Wednesday, July 30, 2008

Birthday lagi......

1 Ogos ini genap usia Sofie 21 tahun... SELAMAT HARI JADI !!





Cerita alahan seperti biasa... dah lazim saya 'tewas'.....



Nak cerita kisah selepas kelahirannya....





Sewaktu melahirkannya kami terpaksa menjadi homeless gara-gara tertipu dengan tuan rumah baru yang berjanji menyiapkan rumah yang kami telahpun membayar deposit tapi penantian kami berakhir dengan kami menyamannya di mahkamah. Sempat saya dan suami ke mahkamah dan kes kecil kami dikendali oleh seorang pelajar undang-undang di GWU dan belum sempat perbicaraan kami berjaya mendapatkan kembali wang deposit kami serta sedikit wang ganti-rugi yang diakibatkan oleh si black yang tidak berhati perut walaupun perwatakannya persis tycoon yang hensem dan macho.




sofie dan asma' ( anak nurazzah8 ) semasa kenduri kawin Zaid di Jordan 2007 ... InsyaAllah mereka berdua akan menjadi doktor 3 tahun lagi..... walaupun belajar di negara berlainan.


Kami sempat menumpang selama seminggu di rumah N , terimakasih banyak-banyak buat N yang sanggup membantu.





Akhirnya selepas 10 hari kami homeless kami dapat menyewa sebuah apartment 2 bilik ( bila ada anak wajib ada minimum dua bilik menurut undang-undang di sana), dengan kewangan yang terhad kami menyewa di South East of DC , penempatan blacks yang tidak brutal, mereka humble dan menghormati warga asing seperti kami. Makcik dan pakcik blacks di sekitar perumahan sentiasa memberi senyuman manis kepada kami . Kami mula mengenali hati budi mereka yang sentiasa hidup dalam penindasan dan kami pernah menghadiahkan meja belajar kepada salah seorang anak jiran yang masih di high school dan dia menerimanya dengan penuh gembira.





Saya sedih sewaktu meninggalkan kawasan itu buat kali terakhir bila kami kembali ke tanahair selepas menamatkan pengajian di sana.





Mereka agak pelik pada mulanya melihat kami sentiasa membawa Zaid dan safiyyah berulang-alik ke Universiti dari pagi hingga malam yang pada ketika musim sejuk safiyyah yang masih kecil kami gendong dalam kesejukan kerana saya bekerja dari jam 8 pagi ke 12 tengahari sebelum ke kuliah dari jam 12.45 hingga 10.45 malam.





Syukur saya kerana walaupun hidup kami semasa kelahiran safiyyah serba kekurangan namun kami masih bertuah kerana ditemukan dengan insan-insan yang selama ini dipandang rendah dan hina , namun dalam pada ramainya blacks yang dikatakan jahat ada di kalangan mereka seperti kita juga, manusia biasa yang punya perasaan dan wawasan serta impian hidup cemerlang.





Pada safiyyah kami harapkan agar melihat kepada kehidupan jiran-jiran blacks di sana ( walaupun memang dia tidak ingat apa-apa ) dan menjadikan kegigihan mereka sebagai motivasi membaiki diri dan mempertingkatkan diri sendiri menjadi insan berjaya dalam hidup.





InsyaAllah 3 tahun lagi segulung ijazah dapat digenggam dan semoga menjadi seorang doktor yang berdedikasi serta sabar menghadapi karenah pesakit.





SELAMAT HARI JADI SOFIE KU SAYANG !!!!








+++++++++++++++++++++++





Saya akan bercuti bersama keluarga selama 4 hari mulai Jumaat ini dan esok saya pasti busy mempacking bagasi kami . Destinasinya .... nanti balik baru saya bagitau... doakan percutian keluarga kami buat tahun ini berjalan dengan lancar, InsyaAllah.

Bersantai bersama KIsah rumahtangga

Telah sekian lama saya tidak keluar bersantai bersama sahabat handai , sesuatu yang memang kadangkala membuatkan saya amat teringin untuk bertemu dan hanya kami sahaja yang bersama menghabiskan masa tanpa kehadiran insan lain termasuk ahli keluarga.

Dua hari lalu saya sangat gembira bila mendapat panggilan talipon dari sahabat saya N yang baru bermadu ( kisah kasih melimpah ) yang kebetulan mengikut suaminya yang mengadakan seminar di Awana Kijal . Saya pun apalagi membuat temujanji dengan N petang Isnin tu dengan dia menjemput saya di rumah dan kami terus ke Geliga menikmati satar dan otak-otak dan kemudian kami bersantai lepak atas pasir yang memutih di pesisir pantai Teluk Mak Nik . Bahagia rasa bila dapat melabuhkan punggung di atas pasir halus , di bawah panas mentari petang diiringi angin laut yang nyaman. Kami berbual selama lebih 3 jam , hanya kami berdua .

Pelbagai perkara yang kami bincang dari kisah lama hingga kisah terkini dan kami lebih kepada kehidupan N setelah hidup bermadu.

