Sunday, May 16, 2010

Saya sayang semua guru saya !!

Sebelum 16 Mei melabuhkan tirainya , saya ingin mengucapkan kepada semua guru di negara ini ;

SELAMAT HARI GURU !!

SEGALA JASA KALIAN AKAN KU KENANG HINGGA KE AKHIR HAYAT INSYAALLAH !!

Pernah betugas sebagai pendidik , saya tahu tugas guru bukannya mudah . Se awal 7 pagi saya sudah bergerak ke sekolah dan sebelum itu berkejar menjemput pembantu rumah datang bekerja di rumah menjaga 3 anak kecil . Sekali-sekala sebak melanda kerana terpaksa meninggalkan anak2 kecil di rumah dan diasuh oleh orang lain dan saya pulak ke sekolah mengasuh dan mendidik anak2 orang lain . Buat saya bertambah sebak bila ada pelajar yang tidak mendengar kata , datang ke sekolah bukan untuk belajar . Mereka ke sekolah kerana dipaksa dan untuk buat guru marah. Kenapa pula untuk buat guru marah ??? Pelajar2 ini ketandusan kasih sayang di rumah dan menagih perhatian guru di sekolah . Guru pula bukannya tidak boleh melayan karenah dan kehendak pelajar , namun jika pelajar yang dididik lebih dari 500 orang , mustahil dapat diagih-agihkan kasih sayang kepada setiap diri pelajar tersebut . Saya selalu di dalam dilema bila berhadapan dengan pelajar bermasalah . Mahu dihukum selalu , sudah tentu mereka akan terus lari dari sekolah . Mahu dibelai setiap hari bukannya mudah apabila yang mahu dibelai adalah pelajar yang sudah lebih dari remaja ( tg 4/5 ) . Hati saya selalu sayu bila melihat pelajar2 bermasalah. Mereka tidak perolehi apa2 semasa di sekolah. Mereka hanya menghadirkan diri di sekolah tapi tidak mahu melakukan apa yang sepatutnya seorang pelajar lakukan di sekolah iaitu BELAJAR .

Mungkin saya tidak akan faham sampai bila2 kenapa pelajar2 ini tidak mahu belajar kerana setahu saya semenjak kecil saya suka belajar dan sentiasa teruja untuk berada di sekolah dan belajar .Saya tidak akan faham sampai bila2 kenapa masih ada anak2 yang tidak betah berada di sekolah..... kerana pada saya saat2 berada di sekolah adalah saat2 terindah yang sukar saya lupuskan dari ingatan walaupun telah hampir 28 tahun meninggalkan bangku persekolahan. Walau pernah dimarahi, didenda , dijerkah sehingga mengalir armata ..saya juga tidak akan lupa saat2 semasa nama saya dijemput naik ke pentas menerima hadiah atas kecemerlangan dalam pelajaran . Mana mungkin saya raih kecemerlangan tersebut tanpa didikan dari guru yang tidak pernah mengenal erti jemu dan lelah ( saya sebak ketika ini ) . Mana mungkin saya berjaya ke menara gading dan menggenggam segulung ijazah tanpa jerkahan dan sokongan dari para guru yang sentiasa menanti anak2 pelajarnya pulang membawa khabar gembira bahawa mereka berjaya menimba ilmu sebanyak mungkin.

Doa saya buat semua guru ... semoga dirahmati sepanjang hayat dan ketahuilah bahawa selagi ilmu yang dicurahkan membawa manfaat kepada sesiapa yang mempelajarinya , selagi itulah guru2 akan memperolehi pahala yang tidak akan putus dan berhenti .....

Itulah besarnya jasa guru ... saya sayang semua guru saya !!

Friday, May 14, 2010

wanita ..... lelaki .. ketahuilah ...

Salam buat semua . Semoga hari Jumaat ini membawa ketenangan sepanjang hari buat kita semua InsyaAllah .

