Sunday, March 2, 2008

Kalau BN katakan BN , Kalau BA katakan BA

Semalam darling hubby ikut calon yang bertanding di DUN yang kami tinggal ( mengundi di DUN lain sebab dulu tinggal di tempat lain , bukan pengundi hantu ye !!! ) berkempen rumah ke rumah di sekitar kawasan perumahan kami. Inilah kali pertama hubby ikut berkempen dan kali pertama saya lihat dia begitu bersungguh-sungguh ambil bahagian dalam kempen PRU 12 ini.

Saya yang dulunya amat aktif , kini hanya menjadi pemerhati, tak tau kenapa tapi memang kali ini saya tidak langsung turun padang... pada saya masing-masing dah punya pendirian sendiri, walaupun betapa banyak bendera dan posters yang ditampal dan digantung, pada saya tidak banyak membantu dalam mengalih undi para pengundi.

Darling bagitau ada tuan rumah yang langsung tidak mahu membuka pintu .Ada pulak yang berterus-terang tak kan mengundi parti pembangkang dan ada pula yang siang-siang kata pembangkang adalah parti nya buat selamanya.

Melihat pada apa yang berlaku semalam saya teringat beberapa insiden pahit manis berkempen dalam pilihanraya-pilihanraya lampau.....

* kami pernah disergah dengan parang oleh pakcik di sebuah kampung yang hanya berkain pelekat dan dengan suaranya yang garang dia menjerit ke arah kami sambil parang dihunus..." kalau berani ngempen marilah !! " , kami beredar dengan kecut perut kami tapi kami sentiasa diawasi oleh AJK keselamatan semasa berkempen.

*jawapan biasa yang kami dapat dari pengundi berumur/tua ialah..." mokcik tetap undi dacing sampai mati..."

* kami pernah dijemput makan dan diberi layanan amat baik oleh tuan rumah dan berjanji akan menyokong calon di situ.

* semasa kempen di Sarawak hampir kesemua rumah yang dikunjungi menyambut kami dengan begitu baik dan berjanji akan memangkah calon kami dengan satu perkataan keramat... "AUK = YA" , namun di hari pengundian, calon itu hanya mendapat 49 undi di pusat mengundi yang saya bertugas dan hilang wang pertaruhan
.

* kami pernah di panggil "pocong , ninja, superman , hantu kom-kom " kerana ada yang memakai purdah dan berjubah semasa berkempen.

* kami pernah begitu yakin akan menang di sebuah kawasan Felda namun di hari mengundi hampir 95% rumah di situ telah terlekat gambar dan poster calon parti lain kerana dikatakan mendapat 'habuan' di malam 'raya' dan saya pernah pulang dalam tangisan selepas itu dan tidak pernah saya ke Felda itu lagi dan saya telah beri amaran pada anak-anak agar jangan sekali-kali berkahwin dengan anak orang felda yang pada saya adalah hipokrit yang amat besar ( hingga kini kesan kecewa saya tidak berubah )....

Pada saya kita punya pendirian dan prinsip masing-masing, jika memilih parti BN, katakan BN, jika parti BA , katakan BA, usah berselindung dan menipu kerana kita semua rakyat yang punya hak masing-masing dan parti-parti yang bertanding adalah parti yang berdaftar bukannya gerakan bawah tanah yang berjuang dengan kekerasan .....

Parti apa yang datang berkempen, dengarlah dengan hati terbuka kerana inilah masa untuk petugas bertugas dan masa pengundi mendengar mesej dari mereka, biarkan petugas menjalankan tugas mereka dan kita jalankan tugas kita..mendengar, lihat , analisa dan buat keputusan sendiri di hari mengundi.

Apapun , selamat berkempen pada yang bertugas mengempen dan selamat mengundi pada yang berhak mengundi...

18 comments:

Ummi said...

Kak rina pernah berkempen? Baguslah kan ada xperience..ummi tak pernah pun dan rasanya tak kut sebab rasa macam tak pandailah nak memujuk orang.

