Sunday, May 2, 2010

Orang Jepun muslim ...

Cuti-cuti Malaysia diteruskan lagi hujung minggu yang lalu .. kali ini kami ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi buat kali ke 3 ... kali kedua hampir 7 tahun lalu , masa Mimi umur setahun .








Sebelum mendaki bukit itu , kami mencari masjid untuk Darling dan Izzat menunaikan solat Jumaat. Kami ke Kg Bukit Tinggi namun tiada masjid di situ sebab rata2 penduduk di situ adalah berbangsa Tionghua . Kami tanya seorang penjual di situ dan dia bagi tahu masjid terdekat adalah di Kg Janda Baik iaitu lebih kurang 10km dari situ . Kami teruskan perjalanan tapi terlepas simpang ke Janda Baik dan sekali lagi Darling turun dan bertanya tentang masjid berkenaan . Kali ini hamba Allah Melayu ini terpinga-pinga bila ditanya di mana masjid di situ ... dia berkata yang dia tak solat Jumaat sebab dia bertugas, dia pun taktau di mana masjid di situ ( dia jujur bagitau dia tak solat ! ) . Kami terus mencari dan akhirnya jumpalah masjid yang dinyatakan di Kg Janda Baik. Penuh pulak orang berbaju kemeja putih bersongkok tinggi serta polis trafik dalam kampung tu serta bendera2 UMNO di sepanjang jalan masuk ke kampung tersebut ... ada program menteri mana entah kat situ pada hari itu .



Lepas selesai solat Jumaat .. kami ke Colmar Tropicale .. dah booking bilik yang mengadap square sebab saya nak rasa betul2 macam berada di bandar Colmar di Peranchis...bestnya rasa .. bilik di bangunan Camellia tingkat atas sekali dan ada 2 bilik tido, 1 di bawah dan satu di atas.



Tak tunggu lama dah , selesai lunch dan solat (saya dan Mimi ) kami menaiki shuttle ke Rabbit Park dan setelah bermesra dengan gang rabbit serta donkey di situ kami terus menaiki shuttle kembali ke Colmar dan terus ke Japanese Tea Garden ... saya dah pasang angan-angan nak pakai kimono di taman itu . Apalagi sudahnya kami berempat menyewa kimono dan bergambar di dalam rumah tea dan di luar taman jepun itu . Sekeluarga muslim japanese bergambar di sana ... puas hati dapat berkimono selama 15 minit sebab hari dah petang .



Malamnya pulak kami merayau-rayau di sekitar Colmar.... plan nak main bowling terpaksa dibatalkan sebab Darling dah letih sangat ..tempat bowling di sport complex di luar colmar . Saya, Izzat dan Mimi menghabiskan masa bermain billiard ( saya tengok je banyaknya ) .





Paginya lepas breakfast kami sekali lagi bermain billiard , nak ke bowling centre diberitahu oleh receptionist ada group yang dah sewa bowling centre pagi ke pukul 2 petang ... maka tak tak dapat main bowling .







Jam 12 tengahari kami cek out hotel dan sepatutnya kami ke rumah kakak sulong saya di KL sebab dah lama kami tak ke sana dan nak bertemu serta habiskan masa bersama semalam di KL. Namun ada berita yang kami terima ada hal keluarga yang amat mustahak yang kami rasa kami perlu berada di Ipoh segera. Jadi kami ambil keputusan kembali ke kampung dan batalkan hasrat ke KL.



Alhamdulillah urusan keluarga di Ipoh dapat diselesaikan.

Selesai sudah cuti2 Malaysia buat bulan ini ...Alhamdulillah ...percutian yang amat amat menggembirakan kami semua .

20 comments:

kak su said...

Salam Puan...
Alhamdulillah...seronok yer bercuti..
Saya yg tinggal KL pun x pernah gi..sana...
Insyaallah nak gak pergi rasnya...

Wslm

atuk said...