Pagi ni saya nak berkongsi cerita yang saya dapat dapat selepas membaca buku " For The Love Of A Son " hadiah dari Izzat buat saya semasa hari ibu baru2 ini .





Membaca kisah benar ini yang berlaku di Afghanistan membuatkan saya sebak , mual dan dalam masa yang sama geram terhadap lelaki2 dayus yang menzalimi kaum wanita termasuk isteri serta kaum keluarga masing2 . Mereka merasakan bahawa wanita sebagai makhluk sebagai tempat memuaskan hawa nafsu dan boleh disepak terajang serta dicederakan sesuka hati tanpa ada sebarang belas kasihan .

Kisah ini bukan berlaku zaman kolot , bukan berlaku di zaman jahiliyah tetapi ia berlaku masakini , zaman moden , zaman cyber . Pemikiran kolot yang menghina wanita sejak turun temurun masih lagi menjadi budaya kerana tanpa kaum lelakinya menunjukkan keganasan mereka terhadap kaum wanita, 'maruah' mereka kononnya tercalar dan tercabar .

Dalam kisah ini anak lelaki Maryam telah diculik oleh bekas suaminya dan setelah bertungkus-lumus berusaha untuk mendapatkan anaknya kembali tetapi akhirnya bila ditemui , malang sekali .... anak lelaki nya juga bersifat sama seperti bekas suaminya yang menganggap wanita seperti sampah dan yang tidak dilupakan apabila anaknya berkata .. " .. betapa ruginya dia sebab tidak sempat membunuh ibunya semasa dipertemukan dan betapa ruginya dia kerana tidak sempat merogol ibunya ketika bertemu ... " ... betapa dahsyat anak itu telah dibrainwash dan diasuh sedemikian rupa hingga tiada lagi sedikit rasa hormat dan rasa belas kasihan walau terhadap ibu sendiri ....

Semoga apa yang dipaparkan dapat membuat kita sedar bahawa Allah menjadikan lelaki dan wanita sebagai hambaNYA yang tiada beza melainkan amalan dan ketaqwaan kepada Allah sahajalah yang menjadi garis pengukur kemuliaan insan samada lelaki atau wanita dan Allah menjadikan kaum lelaki sebagai pelindung bagi kaum wanita dan kaum wanita pula sebagai pembantu kepada kaum lelaki .

Semoga kita semua dapat menjalankan amanah masing2 samada lelaki atau wanita .

Wednesday, May 12, 2010

????? harga diriku .

Kamarku kembali sunyi
Dingin malam masih di sini
Saat ini ku tanya pada diri
Agaknya berapa harga diri ini ???

Cukupkah sekadar harga sekampit beras basmati ?
Atau harga se kilogram giant calamari ?
Atau harga seutas rantai emas bertatah baiduri?
Atau harga sebuah BMW 7series ?
Atau harga sebuah banglo 4 tingkat di pinggir Tasik Cini ?
Atau harga sebuah jet peribadi ?

Bukan, bukan itu harga diri ini....

Siapa diriku menilai diri sendiri ???

Sedang rohku ketentuan Ilahi
Sedang mentalku ketentuan Ilahi
Sedang jasadku ketentuan Ilahi
Sedang hidupku ketentuan Ilahi
Sedang matiku ketentuan Ilahi
Sedang rezekiku ketentuan Ilahi

Siapa diriku menetapkan harga diri sendiri???

Diri ini kian sunyi
Malam kian menggamit diri
Harga diri masih dicari-cari
Terasa tiada harga diri ini
Kepada Allah kuserahkan harga diri

Doa ku pohon di malam sunyi
Semoga harga diriku semakin tinggi
Setinggi mentari di siang hari
Di sisi Allah itulah harga yang kucari

AMIN.........


puisi rekaan saya ketika di Jordan dan pernah dipostkan dalam blog loveujordan.blogspot.com .... peringatan buat diri saya serta rakan2 .....