Neeza Shahril said...

setuju dengan Kak Rina. Ramai orang hipokrit dan neeza memang tak suka hipokrit. Biarlah dia bertegang urat mengatakan dia Parti A ke, Parti B ke.. tapi jangan lah depan bukan main lagi cakap A tapi bila mengundi undi B disebabkan dapat habuan. Betapa mudah lah orang kita ni dibeli kan... tu baru sikit. Agaknya kalau bagi beribu ke, boleh buang mak bapak kot..

cikMilah said...

wah, perayu undi eksklusif ni... Seharusnya kita bersifat terbuka, tapi kalau sudah taksub, memang tak lut! Apa pun, calon pilihan tetap di hati, tak kan nak buat onar kalau calon dari lain datang bertamu, kan. Pi mai pi mai tang tu...esok lusa lepas PRU, kita mengadap wajah yang sama.

Unknown said...

:-) teruskan perjuangan!

idham

Kak Elle said...

wow wartawan kelip2 dah mula berkempen pulak:)

zino said...

kempen jangan tak kempen.. hehe

zlaa said...

Kak Silver, turun padanglah.. Pilihanraya 4 tahun sekali.

RaFFLeSiA MeRaH said...

thanks masuk blog RM, kemain lagi yer cik silversarina kita ni berckp pasal undi yer...hehehe...kita dah 3 kali dah ngundi, yg x syoknyer beratur panjang benor...

silversarina said...

ummi,

Seronok berkempen tapi memang kena buat muka tak malu, mula-mula saya belajar dari kakak-kakak yang dah lama mengempen, lama baru berani lead the group...kena pandai bahasa tempatan, masa di sarawak kami diajar dielek melayu sarawak sikit-sikit :)



neeza,

golongan yang hanya nakkan duit 4 tahun sekali memang ramai, tak salahkan diaorang sebab hidup mereka tak berubah , masih susah, mungkin terhutang budi dengan duit yang diberi, macam2 manusia ni.

silversarina said...

cikmilah,

masa muda memang best kempen, penuh energy dan orangramai akan beri respon yang lebih baik jika yang mengempen tu muda... makcik-makcik kalau tengok kita ni lebih kurang sama umur , mulalah macam kita yang tak aham dibuatnya, memang ramai yang tak open minded, siap masam-masam muka...akak lah tak kisah, berfikirlah dengan terbuka, calon yang bertanding baik je, yang penyokong pulak 'bergaduh'.


idham,

berjuang dalam rumah je kali ni.... tak datang mood kempen kali ni...

silversarina said...

kak elle,

wartawan kelip -kelip tak kempen, buat liputan kempen je.. itupun dari dalam rumah...



zino,

tengok orang berkempen je kali ni...



zlaa,

entahlah akak tak rasa nak join kempen walau ramai yang ajak ikut sekali.


RM,

pergi undi lepas pukul 2 ptg biasanya dah tak ramai orang atau awal pagi bila baru dibuka pusat undi...tak pe berbaris panjang , rasa bersemangat bila tengok orang ramai.

ROFI said...

Kak Rina,

Perjuangan perlukan kesabaran. Teruskan perjuangan!

Anonymous said...

kak sarina...
sy tetap mendoakan kesejahteraan Malaysia biarpun sy jauh di sini... d sanalah ibu ayah adik-adik ditinggalkn...
sedih mmg sedih
pedih mmg pedih
semoga Allah Taala tunjukkn siapa sebenarnya yg menzalimi dan mengkhianati kita sbg rakyat bawahan....

Anonymous said...

tak guna kita bercakap dgn org2 yg berkarat hatinya
Allah pemberi hidayah..
Kita adukan pada-Nya yg Maha Berkuasa..
Yakin dialah yg membalas segala kerja2 tangan yang jahat!!
hahh...emosi dh saya k sarina
sedih tau saya ni....

Anonymous said...

k sarina...
sy balikkkk insyaallah
doakn sy dan keluarga selamat smpi Malaysia before 8hb...
undi mesti undi biarpin cuma 1 undi janji hati puass
pastu nk rehatkn otak ni hahh g mana2 pulau beriadah dgn mak ayah
:D

Anonymous said...

Semangat Kak Rina:)
I this year memang my parents stress suruh beratkan pilihanraya sikit, hehe...

silversarina said...

rofi,

InsyaAllah akak tetap berjuang :)



zahila,

alhamdulillah dapat balik mengundi :)

selamat mengundi !!



hazia,


Ni mesti ada ahli keluarga yang bertanding ni..selamat berkempen :P

Anonymous said...

this is a bit too late but ... undikan rahsia ...