Tuesday, March 11, 2008

Birthday, Kelab & Kelas

Selamat Harijadi ke 22 buat anakanda Zaid tersayang !!!!



Semoga hidup sentiasa diberkati Allah.Amin.



++++++++++++++++++++++++




Malam tadi diadakan jamuan makan malam dan penyerahan laporan pemerhati MAFREL di sebuah restoran di Kemaman.


Kami semua datang dari pelbagai latarbelakang dan profession termasuk, jurutera, pengurus besar , doktor, pendidik, ahli perniagaan dan surirumah ( saya ).



Pertama kali kami dapat berkenalan antara satu sama lain kerana sebelum ini kami tidak punya masa bertemu sambil beramah mesra. Pengerusi MAFREL terengganu turut hadir dan berkongsi pengalaman bersama ahli MAFREL dalam pemerhatian proses perjalanan pilihanraya baru-baru ini. Saranan kepada SPR akan diutarakan sebaik laporan penuh disiapkan oleh MAFREL. Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki walaupun pada dasarnya proses pengundian berjalan lancar .




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dalam kesibukan hari-hari terakhir sebelum hari mengundi saya sempat meluangkan masa bersama anak bongsu saya, mimi ke kelab puteri di kawasan perumahan kami untuk berenang/main air. Walaupun kelab hanya 1 minit dengan kereta dari rumah saya namun saya jarang juga berkunjung ke kelab . Dahulu kelab hanya dibuka kepada penduduk yang mendiami kawasan perumahan kami sahaja namun sekarang dibuka kepada sesiapa sahaja dengan sedikit bayaran .Telah beberapa kali mimi memujuk saya agar temankan dia pergi berenang , saya tunaikan juga permintaannya minggu lalu dan semalam pun pergi lagi sebab cuti ini kami tak berjalan ke mana.









Pagi khamis pula saya sempat ke sekolah tadika awlad sri cemerlang tempat mimi belajar untuk melihat kelas taekwando yang diikuti oleh mimi sejak sebulan lalu . selama ini saya hanya membayangkan bagaimana abang 'sir' yang mengajar anak-anak tadika mengendalikan kelas itu, adakah sir akan mengangkat kaki dengan betul dan tinggi atau sir hanya memanaskan badan sahaja. Bayangan saya silap. Sir dengan penuh tenaga menunjukkan bagaimana kaki harus diangkat dan tangan harus di genggam kemas dalam menyempurnakan bunga-bunga taekwando. Saya lega dengan kemahuan mimi menyertai kelas ini kerana saya mahu dia sedikit 'keras' dan tidak 'lembik' .









Cuti sekolah ini kami hanya bercuti di rumah kerana darling akan terbang pulang ke negara padang pasir minggu ini, InsyaAllah.



22 comments:

mommy said...

happy birthday to kekanda ku..
hehe
comelnye mimi pakai baju citando..
okla bljr taekwondo..keras ckit.. xdela lembik je,...( cam i nie..)hehe

Kak Elle said...

Happy birthday to Zaid:)

wah si kenit tu amek taekwondo bagus lah bolih jadi kuat nanti.

oh hubby ah nak pulang lama juga cuti kali ni kan?

SoFie NuR said...

comeynye mimi ngan baju 'citando' die...hehe..

hepi besday to my beloved bro...

Neeza Shahril said...

Happy birthday to Zaid. Semoga berbahagia dengan isteri tersayang... tak lama lagi boleh bagi Mama cucu pulak hehehe...

kak Rina, menariknya swimming pool tu. Kat Bukit Mentok kan. Rasanya neeza pernah pergi tapi dulu tak lah cantik cam tu.. dah renovate ke?

Ala comel nya mimi.. kecik kecik dah belajar Taekwondo. Takpe mimi, nanti kalau ada orang nak kacau, mimi pagi hiiaarghhh!!! sekali ye.. hehehe...

silversarina said...

princess,

dah bermisai abang kita tu kan...

mimi baru nak belajar melompat, macam kaka dia lah jugak, lembik canat !!

silversarina said...

kak elle,

mimi tu yang nak ambik kelas 'citando' katanya..hehe.

ha ah abang minggu ni baru nak balik, visa lambat siap..kalau dah arab, arab jugak :P

silversarina said...

sofie,

mimi kena jadi gagah macam kak sofie dia... nak kelakar tengok cara dia angkat kaki, lembik betul dia tu :P

silversarina said...

neeza,

kalau ada rezeki tahun dapat cuculah akak.... :P

cikgu pun kata kanak-kanak yang ikuti kelas taekwando lebih aktif dan berani dalam kelas, bila diaorang sebut "haahhh " cute sangat !!

silversarina said...

neeza,

swimming pool kat rumah akak tulah , bkt mentok... masa banjir air melimpah masuk kolam and after that lama tutup kelab tu . Akak balik tengok dah cantik siap ada cafe dan macam-macam games yang boleh disewa .semalam baru daftar nak join kelas aerobik di situ... takut semput je akak dah 4 tahun tinggalakan aerobik,dulu pernah pitam ,terus berenti..darah tinggi...

