petang bila kanak-kanak arab lain datang bermain dengan mimi, kadangkala Qusai datang sambil merangkak menuruni tangga dari rumahnya turut sama ingin bermain walaupun percakapannya pelat sukar difahami. Jika ingin kembali ke rumah dengan pantas, kadangkala ibu saudaranya mendukung Qusai pulang. Saya lihat kasih dan sayang keluarga itu kepada Qusai tidak pernah berbelah bagi.
Qusai, 2 dari kanan di sebelah kembarnya Sobah, kanan sekali....
Bagi ibubapa yang punya anak istimewa , berilah perhatian sewajarnya kerana mereka juga seperti anak-anak yang lain malah mereka lebih memerlukan lebih perhatian penjagaan dan semuanya itu adalah dugaan dari Tuhan yang kita hambaNYA tidak dapat menidakkan nya.
Bagi ibibapa yang punya anak-anak yang sempurna sifat fizikal dan mental belailah mereka dengan penuh kasih sayang kerana mereka adalah amanah yang wajib kita jaga dengan sesempurna mungkin.
Iktibar buat kita semua di hari Jumaat yang mulia ini.....
10 comments:
Neeza ada adik istimewa Kak Rina. Adik bongsu Neeza dah umur 22 tahun. Nama dia Firdauz. Kami panggil Afir. Dia manja sangat. Disebabkan dia istimewa, mak ayah neeza tatang dia lebih dari yang lain. Dia down syndrome sejak lahir lagi. Doctor dah tahu masa dia lahir. Kami tak tahu sebab tak boleh beza muka budak down syndrome masa lahir. Tapi, bila besar, muka diorang sama saja.
Adik Neeza boleh jalan. Cuma, dia tak reti membaca. Parents neeza hantar dia ke sekolah khas di Mak Chili. Tapi, the teachers tak qualified... so the students there macam tak belajar apa pun...
Bila baca entry kak Rina ni, neeza ingat adik neeza tu. Rindu kat dia.. Nanti, kalau neeza pergi swimming pool tu, neeza singgah rumah kak Rina bawak dia. Insyaallah...
Orang kita kalau ada anak istimewa, sellaunya mereka sorok kat rumah tapi sekarang keadaan dah berubah.. anak istimewa akan diberi pendidikan dan peluang yang sama.. Alhamdullillah..
Zar pun tak tahu setakat mana kekuatan dan ketabahan zar untuk menjaga anak istimewa.. Hanya Allah Yang tahu. Tapi dugaan dan cabaran ni, selagi kita mampu menanggungnya, selagi itu kita diuji..
neeza,
ooo ye ke.... sekolah kat mak cili tu memang ramai jugak kanak-kanak istimewa pergi belajar tapi akak tak pernah melawat tempat tu . Selalunya kalau kanak-kanak ini boleh berdikari sikit , mudah jugalah tugas ibubapa di rumah, yang tak mampu bergerak tu yang paling kasihan. kena banyak bersabar.
Nanti bawaklah family neeza singgah rumah akak ye.
zareda,
ha ah betul tu. Kalau dulu langsung tak dibawa keluar rumah dan malu nak mengaku ada anak istimewa, kasihan bila mereka dah dewasa dan ibubapa makin tua, sapalah yang sanggup jaga...
Pahala besar pada ibubapa yang sabar dan tabah menjaga anak-anak ini.
Rina mmg istimewa anak2 yg cacat,mereka ada keistimewan sendiri.
Dulu pernah saya buat charity work in one the homes for desitute ... saya tak sampai hati lihat mereka,rasa sedih ada rasa takut pun ada....kau yg istimewa!!
terima kasih diatas peringatan ini akak...
memang utk ibu yg ada anak istimewa memang cabaran diaorang kuat... tapi like akak ckp..kalau depa redha diatas ketentuan... akan lebih mudah dia menerima keadaan anak dia beserta keistimewaannya...
Semoga Allah membantu mereka..
owh. aku mengajar kt sekolah yg ada kelas khas. kelas yg menempatkan kanak2 istimewa ini. buta, bisu, autisme, down syndrome, hyper active dn lain2 kecuali lumpuh.
sgt sayang mereka semua lbh dr budak2 normal. sebab mereka le ahli2 syurga kelak.
suka juga manja2 gitu budak2 tuh.
Dulu kami ada jiran yang ada seorang anak istemewa. Kami panggil dia Ewin. Mas tu umur dia dah belasan tahun. Dia akan meniarap atas lantai dan berguling-guling bila bermain dengan anak-anak kami yang masa tu babies lagi. Sekarang dengar-dengar Ewin yang berada di UK sebab keluarga dia berpindah kesana 15 tahun dahulu sudah pandai kendali diri sendiri (kendari?) Keluarganya amat sayang akan dia.
kak elle,
untung akak dapat mengenali mereka ... saya pun kalau nampak kanak-kanak istimewa ni memang rasa sebak, tapi itulah takdir.
anne,
tak siap sangka semua ini akan berlaku. nak tak nak kena laluinya kerana ini adalah ujian dan dugaan dari yang maha esa.
timakasih sudi singgah !!
cikgu jawe,
saya pernah terfikir macamana nak jaga dan layan mereka yang istimewa ni .. untung cikgu ada pengalaman dengan mereka, paling tidak TLC yang diberikan itulah yang paling utama.
mak teh,
bisanya ibubapa yang perpendidikan takkan biarkan anak-anak ini terbiar tanpa asuhan dan tunjuk ajar demi kebaikan masa depan mereka juga, yelah bila ibubapa dah tiada siapalah yang akan menjaga mereka , jika boleh berdikari ok lah jugak. anyhow, saya berdoa semoga mereka semua dipermudahkan urusan hidup .Amin.
Post a Comment