Sunday, May 9, 2010

IBU RATU HATIKU ...

IBU, IBU .. ENGKAULAH RATU HATIKU .....



SELAMAT HARI IBU BUAT BONDA HALIPAH TERCINTA !!


SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU YANG MEMBACA BLOG INI !!


Ingatlah wahai anak2.... SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU ......

Friday, May 7, 2010

Syabas !!

Pagi tadi kami ke sekolah Izzat , SMI AL AMIN sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009 . Majlis meraikan kejayaan anak2 pelajar Al Amin dari tingkatan 1 - 5 dalam akademik , ko-kurikulum serta diniah (subjek agama ) .




Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid (yang semakin mantap dari setahun ke setahun ) , choral speaking dan drama sketsa kehidupan anak2 pelajar Al Amin . Walaupun ringkas namun cukup buat para ibubapa merasai sama keceriaan dan menambah ilmu tentang apa yang berlaku seharian di sekolah .


Shoutul Iman ..persembahan yang mantap, syabas !!




Drama sketsa Al Amin dari kelas Izzat ... persembahan yang memberi kefahaman terhadap pembelajaran di Al amin ... tahniah !!



Alhamdulillah Izzat salah seorang dari 7 penerima anugerah cemerlang PMR 2009 yang memperolehi 9A .


Anugerah juga diberikan kepada pelajar yang mendapat 6A, 7A dan 8A dalam PMR 2009 .


Choral Speaking ... welldone !!



Anugerah cemerlang SPM pula dikurniakan kepada Muhd Irfan Bahrin yang mendapat 15A yang juga merupakan pelajar terbaik SPM 2009 peringkat negeri Terengganu . Tahniah di atas kejayaan yang amat cemerlang .



Tahniah Muhd Irfan Bahrin !!


Kepada semua yang berjaya semoga terus berjaya di masa hadapan dan kejayaan dalam bidang akademik sahaja bukanlah tiket kejayaan hakiki kerana yang lebih utama adalah kejayaan dalam menjalankan amanah Allah sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini InsyaAllah .

Selamat berhujung minggu buat semua pembaca ...

Thursday, May 6, 2010

foot reflexology .. .. cubalah ..


Dah beberapa kali saya mencuba urut kaki / foot massage/ reflexology / foot therapy dan macam2 istilah lain yang berkenaan dengan urut di tapak kaki , yang terkini saya pergi berurut dengan seorang warga tua yang berasal dari Beijing China dan kini menetap di Kg Air Jernih , Kemasik , Terengganu . Pertama kali melihat wajah si tukang urut saya dapat rasakan dia seorang yang pakar urut , saya lihat cara dia urut dan cara dia beri khidmat nasihat secara pakar ....


Giliran saya diurut pun tiba .....


gambar hiasan ...


" Adooiiiii ... aaaahhhhh,... sakitnyaaaa !! " baru je dia pegang ibu jari saya dah terjerit-jerit menahan sakit ... habis semua tapak kaki saya rasa macam dihiris-hiris pisau , punyalah sakit , rasa nak tendang dia balik pun ada sebab sakit sangat . Dia tak tekan pun, hanya urut di point-point di tapak kaki . Dia siap kata dia kerat kuku hari-hari, mana ada kuku panjang ..... hehehehe .

Lepas urut dia bekam pulak. Mula2 kat kaki, letak 5 cawan bekam angin ... mak ooiii... sakitnya di sedut-sedut kulit betis dan bawah lutut ..... huhuhuhuhu...sakitnya ... saya dah tak buka mata dah, baik pejam mata menahan sakit ....

selesai bekam di kaki dia bekam kat pinggang pulak .... kali ni perit tapi sedap... sedap sangat sebab saya minggu lepas memang sakit sikit pinggang ... lega rasa ...

