Tuesday, March 18, 2008

Syahdunya tiada bandingan.....

Setelah membaca buku Travelog Haji tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim saya telah dua kali bermimpi mengunjungi Baitullah di Mekah . Malam Ahad lalu kisah Prof Kamil ini disiarkan dalam saluran astro oasis ,Iktibar dari Tanah Suci, sekali lagi hati saya terharu dan perasaan rindu tidak terkata untuk kembali ke sana. Kemudian semalam semasa berchatting dengan anak saya Sofea, dia juga mengatakan dia bermimpi ke Mekah dan nampak Kaabah....

Bukit Uhud....




Bukit Rahmah





Izzat dari atas Jabal Rahmah...




Perjalanan ke tanah suci adalah satu perjalanan yang mempunyai tarikan dan pautan hati yang amat kuat yang tidak dapat diterangkan dengan kata-kata . Ianya semua datang dari hati yang sukar dimengertikan, hatta kanak-kanak yang berusia 3 tahun ingin kembali ke sana jika ditanyakan samada dia gembira ke sana lagi. Perjalanan yang amat berkait dengan iman dan ibadah , satu perasaan yang tidak diperolehi di mana-mana di atas muka bumi ini. kalau boleh ingin rasanya tinggal beribadah di situ selama-lamanya.


Di Jamrah..tempat melontar...


hadapan Makam syuhada' perang Uhud




sofie bersama opahnya....tengah jalan masa tayar pancit si salah satu bas ....




Hairan pun ada kerana di sana kerajinan beribadat melampaui kemampuan saya sendiri, amat rugi jika tidak berjemaah di masjidil haram dan masjid nabawi.Setiap detik ketika di sana hanya khusus kerana Allah swt.



masjid Qibalatain/dua kiblat


zaid dan rakan-rakan... dalam ihram semasa perjalanan dari madinah ke mekah



Bila kembali ke tanahair, sifat rajin itu semakin pudar dan pudar. Pernah saya memberi alasan bahawa semasa berkunjung ke tanah suci , tumpuan boleh diberikan sepenuhnya kepada ibadat khusus kerana segala keperluan harian yang lain tidak perlu dilakukan , semuanya telah tersedia.



Sebenarnya apa sahaja yang dilakukan di mana sahaja sekiranya dengan niat ikhlas hanya kerana NYA, semuanya dikira sebagai ibadah.



Walaupun darling saya telah lama digelar Haji oleh rakan sekerjanya (??? ) namun hakikatnya hati saya masih mengharapkan agar kami semua berpeluang mengerjakan haji ke baitullah satu hari nanti, InsyaAllah.


(semua gambar diambil semasa umrah 1997 )

15 comments:

Ummi said...

Sungguh benar kata-kata kak Rina. Hanya yang pergi sahaja mengetahui dan merasai perasaan yang susah nak diungkap dengan kata-kata. Sekali pergi hendak lagi. Bila balik semangat berkobar2 untuk beribadat tapi hanya mampu untuk bertahan beberapa bulan. Apabila ditemukan balik benda2 duniawi semangat itu semakin pudar.

Kita sama2 berdoa semoga semangat itu pulih kembali dan sentiasa marak seperti api.

Eh bermadah pulak ummi hari ini..

ROFI said...

Thanks for sharing this Kak Rina.

Neeza Shahril said...

seronok neeza tengok gambar gambar yang Kak Rina post ni.. memang menyusup ke dada rasanya... bila kat sana, terasa sangat dekatnya. Tapi neeza tak pernah pergi lagi. Insyaallah.. nanti neeza sampai sana... :)

MAMAMIA said...

At least K.Rina dah rasa manis & syahdunya... Saya masih belum ada rezeki menjejak kaki ke sana. Tiap kali tengok Iktibar dari Tanah Suci, makin meronta hati ni nak melaluinya sendiri. InsyaAllah, hajat ni sampailah hendaknya.

NURAZZAH8 said...

ALhamdulillah rezeki kami dapat menunaikan haji pd musim haji yang lepas. Bila tgk gambar2 yang Ina letak tu, dah byk bezanya..(ialah dah 10 tahun berlalu)..terutama tempat melontar di Mina tu... sekarang ni ketiga-tiga Jamrah sangat besar, setiap satu bentuknya spt sebuah sampan, panjang, dan sudah 3 tingkat... masih dlm pembinaan lagi 2 tingkat..dan sekarang sudah teratur iaitu semuanya one-way, pergi sehala, balik ikut jalan lain, macam highway gitu... tengah-tengah ada pagar(macam divider kat highway tu) dan ramai polis Arab yg menjaga di sekitar kawasan melontar....jadi orang tak boleh sesuka hati nak lintas. Perjalanan semakin teratur dan kemungkinan utk berlaku pertembungan tiada(seperti peristiwa tahun 1991 dulu).

