Thursday, March 27, 2008

Bila Rindu

Semasa di Jordan saya kenal seorang pemuda Malaysia yang dulunya bekerja di Jordan dan hingga kini masih lagi di sana setelah masuk 10 tahun tidak pernah pulang menjengok keluarga di tanahair. Bukan dia tidak rindu kembali ke Malaysia tapi disebabkan beberapa masalah besar yang bersangkut paut dengan visa di sana dia tidak boleh kembali ke sini selagi segala urusan visa belum selesai...kasihan melihat dia tak kenal jemu berusaha agar masalahnya selesai , namun hingga kini tiada berita gembira yang diterima.

Di pasar borong kemaman sebelum saya ke Jordan saya baisa membeli sayuran kampung dan ulam-ulam dari 2 buah gerai yang pada mulanya saya sangkakan penjualnya adalah anak beranak. Rupanya penjual yang lebih muda adalah warga Indonesia yang telah menetap di Malaysia selama 13 tahun . Bila saya bertanyakan adakah dia pernah pulang ke kampung halaman selama itu, dia nampak sedih dan katanya dia tidak pernah kembali ke sana kerana dia , suami dan anak-anaknya tidak mampu untuk kembali ke sana buat masa itu. Bila saya kembali ke pasar itu bulan lalu saya dapati hanya makcik yang lebih tua sahaja yang masih berniaga di situ. Saya tanyakan makcik tu di mana kakak Indonesia tu, makcik itu menjawab yang kakak itu telah pulang ke Indonesia bersama suami dan anak-anaknya.

Rakan saya juga dari Perak pelajar TKC telah tinggal di US sejak tahun kami melangkah kaki ke sana dahulu , 1983 .. bermakna 25 tahun telah berlalu dan dia masih lagi di sana, berkahwin dengan lelaki mat saleh dan bekerja di sana. dalam kes dia ni saya rasa memang dia sendiri yang tidak mahu kembali menetap di malaysia kerana memang cita-citanya sejak dari mula lagi mahu berboyfriendkan mat saleh ( dan dia dapat suami mat saleh ) dan mahu menetap di sana. Saya dengar dia ada kembali 3 kali sahaja ke kampungnya dan ketika saya ke DC tahun 2001 saya ada menaliponnya dari hotel di Alexandria yang keluarganya bagitau adalah tempat dia tinggal, namun voicemail yang saya tinggalkan tidak berjawab hingga akhir.

Saya paparkan 3 kisah di perantauan yang pada saya satu perasaan yang berbelah bagi..saya suka tinggal di luar negara namun untuk terus menetap hingga ke akhir hayat jawapannya adalah TIDAK... perasaan rindu bukan sahaja dengan manusianya, saya juga rindu pada alam semulajadinya ... Saya pasti dalam ketiga-tiga kisah di atas pasti ada terselit perasaan RINDU untuk kembali ke tanahair yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.....

zwani.com myspace graphic comments
Funny Picture Graphic Comments

19 comments:

Ummi said...

Hmmm susah nak cakapkan bila teringatkan kampung halaman.. i bet dad and abang nuar pun mesti asyik teringatkan wife and anak2..tapi demi mencari rezeki dikuatkan juga semangat.. betul tak kak rina?

silversarina said...

ummi,

Memang demi kami jugak hubby masih nak jugak bekerja di sana, banyak lagi komitmen yang perlu dibereskan, hubby ada kata dia akan kembali ke sini bila sampai target dia... adalah sampai umur dia berapa tahun??? dia akan kembali bekerja ke tanahair...

tengoklah gambar baru I letak kat entry ni... hehe.

cikMilah said...

tempat jatuh tak sama dengan tempat bermanja, kan.
Opocot! terkejut beruk tengok gambar tu,ki ki ki

Makcik Runner said...

hisyy, buat orang terkejut je nengok gambaq tuh...ingatkan kut lawa ke orangnya...hehe

citer #1 & #2 mmg sedih baca tapi yg #3 tu tak dapek lah eden nak nolongnya. mmg dia nak jadik mem salleh kat sana, ntah2 lifestyle pun dah macam org sana kut ngan american slang lagi? yaa ampun! tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat membesar....

Neeza Shahril said...

kami duduk di sini untuk mencari rezeki kak Rina. Kalau boleh nak balik Malaysia 2 @ 3 kali setahun. Lagi kerap lagi nak. Tapi apakan daya.. banyak constraint kan. Ada somebody yang neeza kenal.. kat sini la, dia kata, dia tak nak balik malaysia (for good) lagi dah. nak menetap terus kat sini. Kalau balik pun, macam ziarah aje la. Kami terkejut jugak dengar. Tapi, tak tahu lah.. mungkin mereka ada agenda lain kan... Wallahu'alam..

Mama Rock said...

same here...i love my life in the USa and when we moved to Dubai...but nothing beats kampung halaman especially now that i want to grow old gracefully :)

Zareda Norman said...

adusss kak rina, rasa nak pecah perut tengok gambar tu.. hehheheh

kak rina
memang lah.. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.. bagi zar sendiri ler.. memang suka nak berjalan dan melihat negara orang tapi hati dan jiwa tetap sayangkan kampung halaman.

lagipun hujan emas negeri orang hujan batu negeri sendiri, baiklah negeri sendiri..

IKHWANI said...

kelakar lah gambar akak letak ni! hehehehe...

kami tak pernah lagi merasa dok kat tempat lain selain malaysia..so tak tahu lah nak komen macam mana..

ini kan dok KL pun rasa nak balik dok kampung, apa lagi dok kat luar.

Kak Elle said...