Selesai bahagian pinggang dia bekam kat tengkuk pulak, 4 cawan kecik di bahagian leher ..... sedapnya rasa ... saya memang lenguh di bahu dan leher ...sedap nya ....

Last sekali selepas buka semua cawan bekam , dia pulas leher saya ... kkkeeeerrraaappp, bunyi ke kanan ... kkkeeeerrraaaappp bunyi ke kiri... punyalah sedapnya .... angin teramatlah banyak ada pada saya .... tu yang habis emua point dia urut saya menahan sakit .. kalau kita sihat tak sakit apapun masa dia urut ..

Nasihat beliau elakkan minum ais, sayur2 sejuk dan jenis2 labu/timun sebab angin ...


Harganya amatlah murah ..... satu sessi hanya RM20 dan boleh beli pakej 10 kali hanya RM150 valid selama 6 bulan ...


Lepas tu kan .... dalam perjalanan pulang ke rumah ....



" Bang, cepatlah , laju lah , lajulah , dah tak tahan dah ni ... cepatlah, cepat lah ..." dah tak tentu arah saya .........

Sempat saya buka stokin dan ready kunci rumah dan bila kereta masuk je garaj dan brake ... saya berkejar turun dari kereta dan....

Alhamdulillah sempat saya ke toilet ... waktu pagi tu sembelit ... entah apa yang diurutkan oleh si tukang urut ... terus aje lepas tu ....lawassss .. ...aaaahhhh......lega rasanya .... hahahahahahah .

Itulah pengalaman foot massage yang paling enak pernah saya rasa ... sapa2 yang belum pernah cuba , cubalah dan rasai pengalaman itu sendiri ....

Wednesday, May 5, 2010

Saya Sayang Mak !

Hari ini genap 70 tahun usia Mak tercinta ... Bonda Halipah adalah satu-satunya insan yang telah mendidik saya tanpa mengenal erti jemu . Segalanya dikorbankan demi keluarga tersayang . Mak seorang yang periang dan aktif di kala muda , tidak betah berdiam diri di rumah , bijak mengurus rumahtangga dan seorang isteri yang sangat-sangat setia terhadap arwah abah . Saya mengaku yang saya kalah pada Mak dalam bab mengurus rumahtangga . Saya kalah dengan kehebatan Mak dalam pelbagai segi walaupun karier Mak dan saya adalah sama .. seorang surirumahtangga .... dalam banyak aspek saya tidak dapat menandingi dan menyaingi kebolehan Mak terutama dalam bab masak-memasak .. bukan Mak tak beri tunjuk-ajar tapi sikap saya yang acuh tak acuh dalam bab ini ... begitu juga bab menjahit/mengait /menyulam ... bakat Mak tak de pada saya dan paling tidak dapat saya tandingi ialah cara Mak melayan arwah Abah ... memang saya kalah teruk... Mak seorang yang 100% setia pada arwah bah , segala makan-minum arwah abah dilayan seperti seorang Raja (nama abah pun Raja ) .. saya masih mencuba mencari rentak menumpahkan taat setia saya kepada Darling sebagaimana Mak lakukan kepada arwah Abah ....



Kini........



Mak terbaring lesu .....
Mak kaku tanpa dapat menggerakkan kaki untuk berdiri .....
Mak kadangkala tidak sedar apa terjadi di sekeliling ......
Mak diurus segalanya di atas katil.....

Namun ....

Mak masih boleh tersenyum ...
Mak masih boleh bertanya kabar berita kami ....



Baru2 ini semasa pulang ke kampung melihat Mak ... Mak ada berbunyi ...

" Mak ni menyusahkan anak2 Mak aje . Mak ni dah tak guna apa-apa . Satu apa pun Mak dah tak boleh buat . "


Menitis airmata saya di kala itu .....


Ya Allah Ya Rabb .. KAU ampunkanlah segala dosa Mak ... KAU berikanlah ketenangan serta kebahagiaan kepada Mak ...