So far, ALhamdulillah kami cuba kekalkan segala amalan yg dilakukan di sana, terutama dalam melakukan amalan-amalan sunat. semoga kami Istiqamah dalam perjuangan ini. Mmg tak boleh jadikan kesibukan didunia ini sbg alasan, cuba amalkan solat di awal waktu, walau sesibuk mana sekali pun...
YaAllah, betapa hati ini merindui utk kembali ke tanah suci, utk dudk beribadat di mesjidil haram, menghadap rumah Mu iaitu Kaabah. Sungguh syahdu apabila berada di hadapan rumahMu...hinggakan sebutir-sebutir airmata ini gugur tanpa disedari... berdoa agar Engkau ampunkan segala dosa-dosaku,Engkau tetapkan imanku agar sentiasa berada dijalanMu yang benar...
Begitu juga semasa di Mesjid Nabawi, semasa berkunjung ke Raudhah... seakan tidak percaya bahawa dihadapanku itu ialah tempat bersemadinya Rasulullah saw dan sahabat, Rasul yang selalu dibaca kisah sejarahnya dalam buku2 agama disekolah dan dlm majlis2 agama, Rasul yang kita ucapkan dalam kalimah syahadah, Rasul yang kita sanjungi...MasyaAllah...
Masih terbayang di mataku, segala-galanya... mmg Ina, sekali pergi rasa tak puas... hanya mereka yg sudah pergi sahaja yang faham perasaan ini...
Balik sahaja, sudah beritahu hubby, kita daftar semula secepat mungkin, dan mula kumpul duit utk pergi kembali... sebelum umur semakin meningkat dan tenaga kita masih berupaya melakukan ibadat tanpa menyusahkan orang lain..
InsyaAllah ... jika ada rezeki lagi, dan jika mendapat jemputan dari Allah semula, kami mahu ke sana lagi...

Pondok Al Imran said...

Rina, saya tak pernah sampai lagi, tapi dah lama daftar nak buat Haji, InsyaAllah sebelum buat Haji, plan nak buat Umrah dulu. Bila baca kata2 Rina, rasa nak pegi sangat, mudah-mudahan tercapai hasratku ini

Mak Teh said...

Insya-Allah akan tercapai cita-citamu. Pergilah sewaktu umur semuda mungkin. Kesihatan kita akan memberi kesan kepada ibadah kita terutama sewaktu malakukan kerja-kerja Haji.

silversarina said...

ummi,

pergi ke sana memang seronok beribadat, nak jadi macam tu di sini yang setakat ni tak jadi, ada je alasannya .



rofi,

thanks for reading:)



neeza,

adalah peluang ke sana nanti sebab dah dekat sangat dag tu, untung nanti dapat buat haji di usia muda, InsyaAllah.

silversarina said...

mamamia,

InsyaAllah kita sama-sama berdoa agar kita semua berpeluang ke sana satu hari nanti mengerjakan haji.



nurazzah,

sebak bila baca komen you ni. Tak boleh nak bayangkan macamana musim haji dengan manusianya yang berjuta yang datang hanya kerana mencari kasih dan cinta Allah Rabbul Alamin....



pondok al imran,


pergiah bila berpeluang, rasai kesyahduannya .



makteh,

terimakasih makteh... plannya ada tapi tahunnya tak tahu lagi, belum ada rezeki lagi buat masa ni .

Anonymous said...

kak rina
pilu zar baca entry kali ni. Ke Baitullah.. sapa yang boleh melupakannnya... zar sendiri setiap masa masih rindu nak kesana lagi.. tak boleh nak gambarkan perasaan berada dekat dengan Rumah Allah.

InsyaAllah ada rezeki memang berhajat nak kesana lagi sekeluarga..

silversarina said...

zareda,

sebak dan sungguh terharu , bila nak tinggalkan tanah suci tak dapat tahan airmata bercucuran sebab taktau bila akan sampai ke sana lagi... :(

cikMilah said...

thanks kakRina and NUrazzah8 for sharing...berderai ayaq mata, shahdu dan rindu jugak.

silversarina said...

cikmilah,

teringat kisah ke sana memang tak boleh tahan sebaknya.

cikdinz said...

saya teringin sgt nak pergi umrah...

silversarina said...

cikdinz,

insyaallah sampailah ke sana suatu hari nanti.