Sunday, February 7, 2010

Mabuhay !!


Salam buat semua ...

Signboard di atas adalah negara yang kami sempat lawati selama 3 hari semasa cuti hujung minggu baru2 ini bermula Khamis dan pulang Sabtu (semalam ) . Kami bukan ke Mexico, bukan juga ke Angeles di US dan bukan juga ke Baguio sebab jauh sangat .... kami cuma ke negara di bawah ....































Ketiga-tiga bandar di dalam signboard pertama di atas adalah di dalam negara Filipina , negara pimpinan Gloria Macapagal Arroyo yang terletak 2470km dari Kuala Lumpur .





Oleh karana lawatan kami adalah lawatan singkat kami hanya sempat ke beberapa destinasi pelancongan yang tedapat di sekitar Manila , ibukota Filipina .

Antara tempat yang sempat kami kunjungi yang dibawa oleh adik sahabat darling saya , Harvey termasuklah :

1/ Rizal Park ... kisah park ini di sini .

2/ Intramuros .. baca kisahnya di sini .

3/ Fort Santiago ... kisah nya di sini .

4/ Malacanang Palace ... kediaman rasmi Presiden Filipina , hanya boleh diambil gambar dari jauh sahaja .

5/ Manila Bay dan Harbour View Seafood Restaurant .

6/ Manila Mosque terletak tidak jauh dari Malacanang Palace .

7/ Greenhills Shopping Center dan SM Megamall .


Entry ini saya hanya paparkan gambar2 di Rizal Park ... cerita dan gambar2 lain akan di upload di lain entries .....

berkereta kuda sekeliling Rizal Park .

Tapak dan senario sebenar Jose Rozal ditembak mati .




Darling, mimi dan Izzat serta tour guide kami , Harvey serta patung Jose Rizal sebelum ia dibawa ke lapang sasar untuk ditembak mati .



Lawatan ke negara jiran yang punya ribuan pulau telah memberi 1001 pengalaman yang tidak diperolehi di lain2 negara , walaupun ianya lawatan singkat InsyaAllah saya ingin kembali ke sana lagi jika punya peluang .


Perjalanan sejauh 6100km ( bermula/berakhir di kemaman ) dalam masa 3 hari membuat kami panjatkan kesyukuran kerana dapat bertamu di bumi Allah sekali lagi, Alhamdulillah .

21 comments:

aintsuperwoman said...

Yeayyy...orang yang pertama komen kat sinii...hehehe (padahal tak habis baca pun lagi!!!) hehehe...

how's your `em` `em` (sambil angkat-angkat bulu kening) tu?

silversarina said...

asw,

no 1 komen pun tak de hadiah ..hahaha .


em , em tengah hantar tailor jahitkan skirt ...hihi.

Zaid (abu umair) said...

wah..cantik jugk manila, igtkan tdi btul2 dh smpi Mexico.hehe

aintsuperwoman said...

nanti kita bawak em em jalan sama2 ye...mesti depa hepi dapat bekenalan. heheheh

silversarina said...

zaid,

memang cantik, baguio tu lagi cantik katanya tempat peranginan tanah tinggi, next trip mama nak pegi baguio...hihi.

silversarina said...

asw,

taktau le dema tu nak berkenalan ke idak, lain-lain negara kot berlainan budaya ...hahaha.

aNIe said...

Salam Rina...dah sampai ke filipina rupanya...patutlah senyap di FB..hehehe

Melihat negara orang memang sesuatu yang tak dpt kita lupakan...

Zaitun said...

makan angin rupanya.

Dapat juga angin filipina,ni asyik2angin Malaysia bosan bosan....

tajnur said...

Salam!
Ituler ghope nye projek katup kedei skejap, Wah Semboni makan angin ye! Mmgler seghonok pegi jenjalan negeri orang, di Filipina (bhgn kampong2) tu teghase mcm zaman tahun 60an dan 70an di Malaysia! Keme poghonah ke sana tahun 1980an, tapi di Kepulauan Jolo, tempat org2 keturunan Moro kot. Dah lame ceghiter nye byk le kenangan manih disana....

silversarina said...

kak anie,

JJ hujung minggu tapi tak puas sebab sekejap sangat dan banyak tempat yang menarik untuk dilawati, ada rezeki nak ke sana lagi InsyaAllah .






kak zaitun,

Betul tu, tukar2 angin cari negara dekat2 untuk berjalan .







tajnur,

Kami nak merayau serata asia tenggara , tinggal kemboja dan timur leste je lagi belum tawan ... seronok dapat lihat rumpun sebangsa berlainan budaya , walau orang kata bahaya , namun manusaia sama saja di mana, ada baik ada jahat .

Wah, mikeme udah ke bahagian kampung2nya , mesti menarik .

maklang said...

bestnya dapat jalan2...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Sarina,

patutlah take a break...jalan-jalan lagi rupanya. bagus dapat tgk tpt org.

cikMilah said...

benarkah jose rizal beragama Islam?Menarik tmpatnya...

Abdul Munir Sanusi said...

Padanlah off-blop. Rupe-rupe nyeh auntie pergi travel. Dalam otak saya, tak pernah terfikir nak pergi Philiphine.

Apa barang yang menarik di sana, auntie. Cherita tau nanti.

silversarina said...

maklang,

nanti awak pulak jalan, lagi jauh ...bestnya !!



hajah zainab,

tengok negara jiran memang ada negara yang masih mundur , kesian .






cikmilah,

ramai yang kata macam tu tapi tak diconfirmkan .





munir,


hhahaha...makcik pun masa pakcik beli tiket (tahun lepas dah beli ) makcik kata , nak cari apa kat filipina ... rupanya tak kenal maka tak cinta , ni dah rasa nak pergi lagi , nanti makcik tulis apa yang ada di sana :)

::alifdalmim:: said...

da mcm dlm TAR da..siap ada jumlah KM perjalanan..hehehe..

SoFie NuR said...

ingatkan dah smpai mexico tadi...hahahaaa...

bestnyerrr...ole2 untuk i ada?

KAMATO said...

saya memang belum sampai manila, teringin juga satu masa nanti

MULAN said...

waahhh.. best best holiday trip ni..!!

tajnur said...

Salam!
Yong Ina, masa saya suka merantau dr kpg ke kpg (dgn kos yg menjimatkan) di Sarawak, Sabah, Kalimantan,Filipina, Sumatra dan Kepulauan Jawa tahun 80an dahulu. Mmg menyeronokkan krn suasana ketika itu masih kekampungan dan budipekerti mrk sgt tinggi dan tidak dipengaruhi oleh arus kemodenan. Bygkanlah, mrk sanggup mempelawa kita ke rumah mrk wpun baru sehari mrk kenal kita. Mrk terlalu mesra dan baik sehingga terlalu terharu tinggalkan mrk dan rasa2 tak mungkin jumpa lagi.

silversarina said...

adam,

berangan lah makcik nak masuk TAR ...hehehe.




sofie,

ole2 t-shirt aje, yang lain tak sempat cari :)




kamato,

nice place to visit , pegilah bila ada lapang .






mulan,

JJ dekat2 aje , best jugak !






tajnur,

terasa seronoknya baca komen yeop ni, kalau dapat meround kampung2 kan best , baru tau the real part of the culture .