Mak ..... SELAMAT HARI LAHIR MAK !






Mak .. ampunkanlah segala kesalahan saya terhadap Mak .


Saya akan terus menyayangi Mak sehingga ke akhir hayat saya ...InsyaAllah .

Sunday, May 2, 2010

Orang Jepun muslim ...

Cuti-cuti Malaysia diteruskan lagi hujung minggu yang lalu .. kali ini kami ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi buat kali ke 3 ... kali kedua hampir 7 tahun lalu , masa Mimi umur setahun .








Sebelum mendaki bukit itu , kami mencari masjid untuk Darling dan Izzat menunaikan solat Jumaat. Kami ke Kg Bukit Tinggi namun tiada masjid di situ sebab rata2 penduduk di situ adalah berbangsa Tionghua . Kami tanya seorang penjual di situ dan dia bagi tahu masjid terdekat adalah di Kg Janda Baik iaitu lebih kurang 10km dari situ . Kami teruskan perjalanan tapi terlepas simpang ke Janda Baik dan sekali lagi Darling turun dan bertanya tentang masjid berkenaan . Kali ini hamba Allah Melayu ini terpinga-pinga bila ditanya di mana masjid di situ ... dia berkata yang dia tak solat Jumaat sebab dia bertugas, dia pun taktau di mana masjid di situ ( dia jujur bagitau dia tak solat ! ) . Kami terus mencari dan akhirnya jumpalah masjid yang dinyatakan di Kg Janda Baik. Penuh pulak orang berbaju kemeja putih bersongkok tinggi serta polis trafik dalam kampung tu serta bendera2 UMNO di sepanjang jalan masuk ke kampung tersebut ... ada program menteri mana entah kat situ pada hari itu .



Lepas selesai solat Jumaat .. kami ke Colmar Tropicale .. dah booking bilik yang mengadap square sebab saya nak rasa betul2 macam berada di bandar Colmar di Peranchis...bestnya rasa .. bilik di bangunan Camellia tingkat atas sekali dan ada 2 bilik tido, 1 di bawah dan satu di atas.



Tak tunggu lama dah , selesai lunch dan solat (saya dan Mimi ) kami menaiki shuttle ke Rabbit Park dan setelah bermesra dengan gang rabbit serta donkey di situ kami terus menaiki shuttle kembali ke Colmar dan terus ke Japanese Tea Garden ... saya dah pasang angan-angan nak pakai kimono di taman itu . Apalagi sudahnya kami berempat menyewa kimono dan bergambar di dalam rumah tea dan di luar taman jepun itu . Sekeluarga muslim japanese bergambar di sana ... puas hati dapat berkimono selama 15 minit sebab hari dah petang .



Malamnya pulak kami merayau-rayau di sekitar Colmar.... plan nak main bowling terpaksa dibatalkan sebab Darling dah letih sangat ..tempat bowling di sport complex di luar colmar . Saya, Izzat dan Mimi menghabiskan masa bermain billiard ( saya tengok je banyaknya ) .





Paginya lepas breakfast kami sekali lagi bermain billiard , nak ke bowling centre diberitahu oleh receptionist ada group yang dah sewa bowling centre pagi ke pukul 2 petang ... maka tak tak dapat main bowling .







Jam 12 tengahari kami cek out hotel dan sepatutnya kami ke rumah kakak sulong saya di KL sebab dah lama kami tak ke sana dan nak bertemu serta habiskan masa bersama semalam di KL. Namun ada berita yang kami terima ada hal keluarga yang amat mustahak yang kami rasa kami perlu berada di Ipoh segera. Jadi kami ambil keputusan kembali ke kampung dan batalkan hasrat ke KL.



Alhamdulillah urusan keluarga di Ipoh dapat diselesaikan.

Selesai sudah cuti2 Malaysia buat bulan ini ...Alhamdulillah ...percutian yang amat amat menggembirakan kami semua .