Woowwww, bukan mudah mendapat payung emas , kalau saya sendiri takkan termampu menjadi setabah N. Walaupun begitu N bagitau dia sendiri juga pernah 'mengamuk' dengan karenah madunya yang kadangkala kurang memahami isteri pertama yang telah berkahwin lebih dari 22 tahun.

Saya yang mendengar yang punya sifat kurang sabar pulak rasa macam nak 'menampar' je madu seperti itu .

Seronok dapat berkongsi perasaan sebagai isteri dan yang bestnya kami ni memang terbuka dalam bercakap mengenai rumahtangga yang amat jarang saya lakukan dengan sesiapa. Mungkin sebab saya telah mengenali N lebih dari 24 tahun dan rasa macam adik-beradik dan sahabat yang paling akrab.

Tidak mudah untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga kerana memang dalam menempuh kehidupan akan tiba masa yang kita akan rasa seperti mahu ada perubahan dalam perkongsian hidup. Menurut N ada antara sahabat-sahabat saya yang berkahwin semasa belajar dulu yang kini mengalami masalah rumahtangga hingga ada yang telah berpisah. sedih pula kenangkan kisah ini.

Baiklah setakat ini sahaja. Komen kelmarin akan saya balas malam nanti . Saya mahu bersiap untuk pergi bertemu anak muda yang kerja acuh tak acuh petang ini untuk mendapatkan penjelasan darinya.....

Salam manis dari saya....

Tuesday, July 29, 2008

Baby Mama dah 6 tahun umurnya ...Alhamdulillah.

SELAMAT HARI JADI MIMI !!



Sejak minggu lalu Mimi sibuk ingatkan tentang harijadinya yang jatuh pada hari ini 29 Julai dan hari ini genap usia mimi 6 tahun. Pantas betul masa berlalu, 6 tahun terasa macam baru kelmarin menjelma.





Bertuah jadi Mimi , seorang anak perempuan kecil yang amat disayangi oleh semua ahli keluarga, dari ketika dia masih di dalam kandungan masing-masing tidak sabar menanti kelahiran adik tersayang kerana ketika itu adik kecil kami Izzat telah pun berusia 8 tahun. Terus terang saya katakan yang saya tidak pernah terfikir akan punya seorang lagi anak setelah 8 tahun tidak ada tanda0tanda yang saya akan mengandung lagi tapu dalam diam-diam saya terus berdoa agar saya dikurniakan seorang lagi anak dan saya pernah menyatakan dalam doa saya yang saya sanggup menerima sekuat mana alahan dari Allah hanya kerana saya amat teringinkan seorang lagi anak.






Hampir sembilan bulan saya bertahan dalam 'duka' dan gelisah dan tak bermaya disertai penyakit kencing manis yang terpaksa saya mencucuk diri saya sendiri dengan insulin 3 kali sehari dan segala makanan saya dipilih agar tidak makan makanan manis . Saya mula mencucuk insulin ketika kandungan bersusia 2 bulan , jadi saya kira 600 suntikan telah saya lakukan pada siku dan peha dan naik hitam siku kesan suntikan tersebut.dalam pada yang sama alahan terhadap sebarang makanan yang bila mendengar saja saya jadi loya dan terus gastrik /medu datang melanda dan ketika itu saya tidak bercakap dengan sesiapa dan yang saya tau hanyalah berbaring , duduk semput sukar bernafas , dah hanya memejamkan mata dari pagi ginggalh malam menjelma, tidak suka bau manusia, tidak boleh membaca , mendengar bunyi bising, tidak boleh melihat cahaya, langsir rumah semua ditutup agar cahaya tidak dapat masuk , saya hanya keluar bila ke klinik buat pemerksaan mengadung dalam keadaan separuh mati saya menahan cahaya dan mabuk naik kereta dan melihat manusia , makanan yang suka makan adalah buah betik dan kuih-muih yang saya sendiri tidak ingat kuih apa, hanya makan supaya kurang gastrik dan kurang loya dan muntah.





Di hujung kandungan saya di dapati darah tinggidan contraction seperti anak-anak yang lain sejak awal mengandung memang telah dirasai dari semasa ke semasa. Akhirnya saya melahirkan Mimi 3 minggu awal melalui Ceasarean dan saya ambil bius separuh bahagian badan dan saya memang mahu sedar ketika melahirkan mimi dan saya meminta doktor membenarkan darling saya hadir di dewan pembedahan kerana semua 4 anak sebelum itu dia hadir di sisi saya. Doktor kata darling saya boleh bersama dengan syarat dia taktakut darah dan suami saya memang jenis berani dan akhirnya darling saya yang dapat melihat pembedahan dilakukan dan mendapat penjelasan secara detail dari doktor kerana pandangan saya disekat oleh pengadang dan hanya dapat melihat dan mendengar pa yang berlaku di situ sehinggalah baby mimi ditarik keluar dosertai tangisan si kesil itu yang telah terlalu lama kami menanti .





