Thursday, February 26, 2009

sepi buat seketika..........

Salam buat semua.

Buat masa ni saya terpaksa menyepi buat seketika ( lebih kurang 2 minggu ) kerana masih punya urusan dengan doktor pakar saya. Saya kena berusaha bersungguh-sungguh mengembalikan tahap kesihatan saya dalam masa 2 minggu . Pelbagai nasihat dan tindakan yang perlu saya patuhi dan ikuti dan saya sememangnya amat serik takut penyakit ulcer dan kencing manis kembali menyerang . Saya terpaksa lakukan pelbagai perkara dan mengambil pelbagai ubat dalam masa dua minggu ini dan sebab itu jugak mood bloging saya semakin menurun. Saya kena ambil serius kesihatan diri saya .

Kepada sahabat sekelian, selamat aktif blogging dan kita jumpa lagi apabila saya kembali sihat sepenuhnya InsyaAllah.

Monday, February 23, 2009

Let's be happy.......

Dah taip entry panjang tentang sakit tapi rasa tak nak publishkan pulak, biarlah ia di dalam diary memory saya sahaja ...............

Alhamdulillah saya bertambah baik dan sihat.





dengan baba di Istanbul...


Nak lupakan pengalaman pahit dan ngeri semasa sakit ..... saya nak letak gambar Umair yang tak lama lagi masuk 5 bulan, InsyaAllah Mac nanti.





Semoga hari-hari mendatang memberi sinar kebahagiaan kepada kita semua...jumpa lagi.

Let's be happy.............

Thursday, February 19, 2009

' Percutian' 6 hari 5 malam

Alhamdulillah saya masih bernafas di bumi Allah yang sememangnya penuh dengan segala nikmat dan rahmatNYA.

Entry yang pendek untuk saya khabarkan yang saya amat amat amat bersyukur kerana masih bernyawa sehingga saat ini.

Saya baru kejap tadi pulang dari 'percutian' 6 hari 5 malam di Kuantan Medical Centre akibat ulcer perut yang amat kronik. Segala kengerian yang saya lalui sepanjang 6/7 hari itu akan ceritakan kemudian apabila saya pulih sepenuhnya InsyaAllah.

Maaf jika sekiranya ada yang membuat panggilan dan mengirim sms saya tidak membalas kerana memang hingga kini saya masih belum boleh bercakap kerana loya dan muntah bila bercakap serta sakit .

Doa kalian agar saya segera sembuh itulah yang saya amat harapkan.

Salam buat semua.

Wednesday, February 11, 2009

Ingat 13 Februari ye.....

Salam semua . Terimakasih kepada semua yang sudi tolong menganalisa entry A+B =C dan A-B=C . Saya masih lagi menganalisa hubungkait A,B dan C . Tak pelah, biarlah A, B dan C cuba selesaikan jual-beli mereka sendiri.


Update malam ni sebab awal pagi esok saya, darling dan mimi akan mula berada di luar kawasan selama 3 hari. Mimi ponteng sekolah esok dan Izzat tidak ikut bersama kerana dia ada kem pengawas Khamis dan Jumaat.

Update jugak malam ni kerana Jumaat adalah 13 Februari dan saya tak nak update bila out station dan 13 Februari adalah tarikh penting dalam diari saya. 13 Februari 1965 adalah tarikh saya dilahirkan ke dunia ini oleh ibu yang saya cintai . Maknanya tahun ini genap umur saya 44 tahun . Syukur atas segala kurniaanNYA .

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Graphics


Kepada sahabat-sahabat sekelian ingin saya maklumkan bahawa tarikh tutup penyampaian hadiah harijadi saya ialah 1 minit dari sekarang...perlu diingatkan bahawa sebarang hadiah yang berbentuk material tidak diterima ...banyak pulak songel wanmommy ni ...hehehe.


Jumpa lagi pagi Ahad nanti, InsyaAllah.

A+B=C............. A-B=C

Nak main matematik sikit hari ni..dah beberapa minggu sebenarnya perkiraan ni ada dalam kepala saya .....


Lokasi : Gerai buah ceri I .....

Penganalisa : U .

A ada 10 biji epal. B ada 3 biji limau . C tak pasti ada berapa biji buah naga . A kata B mahu beli 7 biji epal yang dia ada dan B kata dia tak nak beli apa-apa dari A . B juga kata C yang kata B nak beli epal dari A sedangkan B tak nak. C masih mendesak dengan kata memang B nak beli epal dari A dan B kata C yang kata nak beli bukan B .

Sekiranya kisah A, B dan C ni berlaku di gerai U , apa agaknya yang U akan lakukan ?????