Assalamualaikum Sarina

saya pernah bawa keluarga ke sana
memang seronok
kami pergi musim hujan,jadi suasan sujuk dan nyaman

Wassalam

zino said...

macam best ye pegi sana tak pernah sampai lagi hehe

FaAtip said...

hehehehe....haitttt!!! Si Izat tu kena benor dgn rupanya, hai, mana le tau tup tup mike dapat menantu orang Jepun ke!!

aznaz said...

salam from makkah...


best gak duduk situ...nyaman dan tenang rasanyer kan..


waslam

مسافر اسلام said...

Salam kak sarina,
bestnya dapat berjalan2 sekeluarga...seronok sgt.

MI tak pernah sampai pun tempat tu. Tgk gambar pun ok.

Tak ambil gambar gerai2 cenderhati ke?

Abdul Munir Sanusi said...

Lama tak bagi komen kat blog auntie. Nampak comel satu family jadi 'Jepung'

silversarina said...

kak su,

Kalau akak duk KL mau selalu pegi sebab tak sampai setengah jam dari KL ke colmar tu ...nyamannya di sana .








rozali,

kali ni tak hujan tapi tak panas sangat , dulu rasa lagi sejuk, global warming susah nak rasa sejuk dah .






zino,

kena pegi bawak satu family , memang satu percutian yang menyeronokkan .

silversarina said...

asw,


dapat menantu jepun asyik berulang ke jepun ajelah kami nanti ....hehehehe .





manzlie,

ha ah memang best kat situ , malam tu hujan lebat, pagi sabtu memang sejuk dan nyaman sekali .





musafir Islam,

tak de apa sangat cenderahati kat situ lagipun akak tak suka gerai2 yang ada sebab mengganggu pemandangan bandar Colmar yang cantik, ada gerai2 tu dah kurang nampak macam oversea nya ...hihi.








munir,

Jepun celup ..hahaha .. take care !

rezeki said...

salam kak

alhamdulillah, saya dapat merasakan keseronokan dari gambar2 tu

pandai akak tonjol buah billiard tu, hehe

kalau saya tonjol, mau koyak kapet kat meja tu hehe

Abang Long said...

Salam buat Kak.

Saya nak tahu lebih lanjut tentang tempat ini. Nan saya emelkan ya ? :)

silversarina said...

rezeki,

kena tonjol kadang-kadang, tak kena memanjang ...hehehe .





abang long,

masuk aje website colmar tropicale bukit tinggi , semua kat situ , booking and payment pun semua online .

Zaitun said...

Wah...kali ni cuti2 malaysia, Jun nanti kemana pula agaknya....

Atikah said...

Salam kak,
Seronoknya bercuti... canti permandangan kt sana... tk pernah sampai lg...

cikMilah said...

KakRina, you look georgous ( betoi kak eja nihh) in kimono...

Kak anie said...

Salam rina...seronoknya dpt cuti2 dgn famili...

Akak dah lama nak ke sana...tapi cik abang tu sibuk memanjang...

Terima kasih kerana berkongsi gambar2 dan pengalaman

Suka tgk gambar2 pakai kimono tu...

KAMATO said...

Kak rin, gaya pegang kayu tu semacam je he he....

safiudin.com said...

salam,

teringin juga nak kesana...

dulu pergi sorang (masa bujang)

insyallah, akan rancang... ke sana bersama keluarga..

ps: dah macam orang japan.... hehehe

silversarina said...

kak zaitun ,

Jun merayau lagi .. tak kira ke mana ..janji JJ .




atikah,

ada peluang pegilah ke Colmar , cantik , rasa macam kat luar negara sekejap :)





cikmilah ,


hehehehe ... malu I :P





kak anie,

ni dah lama book dan kena tukar tarikh kena sesuaikan dengan program anak di sekolah ..dapat berehat kat atas bukit tu ..lega rasa .

silversarina said...

kamato,

tu gaya a loser ....hahahaha .





safiudin,

ada masa dan ruang pegilah ke sana ..pasti seronok .

japanese celup ...hihi .