Kelahiran Mimi disambut dengan penuh rasa syukur dan oleh kerana saya sudah begitu lama 'pencen' maka ramai sahabat yang datang ziarah dari kami masih di wad hinggalah kami pulang ke rumah. Dari bunga-bungaan , buah-buahan dan barangan baby memenuhi ruang bilik di hospital dan di rumah. Buah-buahan diserta dengan satay zul kuantan kami hadiahkan buat doktor dan semua jururawat sebagai tanda pengahrargaan kami terhadap layanan yang diberi .





Kini Mimi telah berusia 6 tahun, petah bercakap, sihat dan telah pandai membaca dengan lancar, BM , BI, Al Quran dan untuk hari ini dia mahukan kek pink yang akan dipotongnya sekemabli dari sekolah tadika tengah hari nanti dan untuk pagi ni saya telah sediakan 60 paket birthday goodies untuk kawan-kawan mimi di sekolah.





Semoga Mimi terus membesar dalam penuh kasih sayang dan menjadi anak yg solehah dan pintar serta sihat....saya kira umur saya 55 baru mimi masuk IPT... lamanya lagiiiiiiiiii........

Sunday, July 27, 2008

Tersalah Rekomen.....

Salam awal minggu buat teman-teman di Terengganu , Kelantan dan Kedah dan salam hujung minggu buat teman-teman di negeri-negeri lain .



Bagi mereka yang bekerja Ahad adalah hari pertama bekerja dalam seminggu dan sudah pasti sdikit kelam-kabut jika banyak perkara perlu dibereskan setiap awal pagi . Saya yang telah lama meninggalkan bidang perguruan masih lagi dapat mengingati bagaimana kalutnya saya setiap awal pagi untuk membereskan hal anak-anak dan babysitter yang saya terpaksa mengambilnya setiap hari .



Bukan soal kelam-kabut kerja yang saya ingin ceritakan di sini tapi satu kisah yang mungkin orang lain pun pernah alami.



Semalam salah seorang tetamu saya yang hadir di sebelah petang yang sebelum ini meminta bantuan saya mencari pekerja untuk canteen yang diusahakannya kerana pekerja lama telah berhenti. Dalam saya sibuk dengan majlis kawin saya sempat mencari seorang anak muda yang datang dari keluarga susah dan anak yatim serta ibu yang telah uzur. Saya pun rekomen kan anak muda ini dan kawan saya bersetuju mengambil beliau bekerja, Sebelum ini anak muda ini pernah bekerja di gerai makan dan pandai membuat roti canai.



Namun saya barasa hampa bila diberitahu semalam oleh sahabat saya si anak muda ini tidak pandai bekerja serta terlalu slow motion dalam membuat kerja dan kena disuruh setiap satu kerja dan terpaksa diulang-ulang. Telah 2 minggu dia bekerja di sana dan masih lagi sama. Yang lebih buat saya frust bila sahabat saya kata si anak muda ni dalam orang lain amat busy bekerja dia dengan selambanya membaca suratkhabar lama dan baru yang banyak terdapat di canteen tersebut dan sikapnya kini menjadikan pekerja lain mula berbunyi dan komplen.



Oleh kerana saya yang rekomen anak muda ini saya berasa amat bersalah sebab saya tak sangka yang dia tak pandai buat kerja sebab saya kenal dia dari kecil . Saya bagitau pada sahabat saya agar tegur aje anak muda tu dan saya tak kisah kalau nak pecat dia pun sebab sebagai pekerja dia kena tau yang dibayar gaji untuk bekerja.



Saya akan cuba hubungi anak muda ini untuk mendapatkan penjelasan nya mengenai hal ini... frust jugak wei.... kita nak membantu namun dia pulak buat acuh tak acuh... ( buat abang long jika abang long membaca entry ini ,mula-mula saya nak rekomen abang long kerja ini tapi tempatnya terlalu jauh di sini dan gajinya kecil , sesuai buat anak muda yang masih bujang, itu pada fikiran saya !! )





Thursday, July 24, 2008

Penangan Kenduri....

Penangan kenduri.....


4 hari berturut-turut saya 'dipaksa' tidur selepas zohor oleh keletihan badan yang tak diketahui tahap keletihannya sebelum ini. Tak dapat membuka mata langsung dan tidur senyenyak-nyenyaknya selama 2 jam setiap kali tidur dan sebelah malamnya saya masuk tidur seawal 9.30 malam dan lena sehingga jam 5.30 pagi.



deretan kenderaaan di tepi rumah kami menjelang tengah hari...



Alhamdulillah saya tidak demam sepenuhnya , hanya sakit belakang, sakit bahu, sakit kaki dan akhirnya sekali sakit seluruh badan dan hari ini baru saya rasa saya kembali diri saya sendiri dan tidak tidur siang dah . Selera makan kembali menjelma dengan saya makan 2 kali ulang nasi , sambal tumis sofie masak dan ikan masin tenggiri jeruk , enaknya .