( nak rehatkan kepala sekejap ....... sapa nak jawab, jawablah, tak nak pun tak pe, saja merapu hari ni ... )

Tuesday, February 10, 2009

Sedih

Beberapa berita sedih kami terima semalam.

Kami ke Kuantan melawat kawan kami Ustaz Long Kamaruddin yang mengalami tekanan darah tinggi yang amat tinggi melebihi bacaan 200 dan terpaksa dipindhkan dari hospital Kemaman ke hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan sejal Jumaat lepas . Semalam keadaannya betambah baik walaupun katanya kadang-kadang apa yang dilihatnya tiba-tiba hilang , semoga ustaz akan segera sembuh, InsyaAllah.

Sedang kami menziarahi ustaz Long kami terima berita yang YB Bukit Gantang Roslan Shahrom telah pergi buat selama-lamanya akibat serangan jantung .

Saya kenal dan rapat dengan anak-anak arwah yang juga menuntut di University Mu'tah Jordan , Syida dan Ema . Syida pernah sambut raya di rumah kami di Amman dan jika saya ke Mu'tah memang mereka rajin menjemput kami singgah makan di rumah mereka.

Semoga roh YB Roslan ditempatkan bersama roh-roh yang beriman. Amin.

Pada Syida dan adik-adik semoga tabah menghadapi ujian dari Allah swt, InsyaAllah.


Kami juga sempat bertemu jiran lama kami semasa di Kerteh dulu iaitu Mr. J seorang pilot helikopter bangsa cina . Dah nampak berumur Mr J dan kisahnya yang diceritakan semalam amat menyedihkan kami. Semasa di Kerteh dulu dia pernah cerita yang isterinya meninggal dunia semasa melahirkan anak yang pertama. Saya sempat bertemu beberapa kali dengan anaknya yang kadang-kadang datang ke kerteh ( dipelihara oleh ahli keliuarga di tempat lain) . Semalam Mr J memberitahu bahawa anaknya juga telah pergi buat selamanya semasa usianya 12 tahun akibat jangkitan bakteria . Sedih saya dengar berita itu. Selepas apa yang berlaku Mr J mengambil keputusan untuk membawa diri ke Nigeria dengan bekerja sebagai pilot di industri gas dan petroleum di sana . Kira semalam dia kembali bercuti di Malaysia sebagaimana suami saya juga, sebulan kerja sebulan cuti.

Semoga Mr J terus tabah dalam mengharungi kehidupan yang sememangnya tidak sunyi dari dugaan dan cabaran.

Itulah kehidupan .....

Sunday, February 8, 2009

Sunday blog of Saturday story ...

Sunday, as usual first day of school , no Thaipusam holiday because very few Indians here in Terengganu . As far as I know, there's only one Hindu temple here in Kemaman , very few cars park outside the temple every Thursday evening for weekly prayers and gathering .



Yesterday we spent our off day at Megamall Kuantan. Izzat and darling played bowling , as usual Izzat won . Dropped by Popular bookstore, couldn't resist buying ... "Islam Keadilan Membebaskan Manusia" a book written by Dato' Dr, Haron Din .

We had our lunch at RasaMas Restaurant , first time here because we usually eat at either McD or KFC but as for the time being we still boycott those products from the States and my two little darlings are our heroes, monitoring what I buy because they have the list of what not to buy , so far so good. However , yesterday seemed the same, both McD and KFC were full house , well it's up them, as far as I know, I'll try to do my best ..I heard Izat saying " Makan peluru Israel . "

3 boxes of cereals from Nestle are still on the shelf in my kitchen. Those two kids have stopped eating those cereals for breakfast, milo is no more seen in my house, no more nestle fruit yogurt , orange sunquick has also gone... to name a few items we used to consume . As long as the kids are okay, I'm okay. There're still plenty other food that we can eat .

Izzat was assigned to collect donation for the "Palestine Campaign " . izzat only told us yesterday about his task. So, I smsed a few friends asking for donation. I didn't expect to get very good response... within two hours Izzat managed to collect more than RM500 from 8 people and today 2 other persons donated RM200 . Praise be to Allah.

Job well done Izzat ( or is it me ..well I'm Izzat's SUK , I'll always be loyal babe , not like that Silver SUK... )

Gotta stop now... our dinner mission...fish n chips , french fries, mushroom fries, and cole slaw...all homemade by wanmommy, who else .....

see you next time....

by the way zaid smsed me just now ... Umair also joined the students trip to Turkey organized by HZ Travel and Tours for 8 days and Umair was standing beside the ferry's Captain in Istanbul.... How I wish I were there kissing and hugging my little darling Umair... huhuhu.

