Friday, May 7, 2010

Syabas !!

Pagi tadi kami ke sekolah Izzat , SMI AL AMIN sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009 . Majlis meraikan kejayaan anak2 pelajar Al Amin dari tingkatan 1 - 5 dalam akademik , ko-kurikulum serta diniah (subjek agama ) .




Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid (yang semakin mantap dari setahun ke setahun ) , choral speaking dan drama sketsa kehidupan anak2 pelajar Al Amin . Walaupun ringkas namun cukup buat para ibubapa merasai sama keceriaan dan menambah ilmu tentang apa yang berlaku seharian di sekolah .


Shoutul Iman ..persembahan yang mantap, syabas !!




Drama sketsa Al Amin dari kelas Izzat ... persembahan yang memberi kefahaman terhadap pembelajaran di Al amin ... tahniah !!



Alhamdulillah Izzat salah seorang dari 7 penerima anugerah cemerlang PMR 2009 yang memperolehi 9A .


Anugerah juga diberikan kepada pelajar yang mendapat 6A, 7A dan 8A dalam PMR 2009 .


Choral Speaking ... welldone !!



Anugerah cemerlang SPM pula dikurniakan kepada Muhd Irfan Bahrin yang mendapat 15A yang juga merupakan pelajar terbaik SPM 2009 peringkat negeri Terengganu . Tahniah di atas kejayaan yang amat cemerlang .



Tahniah Muhd Irfan Bahrin !!


Kepada semua yang berjaya semoga terus berjaya di masa hadapan dan kejayaan dalam bidang akademik sahaja bukanlah tiket kejayaan hakiki kerana yang lebih utama adalah kejayaan dalam menjalankan amanah Allah sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini InsyaAllah .

Selamat berhujung minggu buat semua pembaca ...

14 comments:

aintsuperwoman said...

Izzat, the handsome boy! :D

manzlie said...

salam from Makkah

taniah..adik izatt..

uncle cl doakan moga akan beroleh kesejahteraan dan menjadi anak yang soleh....insyalah


waslam

Hajah Zainab bt Abdullah said...

tahniah buat izzat!

silversarina said...

asw,

perasanlah dia tu :)







CL,

Terimakasih atas doa CL buat Izzat .






kak nab,

Terimakasih kak .

Kak anie said...

Rina ...tahniah to Izzat dan juga kedua ibu bapanya...

مسافر_اسلام said...

salam...tahniah..akhirnya kecapi kejayaan jua...perjuangan perlu diteruskan sehingga pehujungnya....

salam

rezeki said...

salam kak

tahniah utk izzat

alhamdulillah

Zaitun said...

Tahniah untuk Izzat juga untuk Rina sebagai ibunya yang sentiasa memberi dorongan.

mshadijah said...

Taniah kepada silversarina sekeluarga terutama adik Izzat!
Teruskan usaha semoga beroleh kejayaan seterusnya...amin

mshadijah said...

Taniah pada silver sarina sekeluarga.terutama adik Izzat. Teruskan usaha semoga beroleh kejayaan dimasa hadapan..Amin

mshadijah said...

Taniah to silversarina sekeluarga terutama adik Izzat. Teruskan berusaha untuk mencapai kejayaan seterusnya..Amin

fa*atip said...

dah buat pecei tak? kalau belum meh jemput makan kat rumah baru I..(jemputan alam cyber..hehehe)

KAMATO said...

TAHNIAH buat Izzat dan juga ibu bapanya, semoga kejayaan akan terus dicapai

silversarina said...

kak anie, musafir Islam,rezeki, zaitun, mshadijah ,fa'atip, kamato ,

Terimakasih semua di atas doa kalian , semoga Izzat terus berjaya InsyaAllah .