+++++++++++++++++++++++++++++++++








antara tetamu terawal... pengantin belum tiba lagi....

Kenduri telah menemukan kami dengan ramai saudara-mara dan sahabat handai yang telah sekian lama tidak bertemu . Gembira sekali hati kerana saat-saat indah pertemuan ini tidak mungkin dapat kami rasai jika tidak kerana kenduri yang dilangsungkan. Dari dulunya kami kenali mereka kurus serta ramping pinggangnya kini telah serupa kami, sihat dan terlebih tayar spare dan ada pula yang dulunya rambut hitam berkilat kini putih dan silver . Pendek kata semuanya telah berubah , yang tidak berubah adalah persaudaraan dan persahabatan yang akrab yang masih dapat dirasai .

sahabat lama di STJ dulu, datang dari KL.




Begitu juga anak-anak muda dan anak murid yang sudi hadir . Ada yang hadir bersama isteri serta anak-anak dan ada yang masih dalam suasana honeymoon sanggup juga bersama kami dan ada yang bakal menjadi pengantin dalam bulan ogos nanti . semuanya mengambil peluang berjumpa dan memeriahkan majlis kenduri kami.



mana satu pengantin baru ??? ... gimin dan yong tak sampai sebulan berkahwin...zaid dan azra dah setahun berkahwin baru kini kenduri sambut menantu.. apapun selamat pengantin baru juga buat anak dan menantu YAB MB Perak.

Kami juga tidak menjangka ramai yang hadir bersama hadiah perkahwinan kerana pasangan pengantin telah setahun berumahtangga. Kami teruja bila majlis membuka hadiah diadakan di sebelah malam bilamana banyak hadiah yang diberi berkisar kepada pelbagai barangan termasuk set barangan bayi yang bakal lahir sekitar Oktober nanti
.

hadiah dari sifu RE, maklang kerteh... nak jugakkkkkk...hehehe.

hadiah air terjun sebab jordan tak de air terjun yang cantik.

antara hadiah barangan baby....

hadiah dari gimin dan yong... sekotak besar barangan baby..cute .



hadiah dari sifu knitting, Queen Elle .... thank you .



Itulah kisah kenduri dan selepas selesai kenduri ..... bila agaknya kami akan berkunjung ke kedai barangan pengantin lagi ?????? setakat ini kami 'bercuti' dari menjadi pelanggan di kedai tersebut.......

Monday, July 21, 2008

Purple Maniac .... ...

Am I a PURPLE Maniac ?????



See yourself......

















































I started to adore PURPLE colour right before I came back from Jordan . I got my house repainted with PURPLE and bought a new sofa set also with PURPLE colour... then came the sambut menantu feast... PURPLE stuff could be seen everywhere...




Hope you enjoy my PURPLE collection ............





Alhamdulillah , selesai sudah kenduri....

Syukur tak terhingga kerana majlis kenduri menyambut menantu telah pun berlangsung dalam suasana ceria dan meriah .






Terimakasih kepada semua tetamu jemputan yang telah hadir ke majlis kami .






Terimakasih juga buat keluarga besan yang sudi bertandang dari Rembau ke Kemaman bagi mengeratkan lagi pertalian persaudaraan kita bersama.






Terimakasih juga buat suami, anak-anak , keluarga serta sahabat-sahabat yang telah banyak membantu menjayakan majlis tersebut yang dapat berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.






Walau letih dan lesu dalam sehari dua ini , namun segala pengalaman semasa majlis kenduri berlangsung tetap menjadi kenangan manis buat kami semua.






Alhamdulillah.






Nanti update lagi..... still busy mengemas .....

Tuesday, July 15, 2008

tik tok ......

Tik Tok
Tikitikitok
Bunyi jam di dinding rumah ku
Tik Tok
Tikitikitok
Masa terus berlalu................

Terasa jam berdetik begitu pantas dan begitu jugalah jantung saya berdegup kencang tak sabar nak menanti kenduri di kemaman berjalan lancar dan berakhir dalam suasana ceria, InsyaAllah . Terasa tenaga dah macam low battery ,namun mood kenduri tetap tinggi dalam diri...

Sekali lagi saya dengan ikhlas hati menjemput semua pembaca blog bersama menghadiri majlis kenduri menyambut menantu saya pada 19 julai , sabtu di kemaman .Kehadiran kalian akan memeriahkan kagi majlis itu nanti, InsyaAllah.


Ahad baru ni saya menerima parcel dari Queen L di Sg yang berisi black head band dan angpow hijau dan hadiah buat Zaid dan isteri ( tunggu zaid balik sini baru buka ) . Terima kasih buat akak yang baik hati. Thanks again.. gambar tak sempat nak save dalam pc lagi ....


Jumpa lagi selepas majlis nanti.... malam jumaat akan ditegakkan 5 buah khemah di dalam kawasan pagar dan juga di luar pagar rumah . AJK surau yang sukarela melakukan kerja-kerja penyelenggaraan majlis kenduri nanti serta dibantu oleh Unit Amal Nisa Kemaman .

