Friday, August 29, 2008

Ramadan dan Merdeka

Salam pagi Jumaat buat semua.

Anak-anak yang pulang telah selamat tiba di destinasi masing-masing dan akan memulakan pengajian semester baru dalam 3 hari lagi. Semoga mereka lulus cemerlang hendaknya , InsyaAllah.

Mimi telah seminggu tidak ke sekolah kerana demam dan batuk dan jugak ditambah dengan rasa sunyi akibat ketiadaan 2 dayang yang dari pagi sampai malam asyik mengulit dan melayan mimi. Alhamdulillah dia tidak 'merana' sebagaimana pernah berlaku 3 tahun lalu apabila dia jadi begitu frust bila sofie balik ke ukraine kerana dia sakit demam campak ketika sofie berada di malaysia dan dia tidak dapat bermanja secukupnyas sehingga saya terpaksa memberinya air penawar dan menyelimutkannya dengan baju sofie. Dia menangis dan merengek dan tidak mahu makan dan ini berlarutan lebih dari 2 minggu . Sebab itu kali ini saya bagi kelonggaran padanya untuk ponteng sekolah agar dia dapat menyesuaikan diri dengan ketidak hadiran kakak-kakak berdua. Mungkin kali ini tidak berapa kronik sebab abang zaid dan kakak azra masih ada untuk melayannya bermain.




+++++++++++++++++++++++++++++++++++++


2 hari lagi Ramadan bakal menjelma dan ini yang saya lihat sekitar kemaman dan saya pasti ianya juga dapat dilihat di mana-mana :

1. kanopi gerai jualan merata ditegakkan, dari dalam bandar hingga ke pinggir bandar .

2. kuih raya telah terjual di kebanyakan kedai .

3. pakaian raya boleh didapati di mana-mana dan jualan murah juga di merata tempat.

4. belum kelihatan lagi banners menyambut ramadan di dalam bandar dan di pinggir bandar.


Mood Ramadan semacam masih belum timbul, suasana yang amat berlainan dengan suasana di Jordan, ramadan disambut begitu meriah, merata-rata bandar dan kedai semua mempamerkan banners menyambut ramadan dan masing-masing bersiap sedia mengerjakan ibadah puasa dengan girang ( ada jugak yang tak puasa !! ) . Rindu saya pada suasana itu......

Apapun semoga kita semua sihat agar dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh nikmat dan penuh rasa insaf, InsyaAllah.


+++++++++++++++++++++++++++


Esok sambutan merdeka. Semalam Kemaman jam teruk dari dalam bandar hingga ke dalam kampung sebab lencongan dari KT ke Kuantan disebabkan raptai perarakan merdeka . Tahun ini Kemaman jadi pusat sambutan merdeka peringkat negeri terengganu. Patut pun jalanrya berturap baru ( mulanya saya ingat Sultan / PM akan melawat kemaman ), rupanya perarakan merdeka.

Esok kalau mimi sihat saya bercadang membawa mimi melihat perarakan sambutan sebenarnya saya pun dah berzaman tidak bersama menyambut merdeka. Seingat saya kali terakhir saya berada di perarakan merdeka adalah semasa saya di sekolah rendah . Sambutan berada di depan mata ( 4 minit dari rumah ) , takkan saya nak lepaskan peluang ini.

Kepada smeua rakyat Malaysia ... SELAMAT MENYAMBUT MERDEKA KE 51..... semoga negara kita lebih makmur dan aman sentiasa... Amin.

4 comments:

Kak Elle said...

kesian mimi asyik sakit aje dia ..ni rindu kat kakak2 agak nya.

Dari saya juga selamat menyambut bulan ramadhan yg mulia untuk Rina sekeluarga.

ummu asiah said...

kak rina..

Salam Merdeka dlm ertikata sebenar...

salam Ramadhan...moga Amal kita sentiasa diberkati..

fsj said...

makcik, mama pun cakap jam teruk mase tuh. sampai nak anta ke sekolah pun amek mase sejam lebih, padahal bukan jauh pun.

semogr mimi cepat sembuh :)

Neeza Shahril said...

ingatkan dah takleh baca blog kak Rina lagi... boleh rupanya :)

selamat hari merdeka kak!

Semoga mimi cepat sembuh.. demam rindu agaknya tu..