Dalam perjalanan menghantar mimi pagi tadi kereta saya berada di belakang sebuah kereta kancil belajar memandu dari sekolah memandu berdekatan rumah saya. Pelatih atau muridnya seorang gadis ( saya nampak melalui cermin sisi kancil tersebut ) dan cikgunya seorang lelaki dalam linkungan 40an umurnya.
Satu yang tidak berapa kena pada pandangan saya atau rasa tak sedap hati sebab tangan cikgu tersebut sentiasa diletakkan di atas tempat penyandar kerusi pemandu , maknanya tangannya betul-betul di atas kepala gadis itu dan kancil yang kecil sudah tentu tangan cikgu tersebut seolah-olah bergesel dengan bahu gadis tersebut. Semasa kereta berhenti di lampu isyarat jelas kelihatan tangan cikgu tersebut yang agak besar masih lagi diletakkan 'di atas ' kepala pelajar tersebut.
Saya musykil kenapa dia harus meletakkan tangannya di situ, nampak tidak sopan dan di dalam kereta yang hanya mereka berdua di dalamnya macam tak berapa kena. Saya tidak memandang serong kepada cikgu memandu kerana memang mereka mencari rezeki dengan mengajar, arwah ayah saya juga pernah menjadi guru memandu dan tidak pernah sekalipun pelajar perempuan komplen tentang sebarang salah laku arwah abah. Namun yang penting bagi saya adalah guru memandu perlu menjaga tingkah laku agar tidak nampak janggal dan tak kena pada pandangan umum.
Saya hormat sekolah memandu di Jordan yang dimestikan ada waris si perempuan duduk bersama di dalam kereta belajar memandu sekiranya yang belajar memandu adalah wanita. Tak kira waris itu samada ibu, kakak, abang, ayah atau sapa saja asalkan peneman adalah muhrim si wanita. Tak pernah pulak saya lihat ada gurunya yang wanita tak macam di negara kita yang sudah ramai wanita yang menjadi guru memandu.
Itulah sedikit renungan buat hari yang semakin serabut di negeri darul iman ini.......
Monday, March 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Neeza pun rasa ramai cikgu memandu suka ambil kesempatan sebab banyak jugak cerita yang neeza dengar. Alhamdulillah, neeza tak pernah kena. Mungkin sebab kalau kita tak layan sangat dia 'bermelankoli' tu, dia pun tak teruskan kot.
Cuma ada cikgu cina tua.. apa tah orang panggil dia, kadang2 cakap lucah.. dia bukan lah niat melucah, tapi the way dia describe things pasal bawak kereta ni agak lucah. Tapi dia cakap sorang dia aje laa... neeza diam aje..
Tapi, macam mana pun, neeza pun rasa adanya muhrim perempuan tu sangat lah elok. Sebab kalau orang nak fitnah, memang sesuai sangat sebab lelaki dan pompuan berdua dalam kereta...
memang pernah jadi pun driving school teacher yang ambik kesempatan, housemate saya dulu pernah kena..
kalau kat KL ni saya pernah tengok ada 2, 3 orang students dalam kereta tu masa belajar "on the road" atau yang lain jadi tak ada peluang nak buat yang pelik-pelik.
Kesian si gadis itu, tentulah dia terbau asyam-asyam. Gadis muda dalam keadaan itu tentulah tak berani nak kata apa-apa pada orang tua yang nak ambil kesempatan tu. Kita kena ajar anak-anak kita mempunyai jati diri, agar berani bertindak sesuai dengan keadaan!
alhamdulilah...masa mama blaja dulu,x plak dpt cikgu mcm tu...
kak rina
hangat betul isu di terengganu sekarang ek.. macam nak bagi sultan murka aje..
citer instructor tu memang tak patutlah letak tangan kat situ.. apake halnyer ek.. agaknya budak tu pun tak berani nak tegur kan..
neeza,
Ada jugak ina tua lucah ..heheh.
tapi memang tak molek sebab berdua je dalam kereta, macam-macam boleh jadi , nak-nak yang jenis ulat bulu mesti ambik kesempatan.
ondeonde,
sebenarnya tak salah pun ada orang lain kat tempat duduk belakang, bukan ganggu pun, yang belajar di depan..tapi elok lagi kalau yang perempuan diajhar oleh perempuan jugak, banyak dah sekarang cikgu perempuan.
makteh,
kadang2 gadis ni memang nak belajar betul dan harap sangat nak lulus sekali test je, so, apa yang terjadi macam diaorang takut nak melawan cikgu , memang elok diajar anak-anak gasis ni supaya pandai bertegas dalam hal maruah diri agar tak senang dipermainkan.
mama ranggie,
tulah akak kata tak semua cikgu tu gatal, cuma segelintir saja yang ulat bulunya... :)
zareda,
akak dah takut pulak jadinya , takut bergaduh je sesama mereka... kat kemaman ni banners sokong mad said , umno dan mca siap ada banners tergantung serata bandar...kat KT pulak taktau apa akan jadi... biarlah p/raya semula , bagus jugak.
cikgu memandu ni patutnya tak payah letak tangan dia kat situ, memang tak patut pun...
driving instructor tu amek kesempatan agak nya tu...hmmm...biasa lah kan kesian pulak dgn student pompan tu.
cekgu tu abah dia la kot..
kak elle,
payahlah kalau dapat instructor tak tau jaga tingkah laku..
zino,
abah saya pun tak pernah letak tangan kat situ ... ke isteri dia kot... :P
kak rina..masa sy blaja dulu pun cikgu nye jenis mcm tu...tu yg sy tambah menyampah dan tak semangat nak blajar!tp apa boleh buat, tak boleh memilih cikgu wpun kita bayar.sudah lah mulut nya lazer.muka mcm khir toyo pula.
bila teringat...eiii..mmg geli.
kakluna,
oohh ada pengalaman dengan instructor gatal merenyam..memang geli...
Silversarina
kalau ada lg tengok yg tak betul about pengajar Institut Memandu kat Kemaman ni..tlg ek!..bg update...Kalau boleh letak sekali plate keta dia tuh. Esp. sejak keta2 pengajar tu dh tukar sticker baru.
Post a Comment