Jumpa nanti... salam ceria buat semua.....

Sunday, July 13, 2008

Rombongan ke Rembau.....

Alhamdulillah , selesai sudah kenduri di pihak perempuan di Rembau . Lega hati sebab kini tinggal seminggu untuk menyelesaikan urusan kenduri di Kemaman pula.

Bersama pengantin serta besan kami.








Encik zino , isteri serta biras saya abang zainal semasa di Masjid Kg Batu.



Kami berkumpul di Masjid Kg. Batu dan jam 12.45 tengahari 13 buah kenderaan dengan 50 orang ahli rombongan bergerak menuju ke rumah besan yang hanya 1 km dari masjid tersebut . Syukur sebab ramai ahli keluarga saya dan suami serta sahabat-sahabat yang sudi bersama kami semalam. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Mak dan keluarga Kak Idah, Kak Nor, Abang Caa, Faizal, Kak Noriah, Kak yong, Kak Aini, Kak Taa, Bang Teh, Acik dan Makcik , Syamsul dan Lynn. Tak lupa juga buat keluarga teman blogger Encik Zino , Abang Man dan Kak Ton (adik encik Zino ) , Cik Marina ( teman lama kami yang tinggal di Rembau ) serta akhir sekali keluarga N ( yang suami kawin melimpah kasih ) yang juga telah sudi bersama rombongan kami ke rumah besan.


5 bekas hantaran yang digubah sifu maklang

bunga pahar di isi telur itik .

Dua bunga pahar berisi 100 biji telur itik disertai 7 dulang hantaran termasuk 5 bekas yang digubah maklang sifu mendahului rombongan kami yang tiba dengan disambut oleh hujan renyai-renyai . Anak-anak sedara saya dan suami sanggup menjadi pembawa dulang hantaran dan disambut keluarga besan dan setelah berada sebentar di atas rumah meneyrahkan dulang hataran kepada keluarga besan, kami terus ke meja makan sebab perut sudah agak lapar..... majlis makan-makan diteruskan.


anak-anak dara bersama hantaran




Sambil makan sambil bergambar dan family saya juga mengambil peluang bergambar kerana kami juga telah memang lama tidak berkumpul .





Jam 3.15 petang kami ahli rombongan pengantin lelaki yang terakhir meninggalkan majlis kenduri dan tiba di rumah jam 9 malam setelah berhenti di 3 lokasi semasa dalam perjalanan pulang.



Itu saja laporan kali ini.... nak bersiap-siap breakfast dan bereskan beberapa urusan kenduri Sabtu nanti.... salam Sunday buat semua.

Lagi gambar di lain entry....

Friday, July 11, 2008

laporan terkini lagi sensasi ......




Makin berdebar-debar jantung menanti saat kenduri yang semakin hampir . Rasa tak sabar nak selesaikan semuanya dan kehidupan kembali seperti biasa ,tenang fikiran tanpa perlu memikirkan apa-apa tentang persiapan kenduri.

Esok kami akan ke Rembau meraikan kenduri di rumah besan . Semalam Azra bagitau ahli keluarganya di sana hampir kesemuanya demam dan hujan turun hampir setiap hari. Kasihan pulak saya dengar , diharapkan mereka segera sembuh , InsyaAllah.

Kerja-kerja persiapan kahwin penat tapi menyeronokkan sebab melibatkan pelbagai barangan yang cantik-cantik yang dulunya saya rasa macam membazir tapi bila kena kat diri sendiri memang yang membazir nampak satu keperluan sebab kahwin hanya sekali ( itu yang diharapkan ! ) . Namun kenduri saya ini bolehlah dikategorikan yang paling simple dan sederhana sebab tidak melibatkan majlis akad nikah yang pastinya melibatkan pelbagai adat dan adab pernikahan. Pernikahan di Jordan amat simple , tok kadi datang rumah ( kebetulan dia sanggup singgah rumah , jika tidak nikah di pejabat kadi aja ) , last minute tok kadi kata dia boleh singgah rumah, so tiada persiapan yang happening disediakan, amat mudah prosesnya . Kenduri pula dijalankan di MSD dan dibantu oleh pelajar2 persatuan pelajar Amman yang sememangnya sudah arif dalam bab kenduri-kendara. Semua kami serahkan kepada pengarah majlis Ustaz Sagol ( menantu YB Shaari Sungib ) dan semua ustaz yang terlibat memang rajin belaka. Jutaan terimakasih sekali lagi pada kalian semua.



mimi happy sangat dua hari ni sebab kakak2 kesayangannya dah ada di rumah dan dandan dia macam anak patung...