Friday, February 6, 2009

At this moment .........

At this moment .....


Still feeling down with what's going on in Perak , everything seems upside down , waiting for the bomb to explode . I'm so scared if the Perakians can't hold their anger any longer . ....

Wanting to write more but still can't find any suitable topic to discuss ....

This morning I signed up for a cooking class at The Fast Bakery Shop and the menu today is western food part 1 ( lamb chop. fish n chips, cole slaw , black pepper brown sauce and tartar sauce). Chef Zaima from KL demonstrated the process and we had the chance to taste the mouth-watering end products..... those were superb job done by the chef. I'll cook the same menu tomorrow InsyaAllah.

Chef Zaima taught us ( 20 of us ) how to coat the fish .


Tadaaa... lamb chop (above ) and the fish and chips ( below), so yummyyyy.





Hope these photos will lighten up my weekend ......



Darling with Mimi and Izzat at Phuket Restaurant in Tanjung Lumpur, Kuantan ...waiting for the food..





Purple gifts from Nurazzah (above )... handmade by her...thanks a lot dear !... suits my purple candles and flowers on my dining table .



Laksa Singapore ( above ) and Laksa Sarawak (below) that we had at Laksa Shack, Kuantan.




This morning breakfast at Padang Astaka , see that 'lady' behind mimi ??? 'She' used to be a man but this morning he's a lady wearing striking make up and high heel shoes and blonde hair...pity 'her'.




Bought this book at MM 3 weeks ago , have yet to finish and this evening we plan to go to MM again...





Till then, have a nice weekend !!

Thursday, February 5, 2009

Perak/Silver punah ....


Sejak dua tiga hari ni saya sedih . Mood nak blogging dan bloghop juga amat kurang . Semuanya atas apa yang terjadi di negeri kelahiran saya Perak . Saya pelik kenapa bila seorang pemimpin yang sudah dikenali dengan peribadi yang mulia yang warak dan menjalankan pemerintahan secara adil kepada semua kaum dan agama dianggap sebagai pemimpin boneka . Saya tambah pelik mengapa pemimpin yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya boleh berpaling tadah ikut suka nafsu sendiri sedangkan rakyat telah memberi mandat kepadanya melalui proses pilihanraya yang menjadi tunjang dalam sistem demokrasi yang selama ini amat disanjung . Belum pun setahun memerintah telah kacau bilau angkara manusia-manusia yang berpolitik untuk kepantingan peribadi , bukan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Pemimpin yang bertungkus lumus menjalankan tugas demi kemakmuran rakyat dikhianati oleh tangan-tangan yang telah puluhan tahun bergelumang dalam najis politik .

Kenangan.... Zaid, Azra dan Umair semasa ziarah ke kediaman YAB MB Perak , kebetulan Datin Seri Fatimah (sedang meriba Umair ) ada di rumah , YAB MB memang tak lekat di rumah, siang malam berkhidmat kepada rakyat Perak....

Sayang, negeri kelahiran saya kini kehilangan pemimpin beriman dan bertaqwa , punah harapan saya melihat Perak kembali bersinar.

Saya amat kecewa dan hanya dapat berdoa semoga YAB MB Perak dan YB- YB lain yang ikhlas dan taqwa dalam menjalankan tugas diberi ganjaran pahala dan syurga di akhirat kelak. Amin.

Monday, February 2, 2009

JERITTTTTTTT ....... GAGALLLLLLLLL !!

Bila darling dah balik memang tak lekat di rumah. Dari pagi kami keluar hantar anak-anak ke sekolah dan terus breakfast. Setiap pagi ke warung / restoran yang berlainan. Konon nak jogging tapi tak start lagi, saya lah yang pelbagai alasan diberi .

Haritu ada menaruh harapan pada darling untuk mandikan si hamster Tuti tu bila dia balik cuti sebab kami semua geli. Petang tadi bermulalah operasi tersebut. Saya masa tu tengah menggoreng ayam rempah yang telah saya perap tengah hari tadi . Saya dengar darling dan mimi mengekek dan lepas tu menjerit-jerit Mimi kata " takut , takut !! "





Tak beberapa saat lepas tu darling terus kejar si Tuti sampai ia masuk dapur dan nak keluar ikut pintu dapur tapi sebab ada benteng kat situ Tuti menyusup belakang peti ais dan terus ke belakang stove , saya menjerit bukan main kuat lagi bila ia terkedek-kedek berlari ke depan dapur sambil darling memegang penyapu untuk menyekat Tuti dari terus berlari ke belakang peti ais. Bila ia berlari keluar saya terus telangkupkan periuk kecil sambil menjerit punyalah kuat ...kelakar betulll.......hahahahahaha.