Nothing like home kan rina?

simah said...

hahahahaha comelnya gambar yg akak letak tu!! hahaha lekakar la akak ni! :0)

ada pepatah kata....

hujan emas di negeri orang..hujan batu di negeri sendiri... lebih baik negeri sendiri...

saya rasa kalau ada orang tak rindukan tanah air sendiri.. memang lupa daratan betul orang tu... sebab bila one is brought up kat dalam satu culture tu... memang dah darah daging...cara hidup tu memang tak boleh dilupakan...

tapi dah 8.5 tahun duduk di negara orang ni kan akak...saya menyedari satu benda...

tahan tumpah tetap menjadi sebahagian darah daging... kalau ada rezeki.. memang nak jenguk negara sendiri sekerap mungkin... (mcm saya dah 5 thn tak dapat jenguk...tapi insyaAllah tak lama lagi akan dapat jenguk)...tapi tanahair tetap dalam hati...

cuma saya rasa...happiness is where ur heart is...

mcm saya.. dimana suami..di situ la saya... walaupun serindu mana saya kat semua di mesia... kebahagiaan saya akan tetap disisi suami... dulu syurga di tapak kaki ibu...sekarang syurga ditapak kaki suami...

Anonymous said...

assalamualaikum kak rina...

huhu terkejut manje ngan gmbr tu...
tgh syahdu2 baca en3 nih psl rindu tetibe tekejut huhu...

mcm2 sbb kenape org nk terus menetap kt luar negara... klu mencari rezeki lebih ok la... tapi jgn smpai da takmo blk lg...

mcm sepupu manje dia nk dok kat luar negara kerana nak capai target dia jd jutawan... huhu... tapi sian kat mak dia rindu gile kt dia di sana... ntah la...da dia sendiri ckp tak nk balik...org len da puas nasihatkan tapi dia ttp tak nak balik...

zino said...

oo pocot.. hehe

silversarina said...

cikmilah,

seronok duduk jauh tapi akhirnya nak balik jugak.

cute kan orang tu :P




kc,

ehhh pada puak tu, dia lah yang paling cantik , tu yang jadi model..

#1 tu memang kesian sebab nak balik tapi tak boleh , harap dapatlah diselesaikan masalah dia segera.

#3 rasanya memang dia nak menetap di sana, taktau apa jadi sekarang, ada adik dia dalam TV jadi pengacara, ingat nak contact dia nak tanya kakak dia masih di sana lagi ke tak... kalau I rajin lah nak busy body.hihih.



neeza,

kalau duduk sebentar kira oklah, itupun macam kata neeza cuti je memang nak balik... masa akak mula duduk jordan memang plan nak duduk lama kalau boleh nak hijrah tapi hati ni tak cekal, nak jugak balik tapi kalau ditakdirkan dapat duduk kat mana-mana negara lagi memang akak nak pergi tapi akan balik jugak ke tanahair.

silversarina said...

mama rock,

I best sekali duduk US, entahlah mungkin kalau I duduk US tak nak balik dah rasanya.

mama rock mana tua lagi...... boleh lagi nak merantau :)



zareda,

jangan ketawa sangat sebab dia ni model terkenal. satu cyber world kenal dia tau...hihi.

betul apa yang you cakap tu, best kalau duk negara orang tapi bila bertembung budaya dan adat resam biarpun satu agama, masa tu memang rasa nak balik sangat.. memang baik lah di negara sendiri.



kak elle,

ha ah betul tu, biar susah sikit dan tak berapa 'mewah' di sini namun di sinilah tempat tumpahnya darahku.

silversarina said...

simah,

memang akak nak tunggu apa orang yang berkahwin dengan orang luar akan komen... sekarang akak faham. Yelah bila dah berkahwin dan telah faham apa akan dilalui selepas itu sudah tentunya tempat simah adalah di sisi suami... rasa rindu memang tak boleh lari, tapi dengan adanya pelbagai teknologi terkini, dunia ini semakin kecil dan mudah berhubung.

Dalam kes simah ni di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.. semuanya demi kebaikan bersama..

anyhow, welcome back musim panas ni.... tentu happy sangat tu .

silversarina said...

manje,

orang mencari rezeki di luar negara dah jadi trend, semua itu demi kebaikan keluarga masing-masing, namun bila tiba masanya hampir semuanya akan pulang kembali ke tanahair.

Tentang sepupu manje tu, memang kalau belum samapai target biasanya orang takkan balik, tapi mungkin dia dah selesa di sana dan merasakan tak perlu lagi untuk kembali... pendek kata bagi sesetengah orang tak kira di mana asalkan dia bahagia.



zino,

ehh melatah pulak, ingatkan terpikat dengan senyuman manisnya tu..hihihi.

MAMAMIA said...

Masa belajar kat Uk dulu, rasa rindu pada keluarga & kampung memuncak bila time tak sihat...

Sekali sekala rindu kat gerai goreng pisang panas. Esp time winter.

Cat Cat said...

Kak Rina,
Kalau Cath mampu, Cath nak balik ke Malaysia every 6 months... Kalau boleh, Cath nak pindah terus ke Malaysia... But what to do..?? Nak balik 4 orang mahal sesangat for every six months... We try to go back every year... So, our next coming trip in Jan 09... Yahoo...!!!

silversarina said...

mamamia,

I agree.. goreng pisang memang itu yang sering dirindui... balik ni I rasa paling banyak I makan adalah goreng pisang , tak jemu-jemu lagi hingga kini.



cat cat,

Akak faham macam you oklah nak terus duduk sana sebab kampung hubby adalah kampung you jugak , tapi sekali sekala memang kita nak jengok jugak tanahair and I'm sure Robert pun rindu jugak nak balik malaysia sekali-sekala...