Dalam kesibukan kami mengemas dan membuat persiapan kahwin, si kecil mimi duduk mengadap majalah "Pengantin" yang saya beli saja nak buat jamu mata melihat pelbagai barangan cantik dalam majalah tersebut. Mimi siap memilih set perkahwinan untuk dirinya kelak, dari baju pengantin hinggalah ke set bilik pengantin , hantar, kad jemputan, canopy jamuan , pendek kata lengkap persiapan perkahwinannya nanti. Mula2 dia nak koyak gambar2 pilihannya dan buat scrapbook tapi saya bagitau dia agar simpan aje majalah tu dalam laci dan nanti masa nak kahwin ambil dan buka balik majalah tu untuk rujukan . Semalam dia keluarkan balik majalah tu dan tunjukkan pada sofie pilihan set pengantinnya. Saya kata kahwin bila dah habis U , dia nampak tak puas hati, saya kata balik, kahwin umur 20 masa dalam U , dia macam setuju... kelakar.. ingat maya dulu masa kecik2 kata dia nak kawin umur 18 sebab 20 dah tua katanya ... lepas tu kami semua usik dia yang saat kawinnya dah dekat dan sekarang dah lebih tempoh pun ( this september maya 19 ) . Mimi simpan semula majalah Pengantin tu dan saya rasa dia akan buka lagi berkali-kali sebelum akhirnya menangguhkan perkahwinannya kepada suatu tarikh yang belum dapat dipastikan lagi dan isi majalah itu akan jadi out of date buat mimi untuk digunapakai dalam perkahwinannya.

Setakat ini laporan dari Kemaman di pagi Jumaat dan nantikan laporan sensasi sekembalinya kami nanti dari Kg. Selemak, Rembau esok hari.... salam ceria buat semua....

Saya , wanmommy melaporkan dari teratak di pinggir longkang ( semua rumah di Malaysia ada longkang kan ...heheh ) untuk silversarina.blogspot.com .


macam dah tak berapa betul wanmommy ni...apa-apa ajelah...

Wednesday, July 9, 2008

Masa ceria...

Pagi tadi mimi ponteng sekolah sebab terlalu gembira bila sofie tiba tengah malam tadi dan dia tidur lewat malam . Pagi lagi kami semua keluar dan seronok bila dapat bersama tiga anak dara saya . Tak sangka dah besar-besar mereka semua ( mimi je masih kenit ) dan masa bergambar yang mimi snap saya minta maya dan sofie kepit saya supaya saya nampak kurus.. nampaknya menjadi jugak teknik dan taktik saya. Sempat lagi maya dan sofie menumpang mimi main gelongsor di pantai teluk mak nik, nasib baik tak de orang kat situ .

baju biru sofie, tengah tu wanmommy dan berbaju kurung tu maya....



Balik morning outing masing-masing letih , maya sambung tidur , saya mula memasak untuk lunch , sofie jengok pc dan mimi tonton kartun . Lepas zohor saya pulak 'tumbang' akibat tak cukup tido malam tadi .



Sambil tu lepas maya bangun tido dan menghabiskan membalut doorgifts pengantin dia buat template baru untuk silversarina yang telah lama saya ingin lakukan . Saya tak kisah apa warnanya asalkan bertukar. Kamsahamnida / terimakasih maya cayang.

Buat masa ni darling masih belum tiba di KLIA kerana masih di Changi Airport dan akan tiba di Kuantan Airport lewat malam nanti bagi melengkapkan kehadiran ahli keluarga di Kemaman.

Monday, July 7, 2008

Ahli bertambah , Happy berganda !!

Pagi yang indah dan segar buat diri saya yang agak letih kebelakangan ini dan semalam akhirnya terpaksa menelan sebiji painkiller buat meredakan sakit pinggang belakang . Persiapan kami ke rumah menantu telah 95% siap , tinggal nak merebus telur untuk dibuat bunga pahar sebagai adat buah tangan mengunjungi rumah besan bersama rombongan tengahari Sabtu nanti. Barang hantaran juga telah siap dimasukkan ke dalam bekas rotan yang dihias oleh sifu sulam maklang dan semalam baru saya mengambil gambar bekas-bekas itu , cantik ( nanti ye lepas majlis baru boleh letak gambar ) .

Semalam juga Maya dan Mimi mula membungkus gula-gula doorgift , ingat nak buat minggu depan tapi budak-budak berdua tu tak sabar-sabar nak bungkus ole-ole tu, baru siap 400 bungkus semalam. Saya beli beg gula-gula di Ipoh semasa balik bercuti bulan lalu kerana harganya jauh lebih murah dari yang terdapat di kemaman. Kedai bunga di Jalan Kuala Kangsar di Ipoh memang terkenal sebagai pusat bunga-bungaan dan alat perkahwinan yang boleh dibeli dengan harga yang begitu rendah . Alang-alang balik kampung kami sempat membeli beberapa barang yang diperlukan sempena majlis kenduri nanti. Bagi kami di kemaman ni memang tak de tempat barang murah yang berdekatan. Kebiasaannya kami bershopping nun jauh di Kelantan atau kalau ke selatan shopping di Nilai . Gula-gula dibeli di kedai borong di kemaman, baru tau banayk juga untung jualan gula-gula sebab ada yang gula-gula yang saya beli dengan harga RM12 sepaket jika dijual satu-satu isinya akan mendapat jualan RM30 , untung besarkan jika dibeli dari kedai borong. Saja saya tanya taukeh kedai kalu jual dapat berapa untung, baru tau ada pelbagai jenis makanan ringan rupanya dalam pasaran .



