Monday, February 2, 2009

JERITTTTTTTT ....... GAGALLLLLLLLL !!

Bila darling dah balik memang tak lekat di rumah. Dari pagi kami keluar hantar anak-anak ke sekolah dan terus breakfast. Setiap pagi ke warung / restoran yang berlainan. Konon nak jogging tapi tak start lagi, saya lah yang pelbagai alasan diberi .

Haritu ada menaruh harapan pada darling untuk mandikan si hamster Tuti tu bila dia balik cuti sebab kami semua geli. Petang tadi bermulalah operasi tersebut. Saya masa tu tengah menggoreng ayam rempah yang telah saya perap tengah hari tadi . Saya dengar darling dan mimi mengekek dan lepas tu menjerit-jerit Mimi kata " takut , takut !! "





Tak beberapa saat lepas tu darling terus kejar si Tuti sampai ia masuk dapur dan nak keluar ikut pintu dapur tapi sebab ada benteng kat situ Tuti menyusup belakang peti ais dan terus ke belakang stove , saya menjerit bukan main kuat lagi bila ia terkedek-kedek berlari ke depan dapur sambil darling memegang penyapu untuk menyekat Tuti dari terus berlari ke belakang peti ais. Bila ia berlari keluar saya terus telangkupkan periuk kecil sambil menjerit punyalah kuat ...kelakar betulll.......hahahahahaha.

Sambil darling basuh rumah Tuti dan gantikan carpet serbuk kayunya , dengan sekelip mata pulak Tuti dapat keluar dari bawah periuk dan berlari ke dalam bilik Izzat pulak. Darling cuba tangkap dengan tangan tapi terbolos pulak. Tuti terus lari ke dalam bilik Mimi dan sambil tu saya ambil bakul laundry dan terus telangkupkan atas Tuti sambil menjerit lebih kuat dari tadi..entah , nak habis suara saya jerittttttttt .

Akhirnya darling pegang Tuti dengan sapu tangan barulah dapat masukkan ia kembali ke dalam rumahnya.

Oleh itu opresai memandikan Tuti GAGAL... nasiblah Tuti , duduklah dalam rumah tu dengan bau badan yang busuk. sapa suruh lari masa orang nak mandikan..hehehe.

22 comments:

Kak Elle said...

hahahahahahahhahahaahhahaha makoi jeritan tu dengar sampai bukit batok..

tarok je sangkar dia dlm bilik air dah tu guna the head shower mandi kan tuti dgn sangkar2 sekali.

silversarina said...

kak elle,

Dah lama I tak jerit kuat macam tadi..kelakar betul bila ingatkan, ha ah nak kena mandikan dia dalam sangkar je , esoklah pulak operasi tu...hehehe.

SoFie NuR said...

haha...ntah pape aje...aiiiiiii...

silversarina said...

sofie,

Habis satu rumah haru-biru dibuat si tuti kenit tu ..hahaha.

maklang said...

eee...agaknya kalau kena ke maklang pun macam tu...I geli segeli2nya...

silversarina said...

maklang,

I pun tak sangka yang I geli tengok Tuti tu bila ia berlari sebab kena kejar , masa ia dalam sangkar taklah geli sangat :)

PrinCeSS said...

uih ni cam cerita CHICKEN RUN versi hamster Tuti..
agaknye tuti tu lari sbb dengar jeritan mama & mimi..agaknye die pelik, pehal la org2 ni jerit2..
hehe

Zareda Norman said...

lorrr... dah namanya hamster mestilah mencecet dia lari bila terlepas kandang..

hahhahah boleh bayangkan anak beranak kak rina dok kejor si tuti

Ummi365 said...

ha ha ha.. kak rina.. sampai sini dengar tau..mcm kak elle cakap, showerkan je dia dalam rumah dia tu

cikMilah said...

hahahaha.. kecoh semua orang dek si Tuti..kelakar betul; bayangkan 3 beranak berkejar dgn periuk dan bakul ..

Neeza Shahril said...

kesian tuti takleh mandi lagi.. tu lah, yang dia pergi lari laju sangat nape lahhh..

takpe kak Rina.. ambik perfume, spray aje kat badan dia.. gerenti wangi hehehe..

Ainul Arina Madhiah said...

adoila... gelak-gelak ainul baca entry nih... sah-sah ribut satu rumah waktu nih... ^_^

zany said...

siap penyapu lagi, jangan terketuk hamster tu sudah, he, he....
selamat aku, kata si tuti, takyah mandi.

epelijau said...

hihihi..
epel pun selalu mandikan tikus kat lab. Pegang ekornya..celup2 je dlm larutan shampoo and letak balik dlm sangkar yg dah dialas tisu..nanti kering sendiri...tp hamster takde ekor ek...

manlaksam said...

Hahahaha...tu dah kira macam jogging lah jugak tu.....

KAMATO said...

kalau dirakam menjerit tu, kemudian set kat ring call, kan best

mama said...

heheh kelakar la kak ina ni.. terbayang saya mcm mana riuhnya akak 3 beranak kejar si tuti tu..

bab saya n anak2:
alhamdulillah semuanya sihat.. cuma punto saya meragam sekarang ni, p sekolah terpaksa tumpang kereta kawan. khamis ni baru nk hanrat p workshop semula.

fahmi latiff said...

akum...

tumpang lalu...

mad.redo1 said...

besh jugak sesi kejar-mengejar nih... hehehe...

cikgu panji said...

lucunya.cp dpt bayangkan tiga branak mengejar tuti.hehehe

cikgu panji said...

lucunya.cp dpt bayangkan tiga branak mengejar tuti.hehehe

silversarina said...

Terimakasih pada semua yang meninggalkan komen . Hingga kini Tuti masih belum sempat kami mandikan sebab sibuk , tapi kebersiahan rumahnya kami pastikan agar tidak kotor. Susah sebab Tuti tidak dibelai secara langsung sebab itu ia liar bile terlepas. Tak pasti berapa lama kami akan membela Tuti, mungkin jual semula, tengok dulu macamana.