Sambil darling basuh rumah Tuti dan gantikan carpet serbuk kayunya , dengan sekelip mata pulak Tuti dapat keluar dari bawah periuk dan berlari ke dalam bilik Izzat pulak. Darling cuba tangkap dengan tangan tapi terbolos pulak. Tuti terus lari ke dalam bilik Mimi dan sambil tu saya ambil bakul laundry dan terus telangkupkan atas Tuti sambil menjerit lebih kuat dari tadi..entah , nak habis suara saya jerittttttttt .

Akhirnya darling pegang Tuti dengan sapu tangan barulah dapat masukkan ia kembali ke dalam rumahnya.

Oleh itu opresai memandikan Tuti GAGAL... nasiblah Tuti , duduklah dalam rumah tu dengan bau badan yang busuk. sapa suruh lari masa orang nak mandikan..hehehe.

Sunday, February 1, 2009

Horizon Cinta

Salam pagi Ahad buat semua. Hari Jumaat dan Sabtu saya sangat sibuk dengan usrusan keluarga dan menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat saya di Kemaman . Saya juga sempat ke Kg Kubang Ikan Cerating ke rumah mangsa kebakaran tempoh hari untuk menyampaikan sumbangan derma dari pada sahabat di Kerteh ( gang pejabat maklang ) , sahabat dari Kl ( Bkt . Antarabangsa dan Subang Jaya ) serta sahabat2 di Abu Dhabi ( darling sempat kutip derma dari sana ) . Alhamdulillah sumbangan derma dan barangan yang kebanyakannya pakaian telah memenuhi runag tamu rumah emak ustazah Aslina dan mengikut katanya 2 hari lalu wakil dari Istana Sultan Pahang datang ziarah dan dia berjanji akan segera menegakkan/membina rumah buat Ustazah Aslina dalam masa terdekat atas pembiayaan pihak Istana. Semoga apa yang dirancang berjalan sebagaimana yang dirancang, InsyaAllah.


+++++++++++++++++++++++++++







2 hari saya kusyuk membaca novel terkini dari Alaf 21 yang berjodol Horizon Cinta hasil karya Umi Azrin yang bagi saya sangat indah jalan ceritanya . Ia sebuah karya yang amat berlainan dari kisah cinta yang biasa saya baca. Ia kisah cina yang bermula dari rasa tidak suka dan kurang berminat si hero, Zariz / E-Zo ke atas si heroine Zara kerana perbezaan bangsa, agama dan cara hidup antara E-zo ( Melayu ) dan Zara ( perempuan Cina ) . Ia bukan berbeza dari segi darjat kerana keduanya adalah dari keluarga kaya. Saya juga tak nak berhenti membaca kerana kisahnya yang berlaku dalam kapal tangki yang membawa LNG ( liquified natural gas ) dari Bintulu dan ke Jepun yang biasa saya dengar ceritanya dari suami sya yang bekerja dalam industri petroleum dan gas dan cara penulis mengolah kisah di dalam kapal tersebut telah benar2 membawa saya menghayati kehidupan seorang pekerja di atas kapal tersebut dengan istilah teknikal yang dapat digarap dengan begitu teliti dan realistik. Ia bukan sekadar kisah cinta biasa tapi banyak mengajar saya ilmu sains nautika dan rasa ingin berada di atas kapal itu di sampin pelbagai dugaan yang harus dilalui oleh para pekerja kapal tangki .

Kehidupan Zara gadis tionghua yang moden dan anggun pada mulanya membuatkan hati E-zo cukup menyampah untuk bertemu zara namun dia terpaksa juga beberapa melayani Zara kerana dia bekerja di bawah Kapten Jonathan, abang Zara. 3 insiden di mana zara diselamatkan oleh E-zo dari bahaya akhirnya menyedarkan E-zo yang dia sebenarnya telah jatuh cinta dengann gadis berlainan bangsa dan agama itu . walaupun begitu cinta mereka terputus di tengah jalan dan masing-masing meneruskan hala tuju sendiri.......

Apakah yang terjadi seterusnya dan berjayakah E-zo dan Zara mengembalikan perasaan cinta mereka ? Apa pula reaksi Kapten Jonathan apabila mengetahui adiknya Zara telah jatuh cinta dengan E-zo , seorang pemuda muslim yang tidak pernah lalai melaksanakan tanggungjawabnya terhadap agama Islam ?

Semuanya dapat terjawab jika anda terus memiliki novel ini dan mengikuti kisah cinta mereka dalam novel terbaru Horizon Cinta...amat berbaloi memilkinya...InsyaAllah.