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Minggu lalu saya ke Al Amin ambik report card Izzat ... keputusan tak begitu memberansangkan .. 5A, 6B, 1C, 1D.... 13 subjects agama dan akademik diduduki buat pertama kali selepas balik dari Jordan. A dan B saya agak berpuas hati sebab B pun semua 70an markahnya , yang D tu amatlah tidak logik... subject Akhlak . Saya kata pada Izzat mungkin Allah mahu Izzat muhasabah akhlak sendiri. Baru saya tahu pelajaran akhlak adalah satu-satunya pelajaran yang tiada buku teks dan pelajar kena ambil nota semasa belajar dan soalan diberi berdasarkan nota di dalam kelas. Dah pulak tu Izzat dan kawan-kawan semuanya tidak menghantar buku nota akhlak yang menyebabkan 10 lagi markah ditolak , tinggal 48 markah yang memberi D . Akhlak berdasarkan ujian dalam exam namun bila guru kelas memberi komen dia menyatakan Izzat seorang pelajar yang baik pekerti dan rajin membantu dan bagi pelajar lelaki Izzat dapat nombor 1 mengikut perkiraan markah dan A ( Al Amin tiada sistem nombor bagi pencapaian pelajar , tidak dinyatakan dalam report card ! ) . Mula-mula ingat nak denda izzat tapi saya bagi peluang buatnya membaiki prestasi dalam peperiksaan akhir semester nanti dan dia pun telah bersetuju mengikuti kelas tuition untuk 5 subjects mulai minggu lepas . Semoga berjaya buat Izzat ku sayang !!




++++++++++++++++++++++++++++++++



Esok anak dara saya Sofie akan pulang ke tanahair dari Ukraine setelah 3 tahun tidak menjejakkan kaki di bumi Malaysia sebab 2 musim panas dia bercuti di Jordan . Sms darinya diterima tengah malam tadi yang bagitau dia baru lepas cek-in di Simferropol Airport dan akan berlepas ke Kiev dan terpaksa transit 16 jam di sana sebelum kembali memulakan penerbagan ke Dubai, Karachi dan barulah ke KLIA . Inilah gara-gara terlalu ramai penumpang yang bermusafir di musim panas yang menyebabkan hanya tiket Pakistan Airlines yang dapat diperolehi walaupun booking dibuat semenjak awal tahun. Apapun semoga selamat dalam perjalanan dan selamat tiba di rumah malam esok,InsyaAllah. Saya akan ke Kuantan Airport menjemput nya malam esok.

Lusa pula darling akan tiba di Malaysia melengkapkan ahli rumah yang akhirnya dapat kembali berkumpul setelah 2 tahun tidak pernah cukup ahli . Kali ini bukan setakat cukup ahlinya malah bertambah 1 1/2 ahli.. menantu dan bakal cucu ... .. Zaid saja tak nak bagitau anak lelaki /perempuan pada kami semua, nak buat suspen katanya dan akhirnya maksu mimi kata tak kiralah lelaki atau perempuan, janji tembam anak abang . Tak sabar menantui semua hadir di rumah... happy berganda !!


Semoga minggu ini memberi keceriaan berganda buat semua.... Saya nak bersiap menghantar mimi dan terus ke Cherating bersama maya , breakfast dan order telur itik untuk melengkapkan bunga pahar yang dibawa ke Rembau Sabtu nanti, saja nak telur itik sebab nak warna putih tu ...... jalan dulu ye teman-temanku sayang......

Saturday, July 5, 2008

Derita akibat akta gila......

Salam hujung minggu buat semua.

Sejak semalam hati dan fikiran saya teramat dirobek dan disiat-siat bila mengetahui kisah seorang anak tahanan ISA meninggal dunia tanpa sempat diziarahi oleh bapanya sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir hanya kerana karenah birokrasi yang tidak berperikemanusiaan lagi maha zalim. Bayangkan seorang anak yang sedang koma dan telah disahkan doktor tidak punya harapan hidup tidak diberi pelepasan kepada bapanya agar dapat bersama anaknya di saat-saat terakhir puteri tercinta yang selama 7 tahun terpaksa ditinggalkan hidup tanpa belaian kasih sayang seorang bapa yang kesalahan bapanya tidak diketahui kerana dipenjara tanpa perbicaraan. Inilah dunia yang pada saya teramat zalim yang tidak dapat diterima akal manusia waras, penjara tanpa dibicara dan dibuktikan bersalah.

