Tuesday, February 10, 2009

Sedih

Beberapa berita sedih kami terima semalam.

Kami ke Kuantan melawat kawan kami Ustaz Long Kamaruddin yang mengalami tekanan darah tinggi yang amat tinggi melebihi bacaan 200 dan terpaksa dipindhkan dari hospital Kemaman ke hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan sejal Jumaat lepas . Semalam keadaannya betambah baik walaupun katanya kadang-kadang apa yang dilihatnya tiba-tiba hilang , semoga ustaz akan segera sembuh, InsyaAllah.

Sedang kami menziarahi ustaz Long kami terima berita yang YB Bukit Gantang Roslan Shahrom telah pergi buat selama-lamanya akibat serangan jantung .

Saya kenal dan rapat dengan anak-anak arwah yang juga menuntut di University Mu'tah Jordan , Syida dan Ema . Syida pernah sambut raya di rumah kami di Amman dan jika saya ke Mu'tah memang mereka rajin menjemput kami singgah makan di rumah mereka.

Semoga roh YB Roslan ditempatkan bersama roh-roh yang beriman. Amin.

Pada Syida dan adik-adik semoga tabah menghadapi ujian dari Allah swt, InsyaAllah.


Kami juga sempat bertemu jiran lama kami semasa di Kerteh dulu iaitu Mr. J seorang pilot helikopter bangsa cina . Dah nampak berumur Mr J dan kisahnya yang diceritakan semalam amat menyedihkan kami. Semasa di Kerteh dulu dia pernah cerita yang isterinya meninggal dunia semasa melahirkan anak yang pertama. Saya sempat bertemu beberapa kali dengan anaknya yang kadang-kadang datang ke kerteh ( dipelihara oleh ahli keliuarga di tempat lain) . Semalam Mr J memberitahu bahawa anaknya juga telah pergi buat selamanya semasa usianya 12 tahun akibat jangkitan bakteria . Sedih saya dengar berita itu. Selepas apa yang berlaku Mr J mengambil keputusan untuk membawa diri ke Nigeria dengan bekerja sebagai pilot di industri gas dan petroleum di sana . Kira semalam dia kembali bercuti di Malaysia sebagaimana suami saya juga, sebulan kerja sebulan cuti.

Semoga Mr J terus tabah dalam mengharungi kehidupan yang sememangnya tidak sunyi dari dugaan dan cabaran.

Itulah kehidupan .....

19 comments:

maklang said...

Bertimpa2 berita sedihkan..

Moga Allah tabahkan hati kita menghadapi segalanya...

Maklang tengah baca buku La Tahzan...memang bagus tatkala kita rasa berdukacita...

Take care Rina...:)

Abang Long said...

Kita mesti tabahkan hati. Setiap yang beriman pasti akan diuji.

silversarina said...

maklang,

Memang bertimpa-timpa kesedihan dalam seminggu dua ni, hanya Allah yang tahu hikmah segalanya.

silversarina said...

abang long,

Tak sabar nak balik Ipoh lihat apa yang berlaku, sedih bila keadilan di ceroboh pihak yang tak bertamadun.

manlaksam said...

Semoga kita semua tabah menghadapinya..

zino said...

berita sedih menimpa nimpa.. kita kena banyak bersabar dan tabah...

al-fatihah kepada yg telah meninggalkan kita...

Ummi365 said...

Kak rina, begitulah kehidupan kan. Adakalanya kita gembira dan adakala kita duka. Kita mesti tabah dalam apa jua musibah yang diberikan Allah.

Kak Elle said...

Semoga uztaz Long akan sembuh di amsa terdekat.

Salam takziah pada yg pergi dan semoga di cucuri rahmat nya.

Kesian Mr J membawa diri jauh.

sya said...

Dalam kehidupan tak pernah sunyi dengan dugaan.. bila lihat berita sedih sekeliling terasa bersyukur .. susah-susah pun masih dikelilingi orang2 yg disayangi

cikMilah said...

Perasaan kita macam putaran cakerawala kan kaRina - Selalu saja gerhana :)
Sedih itu di kirimkan sebagai kad peringatan dari Allah bahawa apa
yang ada sekelilng kita hanya pinjaman. Semuga Ustaz Long dipulihkan dan sembuh denagn kadar segera.
Alfatihah untuk Allahyarham MP Bkt Gantang, semuga Allah menempatkan dia dikalangan hamba yang tinggi kedudukannya.

Semuga Mr J bertemu bahagia.

Ceria-ceria ya, kak Rina
:))

zany said...

keceriaan boleh bertukar kesedihan, begitu juga sebaliknya, siapalah kita untuk mengetahui apa yang akan berlaku.Moga mereka terus kuat dan tabah hadapi setiap rintangan.

AZWA said...

Baru tadi berbual mengenai kepergian Allahyarham YB Roslan...alFatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat.

Semoga mr J akan bertemu kebahagian akhirnya..

ummu al hanafi said...

Salam k rina,
Hidup di dunia cuma smtara.. Siapa yg hanya mengejarkn dunia, itu sajelah yg dia dpt!
Smg saudara roslan sms dcucuri rahmat Allah atas rohnya..
Setidaknya beliau perjuangkn agama semasa hayatnya..
Aminn..

Mak Teh said...

Salam Sarina! Lama mak teh tidak menyapa sarina sebab terlalu sibuk. Mak tehpun terasa berita-berita yang kita terima sekarang ini banyak yang menyedihkan hati. Namun kita berserah kepada AllahSWT. La Tahzan, seperti kata buku yang mak lang baca itu.

silversarina said...

manlaksam,

Kadang2 bila sedih meruntun jiwa memang rasa frust sangat :(





zino,


Betul tu. Al Fatihah.





ummi365,

Adakalanya sedih adakalanya gembira dan semuanya kuasa Yang Maha Esa.

Neeza Shahril said...

takziah buat keluarga YB Bukit Gantang.. neeza ada terbaca di paper online.. belum reda kisah di Perak, ada lagi pilihanraya kecil nampaknya..

Untuk Ustaz Long, semoga segera sembuh..

Untuk pilot Mr J.. semoga dia tabah lah hendaknya..

zulyunus said...

Salam Cik Ina...Apa khabar..?

banyak teladan yang boleh diambil daripada beberapa kisah yang dikongsi ni...InsyaAllah semoga kita yang masih hidup ni sentiasa insaf dan sedar serta berusaha menjadi lebih baik.

Kalau ada rezeki kita jumpa nanti di Kuantan hehe.

Kirim salam mimi, izzat dan lain-lain!

MAMAMIA said...

Selagi hidup, kita tak kan terlepas dari diuji.

Semoga Ustaz Long cepat sembuh.

Buat Mr J & ahli keluarga Allahyarham YB terus tabah menghadapi hari2 mendatang.

silversarina said...

kak elle, sya, cikmilah,zany, azwa, ummu al hanafi, makteh,neeza, zulyunus, mamamia,

Pada semua diucapkan terimakasih kerana sudi berkongsi kesedihan yang saya alami dua hari lalu , kadang2 kegembiraan diri sendiri mengakibatkan saya terlupa ramai lagi insan yang duka dan tabah menjalani kehidupan . Doa saya juga buats emua rakan agar hari-hari yang dilalui memantapkan iman kita semua, InsyaAllah.