Masa balik bercuti baru-baru ni kami sempat ziarah 2 wajah kesayangan yang dah lama sangat tak jumpa .
Mula2 kami ke Ulu Kinta ( 4km je dari rumah Zaid ) ke rumah abang mak saya / pakcik saya yang kami panggil Angah . Lama dah tak jumpa kerana faktor masa , tiap kali kami pulang ke Ipoh jadual kami selalunya amat padat dan nak melencong ke Uu Kinta memang tak pernah sempat . Angah masih seperti dulu, peramah dan suka buat joke . Angah kata kini dia kurang sihat sebab sakit lemah jantung , jalan pun tak boleh laju dan tak boleh banyak jalan sebab cepat semput . Dulu Angah bertugas sebagai warder di Hospital Bahagia Ulu Kinta dan ingat masa kecik2 dulu saya pernah ikut Angah bertugas dan masuk kawasan pesakit2 jiwa yang pelbagai ragam penyakitnya . Angah kata kini pesakit tidak dibiarkan bebas lagi, semua di letakkan dalam bangunan yang orang luar tidak boleh lihat pesakit di dalamnya .
Angah baru lagi menjalani pembedahan membuang katarak mata , baru selesai bedah sebelah mata .Jadinya hari kami ziarah tu Angah kelihatan macho dan bergaya ala-ala " A man in black " dengan spek hitamnya . Angah kata lepas dibedah dia nampak barang2 di rumah dan di dapur rumahnya semuanya macam barang baru beli , bersinar dan berkilat , memang amat berbeza penglihatan semasa sebelum dibedah .
Hilang rindu pada Angah ( isteri Angah telah meninggal dunia dan kini Angah tinggal dengan isteri barunya ) ... semoga Angah dan Makcik bahagia InsyaAllah .
++++++++++++++++++++++++++
Petang Ahad kami menuju ke Seremban ingin ziarah Makcik Leha , isteri ke 2 arwah bapa mertua saya yang dah sangat lama kami tidak bertemu . Makcik Leha kini tinggal bersama anak bongsunya ( adik suami saya berlainan ibu ) di Seremban . Fizikal Makcik Leha lebih kurang sama dengan arwah mak mertua saya, bertubuh kecil dan lembut perwatakannya , hampir serupa . Makcik Leha punya 2 anak hasil perkahwinan nya dengan arwah bapa mertua saya .
Masa kami ziarah Makcik Leha kebetulan dia jugak baru lepas menjalani pembedahan katarak mata , baru bedah sebelah mata . Mula2 makcik Leha tak nak pakai cermin mata hitam , tapi lama lepas tu baru dia pakai, kegunaan spek hitam ketika baru2 lepas mata dibedah amat penting demi keselamatan dan pemulihan mata . Nampak bergaya Makcik Leha setelah mengenakan spek hitam nya .
Walau bertemu seketika hilang jugak rindu kami pada Makcik Leha dan adik bongsu darling , Nani yang dah hampir 6 tahun tidak bertemu .
Itulah 2 pertemuan yang dapat kami jalinkan semula setelah sekian lama tidak punya kelapangan mengatur pertemuan .
Alhamdulillah .