NURAZZAH8 said...

Happy Birthday Zaid...semoga terus menjadi anak, abang, suami dan da'ie mithali...

Cute nya mimi pakai baju tae-kwan-do...

I pun sedih jugak tak dpt pergi mana2 cuti sekolah ni sbb UiTM tak cuti, kelas dan kerja banyak... kesian anak2 terperuk kat rumah. ANyway Alhamdulillah I dah siap belikan buku2 cerita utk dia orang baca ... mmg balik kerja I tgk semua sedang kusyuk mengadap buku cerita... masing-masing tenggelam dlm dunia buku masing-masing.

tapi hari Ahad lepas, sehari selepas mengundi, kami ada jugak pergi zoo. Hana yang sibuk asyik ajak pergi zoo... mesti cikgu kat sekolah lah tu cakap... dia asyik cakap ulang-ulang banyak kali sejak hari mengundi tu lagi.."Ummi, teacher said go to the zoo this school holiday.. take pictures and bring to school then show my friends..." sampai nak tidur asyik tanya, "bila nak pergi zoo? bila nak pergi zoo?"
tapi punya sibuk sampai tak sempat nak tulis dlm blog...

Ummi said...

Kak Rina,
Comment ummi tulis dah hilang lah.

Happy birthday to zaid, semoga bahagia disamping keluarga tercinta.

Cutelah mimi pakai baju taekwando tu.. ummi teringin nak baby girl lagi tapi saperlah nak jaga.

Kak rina tak masuk pool sekali ke? best tenguk anak2 happy masa cuti sekolah kan!

Cat Cat said...

Happy Birthday to Zaid...

Wah Kak Rina, seronoknya dapat jumpa Abang kesayangan Kak Rina ya... Sabar ya. Enjoy the time with your hubby.

Anonymous said...

Kak rina
cuti sekolah adalah masa bersama anak dan keluarga. Ramai betul yang bercuti minggu ni...

Happy Birthday to Zaid ...

Makcik Runner said...

bilalah anakandamu nak dapat baby yek...mesti syiok! cucu pertama lah katakan....

NBK466 said...

Ala cumelnyer Snow Man dia... makcik bertudung blajar taekwando tu pun comel...he..he.he..

cikMilah said...

alahai comey nya dierrr...jaga-jaga "black belt color white" tu..kot terpijak nanti, citando dengan lantai pulak....
( Ammer pun ambik citando, dua minggu lagi ada test untuk naik grading ).
Selamat Hari Jadi Zaid...semuga tercapai segala hajat dan cita-cita dunia akhirat dan jadi role model kebanggan mama.

Neeza Shahril said...

wah!! nak dapat cucu dah ye.. hmmm.. sape la nak bagi nama ni.. hehehe..

nanti balik, neeza nak bawak la anak anak pergi swimming pool tu.. kena bayar kan.. tak mahal sangat kan.. RM2 ye orang.. eh ye ke? hehehe..

silversarina said...

nurazzah,

Itulah harapan kami semua.

Pergi zoo..entah bila mimi nak pergi, dia tu tak suka dan takut semua binatang lagi.. tunggu dah kuat taekwando kot dia mahu pergi zoo.



ummi,

pagi semalam pergi ingat nak masuk pool sekali tapi tak bawak baju spare...geramnya tengok air tu dan tak de orang pulak tu sebab pagi lagi :P


cat cat,

terimakasih . Hubby akak cuti dah lebih 2 bulan dan minggu ni dia baru nak balik ke sana semula.

silversarina said...

zareda,

Cuti sealunya berjalan tapi kali ni duk rumah dan jalan ke kuantan je...



kc,

kalau ada rezeki tahun ni I jadi Opah, terasa tua diriku :P



nbk466,

snowman tu dia zoom jadi macam besar betul rupanya besar tapak tangan je ...memang cute :P

silversarina said...

cikmilah,

budak2 kalau tak ikut citando tak sah..anak akak zaid je yang grade tinggi sikit, yang lain had kuning je sebab tak sempat nak habiskan kelas ni, busy dengan kelas tambahan .


neeza,

baru lepas raya naik jadi RM3 kanak-kanak dan RM5 dewasa..kalau nak pergi swimming nanti jangan lupa singgah rumah akak , rumah yang pertama dari simpang pertama tu...

Neeza Shahril said...

Insyaallah neeza singgah... dapat makan meehoon soto tak?? hehehe... memain jee..

silversarina said...

neeza,

bukan setakat bihun soto, macam-macam makanan pun akak boleh sediakan... hehehe.