Kisah sedih arwah adik Aina Mardhiah dapat dibaca di sini dan di sini dan di sini . Airmata saya tak dapat ditahan tiap kali membaca kisah sedih dan hiba ini.

Minggu lalu saya sempat membeli sebuah buku " Dunia Tanpa Suami " yang ditulis oleh isteri-isteri tahanan ISA yang mengisahkan betapa derita mereka dan keluarga hidup tanpa suami dan bapa , bukan setakat 2 , 3 bulan malah ada yang 7 tahun dan masih lagi menanti saat bila suami tercinta akan dibebaskan. Keluarga muslim yang ditahan hanya kerana kehidupan mereka yang mengamalkan ajaran Islam yang syumul . Apakah itu satu kesalahan ????????? Hidup berlandaskan Islam dalam sebuah negara yang dikatakan Islam sebagai agama rasmi ?????

Puas saya mencari jawapannya , mengapa mereka begitu zalim dan dayus memperlakukan manusia lain seperti haiwan sedangkan amalan demokrasi adalah tunggak negara ( kononnya !! ) .

Wednesday, July 2, 2008

' Pertemuan ' Tanpa Dirancang ...

Minggu yang terlalu sibuk buat saya dan memang tak sempat melihat pc dan blog . Hari kenduri semakin hampir dan rutin seharian banyak berubah dari kebiasaannya dengan bertambahnya ahli keluarga di rumah . Zaid serta isteri juga telah berada di rumah dan saya mengambil peluang ini menghabiskan sebanyak masa yang mungkin malakukan aktiviti bersama mereka . Baru sebentar tadi selepas mengambil mimi pulang dari sekolah kami terus berkelah di Pantai teluk Mak Nik . Berbekalkan nasi dan lauk yang dibawa serta kepok lekor yang dibeli kami menikmati makan-makan bersama yang telah terlalu lama tidak dilakukan bersama terutamanya bersama Zaid , lebih dari 6 tahun tidak berkelah di pantai bersama .



Ahad yang lalu sedang dalam kesibukan mengemas rumah dan menguruskan hal jemputan perkahwinan saya menerima sms dari encik zino yang telah mengubah mood letih saya kepada mood yang sangat ceria dan bertenaga . Sms dibalas beberapa kali yang akhirnya membawa kepada penemuan kembali kepada sahabat lama semasa belajar di US dan orang yang dimaksudkan adalah **man adik kepada encik zino . Abang **man dan isterinya Kak T** adalah rakan karib kami semasa berada di sana dan mereka berdua banyak membantu kami dari segi penjagaan anak kami Zaid semasa Zaid masih bayi . Jika kelas saya dan suami bertembung maka Zaid kami hantar ke rumah Kak T** untuk diasuh . Rumah Kak T** tak ubah seperti taska kerana kadangkala ada hingga 4 orang bayi yang dijaga pada satu-satu masa termasuk anak sulong Kak T** yang bernama Huda.



Bila diberikan no talipon Abang **man saya terus menalipon beliau yang tinggal di Bangi dan rasa amat teruja bila dapat berbual dengan Abang **man dan Kak T** yang telah lama terputus hubungan. Mereka berdua masih seperti dahulu bertutur dalam nada dan suara yang lembut dan terkenang jasa mereka berdua yang memang takkan dilupakan sehingga akhir hayat . Mereka berdua kami anggap seperti abang dan kakak sendiri , tempat kami mengadu masalah dan sebarang kesulitan merekalah menjadi penasihat . Sungguh besar jasa dan peranan mereka. Sungguh tak sangka perkenalan cyber bersama encik zino rupanya telah membawa pertemuan kembali kami kepada adik zino yang telah lama kami kenal di alam realiti dan yang lebih menarik baru kami ingat yang kami pernah ke rumah mak zino suatu masa lalu dan ibu mertua saya adalah sahabat yang sama-sama menghadiri kelas Al quran dengan mak zino di masjid berdekatan rumah mereka . Dengan kata lain keluarga zino kenal keluarga suami saya .



Sungguh tak sangka , sampai malam saya rasa macam mimpi dapat 'bertemu' kembali sahabat lama melalui sahabat baru , zino. Abang **man dan Kak T** InsyaAllah bersetuju mengikut rombongan kami ke rumah besan saya di Rembau 12 Julai nanti dan begitu juga Encik zino sekeluarga... happynya hati saya.



Kini saya makin mengenali zino dan pastinya saya lebih hormat padanya kerana pada saya jika adiknya berhati mulia sudah pasti ianya lahir dari didikan ibubapa dan abang dan kakak yang menjadi contoh teladan buat adik-adik .



Semalam saya beritahu zaid yang pengasuh nya masa di US InsyaAllah akan hadir bersama kelak meraikan majlis jamuan di Rembau kelak. Zaid juga rasa amat ceria bila mendengar berita gembira ini.



Itulah salah satu kebaikan blogging yang sukar dipertikaikan, blogging membawa persahabatan dan persaudaraan yang ssukar di cari di mana-mana.